Font size
WorksheetsSejarah Tingkatan 4 KSSM Bab 7
Total questions: 57
Worksheet time: 1hrs 11mins
Apakah konsep yang digunakan oleh Kesatuan Melayu Muda dalam memperjuangkan kemerdekaan?
(Buku teks m/s 172)
Melayu Raya
Malaysia
Merdeka
Tanah Melayu untuk Malayan
Apakah slogan yang digunakan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya?
(Buku teks m/s 173)
Melayu Raya
Merdeka dengan Darah
Merdeka
Hidup Melayu-Merdeka
"Merdeka dengan Darah"
Slogan di atas digunakan oleh
(Buku teks m/s 172)
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)
Angkatan Pemuda Insaf (API)
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
"Hidup Melayu"
Slogan di atas digunakan oleh
(Buku teks m/s 172)
Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)
Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
United Malays National Organisation (UMNO)
Apakah syarat yang dikenakan oleh British untuk memberi kemerdekaan? (Buku teks m/s 174)
Penubuhan parti politik berasaskan kaum
Kerjasama antara tiga kaum utama
konsep Melayu Raya dilaksanakan
Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak digabung menjadi Malaysia
Apakah matlamat Hizbul Muslimin? (Buku teks m/s 173)
Kemerdekaan bangsa dan tanah air dengan jalan terbuka secara lembut
Kemerdekaan Tanah Melayu melalui perundingan
Membina satu negara yang teguh dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Mencapai kemerdekaan Tanah Melayu sebagai sebuah negara Islam
Apakah moto yang digunakan oleh Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?
(Buku teks m/s 174)
Kesamaan dan Keadilan untuk Penduudk Tanah Melayu
Tanah Melayu untuk Malayan
Hidup Melayu Merdeka
Merdeka
Gambar di atas menunjukkan pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC). Siapakah beliau?
(Buku teks m/s 174)
V.T. Sambanthan
John Thivy
E.E.C. Thuraisingham
L.R. Doraisamy
Bagaimanakah CLC ingin meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu? (Buku teks m/s 177)
Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
Pilihan raya diadakan pada peringkat Majlis Perundangan Persekutuan
Kedudukan istimewa orang Melayu di negara ini diperakui
Penubuhan jawatankuasa pendidikan
Apakah maksud Sistem Ahli?
(Buku teks m/s 178)
Sistem yang mengkaji semula pendidikan di Tanah Melayu
Sistem yang menetapkan syarat-syarat kewarganegaraan PersekutuanTanah Melayu
Sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu
Sistem yang menjalankan pilihan raya pada peringkat majlis bandaran
Siapakah yang memegang jawatan Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri dalam Sistem Ahli?
(Buku teks m/s 178)
Lee Tiang Keng
E.E.C. Thuraisingham
Dr Ismail Abdul Rahman
Dato Onn Jaafar
Apakah maksud sekolah vernakular?
(Buku teks m/s 180)
Sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar
Sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Sekolah yang menggunakan bahasa isyarat
Sekolah yang menggunakan lebih daripada tiga bahasa sebagai bahasa pengantar
Apakah kesan system persekolahan yang menggunakan bahasa pengantar dan kurikulum yang berlainan?
(Buku teks m/s 180)
Menyatupadukan rakyat berbilang kaum
Membolehkan rakyat menguasai pelbagai bahasa
Menimbulkan jurang perbezaan ekonomi dan sosial antara rakyat berbilang kaum
membawa kepada rusuhan kaum antara rakyat
Mengikut Laporan Barnes, bahasa pengantar di sekolah menengah ialah (Buku teks m/s 180)
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Laporan Fenn-Wu 1951 memberi tumpuan kepada
(Buku teks m/s 180)
Pendidikan sekolah Melayu
Pendidikan sekolah Inggeris
Pendidikan sekolah Cina
Pendidikan sekolah Tamil
Mengapakah Ordinan Pelajaran 1952 diperkenalkan?
(Buku teks m/s 181)
membentuk sistem pendidikan yang menggunakan bahasa rasmi persekutuan
Memberi tumpuan kepada pendidikan sekolah Inggeris sahaja
Menguatkuasakan penggunaan satu bahasa sahaja dalam sistem pendidikan
Memfokuskan pembangunan pendidikan sekolah vernakular
Antara berikut, yang manakah benar mengenai pengajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil di bawah Ordinan Pelajaran 1952? (Buku teks m/s 181)
I. Diajar di sekolah rendah
II. Diajar di sekolah menengah
III. Perlu ada sekurang-kurangnya 20 orang murid
IV. Perlu ada sekurang-kurangnya 15 orang murid
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut, yang manakah benar mengenai Ordinan Pelajaran 1952? (Buku teks m/s 181)
I. Terdapat dua jenis sekolah menengah
II. Terdapat dua jenis sekolah rendah
III. Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar di sekolah menengah
IV. Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah menengah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berdasarkan Laporan Woodhead 1955, bahasa apakah yang akan dijadikan sebagai bahasa pengantar sekolah menengah di Sarawak?
(Buku teks m/s 182)
Bahasa Iban
Bahasa Melayu
Bahasa Cina
Bahasa Inggeris
"Melahirkan perasaan kebersamaan dalam kalangan kaum di Sabah"
Pernyataan di atas merujuk kepada (Buku teks m/s 182)
Laporan Woodhead 1955
Ordinan Pelajaran 1952
Laporan Barnes 1951
Ordinan Pelajaran Koloni 1956
Dr Burhanuddin Al-Helmi
IShak Haji Muhammad
Ahmad Boestaman
Maklumat berikut berkaitan tokoh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
Bagaimanakah tokoh tersebut berusaha untuk mencapai matlamat parti mereka?
bekerjasama dengan kaum lain
bersatu dengan penduduk tempatan
berjuang mennetang pertubuhan radikal
bersikap tegas terhadap kerjasama politik
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak di bawah pimpinan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah menginginkan.....m/s 172
(pilih 2)
Sarawak bergabung dengan Indonesia
Sarawak menjadi negeri merdeka di bawah pemerintahan Raja Brooke
peluang berkerajaan sendiri seperti yang dijanjikan dalam Perlembagaan 1941 oleh Raja Brooke
Sarawak memperoleh kemerdekaan dalam masa terdekat.
Apakah matlamat Parti Kebangsaan Melayu Malaya?
Memperjuangkan idea negara merdeka menekankan pemerintahan Demokrasi
Memperjuangkan kemerdekaan tanah air melalui konsep Melayu Raya
Menanam semangat kebangsaan dan bekerjasama dengan kaum lain
Menyatukan orang melayu dan mempertahankan kedudukan Raja-raja melayu
Siapakah pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM)?
Hizbul Muslimin diterajui oleh ulama berpengaruh.Sila tandakan gambar dibawah?
Apakah peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum dari segi politik?
Menanam semangat kebangsaan kepada semua kaum
Persediaan ke arah berkerajaan sendiri
Bekerjasama dengan kaum lain dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan
Melibatkan diri dalam pentadbiran secara bersama
Apakah moto CLC ?
Kesamaan dan Keadilan untuk Penduduk Tanah Melayu
Membina satu negara dan satu bangsa yang teguh
Bersatu teguh bercerai roboh
Merdeka dengan darah
Apakah kesan dari segi kedudukan istimewa orang melayu hasil rundingan CLC?
Kedudukan istimewa orang melayu tidak diiktiraf
Kedudukan Istimewa orang Melayu diperakui
Syarat kewarganegaraan dilonggarkan
Orang Melayu bertoleransi dengan kaum lain
Mengapakah pemimpin kaum dan Kerajaan British sedar akan kepentingan perpaduan?
Tidak dapat mengawal rusuhan daripada rakyat
Meningkatkan pelaburan daripada pelabur asing
Ketegangan hubungan antara kaum yang meningkat selepas Perang Dunia Kedua
Cara British mengambil hati penduduk tempatan
Antara nama yang berikut, yang manakah bukan wakil Ahli Lain dalam Anggota Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum?
Sir Edward Gent
Roland Braddell
L.R. Doraisamy Iyer
Dr. J.S. Goonting
Bagaimanakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum mengatasi isu persediaan ke arah berkerajaan sendiri?
Mengadakan pilihan raya secara berperingkat kepada penduduk Tanah Melayu
Meminta bantuan daripada British menghantar seorang wakil dalam kerajaan
Menghalau bukan warganegara daripada Tanah Melayu
Hanya mengadakan pemantauan dan pemerhatian sahaja
Apakah peranan yang dilakukan oleh CLC bagi mengatasi isu kedudukan ekonomi orang Melayu yang tidak memperoleh peluang dalam sektor perniagaan dan perusahaan?
Membuka lebih banyak lombong-lombong bijih timah kepada orang Melayu
Mencadangkan penubuhan agensi untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu
Meminta orang Melayu berani bersaing dengan kaum lain merebut peluang
Tidak berbuat apa-apa
Sistem persekolahan yang berasaskan kaum telah menyebabkan hubungan antara kaum regang. Bagi mengatasi isu ini, apakah peranan yang telaH dilakukan oleh CLC?
Meminta rakyat menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris
Mengharamkan Sekolah-sekolah Inggeris
Mencadangkan sistem pendidikan yang seragam
Membuka sekolah pelbagai kaum
British telah menjalankan dasar Dekolonisasi selepas Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu.Bagaimanakah dasar tersebut diteruskan di Tanah Melayu?
Memperkenalkan Pentadbiran Tentera British
Mewujudkan Pakatan Murni
Pembentukan Sistem Ahli
Pengenalan Malayan union
Kenapa pemberian kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu adalah penting?
melahirkan semangat patriotik
memajukan ekonomi negara
mempertahankan negara
melibatkan diri dalam politik
Portfolio yang masih dipegang oleh pegawai Barat dalam Sistem Ahli adalah ....................
Pertanian dan Perhutanan
Hal Ehwal Ekonomi
Perindustrian dan Perhubungan Sosial
Perumahan dan Kerja Raya
Dato' Onn Jaafar dilantik menjadi Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri. Yang berikut, yang mana merupakan bidang jagaan beliau?
perkahwinan
kematian
imigran
kesihatan
Yang manakah berikut merupakan kesan penting pengenalan Sistem Ahli?
menentukan kemerdekaan yang akan dicapai
proses memupuk perpaduan kaum
pendedahan kepada penduduk untuk mentadbir
asas untuk melatih orang tempatan berkerajaan sendiri
Berdasarkan yang berikut,yang manakah ciri - ciri Sistem Ahli?
Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi
Menentukan kemerdekaan yang diperoleh mendapat sokongan seluruh penduduk
Memberikan pendedahan kepada penduduk tempatan untuk belajar mentadbir
Syarat kewarganegaraan dilonggarkan
Siapakah yang melantik ahli dalam Sistem Ahli?
(Buku teks m/s 179)
Gabenor British
Pesuruhjaya Tinggi British
Rakyat Persekutuan Tanah Melayu
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
Bilakah Sistem Ahli dilaksanakan?
1951
1952
1953
1954
Beliau memegang jawatan sebagai Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri dalam Sistem Ahli.
Siapakah nama beliau?
Dato’ Onn Jaafar
Dato’ Hussein Onn
Tunku Abdul Rahman
Tun Abdul Razak
Siapakah memegang jawatan Ahli Pelajaran?
Lee Tiang Keng
EEC Thraisingham
Tunku Yaacob
Dato’ Nik Kamil
Beliau memegang jawatan sebagai Ahli Pengangkutan.
Siapakah beliau?
Jet Lee
Lee Kho Jui
Lee Tiang Keng
H.S Lee
Yang manakah betul tentang kepentingan Sistem Ahli?
Memupuk semangat perpaduan
Rakyat menjaga kepentingan diri
Wujud diskriminasi
Mewujudkan sikap mementingkan hak bangsa
Apakah kesan yang berlaku kepada rakyat apabila melibatkan diri dalam Sistem Ahli?
dapat mentadbir sendiri negara
rakyat mengharapkan bantuan British
negara kucar-kacir
ekonomi merosot
Apakah kelebihan yang wujud dalam Sistem Ahli?
Lebih utamakan orang Melayu
Jaga kepentingan Raja dan Sultan
Beri peluang British mengaut keuntungan
terdiri daripada pelbagai kaum
Siapakah ahli Hasil Bumi?
Dr. Ismail Abdul Rahman
Dr. Haji Yaakub
Tan Cheng Lock
EEC Thuraisingham
Selain Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air melalui konsep Melayu Raya, apakah pertubuhan lain yang turut perjuangkan konsep ini?
I UMNO
II KRIS
III PKMM
IV IMP
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Apakah persamaan idea negara merdeka bagi pertubuhan berikut?
· Independence of Malayan Party (IMP)
· Malayan Chinese Association (MCA)
· Malayan Indian Congress (MIC)
Mengutamakan kerakyatan sama rata
Mewujudkan kerjasama kaum
Membentuk negara demokrasi penuh
Menolak kerjasama dengan penjajah
1 Mengapakah parti United Malays National Organisation (UMNO) menentang penubuhan Malayan Union? ms 172
Membentuk kerajaan sendiri
Menjayakan gagasan Melayu Raya
Menentang kemasukan orang dagang
Memelihara status quo orang Melayu
Pelantikan Ahli dibuat oleh ___________________ dengan dipersetujui Majlis Raja-Raja Melayu.
Gebenor NNS
Pesuruhjaya Tinggi British
Ratu England
Pejabat Tanah Jajahan London
Ahli-ahli yang dilantik dalam Sistem Ahli akan menjaga satu portfolio di jabatan mereka. Apakah tugas mereka?
bertanggungjawab menggubal undang-undang di jabatan mereka
menjaga kakitangan
memperbaharui prasarana jabatan
meningkat kecekapan pentadbiran
37. Maklumat berikut berkaitan dengan jawatankuasa pelajaran di Tanah Melayu.
X diterbitkan berikutan bantahan daripada masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes
Apakah X?
Laporan Razak
Laporan Fenn-Wu
Laporan Rahman Talib
Laporan Jawatankuasa Penasihat Pusat
Selain memelihara kepentingan kaum Cina, apakah tujuan utama penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) di Tanah Melayu?
Menentang komunis
Membentuk Perikatan
Menuntut kemerdekaan
Memajukan ekonomi
Bagaimanakah UMNO, MCA dan MIC mewujudkan kerjasama politik?
Melonggarkan syarat kerakyatan
Menggalakkan penubuhan parti politik
Membentuk Parti Perikatan
Menyekat kemasukan imigran
Antara berikut, yang manakah melambangkan logo kapal layar yang dipilih oleh Parti Perikatan?
Sedia menempuh cabaran dan rintangan
Permuafakatan antara masyarakat
Perkongsian kuasa pentadbiran
Semangat waja
