wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN PRA AKHIR TAHUN SEJARAH TING. 4 2023 - 4 BIRUNI & 4 FARABI

Total questions: 100

Worksheet time: 8hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Kerajaan manakah yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Kerajaan Srivijaya

b)

Kerajaan Majapahit

c)

Kerajaan Johor-Riau

d)

Kerajaan Kedah Tua

2.

Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Sistem Pembesar Berpusat

b)

Sistem Pembesar Empat Lipatan

c)

Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

d)

Sistem Pembesar Enam Belas Lipatan

3.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nobat dan adat istiadat


Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

Membuktikan keturunan raja

b)

Menunjukkan kedaulatan raja

c)

Mengambarkan kemewahan raja

d)

Menandakan kawasan pemerintahan

4.

Berikut merupakan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu :

  • Raja
  • Undang-undang
  • Wilayah pengaruh
  • Rakyat

Apakah rumusan yang boleh dibuat tentang ciri-ciri negara bangsa tersebut?

a)

Mengamalkan kepercayaan perhambaan

b)

Mewariskan pemerintahan demokrasi

c)

Memantapkan pentadbiran kerajaan

d)

Mewujudkan sistem feudal

5.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran,peraturan,masyarakat yang tersusun dan corak politiknya yang tersendiri bagi membentuk negara bangsa.


Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.


I Wilayah naungan

II Wilayah taklukan

III Kerajaan

IV Undang-undang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Kemunculan dan kemasyhuran kerajaan Alam Melayu membuktikan asas negara bangsa bermula

a)

sebelum kedatangan Barat

b)

selepas kedatangan Barat

c)

semasa pemerintahan Barat

d)

sewaktu penjajahan Barat

7.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti adat isitiadat penggunaan warna,nobat regalia dan cap mohor.


Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

Membuktikan keturunan raja

b)

Menunjukkan kedaulatan raja

c)

Mengambarkan kemewahan raja

d)

Menandakan kawasan pemerintahan

8.

Bendahara Tun Perak merupakan bendahara yang paling lama berkhidmat dalam Kesultanan Melayu Melaka.


Antara berikut,yang manakah merupakan tugas dan peranan


I Mengurus perbendaharaan

II Menjaga keselamatan Kota Melaka

III Ketua pentadbir

IV Pemangku Sultan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Apakah peranan nakhoda yang terdapat dalam undang-undang Laut Melaka?

a)

Melantik syahbandar

b)

Berkuasa penuh dalam pelayaran

c)

Mengawal peraturan pelabuhan

d)

Menjalankan hukuman ke atas kesalahan di pelabuhan

10.

Wilayah berikut merupakan sebahagian daripada Kesultanan Melayu Melaka :

  • Inderagiri
  • Kampar

Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka menguasai wilayah tersebut?

a)

Hadiah

b)

Naungan

c)

Penaklukan

d)

Perkahwinan

11.

Apakah maksud nasionalisme menurut tokoh di atas?

a)

Fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa

b)

Perjuangan menentang penjajahan melalui persatuan dan perpaduan yang kuat

c)

Kesedaran dan ketegasan diri akibat ancaman terhadap kepentingan orang Melayu

d)

Satu gerakan yang meletakkan kesetiaan hanya kepada bangsa dan negaranya

12.

Maklumat di bawah merupakan karya John Locke, seorang ahli falsafah Inggeris. Apakah prinsip pemerintahan yang ditekankan dalam karya tersebut?

a)

Raja berkuasa mutlak

b)

Raja Berperlembagaan

c)

Sistem Demokrasi Berparlimen

d)

Sistem Republik Berperlembagaan

13.

Revolusi Amerika yang berlaku pada tahun 1776 merupakan reaksi orang Amerika menentang penjajahan British.Mengapakah revolusi tersebut tercetus?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Maklumat di atas merupakan dua pertubuhan yang memulakan gerakan nasionalisme awal di India. Apakah isu yang dibangkitkan oleh pertubuhan tersebut?

a)

Kecintaan kepada budaya tempatan

b)

Pengenalan sistem pemerintahan Islam

c)

Pengenalan kepada sistem birokrasi Barat

d)

Penubuhan parti-parti politik bersifat radikal

15.

Gerakan kebangkitan rakyat China di pelopori oleh Dr. Sun Yat Sen. Beliau mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i). Apakah X?

a)

Demokrasi

b)

Kekuatan tentera

c)

Kemajuan ekonomi

d)

Pemerintahan komunis

16.

Gambar di bawah merupakan dua orang tokoh yang mempelopori Gerakan Islam di Mesir.Apakah saranan gerakan tersebut?

a)

Mengubah budaya tempatan

b)

Memperjuangkan kebajikan sosial

c)

Menggiatkan rasa cinta kepada agama

d)

Berpegang kepada ajaran Islam sebenar

17.

Antara berikut, pertubuhan yang manakah ditubuhkan semasa gerakan nasionalisme berlaku di Filipina?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Apakah isu yang dibangkitkan oleh Persatuan Belia Buddha di Burma?

a)

Isu kasut

b)

Isu bangsa Burma

c)

Isu pemisahan Burma dan India

d)

Isu pengenalan pelbagai jenis cukai

19.

Nasionalisme di Thailand bertujuan mempertahankan kedaulatan negara dan menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan.Bagaimanakah Raja Mongkut mempertahankan kemerdekaan negaranya?

a)

Menakluk Tanah Melayu

b)

Bersahabat dengan China

c)

Melaksanakan birokrasi Barat

d)

Berkerjasama dengan Jepun

20.

Nasionalisme di Thailand bertujuan mempertahankan kedaulatan negara dan menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan.Bagaimanakah Raja Mongkut mempertahankan kemerdekaan negaranya?

a)

Menakluk Tanah Melayu

b)

Bersahabat dengan China

c)

Melaksanakan birokrasi Barat

d)

Berkerjasama dengan Jepun

21.

Perang Dunia Pertama berlaku dalam kalangan negara Eropah. Manakah penyataan yang tidak benar mengenai faktor Perang Dunia Pertama?

a)

Berlaku disebabkan krisis ekonomi

b)

Persaingan kuasa imperialis

c)

Pakatan ketenteraan

d)

Krisis Rantau Balkan

22.

Apakah penyebab kepada berlakunya krisis rantau Balkan?

a)

Akibat keperluan bahan mentah

b)

Persaingan sihat dalam perdagangan

c)

Permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia

d)

Berlakunya Perang Dunia Kedua

23.

Antara berikut, yang manakah bukan terdiri daripada Kuasa Tengah?

a)

Jerman

b)

Bulgaria

c)

Empayar Uthmaniyah

d)

Rusia

24.

Pakatan Bertiga terdiri daripada ....

a)

Britian, Perancis dan Rusia

b)

Romania, Portugal, Jerman

c)

Serbia, Itali, Bulgaria

d)

Britian, Perancis,Rusia, Serbia, Itali, Romania, Portugal, Greece

25.

Penglibatan negara manakah yang membawa kemenangan kepada Pakatan Bertiga dalam Perang Dunia Pertama?

a)

Jerman

b)

Greece

c)

Amerika Syarikat

d)

Rusia

26.

Apakah antara kesan Perang Dunia Pertama?

I Keruntuhan Pemerintahan Beraja

II Kemunculan Negara Baharu

III Kesedaran Nasionalisme bermula

IV Amerika Syarikat merdeka

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Setelah revolusi yang tercetus di Rusia menumbangkan pemerintahan beraja Tsar Nicholas II, kerajaan bentuk apakah yang muncul di Rusia?

a)

Demokrasi

b)

Republik

c)

Komunis

d)

Teokrasi

28.

Apakah faktor utama berlakunya Perang Dunia Kedua di Eropah?

I Pakatan Ketenteraan

II Persaingan kuasa imperialis

III Kemunculan Ideologi baharu

IV Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

a)

I dan IV

b)

I dan II

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Apakah cabaran Liga Bangsa-Bangsa selepas Perang Dunia Pertama?


I Krisis Manchuria

II Perjanjian Pelucutan Senjata

III Krisis Habsyah

IV Krisis rantau Balkan

a)

I, II ,III

b)

I, II, IV

c)

II, III, IV

d)

I,III,IV

30.

Kemenangan pihak Bersekutu telah memberikan iktibar kepada kita sehingga kini. Antara berikut, iktibar yang manakah relevan berkaitan peristiwa tersebut?

a)

Bekerjasama dan bermuafakat dalam menghadapi cabaran

b)

Sentiasa berani menempuh dugaan

c)

Rasional dalam tindakan

d)

Sentiasa bersiap siaga

31.

Apakah yang dimaksudkan dengan BMA?

a)

Bersatu Malay Administration

b)

British Military Administration

c)

British Military Agensi

d)

British Malay Administration

32.

Apakah matlmat BMA?

a)

Menentang Jepun

b)

Memberikan bantuan kepada orang miskin

c)

Mengembalikan kestabilan

d)

Memulihkan kepercayaan rakyat

33.

Apakah masalah yang dihadapi oleh pihak BMA untuk memulihkan sosiekonomi tanah melayu?

a)

Kesukaran untuk membawa masuk jentera berat, pekerja, mesin dan teknologi

b)

Kesukaran untuk membawa masuk jentera berat, alat ganti, mesin dan teknologi

c)

Kesukaran untuk membawa masuk jentera ringan, alat ganti, mesin dan teknologi

d)

Kesukaran untuk membawa masuk jentera berat, alat ganti, modal dan teknologi

34.

Gagasan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu bagi menggantikan BMA.


Betul @ Salah?

a)

Betul

b)

Salah

35.

Setiausaha Tanah Jajahan British, George Henry Hall membentangkan Rancangan Malayan Union ini di Parlimen British pada?

a)

10 Oktober 1946

b)

10 November 1945

c)

10 Oktober 1945

d)

11 Oktober 1945

36.

Apakah yang dimaksudkan dengan Jus soli?

a)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan jantina

b)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan tempat lahir

c)

Syarat perkhawinanberdasarkan tempat lahir

d)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan tempat tinggal

37.

Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union mempunyai dua. Klik pada jawapan yang telah disediakan.

a)

Sistem pentadbiran

b)

Kewarganegaraan

c)

Kewangan

d)

Sistem ekonomi

38.

Antara ciri-ciri Kewarganegaraan dalam sistem Jus soli yang manakah benar?

a)

Mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 10 tahun hingga 14 tahun akan diberikan kewarganegaraan.

b)

Mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 10 tahun hingga 15 tahun akan diberikan kewarganegaraan.

c)

Mereka yang berumur 17 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 10 tahun hingga 15 tahun akan diberikan kewarganegaraan.

d)

Mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 5 tahun hingga 15 tahun akan diberikan kewarganegaraan.

39.

Berdasarkan gambar berikut,apakah reaksi penduduk tempatan terhadap Malayan Union?

a)

Menentang Malayan Union dengan mengadakan demonstrasi

b)

Menyokong Malayan Union dengan mengalu-alukan pihak British

c)

Perarakan Kemerdekaan

d)

Berkumpul beramai - ramai bagi menyokong Pihak British

40.

Rosli Dhoby telah ditangkap kerana membunuh Sir Duncan Stewart,Gabenor Kedua di Sarawak.Apakah kesan pembunuhan tersebut?

a)

Pembentukan gagasan Malaysia

b)

Pengenalan Persekutuan Tanah Melayu

c)

Pilihanraya pertama berlangsung

d)

Penindasan terhadap gerakan antipenyerahan

41.

Siapakah yang menganggotai Jawatankuasa Kerja?

(Buku teks m/s 126)

I. Raja-raja Melayu

II. Wakil UMNO dan pegawai British

III. Wakil MCA dan MIC

IV. Ketua tempatan Sabah dan Sarawak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

42.

Mengapakah golongan Melayu radikal membantah tindakan British? (Buku teks m/s 128)

a)

Tidak bersetuju dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

b)

Hak istimewa orang Melayu terjejas

c)

Syarat kewarganegaraa yang masih longgar

d)

Menjalankan perundingan tertutup dengann UMNO

43.

Tokoh di atas adalah antara golongan nasionalis Melayu radikal. Apakah peranan beliau? (Buku teks m/s 128)

a)

Mengetuai Barisan Tani Malaya (BATAS)

b)

Mengetuai Hisbul Muslimin

c)

Pengerusi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

d)

Presiden Angkatan Pemuda Insaf (API)

44.

Apakah sebab All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) menolak perjanjian persekutuan? (Buku teks m/s 128)

a)

Jawatankuasa Kerja menolak pandangan AMCJA

b)

Jawatankuasa Kerja tidak menjanjikan kemerdekaan

c)

Jawatankuasa Kerja mengetatkan syarat kerakyatan

d)

Jawatankuasa Kerja tidak mempunyai wakil bukan Melayu

45.

Diterbitkan oleh Ahmad Boestamam untuk membuka minda rakyat ke arah idea ingin bebas dan merdeka.


Apakah nama akhbar yang dimaksudkan di atas? ( Buku teks m/s 129)

a)

Warta Malaya

b)

Majlis

c)

Suara Rakyat

d)

Utusan Melayu

46.

Mengikut Perlembagaan Rakyat, warna apa yang perlu dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu? (Buku teks m/s 130)

a)

Biru dan kuning

b)

Merah dan kuning

c)

Biru dan putih

d)

Merah dan putih

47.

Mengapakah British perlu melakukan dasar dekolonisasi? (Buku teks m/s 133)

a)

Saranan AMCJA

b)

Saranan PUTERA

c)

Saranan UMNO

d)

Saranan PBB

48.

Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948 (PTM) merupakan gabungan (Buku teks m/s 134)

I. Singapura

II. sembilan buah negeri Melayu

III. dua buah Negeri-negeri Selat

IV. tiga buah Negeri-negeri Selat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

49.

Siapakah yang mengetuai Kerajaan Persekutuan? (Buku teks m/s 134)

a)

Sultan

b)

Gabenor

c)

Perdana Menteri

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

50.

Tingkah laku baik

Tiada rekod jenayah

Menguasai bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Taat kepada Persekutuan Tanah Melayu


Ciri-ciri di atas merujuk kepada kewarganegaraan secara (Buku teks m/s 135)

a)

pendaftaran

b)

kuat kuasa undang-undang

c)

jus soli

d)

automatik

51.

Semasa Rundingan Baling 1955, apakah tuntutan Tunku Abdul Rahman (wakil kerajaan) kepada Chin Peng (wakil PKM)? (pilih dua jawapan)

a)

Menyertai Parti Perikatan

b)

Menyerah diri

c)

Membubarkan Parti Komunis Malaya

d)

Memulangkan senjata

52.

Mengapakah kerajaan melonggarkan syarat kerakyatan kepada golongan bukan Melayu pada zaman darurat?

a)

Supaya penduduk bukan Melayu tidak menyokong komunis

b)

Untuk menambahkan jumlah warganegara di Tanah Melayu

c)

Untuk menggalakkan kemasukan imigran luar

d)

Untuk menggalakkan komunis menyerah diri

53.

Antara berikut merupakan kesan-kesan darurat dari aspek politik, kecuali

a)

pertambahan warganegara di Tanah Melayu

b)

mempercepat proses berkerajaan sendiri

c)

pembentukan Malayan Indian Congress

d)

pembentukan Malayan Chinese Association

54.

Antara yang berikut , yang manakah TIDAK berkaitan dengan kesan darurat terhadap negara kita?

a)

Jumlah warganegara meningkat

b)

Malayan Chinese Association ditubuhkan

c)

Mempercepatkan kemerdekaan negara kita

d)

negara kita menjadi negara bercorak komunis

55.

Penyataan berikut yang manakah berkaitan dengan kesan-kesan darurat terhadap negara kita ?

a)

Darurat menjadi faktor pemangkin untuk mempercepatkan kemerdekaan PTM

b)

Kemenangan Parti Perikatan (MCA-MIC-UMNO) menjadi salah satu punca yang menamatkan ancaman komunis

c)

Pengaruh komunis semakin berleluasa di Persekutuan Tanah Melayu

d)

Kerajaan PTM terpaksa bekerjasama dengan pihak komunis

56.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan kesan darurat dari segi sosioekonomi?

a)

Kos perbelanjaan meningkat

b)

Penduduk tempatan semakin kaya

c)

Membawa penderitaan dan kesengsaraan kepada rakyat tempatan

d)

Jurang ekonomi antara kaum telah dirapatkan

57.

Antara yang berikut, yang manakah adalah kesan darurat dari segi sosioekonomi?

a)

Hubungan antara kaum menjadi renggang

b)

Banyak nyawa terkorban semasa zaman darurat

c)

Hubungan antara kaum menjadi rapat sekali

d)

Taraf hhidup masyarakat tempatan bertambah baik

58.

Sekiranya anda salah seorang penduduk Tanah Melayu pada masa itu, apakah yang anda dapat lakukan untuk membantu membanteras ancaman komunis?

a)

menyokong dan menyertai kempen yang dianjurkan oleh British

b)

Memberi maklumat kegiatan komunis kepada British

c)

Membunuh mana-mana pihak yang disyaki membantu pihak komunis

d)

Menyertai pasukan komunis untuk mecerobohnya dari dalam

59.

Bilakah zaman darurat ditamatkan secara rasminya?

a)

31 Julai 1957

b)

31 Ogos 1957

c)

31 Ogos 1960

d)

31 Julai 1960

60.

Antara berikut merupakan kesan-kesan darurat dari aspek politik, kecuali... (m/s 161)

a)

pertambahan wrganegara di Tanah Melayu.

b)

mempercepatkan proses berkerajaan sendiri.

c)

pembentukan Malayan Indian Congress.

d)

pembentukan Malayan Chinese Association.

61.

Apakah konsep yang digunakan oleh Kesatuan Melayu Muda dalam memperjuangkan kemerdekaan?

(Buku teks m/s 172)

a)

Melayu Raya

b)

Malaysia

c)

Merdeka

d)

Tanah Melayu untuk Malayan

62.

Apakah slogan yang digunakan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya?

(Buku teks m/s 173)

a)

Melayu Raya

b)

Merdeka dengan Darah

c)

Merdeka

d)

Hidup Melayu-Merdeka

63.

"Hidup Melayu"

Slogan di atas digunakan oleh

(Buku teks m/s 172)

a)

Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)

b)

Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)

c)

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak

d)

United Malays National Organisation (UMNO)

64.

Apakah matlamat Hizbul Muslimin? (Buku teks m/s 173)

a)

Kemerdekaan bangsa dan tanah air dengan jalan terbuka secara lembut

b)

Kemerdekaan Tanah Melayu melalui perundingan

c)

Membina satu negara yang teguh dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

d)

Mencapai kemerdekaan Tanah Melayu sebagai sebuah negara Islam

65.

Apakah moto yang digunakan oleh Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?

(Buku teks m/s 174)

a)

Kesamaan dan Keadilan untuk Penduudk Tanah Melayu

b)

Tanah Melayu untuk Malayan

c)

Hidup Melayu Merdeka

d)

Merdeka

66.

Gambar di atas menunjukkan pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC). Siapakah beliau?

(Buku teks m/s 174)

a)

V.T. Sambanthan

b)

John Thivy

c)

E.E.C. Thuraisingham

d)

L.R. Doraisamy

67.

Bagaimanakah CLC ingin meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu? (Buku teks m/s 177)

a)

Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)

b)

Pilihan raya diadakan pada peringkat Majlis Perundangan Persekutuan

c)

Kedudukan istimewa orang Melayu di negara ini diperakui

d)

Penubuhan jawatankuasa pendidikan

68.

Apakah maksud Sistem Ahli?

(Buku teks m/s 178)

a)

Sistem yang mengkaji semula pendidikan di Tanah Melayu

b)

Sistem yang menetapkan syarat-syarat kewarganegaraan PersekutuanTanah Melayu

c)

Sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu

d)

Sistem yang menjalankan pilihan raya pada peringkat majlis bandaran

69.

Apakah taraf seorang ahli dalam Sistem Ahli?

(Buku teks m/s 179)

a)

Wakil rakyat

b)

Ahli Dewan Negara

c)

Menteri

d)

ADUN

70.

Siapakah yang memegang jawatan Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri dalam Sistem Ahli?

(Buku teks m/s 178)

a)

Lee Tiang Keng

b)

E.E.C. Thuraisingham

c)

Dr Ismail Abdul Rahman

d)

Dato Onn Jaafar

71.

Bagaimanakah rakyat boleh memilih wakil atau parti bagi membentuk kerajaan ?

a)

Pilihan Raya

b)

Undi

c)

Demonstrasi

72.

Pilihan Raya Majlis Perbandaran pertama telah diadakan di bandar

a)

George Town, P.Pinang

b)

Kuala Lumpur

c)

Taiping, Perak

d)

Singapura

73.

Siapakah yang berkuasa melantik ahli Majlis Perbandaran George Town sebelum pilihan raya Perbandaran Pulau Pinang 1951 diadakan ?

a)

Gabenor NNS

b)

Residen

c)

Pesuruhjaya Tinggi British

d)

Tok Penghulu

74.

Dalam Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952, berapakah bilangan kerusi yang dipertandingan?

a)

12

b)

10

c)

9

75.

Gabungan UMNO Kuala Lumpur dan MCA Selangor dalam pilihan raya Perbandaran Kuala Lumpur dikenali pada awalnya sebagai ____________

a)

Perikatan

b)

Barisan Nasional

c)

Pakatan Harapan

76.

Berapakah kerusi yang dimenangi Perikatan UMNO-MCA dalam Pilihan Raya Negeri 1954 ?

a)

226/268

b)

268/226

c)

269/268

77.

Berapakah bilangan ahli Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) yang dipilih melalui pilihan raya?

a)

52 orang

b)

48 orang

78.

Pilih syarat-syarat menjadi pengundi dalam pilihan raya

a)

Berumur 21 tahun

b)

Warganegara PTM

c)

Tidak muflis

79.

Berapakah bilangan CALON yang diletakkan oleh Parti Perikatan di dalam Pilihan Raya MPP 1955 ?

a)

52 calon

b)

51 calon

c)

100 calon

80.

Pilihan raya terawal di Sarawak diadakan di daerah

a)

Kuching

b)

Sibu

81.

1. Keadaan selepas Perang Dunia Kedua menunjukkan usaha beberapa negara membebaskan diri daripada penjajahan. Apakah negara tersebut?

I India III Thailand

II Jepun IV Filipina

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

82.

3. Senarai berikut menunjukkan ahli Rombongan Merdeka ke London.

H.S.Lee

Tunku Abdul Rahman

Dr. Ismail Abdul Rahman

Dato’ Abdul Razak Hussein

Apakah kedudukan mereka dalam rundingan kemerdekaan?

a)

A. Pemerhati bebas

b)

B. Wakil Menteri Besar

c)

C. Wakil Parti Perikatan

d)

D. Wakil Raja-raja Melayu

83.

5. Apakah nilai yang dipelajari daripada kejayaan Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 ?

a)

A.Kebijaksanaan

b)

B. Permuafakatan

c)

C. Toleransi

d)

D. Patriotisme

84.

4. Apakah perkara yang dituntut oleh perwakilan dari Tanah Melayu dalam rundingan kemerdekaan?

I.Menghapuskan jawatan Setiausaha Kewangan

II.Melantik Menteri Pelajaran daripada rakyat tempatan

III.Membayar ganti rugi kepada pegawai yang diberhentikan

IV.Meminta tarikh kemerdekaan tidak lewat dari tarikh 31 Ogos 1957

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

85.

7. Pernyataan di bawah merupakan antara isu yang menjadi panduan dalam merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.


X

Corak Pentadbiran

Kedudukan Raja-raja Melayu


Apakah X?

a)

A.Pertahanan

b)

B.Pilihan raya

c)

C.Kewarganegaraan

d)

D. Hubungan diplomatik

86.

9. Apakah intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ?

I.Agama Islam sebagai Agama Persekutuan

II.Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

III. Perdana Menteri dilantik sebagai ketua negara

IV. Sistem pentadbiran negara bercorak demokrasi berparlimen

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

87.

10. Senarai berikut menunjukkan jenis kerakyatan mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.


X

Naturalisasi

Penguatkuasaan Undang-undang


Apakah X?

a)

A. Sukarela

b)

B. Sementara

c)

C. Permohonan

d)

D. Pengiktirafan

88.

11. Apakah yang menjadi asas pembentukan perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri?

a)

A Rundingan di London

b)

B Pilihan raya umum 1955

c)

C. Memorandum parti politik

d)

D Perundingan antara raja-raja Melayu dengan Perikatan

89.

12. Maklumat berikut berkaitan negara luar yang rakyatnya bangkit menentang penjajah.


Mesir

India

Burma


Apakah tujuan mereka menentang penjajah?

a)

A Membina prasarana

b)

B Memohon rundingan

c)

C Menuntut kerakyatan

d)

D Mencapai kemerdekaan

90.

18. Apakah nama suruhanjaya yang dibentuk untuk merangka perlembagaan negara kita?

a)

A. Suruhanjaya Perlembagaan

b)

B. Suruhanjaya British

c)

C. Suruhanjaya Merdeka

d)

D. Suruhanjaya Komunis

91.

"Bebas daripada penjajahan, kurungan atau naungan"

Takrif kemerdekaan tersebut adalah mengikut

(Buku teks m/s 234)

a)

Kamus Oxford

b)

Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

c)

Kamus Dewan

d)

Akhbar Utusan Melayu

92.

Siapakah yang mencipta reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu? (Buku teks m/s 236)

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Yaacob Abdul Latiff

c)

Mohamed Hamzah

d)

S. E. Jewkes

93.

"Bapa Kemerdekaan Tanah Air" adalah gelaran yang diberi kepada

(Buku teks m/s 239)

a)

Sardon Jubir

b)

Tuan Haji Masood Hayati

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Dato Abdul Razak Hussein

94.

Bagaimanakah rakyat memilih kerajaan dan pemerintah di bawah sistem demokrasi berparlimen?

(Buku teks m/s 242)

a)

bermusyawarah

b)

perbincangan

c)

pilihan raya

d)

perhimpunan

95.

Siapakah yang menganggotai pertubuhan Komanwel?

(Buku teks m/s 243)

a)

Negara-negara Asia yang pernah dijajah

b)

Negara-negara yang pernah diserang Jepun

c)

Negara-negara bekas jajahan British

d)

Negara-negara yang mempunyai hubungan baik dengan British

96.

Penyata Rahman Talib memberi penenkanan kepada bahasa _________________ sebagai bahasa pengantar di sekolah.

(Buku teks m/s 245)

a)

Inggeris

b)

Melayu

c)

Melayu dan Inggeris

d)

Melayu dan Mandarin

97.

Antara berikut, yang manakah lambang negara selain lagu kebangsaan dan bendera kebangsaan?

(Buku teks m/s 247)

I. Jata Negara

II. Menara Berkembar Petronas

III. Kereta Api Tanah Melayu

IV. bunga kebangsaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

98.

Siapakah yang menganggotai pertubuhan Komanwel?

(Buku teks m/s 243)

a)

Negara-negara Asia yang pernah dijajah

b)

Negara-negara yang pernah diserang Jepun

c)

Negara-negara bekas jajahan British

d)

Negara-negara yang mempunyai hubungan baik dengan British

99.

Perjuangan bagi menghadapi penjajah hendaklah disertai semangat jinsiyyah dan wataniyyah.

Siapakah tokoh yang memberikan definisi tersebut?

a)

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

b)

Rashid Rida

c)

Mahatma Ghandi

100.

Siapakah yang berkuasa menggubal undang-undang pada peringkat Negeri?

a)

Parlimen

b)

Dewan Undangan Negeri

c)

YDP Agong

d)

Kerajaan