Font size
Worksheetsi-Modul Set 2 2023
Total questions: 45
Worksheet time: 43mins
Ilmu ekonomi berkaitan dengan
mengurus sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad
membantu sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad
menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad
memperuntukkan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad
Jadual 1 berkaitan dengan keluaran Syarikat Halal Muslim Sdn. Bhd. yang menggunakan pelbagai teknik pengeluaran.
Jika pengeluar menukar kaedah keluaran daripada Q ke S, berapakah kos lepas untuk mengeluarkan 90 unit sosej ayam?
80 unit sosej daging
50 unit sosej ayam
30 unit sosej daging
40 unit sosej ayam
Rajah 1 berkaitan dengan keluk kemungkinan pengeluaran barangan.
Pilih pernyataan yang tepat apabila kombinasi pengeluaran bergerak daripada titik D ke titik E.
Pengangguran berlaku di titik E secara besar-besaran
Semakin banyak barang X dikeluarkan dalam ekonomi
Ekonomi tidak menggunakan semua faktor pengeluaran
Berlaku kemajuan tingkat teknologi dalam pengeluaran barangan
Pasangan manakah yang benar tentang perbezaan antara sistem ekonomi pasaran bebas dengan sistem ekonomi perancangan pusat.
Antara berikut, yang manakah benar tentang ciri-ciri ekonomi Islam.
Kerajaan Islam sebagai pengeluar tunggal dalam ekonomi
Mewujudkan persaingan sihat antara individu dengan kerajaan
Tujuan utama individu adalah mencapai kejayaan dunia akhirat
Menyucikan hati pemiliki harta dan sifat tamak dengan membayar cukai
Situasi manakah yang menunjukkan hukum permintaan?
Linda akan membeli lebih banyak ikan apabila harga ikan jatuh
Zul Afiq membeli lebih banyak baju apabila harga baju meningkat
Syarikat Biru akan mengeluarkan lebih banyak pelitup muka apabila harga pelitup muka jatuh
Syarikat Merah akan mengeluarkan lebih banyak vaksin apabila harga vaksin meningkat
Gambar berikut menunjukkan permintaan sesuatu barangan.
Antara berikut, yang manakah mempengaruhi permintaan pasaran bagi barang tersebut?
Perubahan cuaca
Harga daging lembu menurun
Harga makanan ayam meningkat
Perubahan teknologi penternakan semakin canggih
Rajah 3 menunjukkan peralihan keluk permintaan bagi satu barang.
Faktor manakah yang akan menyebabkan keluk permintaan DoDo beralih ke D1D1?
Harga barang itu meningkat
Pendapatan individu meningkat
Cukai pendapatan menurun
Harga barang tersebut dijangka akan menurun pada masa depan
Rajah berikut menunjukkan perubahan keseimbangan bagi suatu projek.
Apakah yang menyebabkan titik keseimbangan Eo beralih ke E1?
Peningkatan harga barang itu
Penggunaan teknologi baharu
Pertambahan pendapatan pengguna
Pemberian subsidi yang semakin meluas
Rajah berikut menunjukkan keluk keseimbangan pasaran.
Pernyataan manakah yang betul tentang rajah tersebut?
Harga keseimbangan adalah RM30
Kuantiti keseimbangan adalah 30 unit
Berlaku lebihan penawaran sebanyak 40 unit pada tingkat harga RM30
Berlaku lebihan permintaan sebanyak 30 unit pada tingkat harga RM30
Rajah berikut menunjukkan keluk perubahan keseimbangan pasaran bagi pelitup muka.
Pernyataan manakah yang betul tentang rajah tersebut?
Pada harga keseimbangan RM2, berlaku lebihan penawaran sebanyak 70 unit
Titik keseimbangan E1 wujud kerana harga keseimbangan meningkat daripada RM2 ke RM3
Peningkatan dalam pendapatan menyebabkan berlaku peralihan keluk SoSo kepada S1S1
Peralihan keluk penawaran daripada SoSo kepada S1S1 menyebabkan kuantiti keseimbangan meningkat daripada 50 unit kepada 70 unit
Jadual berikut menunjukkan harga dan kuantiti bagi suatu barangan di pasaran.
Berapaka nilai keanjalan harga permintaan jika harga menurun daripada RM12 kepada RM5?
0.07
0.09
0.21
0.23
Jadual berikut menunjukkan keanjalan penawaran harga suatu barangan.
Maklumat manakah yang betul tentang barang tersebut?
Peratus perubahan kuantiti lebih kecil daripada peratus perubahan harga bagi barang Y
Pekali keanjalan barang X ialah kurang daripada 1
Jenis keanjalan barang Y ialah tak anjal
Keluk penawaran barang X lebih landai
Antara yang berikut, pilih pernyataan yang benar berkaitan fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada kerajaan.
Mengurus pertukaran asing
Meningkatkan nisbah rizab berkanun
Mencetak mata wang
Menjelaskan hutang negara
Pilih pasangan yang betul.
Antara yang berikut, yang manakah pekerjaan dalam sektor ketiga?
Maklumat berikut berkaitan potongan wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Antara yang berikut, apakah kesan kepada pendapatan pekerja?
Pendapatan boleh guna menurun
Kuasa beli menurun
Kuasa beli meningkat
Pendapatan boleh guna meningkat
Gambar berikut menunjukkan sejenis input pengeluaran dalam sebuah firma.
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang input tersebut.
Tetap wujud walaupun output sifar.
Wujud dalam jangka masa pendek dan panjang
Kuantiti tidak berubah mengikut perubahan output.
Kuantiti berubah secara langsung dengan perubahan output.
Penyataan manakah yang betul mengenai hukum pulangan berkurangan pada tahap II pengeluaran?
Keluaran marginal mencapai maksimum
Jumlah keluaran bertambah dengan kadar meningkat
Keluaran purata lebih kecil daripada keluaran sut
Kombinasi input tetap dan input berubah pada tahap optimum
Pilih faktor yang membantu meningkatkan tahap produktiviti sesebuah organisasi.
Persekitaran kerja yang banyak sumber tetapi tersusun
Gaya kepimpinan pengurusan yang autokratik
Tenaga kerja yang berkemahiran dan bermotivasi tinggi
Mengurangkan penggunaan teknologi moden untuk menjimatkann kos
Pernyataan manakah yang menerangkan mengenai kos luaran?
Kos peribadi atas pengeluaran bersamaan dengan kos luaran.
Merupakan kesan sampingan yang negatif yang ditanggung oleh pihak ketiga tanpa sebarang pampasan.
Kos atau faedah yang tidak diambil kira dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan
Merupakan kesan sampingan positif yang ditanggung oleh pihak ketiga tanpa sebarang pampasan.
Gambar berikut berkaitan sejenis barang.
Apakah ciri-ciri barang tersebut?
Penawarannya tidak terhad
Disediakan oleh pihak swasta
Pengeluaran tidak melibatkan kos lepas
Penggunaannya tidak mengurangkan faedah penggunaan individu lain.
Maklumat di bawah berkaitan dengan objektif makroekonomi.
Pernyataan manakah benar tentang kesan situasi di atas terhadap ekonomi negara?
Jumlah penganggur tinggi
Kuasa beli rakyat terjejas
Lebihan penawaran buruh
Taraf hidup masyarakat meningkat
Maklumat di bawah berkaitan projek pembangunan kerajaan.
Mengapakah kerajaan terlibat dalam projek tersebut?
Peranan kerajaan sebagai pengeluar
Kerajaan bertujuan mengawal selia pengeluar
Projek tersebut bertujuan menarik pelabur asing
Matlamat kerajaan mengurangkan kadar pengangguran
Inflasi tolakan kos berlaku disebabkan oleh
peningkatan pendapatan
peningkatan pinjaman bank
peningkatan bahan mentah
peningkatan perbelanjaan kerajaan
Apakah kesan inflasi sederhana terhadap kadar pengangguran?
Tabungan meningkat
Pendapatan benar menurun
Taraf hidup rakyat meningkat
Peluang pekerjaan bertambah
Maklumat yang berikut berkaitan dengan KDNK mengikut permintaan agregat bagi negara X.
Hitungkan jumlah eksport bersih negara tersebut.
RM30 910 juta
RM26 810 juta
RM70 510 juta
RM200 500 juta
Pernyataan manakah yang benar tentang kesan penurunan kadar faedah terhadap firma?
Kos pinjaman menurun
Perbelanjaan pelaburan menurun
Nisbah rizab tunai meningkat
Keuntungan firma berkurang
Antara yang berikut, yang manakah kesan dasar fiskal menguncup ke atas objektif makroekonomi?
Guna tenaga berkurang
Kenaikan tingkat harga umum
Pertumbuhan ekonomi perlahan
Pendapatan benar meningkat
Antara yang berikut yang manakah merupakan ciri globalisasi?
Pasaran baharu
Undang-undang baharu
Pelaburan baharu
Sistem percukaian baharu
Maklumat di bawah mengenai sebuah syarikat multinasional.
Manakah antara berikut merupakan faktor pendorong syarikat berkenaan membuka cawangan di luar negara?
Kekurangan bahan mentah di negara asal
Sekatan perdagangan oleh negara asal
Upah buruh rendah di negara asal
Faktor pengeluaran yang berlebihan di negara asal
Malaysia mengimport anggur dari negara Sepanyol. Apakah kepentingan perdagangan antarabangsa bagi Malaysia?
Menggalakkan pemindahan dan penggunaan teknologi
Meningkatkan kecekapan pengeluaran
Menggalakkan pelaburan
Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan di dalam negara.
Antara berikut, yang manakah betul?
Embargo - Sekatan dalam bentuk undang-undang atau syarat
Kuota - Had minimum bagi sesuatu barang yang diimport
Tarif ad valorem - Cukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan yang diimport
Tarif spesifik - Cukai yang dikenakan atas setiap unit barang yang diimport
Situasi manakah merupakan komposisi eksport tak nampak Malaysia?
Syarikat XRA menghantar pekerjanya berkursus dalam bidang elektronik di Jepun
En James dari Amerika Syarikat menginap di Hotel Seafest Semporna, Sabah
En Faizal ke Stadium Twickenham di United Kingdom untuk menyaksikan perlawanan bola sepak
Syarikat pelancongan TOP dari Pahang menepah tiket penerbangan Thai Airways ke Dubai
Yang manakah menunjukkan situasi berlakunya penawaran ke atas Ringgit Malaysia.
Bank negara Malaysia membiayai pelajar melanjutkan pelajaran di United Kingdom
Pelancong Korea menginap di Hotel Sama Sama, Malaysia
Pelabur China melabur dalam hartanah di Malaysia
Pengimport Malaysia membeli barang modal dari Jepun
Buruh menyelaraskan sumber ekonomi bagi menghasilkan barang.
Ganjaran bagi buruh ialah mendapat upah nominal.
Permintaan anjal bagi barang yang mempunyai banyak kegunaan.
Barang mewah mempunyai pekali keanjalan harga permintaan kurang daripada satu.
Saham syarikat mempunyai risiko yang rendah tetapi pulangannya tinggi.
Orang ramai lebih suka melabur dalam ASB kerana pulangannya tinggi.
Inflasi menyebabkan tabungan berkurangan.
Kerajaan akan mengetatkan syarat sewa beli untuk mengawal inflasi.
Kesan kenaikan kadar pertukaran asing ialah meningkatkan taraf hidup rakyat.
Nilai import akan meningkat apabila kadar pertukaran asing meningkat.
