wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

CTU211

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Seorang doktor ingin memutuskan penggunaan vaksin tertentu yang mengandungi unsur haram dalam proses penghasilannya.

 

Apakah kaedah yang wajar digunakan berkaitan situasi di atas?

a)

Mengharamkan vaksin secara mutlak kerana dari barat

b)

Mengharuskan semua vaksin tanpa syarat patuh syariah

c)

Memilih vaksin berdasarkan harga paling berkemampuan

d)

Menilai sama ada terdapat alternatif halal dan keadaan darurat

2.

Manakah antara berikut merupakan situasi yang membolehkan orang awam berijtihad?

a)

Menentukan arah kiblat berdasarkan ilmu dan petunjuk

b)

Penentuan tarikh Hari Raya Aidlifitri berdasarkan kalender

c)

Penentuan waktu berbuka dan bersahur mengikut citarasa sendiri

d)

Menetapkan hukum sesuatu perkara berdasarkan pengalaman sendiri

3.

Apakah definisi ijtihad dari sudut istilah?

a)

Usaha bersungguh-sungguh untuk mengeluarkan hukum syarak

b)

Membuat ketetapan tanpa dalil untuk menggambarkan Islam itu mudah

c)

Mengulangi pendapat ulama terdahulu tanpa perlu membuat semakan silang

d)

Mengubah hukum sedia ada secara bebas tanpa memikirkan kesan sebaliknya

4.

Mengapakah penggunaan dadah dalam rawatan ketagihan dibenarkan dalam Islam?

a)

Ketagihan perlu dihentikan secara berperingkat untuk mengelakkan mudarat lebih besar

b)

Ia membantu pesakit mendapat rehat yang lebih serta memberi sepenuh ketenangan

c)

Dadah dibenarkan untuk semua penyakit kerana ia memberi kesan yang amat drastik kepada pesakit

d)

Dadah lebih cepat menyembuhkan berbanding ubat biasa justeru ia amat digalakkan pengambilannya

5.

Dalam sebuah makmal, penyelidik memilih menggunakan tikus bagi menguji ubat baharu untuk menyelematkan nyawa manusia.

 

Apakah kaedah fiqh yang paling sesuai digunakan bagi situasi di atas?

a)

Al-Dharar Yuzal

b)

Al-‘Adah Muhakkamah

c)

Al-Yaqin La Yuzalu Bi al-Syak

d)

Al-Masyaqqah Tajlibu al-Taisir

6.

Mengapakah adat boleh dijadikan sumber penetapan hukum dalam Islam?

a)

Kerana adat mencerminkan kebiasaan masyarakat selagi tidak bercanggah dengan syarak

b)

Kerana adat boleh menghapuskan kewajipan ibadah atas dasar perbuatan adat sudah menjadi ibadah

c)

Kerana adat menentukan semua hukum tanpa dalil bagi memudahkan penganut yang sememangnya orang awam

d)

Kerana adat lebih kuat daripada al-Quran disebabkan manusia lebih diutamakan keperluannya berbanding malaikat

7.

Bagaimanakah matahari dan bulan bergerak sebagaimana yang disebut dalam al-Quran?

a)

Tanpa arah yang jelas

b)

Secara rawak mengikut angin

c)

Mengikut perhitungan yang tetap

d)

Mengikut pergerakan bumi sahaja

8.

Apakah tujuan utama mempelajari kaedah fiqh?

a)

Menentukan arah tuju fiqh

b)

Membina teori wahyu baharu

c)

Menggantikan semua dalil syarak

d)

Memudahkan penetapan hukum yang pelbagai

9.

Manakah antara berikut ciri perbuatan mengubah ciptaan Allah SWT?

a)

Memakai pakaian baru

b)

Menyembelih haiwan ternakan

c)

Mencacah tatu dan mengikir gigi

d)

Memotong rambut mengikut zaman

10.

Berikut merupakan pembedahan plastik yang tidak dibenarkan dalam Islam, KECUALI:

a)

Menukar jantina sedia ada

b)

Mengikut trend kecantikan

c)

Rawatan kecacatan semula jadi

d)

Membesar dan mengecilkan anggota

11.

Bagaimanakah krisis nilai dan etika dalam kalangan manusia boleh berlaku terutamanya yang melibatkan sains dan teknologi?

a)

Normalisasi sikap musyawarah

b)

Terlalu banyak peraturan moral

c)

Perkembangan teknologi terlalu pantas

d)

Lupa peranan sebagai hamba dan khalifah

12.

Manakah yang BENAR mengenai asas etika Islam?

a)

Politik, ekonomi dan sosial

b)

Akidah, akhlak dan syariah

c)

Budaya, adat dan perundangan

d)

Teknologi, sains dan nilai moden

13.

Manakah antara berikut merupakan signifikan wahyu dalam kehidupan manusia?

a)

Menghadkan fungsi akal

b)

Menafikan kajian saintifik

c)

Meminimakan teknologi lama

d)

Membuktikan kewujudan Allah SWT

14.

Apakah contoh perbuatan yang disifatkan sebagai merosakkan alam? (Jawapan lebih daripada 1)

a)

Pembuangan sisa toksik ke dalam laut

b)

Pembalakan tanpa lesen

c)

Pembakaran hutan secara berleluasa

d)

Pembuangan sampah di dalam sungai & parit

15.

Berikut merupakan kepentingan sains dan teknologi dalam Islam kepada manusia, KECUALI:

a)

Membantu manusia untuk beribadah di mana-mana sahaja dengan adanya kompas sebagai penunjuk arah kiblat

b)

Dituntut oleh agama untuk mempelajarinya dengan kewujudan pelbagai bidang sains dan teknologi yang ditawarkan di institusi pendidikan

c)

Hubungan dengan Allah menjadi lebih baik dengan terhasilnya aplikasi-aplikasi seperti al-Quran, hadith, masuk waktu solat dan sebagainya

d)

Memudahkan seseorang untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan akhir tanpa perlu berusaha dengan adanya kemudahan-kemudahan seperti AI, chatGPT, Google dan sebagainya

16.

Apakah istilah yang berkaitan dengan "al-Yaqin la Yuzalu bi al-Syak"?

a)

Keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan syak

b)

Keyakinan dapat dihindarkan dengan keraguan

c)

Keraguan tidak dapat dihilangkan dengan yakin

d)

Keyakinan tidak dapat dipastikan dengan adanya sangkaan

17.

Manakah antara berikut merupakan perkara-perkara yang berkaitan dengan maqasid syariah? (Jawapan lebih daripada 1)

a)

Penentuan hukum untuk maslahah manusia

b)

Mengelakkan diri daripada kerosakan, kemudaratan & kebinasaan

c)

Memelihara 5 perkara asas dalam kehidupan manusia

d)

Hanya berkaitan hubungan sesama manusia sahaja

18.

Apakah istilah yang berlawanan dengan sepadu?

a)

Sains

b)

Sekular

c)

Simbolik

d)

Sistematik

19.

Mengapakah kaedah fiqh diperlukan dalam masyarakat? (Jawapan lebih daripada 1)

a)

Sumber rujukan masyarakat

b)

Menjawab sebarang permasalahan masyarakat

c)

Medium berdakwah

d)

Menerangkan aplikasi hukum syariat dalam penemuan moden

20.

Bagaimanakah peranan pemerintah menyumbang kepada kemajuan sains Islam?

a)

Mengelakkan penterjemahan karya asing ke dalam Bahasa Arab

b)

Mengawal selia semua bentuk ilmu secara ketat dan diberi hukuman

c)

Menyediakan kemudahan, sokongan kewangan dan upah kepada Ilmuan

d)

Menutup institusi pendidikan tradisional kerana bertentangan dengan norma