Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ EKONOMI PECUTAN AKHIR

Total questions: 80

Worksheet time: 59mins

Name
Class
Date
1.

1. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan

permintaan berkesan ?

a)

Wan Ain mempunyai RM20 dan ingin membeli sebuah buku yang berharga RM15

b)

Anita mempunyai RM10 dan ingin membeli sebuah beg yang

berharga RM15

c)

Amsyar tidak mempunyai wang dan ingin membeli sebatang pen yang berharga RM3

d)

Encik Aqil mempunyai RM50 dan tidak ingin membeli jam tangan yang berharga RM30

2.

Antara yang berikut,yang manakah benar tentang Hukum permintaan ?

a)

Apabila harga naik,maka kuantiti diminta berkurang

b)

Apabila harga naik,maka kuantiti diminta bertambah

c)

Apabila harga jatuh,maka kuantiti diminta berkurang

d)

Apabila harga jatuh,maka kuantiti diminta kekal

3.

Maklumat di atas berkaitan dengan dua barang.


Antara yang berikut, yang manakah mungkin merupakan barang S dan barang T ?


a)

Telefon pintar dan alat pengecas

b)

Gula dan beras

c)

Kopi dan teh

d)

Komputert peribadi dan kereta

4.

Rajah di atas menunjukkan pergerakan Y ke X di sepanjang keluk permintaan (DD).


Pergerakan dari Y ke X berlaku disebabkan


a)

kejatuhan harga barang itu

b)

kenaikan harga barang itu

c)

kenaikan harga barang penggenap

d)

kejatuhan harga barang penggenap

5.

Maklumat di atas menunjukkan suatu perubahan penentu

permintaan.

Kesan perubahan penentu permintaan di atas boleh dilihat dalam keluk ...

a)
b)
c)
d)
6.

Peralihan keluk permintaan ke kanan disebabkan oleh

a)

harga barang pada masa depan dijangka turun

b)

harga barang itu sendiri jatuh

c)

harga barang pengganti jatuh

d)

harga barang penggenap jatuh

7.

Pernyataan manakah benar tentang hukum penawaran ?

a)

Keluk penawaran mencerun ke bawah dari kiri ke kanan

b)

Kuantiti sesuatu barang dan perkhidmatan

yang ingin dikeluarkan oleh firma pada satu tingkat harga tertentu dan dalam tempoh masa tertentu

c)

Kuantiti sesuatu barang dan perkhdmatan yang

sanggup dikeluarkan oleh firrma pada satu tingkat harga tertentu dan dalam tempoh masa tertentu

d)

Kuantiti sesuatu barang dan perkhidmatan yang sanggup dikeluarkan oleh isi rumah pada satu tingkat harga tertentu dan

dalam tempoh masa tertentu

8.

Antara yang berikut,yang manakah akan menyebabkan

peningkatan dalam penawaran penghawa dingin ?

a)

Peningkatan kos upah buruh

b)

Penurunan cukai pendapatan perseorangan

c)

Peningkatan pendapatan individu

d)

Kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan

9.

Rajah di atas menunjukkan keluk penawaran bagi Firma A, B dan C bagi suatu barang.

Sekiranya jumlah penawaran pasaran pada tingkat harga RM30 ialah 82 unit, berapakah nilai X?

a)

30 unit

b)

32 unit

c)

64

d)

100

10.

Pernyataan di sebelah berkaitan dengan suatu kejadian dalam ekonomi.


Apakah kesan kejadian tersebut?

a)

Lebihan permintaaan, harga cenderung untuk naik

b)

Lebihan permintaaan,harga cenderung untuk jatuh

c)

Lebihan penawaran, harga cenderung untuk naik

d)

Lebihan penawaran, harga cenderung untuk jatuh

11.

antara berikut, yang manakah paling tepat mengenai definisi ekonomi?

a)

sains praktikal tentang pengeluaran dan pengagihan

b)

satu kajian bagaimana manusia dapat memenuhi kehendak yang tidak terhad

c)

sains kekayaan yang mengkaji kejayaan dan sebab terdapatnya kekayaan negara

d)

satu kajian tentang cara bagaimana manusia bekerjasama untuk mencapai keperluan kebendaan

12.

masalah utama ekonomi berlaku disebabkan oleh

a)

sumber ekonomi yang tidak terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad

b)

sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad

c)

sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak yang terhad

d)

sumber-sumber ekonomi yang terhad

13.

Pernyataan manakah benar tentang modal?

I Mempunyai mobiliti geografi

II Kuantiti penawarannya terhad

III Tidak mempunyai mobiliti tempat

IV Alat ciptaan manusia yang digunakan untuk menghasilkan keluaran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Usahawan menerima ganjaran untung kerana

I membenarkan orang lain menguruskan untungnya

II menangguhkan perbelanjaannya pada masa sekarang

III kecekapannya menyelaraskan sumber ekonomi

IV sanggup menanggung risiko

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Isi rumah menghadapi masalah kekurangan

a)

pilihan

b)

pendapatan

c)

sumber hasil

d)

faktor pengeluaran

16.

Apakah yang menyebabkan wujudnya masalah kekurangan dalam ekonomi?

a)

Kehendak manusia yang terhad dan sumber ekonomi juga terhad

b)

Kehendak manusia yang terhad tetapi sumber ekonomi tidak terhad

c)

Kehendak manusia yang tidak terhad tetapi sumber ekonomi yang terhad

d)

Kehendak manusia yang tidak terhad dan sumber ekonomi juga tidak terhad

17.

Mengapakah isi rumah perlu membuat pilihan perbelanjaan dengan cekap?

a)

Berjimat-cermat dalam membuat perbelanjaan

b)

Mengagihkan sumber ekonomi dengan cekap

c)

Mengelakkan pembaziran sumber ekonomi

d)

Memperoleh kepuasan yang maksimum

18.

Apakah tujuan kerajaan membuat pilihan terhadap pelbagai projek pembangunan yang

akan dijalankan?

a)

Memaksimumkan kepuasan

b)

Memaksimumkan keuntungan

c)

Meminimumkan kos pengeluaran

d)

Memaksimumkan kesejahteraan masyarakat

19.

Antara yang berikut, manakah andaian yang digunakan untuk membentuk keluk

kemungkinan pengeluaran?

I Tingkat harga tetap

II Tingkat teknologi tetap

III Terdapat tiga jenis barang

IV Sumber ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

20.

Sebarang titik di dalam keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan

a)

titik kecekapan

b)

titik ketidakcekapan

c)

titik yang tidak akan tercapai

d)

kombinasi output maksimum

21.

wang merupakan suatu komoditi yang diterima umum sebagai perantaraan pertukaran

a)

BETUL

b)

SALAH

22.

Wang terdiri daripada jenis wang syiling dan wang kertas

a)

BETUL

b)

SALAH

23.

Ciri -ciri wang antaranya ialah penawaran terhad

a)

BETUL

b)

SALAH

24.

Wang mempunyai TIGA jenis berfungsi

a)

BETUL

b)

SALAH

25.

Adli membeli buku di sebuah kedai BUKU ranau, fungsi wang berikut ialah

a)

perantraan pertukaran

b)

ukuran nilai

c)

simpanan nilai

d)

bayaran tertunda

26.

Attabrani membayar kereta yang di miliki secara ansuran

a)

perantaraan pertukaran

b)

bayaran tertunda

c)

simpanan nilai

d)

ukuran nilai

27.

Apza ingin menukarkan barang dengan barang yang lain menggunakan sistem barter

a)

BETUL

b)

SALAH

28.

Ainnur memiliki akaun semasa dan beliau dibenarkan menggunakan deposit semasa dalam pembayaran beliau

a)

BETUL

b)

SALAH

29.

Zetty memiliki wang yang banyak dan ingin menabung untuk kegunaan pada masa akan datang

a)

bayaran tertunda

b)

simpanan nilai

c)

ukuran nilai

d)

perantaraan pertukaran

30.

melalui sistem barter, seekor lembu tidak dapat ditentukan nilainya dengan tepat jika ditukarkan dengan barang lain, apakah masalah tersebut

a)

masalah kehendak serentak

b)

barang tidak tahan lama

c)

kesukaran membahagi barang kepada unit kecil

d)

kesukaran membawa barang

31.

Razi membeli barang menggunkan wang yang bernilai RM5000

a)

perantaraan pertukaran

b)

ukuran nilai

c)

simpanan nilai

d)

bayaran tertunda

32.

Deposit semasa merupakan salah satu jenis wang yang digunakan di dunia ini

a)

Betul

b)

salah

33.

hanya pemegang akaun simpanan yang dibenarkan menggunakan depsosit semasa

a)

betul

b)

salah

34.

Farah dan Alia ingin bertukar barang melalui sistem barter.. tetapi mereka menghadapi masalah kerana barang tersebut tidak memenuhi kehendak antara satu dengan lain.

a)

barang tidak tahan lama

b)

kesukaran membawa barang

c)

penawaran terhad

d)

masalah kehendak serentak

35.

berikut ialah fungsi wang kecuali

a)

perantaraan pertukaran

b)

ukuran nilai

c)

barang tidak tahan lama

d)

masalah kehendak serentak

36.

Wang Ringgit Malaysia dikeluarkan oleh

a)

Bank perdagangan

b)

Bank Dunia

c)

Bank saudagar

d)

Bank pusat

37.

Wang yang dikeluarkan oleh negara Malaysia berdasarkan nilai

a)

Logam

b)

Emas

c)

Jumlah Minyak

d)

Pertukaran asing

38.

Jika harga komputer turun daripada RM2 500 kepada RM2 000, kuantiti diminta meningkat sebanyak 25%. Berapakah nilai keanjalan harga komputer tersebut?

a)

0.2

b)

0.8

c)

1.0

d)

1.25

39.

Kenaikan harga barang R sebanyak 45% telah menyebabkan permintaan menurun sebanyak 20% Hitungkan nilai pekali keanjalan harga permintaan bagi barang R.

a)

0.2

b)

0.44

c)

0.45

d)

2.2

40.

Tafsirkan nilai keanjalan harga permintaan 0.5

a)

Apabila harga meningkat 1%, kuantiti diminta turun sebanyak 0.5%

b)

Apabila harga meningkat 1%, kuantiti diminta meningkat 0.5%

c)

Apabila harga me.ningkat 0.5%, kuantiti diminta turun 1%

d)

Apabila harga menurun 0.5%, kuantiti diminta turun 1%

41.

Antara berikut manakah bukan penentu keanjalan..

a)

Jenis barang

b)

Faktor jangka masa

c)

bilangan barang pengganti

d)

cuaca

42.

Apakah jenis keanjalan bagi barang di atas...

a)

Anjal

b)

Tidak anjal

43.

Keanjalan bagi barang di atas adalah...

a)

Anjal

b)

Tidak anjal

44.

Jenis keanjalan untuk susu...

a)

Anjal

b)

Tidak anjal

45.

barang-barang berikut adalah ANJAL

a)
b)
c)
d)
46.

Barang-barang di bawah TIDAK ANJAL

a)
b)
c)
d)
47.

Keanjalan harga permintaan bermaksud....

a)

mengukur (E) peratus perubahan harga akibat perubahan kuantiti yang dminta

b)

mengukur peratus perubahan harga akibat perubahan harga barang lain

c)

mengukur peratus perubahan kuantiti diminta akibat daripada peratus perubahan harga.

48.

keluk permintaan bagi barang yang anjal adalah...

a)
b)
49.

Berikut adalah ciri pasaran monopoli semula jadi kecuali....

a)

satu firma sahaja

b)

keluaran ada barang penganti

c)

penentu harga pasaran

d)

tiada kebebasan keluar masuk industri

50.

Manakah antara berikut faedah sampingan yang disediakan kepada kakitangan awam

a)

cuti perayaan

b)

pencen selepas bersara

c)

elaun kehadiran dan kerja lebih masa

d)

elaun makan

51.

Inflasi menyebabkan...

a)

Tingkat harga umum naik

b)

Tingkat harga umum jatuh berterusan

c)

Kada pengganguran meningkat

d)

Firma memberhentikan pekerja

52.

Tahap guna tenaga penuh berlaku apabila

a)

Tenaga buruh tidak di gunakan sepenuhnya

b)

Ramai rakyat memilih untuk menggangur

c)

Tenaga buruh digunakan secara optimum

d)

Buruh yang tidak sanggup untuk bekerja

53.

Eksternaliti negatif merujuk kepada......

a)

kos dalaman yang di tanggung oleh masyarakat

b)

kesan negatif keadaan sekeliling

c)

kos luaran yang di tanggung oleh masyarakat

d)

kos dalaman dan kos luaran yang di tanggung oleh firma

54.

contoh barang kawalan

a)

susu pekat manis

b)

milo

c)

serbuk teh

d)

tepung gandum

55.

Apakah kesan Dasar Harga Minimun?

a)

Dasar penetapan harga yang lebih rendah drpd tingkat harga keseimbangan

b)

kebajikan pengguna dapat di jaga supaya pengguna dapat membeli barangan dengan harga patut

c)

mengatasi masalah lebihan atau kurangan di pasaran

d)

mengisytiharkan sesetengah barang penggunaan asas sebagai barang kawalan

56.

cukai merupakan satu mekanisme yang mengumpulkan hasil dari individu dan syarikat untuk bangunkan negara

a)

betul

b)

salah

57.

Salah satu matlamat kerajaan untuk menjaga kebajikan masyarakat

a)

sebagai pengeluar barang ekonomi

b)

mengawal selia pekerja

c)

mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif

d)

mengesan eksternaliti negatif

58.

Globalisasi akan membawa perspektif baru tentang konsep

a)

Dunia tanpa batasan

b)

Dunia yang tanpa halangan

c)

Dunia tanpa batas waktu

d)

Dunia global dan baru

59.

Soalan 59 dan 60 berdasarkan penyataan di bawah.


Ciri-ciri sistem ekonomi Negara Y:

 Proses import dan eksport di antara negara

 Pasaran bebas diantara negara

 Terdapat Firma seperti Coca-cola dan McDonald’s


Berdasarkan ciri-ciri di atas, kegiatan apakah yang diamalkan oleh Negara Y?

a)

Dunia baru

b)

Penswastaan

c)

Nasionalisasi

d)

Globalisasi

60.

Berikut merupakan kebaikan mengamalkan sistem ekonomi seperti di Negara Y kecuali...

I. Peningkatan kadar pertukaran wang asing

II. Penggantungan ekonomi dan politik antara negara

III. Aliran keluar untung ke negara lain

IV. Berlakunya perpindahan teknologi

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

61.

Berikut merupakan ciri-ciri globalisasi kecuali..

a)

Pasaran baharu

b)

Kaedah pemasaran baharu

c)

Peserta baharu

d)

Peraturan dan norma baharu

62.

Antara berikut, yang manakah contoh syarikat multinasional yang terdapat di Malaysia?

I. Syarikat Bekalan Air Selangor

II. Toyota

III. Sime Darby

IV. Pos Malaysia

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

63.

Malaysia menerima lebih banyak pelaburan syarikat multinasional kerana..

a)

Kos pengangkutan yang tinggi

b)

Mengamalkan perdagangan bebas

c)

Kadar cukai pendapatan yang rendah

d)

Tenaga buruh yang ramai dan berkemahiran

64.

Berikut merupakan faktor penggalak globalisasi di Malaysia?

I. Kemajuan teknologi

II. Kemudahan infrastruktur

III. Kepelbagaian budaya dalam negara

IV. Pendapatan negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

65.

Pelaburan langsung asing merupakan...

a)

Pelaburan kerajaan sesebuah negara di negara-negara lain

b)

Kemasukan pekerja asing ke dalam sesebuah negara

c)

Pelaburan firma asing untuk memulakan operasi perniagaan di negara lain

d)

Aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan sesebuah negara di negara lain

66.

Situasi manakah yang menunjukkan kesan baik pelaburan langsung asing ke atas ekonomi Malaysia?

I. Jepun melabur di Malaysia akan menggalakkan kemasukan teknologi ke dalam negara.

II. Pelaburan langsung asing akan memberikan kesan kepada aliran keluar pendapatan ke luar negara.

III. Firma asing membuat pelaburan dalam bidang hartanah di Malaysia.

IV. Pelaburan asing berjaya menambahkan jumlah pendapatan negara memberikan pertumbuhan kepada ekonomi negara.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

67.

Pernyataan manakah yang menerangkan kesan negatif pelaburan langsung asing?

I. Merapatkan jurang perbezaan pendapatan

II. Mewujudkan persaingan yang tidak adil kepada firma tempatan

III. Mengekspoitasi sumber alam berlebihan

IV. Meningkatkan pendapatan negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

68.

Alat Dasar Fiskal terdiri daripada...

a)

Cukai

b)

Nisbah rizab berkanun

c)

perbelanjaan kerajaan

d)

surat jaminan kerajaan

69.

Dasar fiskal mengembang digunakan semasa negara mengalami....

a)

kejatuhan pendapatan

b)

kemelesetan ekonomi

c)

inflasi

d)

kelembapan ekonomi

70.

semasa dasar fiskal menguncup dilaksanakan perbelajaan kerajaan akan diturunkan supaya...

a)

kuasa beli pengguna menurun

b)

permintaan agregat meningkat

c)

menggalakkan aktiviti pengeluaran

d)

permintaan agregat menurun

71.

Dasar Fiskal menguncup dilaksanakan semasa...

a)

inflasi

b)

kemelesetan ekonomi

c)

pengangguran

72.

Apabila dasar fiskal menguncup dilaksanakan maka...

a)

kadar cukai akan diturunkan

b)

perbelanjaan kerajan dinaikkan

c)

kadar cukai dinaikkan

d)

perbelanjaan kerajaan diturunkan

73.

Sumber hasil kerajaan boleh dibahagikan kepada:

a)

cukai tidak langsung

b)

pinjaman negara luar

c)

cukai langsung

d)

hasil bukan cukai

74.

Agensi ini telah dilantik oleh kerajaan untuk mengutip sejenis hasil yang menyumbang jumlah terbesar dalam hasil kerajaan. Hasil yang dimaksudkan ialah...

a)

cukai tidak langsung

b)

cukai langsung

c)

hasil bukan cukai

75.

Cukai langsung terdiri daripada...

a)

cukai tanah

b)

cukai pendapatan individu

c)

duti eksais

d)

cukai pendapatan syarikat

76.

Dikenakan ke atas barang-barang yang boleh menjejaskan kesihatan rakyat dan kenderaan bermotor yang dijual dalam pasaran tempatan.

a)

Levi

b)

Duti eksais

c)

Duti eksport

d)

Duti import

77.

Sejenis cukai yang boleh dipindahkan bebannya kepada pihak lain

a)

cukai langsung

b)

cukai pendapatan

c)

cukai tidak langsung

d)

hasil bukan cukai

78.

Perbelanjaan kerajaan terdiri daripada perbelanjaan ...

(a)  

79.

Perbelanjaan mengurus terdiri daripada

a)

bayaran khidmat hutang kerajaan

b)

pembelian senjata api untuk angkatan tentera

c)

pembayaran gaji kakitangan awam(emolumen)

d)

pemberian derma

80.

Alat dasar kewangan terdiri daripada...

a)

cukai langsung

b)

nisbah rizab tunai

c)

kadar faedah

d)

perbelanjaan kerajaan

e)

syarat sewa beli