wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

QUIZ SAINS TINGKATKAN 4 BAB 1

Total questions: 41

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah merupakan padanan yang SALAH bagi jenis pemadam kebakaran dan fungsinya?

a)

Buih - memadam pepejal yang terbakar.

b)

Air - memadam kebakaran yang melibatkan lemak dan minyak masak.

c)

Karbon dioksida - Memadam kebakaran yang berpunca daripada arus elektrik.

d)

Serbuk kering - Memadam bahan logam yang terbakar.

2.

Semua bahan sisa berikut boleh dibuang ke dalam sinki makmal KECUALI,

a)

Sisa semula jadi yang larut dalam air.

b)

Sisa biologi yang telah dirawat.

c)

bahan yang mengandungi nilai pH antara 5 hingga 9.

d)

pelarut organik.

3.

Antara berikut, yang manakah BUKAN peralatan perlindungan diri?

a)

Topeng muka.

b)

Kebuk wasap.

c)

Sarung tangan.

d)

Penyapu

4.

Antara berikut, kaedah manakah paling sesuai untuk memastikan indeks jisim badan dalam keadaan terbaik?

(Tandakan lebih daripada satu jawapan)

a)

Tidak makan pada waktu malam dan tengah hari

b)

Mengurangkan makanan bergoreng

c)

Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu

d)

Makan makanan yang kaya dengan protein dan pelawas sahaja

5.

Antara berikut, faktor manakah mempengaruhi kadar denyutan nadi seseorang individu?

(Tandakan lebih daripada satu jawapan)

a)

Umur

b)

Jantina

c)

Aktiviti

d)

Cuaca

6.

Salah satu simptom bagi pesakit COVID19 (2019 Novel Coronavirus) ialah demam melebihi 3 hari. Oleh sebab itu, saringan kesihatan dibuat bagi mengelakkan penularan virus COVID19 dengan cara mengambil suhu badan pesakit di kawasan-kawasan berpopulasi tinggi seperti lapangan terbang dan pusat membeli-belah. Antara termometer berikut, yang manakah paling sesuai digunakan untuk membuat saringan suhu badan manusia bagi mengelakkan penularan penyakit ini?

a)
b)
c)
d)
7.

Indeks Jisim Badan (BMI) dihitung menggunakan formula  Jisim (kg)Tinggi2 (m2 )\frac{Jisim\ \left(kg\right)}{Tinggi^2\ \left(m^2\ \right)} . Seorang pelajar mempunyai jisim 50 kg dan tinggi 1.60 m. Hitung BMI pelajar ini.

a)

1.95

b)

2.56

c)

19.53

d)

31.25

8.

Seorang pelajar baru sahaja selesai berlari. Apakah kemungkinan bacaan nadi pelajar ini?

a)

45 per minit

b)

65 per minit

c)

85 per minit

d)

105 per minit

9.

Apakah termometer yang paling sesuai untuk mendapatkan suhu bayi?

a)

Termometer klinik

b)

Termometer makmal

c)

Termometer rektal

d)

Termometer inframerah

10.

Apakah langkah yang perlu dilakukan apabila melihat seseorang yang sedang memegang leher dengan kedua-dua tangan dengan keadaan bibir dan muka kebiruan dan mengalami kesukaran bernafas?

a)

Jalankan Heimlich Manoeuvre

b)

Hentak belakang individu tersebut

c)

Lakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR)

d)

Panggil 999 untuk menghubungkan anda kepada ambulans

11.

Alatan perlindungan yang manakah digunakan untuk melindungi hidung dan muulut daripada terhidu bahan kimia yang sengit dan mudah meruap?

a)
b)
c)
d)
12.

Satu kebakaran dalam makmal sains melibatkan logam reaktif seperti natrium dan kalium. Apakah jenis alat pemadam kebakaran yang sesuai digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut?

a)

Alat pemadam kebakaran air

b)

Alat pemadam kebakaran buih

c)

Alat pemadam kebakaran serbuk kering

d)

Alat pemadam kebakaran karbon dioksida

13.

Peralatan perlindungan diri ialah ..................................

a)

kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada bahaya.

b)

pelindung mata yang diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada bahaya.

c)

pembilas mata digunakan untuk membilas dan mencuci mata yang terkena bahan kimia dengan segera

d)

merangkumi bahan buangan biologi yang boleh menimbulkan

kemudaratan atau bahaya biologi.

14.

Kabinet aliran laminar digunakan untuk ............

a)

membersihkan dan membilas bahagian badan atau pakaian yang terkena bahan kimia dengan segera

b)

membilas dan mencuci mata yang terkena bahan kimia dengan segera

c)

menjalankan eksperimen yang menggunakan bahan yang mudah meruap, mudah terbakar, beracun, mengakis dan berbau

d)

mengelakkan kontaminasi semasa aktiviti berkaitan dengan mikrobiologi dijalankan

15.

Apakah bahan-bahan yang digunakan untuk membina selimut kebakaran

a)

Dua lapisan gentian kaca

b)

Beberapa lapisan bulu biri-biri

c)

Kain kapas yang disulam tebal

d)

Plastik tebal yang diperbuat daripada polimer

16.

Apakah kelebihan alat pemadam api jenis serbuk kering

a)

Boleh memadam semua jenis kebakaran

b)

Hanya memadam kebakaran yang disebabkan oleh elektrik

c)

Hanya memadam kebakaran yang disebabkan oleh pepejal

d)

Boleh memadam kebakaran jenis cecair

17.

Apakah tindakan awal yang perlu diambil apabila berlaku kemalangan semasa menjalankan uji kaji

a)

Kendalikan bahan tumpahan kimia menggunakan tangan

b)

Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan

c)

Sekat tumpahan daripada merebak menggunakan pasir untuk membentuk sempadan

d)

Segera memberitahu guru atau pembantu makmal jika berlaku sebarang kemalangan

18.

Which of the following substances can be thrown into the sink?

Antara bahan berikut, yang manakah boleh dibuang ke dalam sinki?

a)

Acid with a pH value of 6

Asid yang mempunyai nilai pH 6

b)

Acid with a pH value of 3

Asid yang mempunyai nilai pH 3

c)

Alkali with a pH value of 13

Alkali yang mempunyai nilai pH 13

d)

Acid with high concentration

Asid dengan kepekatan yang tinggi

19.

The following self-protection equipment are used in the school laboratory except

Peralatan perlindungan diri yang berikut digunakan di makmal sekolah kecuali

a)

lab coat

baju makmal

b)

face mask

topeng muka

c)

safety helmet

topi keselamatan

d)

rubber gloves

sarung tangan getah

20.

What is the dangerous effects of mercury poisoning?

Apakah kesan yang bahaya akibat daripada keracunan merkuri?

a)

Causes stroke

Menyebabkan strok

b)

Causes seizures

Menyebabkan sawan

c)

Can cause wound

Menyebabkan luka

d)

Affects nervous system

Memberi kesan kepada sistem saraf

21.

Satu eksperimen melibatkan tindak balas antara asid hidroklorik pekat dengan larutan ammonia pekat. Di manakah tempat yang sesuai untuk melakukan amali ini?

a)
b)
c)
d)
22.

Larutan yang mempunyai simbol manakah yang perlu dibuka dan mesti dijalankan di dalam kebuk wasap?

a)
b)
c)
d)
23.

Apakah nama alat pemadam kebakaran di bawah

a)

Pemadam kebakaran Kelas A

b)

Pemadam kebakaran Kelas B

c)

Pemadam kebakaran Kelas C

d)

Selimut kebakaran

24.

Rajah berikut menunjukkan seorang lelaki yang sedang tercekik. Bantuan kecemasan yang manakah harus dilakukan?

a)

Pembalut tangan

b)

Resusitasi Kardiopulmonari

c)

Heimlich Manoeuvre

d)

Pensterilan

25.

Apakah maksud Resusitasi Kardiopulmonari?

a)

Bantuan kecemasan

b)

Teknik tekanan di bahagian dada terhadap mangsa

c)

Hembusan ke dalam mulut mangsa

d)

Bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut mangsa

26.

Apakah jenis alat pemadam api dibawah?

a)

Air

b)

Buih

c)

Serbuk kering

d)

Karbon dioksida

27.

Rajah menunjukkan beg plastik yang digunakan untuk menyimpan sisa biologi. Apakah jenis bahaya yang diwakili oleh simbol pada beg plastik tersebut.

a)

merengsa

b)

biobahaya

c)

radioaktif

d)

menghakis

28.

Apakah fungsi peralatan perlindungan diri di dalam makmal tersebut?

a)

Untuk mengelakkan kontaminasi semasa aktiviti berkaitan mikrobiologi dijalankan

b)

Untuk menjalankan amali menggunakan bahan meruap, mudah terbakar, beracun dan menghakis

c)

Untuk membersihkan dan membilas bahagian badan yan terkena bahan kimia dengan segera

d)

Untuk membilas mata dan mencuci mata yang terkena bahan kimia dengan segera

29.

Kombinasi yang manakah adalah betul untuk alat perlindungan diri dan peralatan keselamatan dengan fungsinya?

a)

Kebuk wasap - Ruang khas untuk mengendalikan bahan kimia yang mudah beradioaktif.

b)

Baju makmal - Melindungi badan daripada tumpahan bahan kimia yang berwarna.

c)

Pancuran kecemasan - Alat kecemasan untuk membersihkan badan akibat terdedah kepada bahan kimia di dalam makmal

d)

Topeng muka - Alat untuk melindungi muka daripada jerebu.

30.

Antara yang berikut yang manakah digunakan untuk menyekat tumpahan merkuri

a)

Pasir

b)

Air

c)

Garam

d)

Serbuk sulfur

31.

Antara yang berikut, yang manakah fungsi kebuk wasap

a)

Perlindungan terhadap wasap toksik dan wap

b)

Tempat menyimpan bahan kimia

c)

Tempat menyimpan radas kaca yang mahal

d)

Perlindungan terhadap haba tinggi

32.

Antara yang berikut yang manakah merupakan peralatan perlindungan untuk badan

a)

Gogal

b)

Sarung tangan

c)

Topeng muka

d)

Baju makmal

33.

Bagaimanakah termometer merkuri boleh membahayakan pengguna?

a)

Pengguna yang terdedah kepada merkuri daripad termometer yang pecah boleh mendapat keracunan merkuri.

b)

Bebuli merkuri pada termometer boleh menyebabkan tangan melecur apabila disentuh.

c)

Merkuri dalam bebuli termometer mempunyai takat didih yang rendah dan mudah meletup.

d)

Merkuri yang terdedah kepada udara daripada termometer yang pecah boleh menyebabkan letupan.

34.

Antara berikut, yang manakah merupakan sisa biologi?

a)

Jarum suntikan

b)

Sarung tangan pembedahan

c)

Bekas menyimpan darah

d)

Pembungkusan sisa pembedahan

35.

Antara berikut, yang manakah bukan bahan raioaktif?

a)

Uranium - 235

b)

Iodin - 131

c)

Fosforus - 32

d)

Oksigen - 16

36.

Bagaimanakah sisa pepejal yang telah tercemar dengan bahan biobahaya dilupuskan?

a)

Dibuang ke dalam singki

b)

Dibuang ke dalam tong merah biobahaya

c)

Ditanam di dalam tanah

d)

Direbus di dalam air mendidih

37.

Mengapakah alkali dengan pH > 9 dan asid dengan pH < 2 tidak boleh dibuang ke dalam singki?

a)

Mengakis saluran singki

b)

Beradioaktif

c)

Bertoksik

d)

Mudah meruap

38.

Bahan organik manakah yang boleh dibuang ke dalam sinki?

a)

Sebatian pelarut organik

b)

Jarum suntikan

c)

Logam alkali Kumpulan 1

d)

Asid dengan pH = 6.5

39.

Berikut ialah beberapa bahan kimia yang terdapat di dalam makmal.


- asid hidrolik cair

- larutan alkali berkepekatan rendah

- larutan gula


Bagaimanakah sisa bahan-bahan di atas dibuang?

a)

Buang ke dalam sinki

b)

Guna SOP pengurusan bahan sisa biologi

c)

Simpan di dalam bekas bertutup

d)

Dicairkan dan dicampur dengan natrium sulfat

40.

Antara berikut, yang manakah perlu dipakai semasa berada di dalam makmal?

a)

Gogal

b)

Sarung tangan getah

c)

Apron tahan haba

d)

Kasut bertutup

41.

Semasa menjalankan eksperimen di dalam makmal, murid perlu memakai baju makmal. Apakah fungsi baju makmal?

a)

Melindungi badan dan pakaian daripada tumpahan bahan kimia.

b)

Mengelak badan dan pakaian bergesel dengan peralatan makmal yang tajam.

c)

Menghalang anggota badan terkena wap bahan kimia.

d)

Mengelak bahan kimia memasuki saluran pernafasan.