Font size
WorksheetsLATIHAN Penghayatan Etika dan Peradaban (T1,T2,T3)
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Etika berasal daripada Bahasa Yunani iaitu ethos.
Maksud etika yang paling tepat ialah...
hukum, suasana dan budi pekerti.
kepelbagaian adat, kelaziman dan budi pekerti.
hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti.
budaya dan sosiologi bangsa.
Pilih penggunaan kata yang paling tepat.
[ Orang yang _______________ tidak akan meninggikan suara apabila bercakap dengan ibu bapanya]
biadab
beradab
kurang adab
peradaban
Pilih kronologi pembentukan susur masa etika dan peradaban yang paling tepat.
Pra-kolonial > Kolonial > Pasca kolonial
Pasca kolonial > Kolonial > Pra Kolonial
Kolonial > Pra Kolonial > Pasca Kolonial
Kolonial > Pasca Kolonial > Pra kolonial
Berkhatan dan cukur jambul adalah termasuk di dalam adat.
Betul
Salah
Pra Kolonial merujuk kepada zaman...
penguasaan politik, ekonomi dan intelektual terhadap negara yang dikuasai.
masyarakat luar merantau dan berdagang sehingga ke alam Melayu.
era moden yang membawa perubahan melibatkan pemikiran dan nilai.
Kolonial merujuk kepada zaman...
penguasaan politik, ekonomi dan intelektual terhadap negara yang dikuasai.
masyarakat luar merantau dan berdagang sehingga ke alam Melayu.
era moden yang membawa perubahan melibatkan pemikiran dan nilai.
Pasca Kolonial merujuk kepada zaman...
penguasaan politik, ekonomi dan intelektual terhadap negara yang dikuasai.
masyarakat luar merantau dan berdagang sehingga ke alam Melayu.
era moden yang membawa perubahan melibatkan pemikiran dan nilai.
Pilih pernyataan yang paling tepat merujuk kepada zaman Neolitik.
Menjalankan kegiatan memburu, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan.
Menjalankan sistem barter.
Menetap di kampung-kampung dan membina rumah kediaman berhampiran sumber air yang diperlukan untuk penternakan dan pertanian.
- Pembuatan Kertas
- Penghasilan tembikar
- Penghasilan sutera
Sumbangan-sumbangan di atas merujuk kepada...
Tamadun India
Tamadun Mesopotamia
Tamadun Cina
Tamadun Islam
Apakah kesan penjajahan Jepun kepada penduduk di Tanah Melayu?
Penduduk mula memakai selipar jepun dan mengamalkan budaya berbasikal
Semangat penduduk meningkat sebagai orang Asia dan ingin mendapatkan kuasa autonomi.
British tewas dalam peperangan dengan Jepun
Tersebar kisah hantu Jepun di kalangan penduduk
- Melalui proses semulajadi tanpa paksaan
- Berhijrah secara sukarela untuk mencari kehidupan dan kekayaan
- Adat resam pendatang diterima pakai oleh penduduk tempatan.
Kenyataan di atas merujuk kepada masyarakat...
Pluralistik
Pluraliti
[Menyedari dan menghormati budaya etnik lain serta mempertahankan budaya hidup masing-masing ]
Pernyataan di atas merujuk kepada tahap-tahap hubungan etnik di Malaysia iaitu...
Segregasi
Akomodasi
Akulturasi
Asimilasi
[ Menerima unsur kebudayaan dari satu kelompok masyarakat lain tetapi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat Contoh - pemaikaian tali leher dan seluar ]
Kenyataan-kenyataan di atas merujuk kepada tahap-tahap hubungan etnik di Malaysia iaitu...
Akomodasi
Akulturasi
Asimilasi
Amalgamasi
[ Proses apabila budaya atau ras bercampur aduk dan membentuk ras atau generasi baru]
Kenyataan di atas merujuk kepada tahap-tahap Hubungan etnik di Malaysia iaitu...
Akulturasi
Akomodasi
Asimilasi
Amalgamasi.
Penghayatan etika dan peradaban di Malaysia boleh difahami mengikut 'acuan Malaysia',berdasarkan susur masa evolusi sejarah negara berikut KECUALI:
Prakolonial
Kolonial
Pascakolonial
Enlightenment
Etika dan peradaban penting dalam sesebuah masyarakat, namun tahap penghayatannya berbeza. Berikut merupakan faktor yang mempengaruhi tahap penghayatan kecuali_____
sejarah,
struktur sosial
biografi
masyarakat
gaya hidup moden
Peradaban ____________ merangkumi China, India dan Timur Tengah.
Barat
Asia
Globalisasi
Nusantara
Berikut merupakan perkara yang wujud pada era prakolonial kecuali________
adab
adat resam
adat istiadat
etika
Manakah antara berikut kesan daripada peradaban global?
penyerapan perkataan bahasa asing ke dalam bahasa Melayu.
penyebaran agama Islam dan pusat pengajian agama
Kesan terhadap kehidupan masyarakat dari segi politik, ekonomi, sosial dan sistem pemerintahan negara.
munculnya etnik baru hasil kacukan penduduk Malaysia dengan negara lain seperti Sudan, Korea, Pakistan dsb.
Berikut merupakan adat istiadat kecuali
Adat perkahwinan raja
Adat pertabalan raja
Adat perkahwinan orang kenamaan
Adat pemasyhuran
Telah maju tingkat kehidupannya. Peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa"
Pernyataan ini merujuk kepada...
Budi pekerti
beradab
peradaban
etika
Berikut merupakan ciri-ciri masyarakat kecuali __________
berbudaya
mengalami perubahan
tidak berinteraksi
berperaturan
Manakah BUKAN faktor yang menyumbang kepada kemasukan peradaban luar ke Alam Melayu khususnya di Tanah Melayu?
Faktor ekonomi dan perdagangan
Faktor agama
Faktor politik dan hubungan antarabangsa
Faktor dasar terbuka
Apakah sebab utama yang menjadikan adab, adat istiadat, dan adat resam bercampur baur dalam Kepulauan Melayu?
Pertukaran kuasa di kalangan pemerintah-pemerintah Melayu.
Wujudnya kepelbagaian kepercayaan agama di Tanah Melayu.
Proses migrasi dalam Kepulauan Melayu dan luar Kepulauan Melayu
Pertelingkahan antara kaum-kaum di Tanah Melayu
Formula A+B = C merupakan
Segregasi
Asimilasi
Amalgamasi
Akomodasi
