Font size
WorksheetsINSPIRE SPMC KLUANG JOHOR 2023
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Lambang kebesaran adalah identiti sesebuah kerajaan.
Antara berikut, yang manakah lambang kebesaran sultan dalam Kesultanan Melayu Melaka?
Undang-undang
Cap mohor
Wilayah pengaruh
Agama Islam
Pembesar Berempat dalam Kesultanan Melayu Melaka memperoleh kawasan pegangan bagi mentadbir wilayah, sungai atau pulau.
Bagaimanakah mereka memperoleh kawasan tersebut?
Melalui penaklukan
Mendapat kurnia sultan
Melalui sokongan rakyat
Menggunakan konsep naungan
Revolusi Perancis tercetus daripada idea nasionalisme oleh golongan pemikir Perancis.
- Jean Janques Rousseau
- Voltaire
Apakah DUA idea yang diperjuangkan oleh tokoh tersebut?
Kesedaran
Persamaan
Persaudaraan
Kesejahteraan
Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh nasionalisme tempatan.
- Mat Salleh
- Tok Janggut
Apakah ciri perjuangan tokoh tersebut?
Berorganisasi
Bersifat setempat
Perjuangan radikal
Penulisan kreatif
Perjanjian Versailles ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman pada tahun 1919.
Mengapakah Itali menganggap Perjanjian Versailles adalah tidak adil?
Tidak diberikan tanah jajahan baharu
Perlu membayar pampasan perang
Kehilangan tanah jajahan
Kemelesetan ekonomi dan inflasi
Gambar berikut merupakan tokoh yang telah memberikan sumbangan dalam perkembangan nasionalisme di negara kita. Apakah sumbangan beliau?
Menentang pendudukan Jepun
Menubuhkan pasukan gerila
Menubuhkan Force 136
Mengusir komunis
Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran British di Tanah Melayu.
- Melicinkan sistem pentadbiran
- Meningkatkan pelaburan British
- Mengukuhkan pertahanan
Apakah bentuk pentadbiran tersebut?
Persekutuan Tanah Melayu
Pentadbiran Tentera British
Syarikat Borneo Utara British
Malayan Union
Berikut adalah faktor penyerahan Sarawak kepada kerajaan British.
- Masalah pewarisan takhta
- Desakan Kerajaan British
- Masalah kewangan
Apakah DUA masalah kewangan Sarawak selepas Perang Dunia Kedua?
Lombong minyak musnah
Ekonomi Sarawak terjejas
Ketegangan antara kaum
Ancaman penyakit berjangkit
Gabungan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) terdiri daripada beberapa pertubuhan Melayu.
Pilih pasangan yang tepat berkenaan gabungan ini.
A
B
C
D
Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948.
Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap orang Melayu?
Mendukung perpaduan kaum
Dilantik sebagai rakyat pribumi
Diiktiraf sebagai penduduk asal
Membuka ruang kewarganegaraan
Undang-undang Darurat telah dikuatkuasakan ke seluruh Tanah Melayu pada 1948.
Mengapakah undang-undang tersebut dikuatkuasakan?
Melakukan penjajahan baharu
Menghapuskan pengaruh Jepun
Membanteras ancaman komunis
Menangkap kumpulan anti-British
Gambar berikut berkenaan dengan pasukan Sarawak Rangers (Iban Tracker).
Apakah kejayaan pasukan tersebut?
Menghapuskan kumpulan Min Yuen
Membantu polis menentang komunis
Membantu mengamankan kampung
Memusnahkan kem dan markas komunis
Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah pada tahun 1951.
Apakah tujuan sistem ini diperkenalkan?
Merangka perlembagaan yang baharu
Melaksanakan proses pilihan raya umum
Merancang pembangunan ekonomi tempatan
Melatih penduduk tempatan dalam pentadbiran
Bagaimanakah Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 menjadi asas kepada pembentukan sistem pendidikan kebangsaan?
Sekolah vernakular diperbanyak
Sukatan pelajaran yang seragam
Penggunaan bahasa pengantar yang sama
Pelajaran percuma kepada semua pelajar
Rajah berikut adalah garis masa sebahagian proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955.
Apakah X?
Penamaan calon
Penetapan sempadan kawasan
Pembentukan suruhanjaya pemantau
Pengumuman keputusan pilihan raya
Bagaimanakah V.T. Sambanthan selaku Menteri Buruh melaksanakan tugasnya untuk menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan?
Mengurangkan pegawai Eropah
Menambah bilangan pelajar ke Britain
Menyekat kemasukan buruh asing
Menubuhkan pusat latihan kemahiran
Manakah antara berikut merupakan gerak kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
Mengadakan perbincangan dengan Gabenor
Membuat lawatan ke Negeri-negeri Selat
Menerima nasihat perundangan dari Britain
Mengkaji pentadbiran Negeri-negeri Melayu
Berikut berkenaan dengan maklumat cara kewarganegaraan dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Perkara 14
Tiap - tiap orang yang lahir dalam Negeri Persekutuan pada atau pun selepas Hari Merdeka
Apakah cara kewarganegaraan tersebut?
Naturalisasi
Permohonan pendaftaran
Penguatkuasaan undang-undang
Kebenaran Majlis Tertinggi Kabinet
Jawatankuasa Persediaan Fizikal ditubuhkan sebagai persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara.
Mengapakah kerajaan menubuhkan jawatankuasa tersebut?
Menyebarkan risalah kepada penduduk
Menyediakan pelbagai kemudahan asas
Menerima cadangan atur cara sambutan
Mewujudkan identiti negara yang merdeka
Maklumat berikut berkaitan dengan penurunan bendera Union Jack.
Bendera Union Jack telah diturunkan dengan diiringi lagu God Save The Queen pada malam 30 Ogos 1957
Apakah kepentingan peristiwa tersebut?
Mengesahkan kedaulatan Raja-raja Melayu
Menandakan penamatan penjajahan British
Memberi penghormatan kepada kerajaan British
Mengukuhkan kedudukan istimewa orang Melayu
Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara?
Mewujudkan kesejahteraan rakyat
Menjadikan kuasa politik unggul di dunia
Menunjukkan kekuatan angkatan tentera
Membuktikan dasar luar mengikut situasi semasa
Ilustrasi berikut menggambarkan masyarakat majmuk di negara kita. Bagaimanakah pemerintah mengekalkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat?
Menubuhkan parti berasaskan kaum
Menggubal undang-undang perpaduan kaum
Membina petempatan kampung baru
Membangunkan kemudahan infrastruktur
Pilih pasangan yang tepat berkenaan badan penggubal undang-undang di negeri-negeri Melayu pada tahun 1946.
A
B
C
D
Perlembagaan negara kita telah dipinda pada tahun 1963 dan 1965.
Mengapakah perlembagaan tersebut dipinda?
Mengelakkan tekanan pihak luar
Memenuhi permintaan Kerajaan Negeri
Mengikut perubahan ekonomi semasa
Menyesuaikan dengan keperluan semasa
Undang-undang berikut digubal sebelum Perang Dunia Kedua.
- Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
- Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911
Apakah persamaan kedua-dua undang-undang tersebut?
Raja berkuasa mutlak
Kerajaan dipilih oleh rakyat
Pemerintahan Raja Berperlembagaan
Menteri Besar menguasai pentadbiran
Maklumat berkenaan dengan kebebasan asasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
Kebebasan bersuara, berhimpun, dan berpersatuan.
Setiap warganegara berhak kepada kebebasan bersuara, berhimpun secara aman dan membentuk persatuan
Mengapakah kebebasan asasi tersebut tidak bersifat mutlak?
Mendorong penubuhan parti politik
Membendung pencerobohan musuh
Menggalakkan percambahan idea
Memastikan ketenteraman awam
Antara yang berikut, perkara yang manakah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan?
Perubatan dan kesihatan
Pertanian dan perhutanan
Kebudayaan dan sukan
Kerajaan tempatan
Jadual berikut menunjukkan kerjasama kerajaan untuk membangunkan kesejahteraan rakyat.
Apakah sumbangan program tersebut terhadap golongan pertengahan?
Membangunkan kawasan baharu
Meningkatkan pendapatan rakyat
Menyelesaikan masalah setinggan
Menyediakan rumah mampu milik
Barisan Sosialis di Singapura menentang cadangan pembentukan Malaysia.
Mengapakah parti tersebut berbuat demikian?
Penjajahan bentuk baharu
Penguasaan sumber ekonomi
Pakatan meluaskan pengaruh politik
Peluang menjatuhkan parti pembangkang
Tahun 1965 => Jeneral Suharto telah mengambil alih kuasa pemerintahan daripada Presiden Soekarno.
Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
Perang dunia merebak
Sistem beraja dipulihkan
Pakatan tentera dibentuk
Dasar konfrontasi berakhir
Kerajaan melaksanakan dua kaedah, iaitu gerakan perang saraf dan operasi ketenteraan bagi mengatasi ancaman komunis.
Bagaimanakah kerajaan mengatasi ancaman komunis melalui perang saraf?
Memberi tawaran pengampunan
Mengisytiharkan perintah darurat
Mendirikan penempatan baharu
Memperbesar pasukan keselamatan
Isu berikut dihadapi oleh negara kita pada awal kemerdekaan.
Terlalu bergantung kepada eksport getah dan bijih timah
Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu tersebut?
Menarik kemasukan pelabur luar
Melibatkan kerjasama sektor swasta
Meningkatkan pengeluaran bijih timah
Mempelbagaikan pengeluaran komoditi negara
Maklumat berikut berkenaan cadangan tambahan dalam Laporan Rahman Talib.
- Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah
- Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat
Apakah DUA tujuan Laporan Rahman Talib mengemukakan cadangan tersebut?
Mengurangkan murid gagal mata pelajaran Sejarah
Memperkukuh semangat kesetiaan terhadap negara
Memperkukuh persefahaman antara kaum
Meningkatkan murid memasuki sekolah akademik
Logo berikut diperkenalkan sempena sambutan 50 tahun Rukun Negara.
Apakah maksud bulan dan bintang dalam logo tersebut?
Keluhuran perlembagaan
Kepercayaan kepada Tuhan
Kedaulatan undang-undang
Kesetiaan kepada raja dan negara
Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah untuk mencapai perpaduan dan kesejahteraan kaum.
Apakah strategi yang digunakan untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)?
Memajukan pertanian masyarakat luar bandar
Mengurangkan jurang sosioekonomi yang wujud antara kaum
Membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan rakyat
Memperkenalkan pertanian dan perindustrian moden di Malaysia
Rajah berikut merujuk kepada strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN) untuk membasmikan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Apakah strategi DPN dalam bidang ekonomi?
Menambah baik kemudahan asas
Meningkatkan pemilikan saham bumiputera
Membentuk masyarakat yang berdisiplin dan progresif
Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian
Apakah faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia?
Pengurusan pentadbiran sistematik
Kerjasama antara negara serantau
Hubungan perdagangan
Keperluan nasional
Antara berikut, yang manakah DUA bukti negara Komanwel merupakan rakan dagang Malaysia yang utama?
Menyediakan kemudahan kredit
Membuka pelaburan ke negara luar
Memudahkan eksport barang ke semua negara
Mengenakan kadar cukai yang rendah
Malaysia menyertai OIC yang dianggotai oleh 57 buah negara Islam.
Apakah tugas utama Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dalam pertubuhan OIC?
Menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama
Menggalakkan masyarakat Islam di seluruh dunia patuh ajaran Islam
Memastikan masyarakat Islam di seluruh dunia mendapat pembelaan
Menjadi pengerusi pertama Kongres Islam Sedunia Rantau Asia Tenggara
Apakah bentuk bantuan yang disalurkan oleh pertubuhan Cinta Syria Malaysia (CSM) kepada anak-anak pelarian Syria?
Bantuan kewangan
Sumbangan derma
Pendidikan percuma
Penyaluran ubat-ubatan
