NEW
Font size
WorksheetsPERCUBAAN SPM 2023:SEJARAH-K1-MELAKA
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Maklumat berikut merupakan alat kebesaran Kesultanan Melayu Melaka.
* Nobat
* Regalia
* Cap Mohor
Apakah kepentingan alat tersebut ?
Menjadi hantaran perkahwinan
Merupakan bahan perdagangan
Membuktikan kekuatan kerajaan
Melambangkan kedaulatan pemerintah
Yang berikut merujuk bidang tugas pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka.
Temenggung : Menjaga keselamatan kota Melaka.
Apakah tugas 'Laksamana' ?
Mengetuai utusan luar
Mengutip cukai pelabuhan
Menjadi panglima angkatan laut
Mengawal perbendaharaan negara
Gambar berikut merujuk tokoh nasionalis Thailand pada abad ke-20.
Apakah kesan perjuangan mereka ?
Kebebasab bergerak disekat
Pentadbiran komunis bermula
Ekonomi kawalan dilaksanakan
Sistem raja berkuasa mutlak berakhir
Maklumat berikut merujuk kepada tokoh intelektual berpendidikan agama.
* Syed Sheikh al-Hadi
* Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin
Bagaimanakah tokoh-tokoh tersebut menyebarkan pengaruh mereka ?
I. Menerbitkan akhbar
II. Menubuhkan madrasah
III. Mengadakan persidangan
IV. Menandatangani perjanjian
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Perjanjian yang ditandatangani selepas tamatnya Perang Dunia Pertama.
Persidangan Damai Paris (1919) ≥→ Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson
Apakah yang disarankan dalam deklarasi tersebut ?
Saiz angkatan tentera dihadkan
Kuasa mutlak raja dikurangkan
Sempadan negara berasaskan bangsa
Pembentukan kerajaan bercorak republik
Pernyataan berikut menerangkan kesan Perang Dunia Kedua.
{ Perang di Eropah dan di Asia Pasifik telah mengorbankan hampir-hampir 75 juta nyawa dan membawa kemusnahan harta benda }
Apakah iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut ?
Menghargai nikmat keamanan
Kesepakatan membawa berkat
Mengutamakan kekuatan tentera
Kewibawaan pemimpin asas kejayaan
Syarat kewarganegaraan berikut diberikan kepada seseorang individu kesan daripada pentadbiran di Tanah Melayu pada abad ke-20.
* Kewarganegaraan berasaskan prinsip jus soli
* Seluruh rakyat yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura
* Berumur kurang daripada 18 tahun yang ibu bapanya merupakan warganegara
Perubahan pentadbiran tersebut merujuk kepada pelaksanaan _____________
Melayu Raya
Malayan Union
Persekutuan Malaysia
Persekutuan Tanah Melayu
Maklumat berikut berkaitan dengan kongres yang diadakan di Tanah Melayu pada abad ke-20.
Tarikh : 1 Mac - 4 Mac 1946
Tempat : Bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Apakah kesan daripada kongres tersebut ?
Penubuhan UMNO
Pengunduran tentera Jepun
Pelaksanaan perintah berkurung
Pengharaman parti politik radikal
Petikan berikut menerangkan hartal yang diadakan di negara kita pada tahun 1940-an.
[20 September 1947: Parti gabungan PUTERA-AMCJA telah menganjurkan hartal dengan meminta semua peniaga menutup kedai mereka]
Mengapakah parti gabungan tersebut bertindak demikian ?
Penjajahan tentera Jepun
Pengenalan Malayan Union
Penolakan Perlembagaan Rakyat oleh British
Pembubaran Parti Komunis Malaya
Mary dilahirkan di Amerika Syarikat namun bapa Mary merupakan Rakyat Raja dan Rakyat British.
Mary layak memperoleh kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu 1948 secara __________
naturalisasi
pendaftaran
percantuman wilayah
kuat kuasa undang-undang
Maklumat berikut berkaitan dengan ordinan yang diperkenalkan di Tanah Melayu.
{ Trade Union Ordinance No.9 of 1948 }
Mengapakah ordinan tersebut diluluskan ?
Menyelaraskan upah pekerja
Menyekat kemasukan imigran
Menghalang pengaruh komunis
Memajukan pertanian komersial
Pilih pasangan yang tepat tentang peranan pasukan keselamatan yang ditubuhkan untuk menangani ancaman komunis di Tanah Melayu.
Home Guard >>Melindungi pekerja lombong bijih timah
Auxiliary Police >> Mengesan tempat persembunyian komunis di dalam hutan
Senoi Praaq >> Mempertahankan bandar dan kampung
Special Constables >> Membuat rondaan di pinggir hutan
Isu berikut dihadapi orang Melayu sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.
{ Orang Melayu tidak memperoleh peluang yang sama seperti kaum bukan Melayu dalam sektor perniagaan dan perusahaan }
Bagaimanakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) mengatasi isu tersebut ?
Menetapkan kuota pelaburan asing
Mengurangkan kemasukan golongan imigran
Menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
Menggiatkan fungsi FELDA
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pendidikan vernakular di Tanah Melayu sebelum merdeka.
* Sekolah vernakular Melayu
* Sekolah vernakular Cina
* Sekolah vernakular Tamil
Apakah kesan daripada sistem persekolahan tersebut ?
Perpaduan sukar dicapai
Pengaruh komunis tersekat
Kemahiran pekerja meningkat
Kemasukan imigran bertambah
Pernyataan berikut berkaitan dengan rundingan yang diadakan di London.
[ Pada 14 Mei 1954, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan rundingan dengan Oliver Lyttelton, Setiausaha Tanah Jajahan British di London ]
Apakah isu yang dibincangkan dalam rundingan tersebut ?
Pembubaran Sistem Ahli
Penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan
Petikan berikut merupakan sebahagian ucapan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1955.
Ini adalah hari yang amat penting dalam sejarah..Buat pertama kalinya Majlis ini bersidang sebagai sebuah majlis yang majoriti ahlinya dipilih
" Majlis " dalam petikan di atas merujuk kepada perasmian _______
Majlis Raja-Raja Melayu
Majlis Eksekutif Persekutuan
Majlis Mesyuarat Perundangan
Majlis Perundangan Persekutuan
Apakah sumbangan tokoh-tokoh berikut terhadap negara kita ?
* Dato' Panglima Bukit Gantang
* Dato' Mohamad Seth Mohammad Said
* Dato' Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood
Menubuhkan Parti Perikatan
Menyertai rombongan kemerdekaan
Menggubal perlembagaan Persekutuan
Merangka dasar pendidikan kebangsaan
Pertubuhan berikut telah mengemukakan memorandum bertulis kepada Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
* Parti Perikatan
* Dewan Perniagaan Melayu
* Persatuan Dewan Perniagaan Cina se-Malaya
Apakah isu yang disuarakan dalam memorandum tersebut ?
Pilihan raya
Agama rasmi
Kewarganegaraan
Bahasa kebangsaan
Mengapakah jawatankuasa berikut dibentuk menjelang Ogos 1957 ?
* Jawatankuasa Persediaan Fizikal
Memupuk perpaduan antara kaum
Menyediakan perumahan kos rendah
Meningkatkan taraf kesihatan rakyat
Menonjolkan identiti negara merdeka
Peristiwa berikut berlaku di Tanah Melayu pada jam 12:00 tengah malam 30 Ogos 1957.
{ Bendera Union Jack diturunkan dengan diiringi lagu God Save The Queen dimainkan }
Apakah kepentingan peristiwa tersebut ?
Menandakan berakhirnya pentadbiran British
Mengiktiraf kedaulatan Majlis Raja-Raja Melayu
Mengesahkan pelantikan Gabenor Malayan Union
Mengakui kesahihan keputusan Pilihan Raya Umum
Maklumat berikut berkaitan dengan jenis-jenis kedaulatan.
* Kedaulatan Tradisional
* Kedaulatan Undang-undang
* Kedaulatan X
Apakah X ?
Agama
Pertahanan
Antarabangsa
Perlembagaan
Bagaimanakah rakyat dapat mengeratkan perpaduan sesama mereka ?
I. Memperjuangkan persamaan hak individu
II. Menggunakan bahasa kebangsaan
III. Mengamalkan semangat perkongsian kuasa
IV. Mempertahankan kebudayaan tradisional
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut, apakah yang yang menjadi terma rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957 ?
Kebebasan hak bersuara
Kewarganegaraan yang sama
Penggunaan bahasa kebangsaan
Pelaksanaan pendidikan vernakular
Apakah perkara yang berkaitan dengan Singapura telah dipinda dalam pindaan Perlembagaan 1965 ?
Hubungan luar
Sistem pendidikan
Bahasa kebangsaan
Struktur mahkamah
Gambar berikut menunjukkan persidangan Durbar yang pertama di Kuala Kangsar,Perak pada tahun 1897 ?
Persidangan tersebut bertujuan untuk membincangkan ________
perubahan sempadan
hal ehwal pentadbiran
pindaan perlembagaan
syarat kewarganegaraan
Seseorang menteri perlu mempertahankan keputusan bersama dalam Jemaah Menteri.
Apakah yang perlu dilakukan oleh menteri yang tidak bersetuju dengan keputusan Jemaah Menteri ?
Meletakkan jawatan
Menghentikan sesi persidangan
Mengadakan undi tidak percaya
Mengemukakan bantahan bertulis
Gambar menunjukkan fenomena yang berlaku dalam Taman X.
Pihak manakah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah longgokan sampah tersebut ?
Kerajaan Tempatan
Jabatan Ketua Menteri
Badan Bukan Kerajaan
Majlis Tindakan Negara
Perkara berikut berkaitan dengan kawalan keselamatan di negara kita.
Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang ( RASCOM )
Mengapakah kawasan keselamatan tersebut diisytiharkan pada 26 Mac 1972 ?
Rusuhan kaum
Serangan lanun
Ancaman komunis
Penularan penyakit
Antara berikut, wilayah manakah yang menyertai gagasan Malaysia pada tahun 1963 ?
I. Brunei
II. Thailand
III. Sarawak
IV. Singapura
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah terdapat penduduk di Sabah yang menolak cadangan pembentukan Malaysia ?
Mengutamakan bahasa ibunda kaum
Mendapat hasutan Parti Komunis Malaya
Mahu kuasa mutlak dalam pentadbiran
Membentuk Kesatuan Negeri-negeri Borneo
Petikan berikut ialah isi ucapan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj di Dewan Rakyat pada 9 Ogos 1965.
Pemisahan Singapura merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan.
Mengapakah perkara tersebut terjadi ?
Rusuhan kaum
Pembatalan pinjaman
Ancaman komunis berleluasa
Pelaksanaan pelabuhan bebas cukai
Rancangan Malaysia Pertama telah dilaksanakan dari tahun 1966 hingga 1970.
Apakah isu ekonomi yang perlu diatasi oleh kerajaan dalam melaksanakan rancangan tersebut ?
I. Kejatuhan harga bahan mentah
II. Kebergantungan pada eksport getah
III. Kemerosotan pelaburan asing
IV. Ketidaksamarataan agihan modal saham
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Tokoh berikut telah memberikan cadangan tambahan kepada Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 untuk memperkukuh semangat kekitaan dalam kalangan murid.
Apakah cadangan tersebut ?
I. Mewajibkan pembelajaran Tatarakyat
II. Mengutamakan pendidikan kerohanian
III. Memperkenalkan sekolah aneka jurusan
IV. Menekankan mata pelajaran Sejarah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rukun Negara dibentuk selepas Tragedi 13 Mei 1969.
Matlamat utamanya adalah untuk melahirkan masyarakat yang ________
progresif
berdaya saing
merendah diri
individualistik
Gambar berikut merupakan rumah kediaman peneroka FELDA sebelum dan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan gambar tersebut tentang kejayaan DEB ?
Menaikkan taraf hidup rakyat
Memudahkan pemilikan geran rumah
Meningkatkan bilangan ahli keluarga
Memperkaya kebudayaan tempatan
Agensi-agensi berikut ditubuhkan selaras dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
* Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
* Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Apakah matlamat penubuhan agensi tersebut ?
Memodenkan teknologi
Membangunkan wilayah
Memberikan pinjaman modal
Melaksanakan dasar penswastaan
Matlamat Penggubalan Dasar Luar :
>→ Melindungi kepentingan nasional
>→ Mempertahankan kedaulatan negara
>→ " Y "
Apakah " Y " ?
Memajukan teknologi negara
Memupuk hubungan baik dengan negara luar
Melestarikan alam sekitar
Mengelakakkan penindasan kaum
Yang manakah yang merupakan sumbangan Malaysia dalam menjaga keamanan rantau ASEAN ?
Menubuhkan organisasi MyCare
Mengumumkan deklarasi ZOPFAN
Menandatangani perjanjian AMDA
Menyertai SEAMEO
Maklumat berikut berkaitan dengan perjanjian perdagangan yang ditandatangani oleh Malaysia.
Tahun : 1992
Peristiwa: Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) ditandatangani Malaysia
Apakah tujuan perjanjian tersebut dimeterai ?
Mengurangkan ancaman lanun
Mengurangkan cukai pelabuhan
Meningkatkan kerjasama ekonomi
Menghapuskan monopoli kuasa besar
Apakah cadangan Malaysia bagi mengatasi isu Antartika ?
Menjadikannya warisan sejagat
Menempatkan pasukan keselamatan
Membenarkannya dikuasai kuasa besar
Melarang sebarang aktiviti penyelidikan
