WorksheetsKerja Cuti Sekolah- F4 SEJARAH K1 (SET 2)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Name
Class
Date
1.
1. Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka memperoleh wilayah-wilayah berikut?
• Lingga
• Patani
• Kedah
a)
A Kegiatan penaklukan
b)
B Anugerah negara asing
c)
C Menerima ketuanan
d)
D Perkahwinan siasah
2.
2. Pembesar Berempat dalam Kesultanan Melayu Melaka memperoleh kawasan pegangan bagi mentadbir wilayah, sungai atau pulau.
Bagaimanakah mereka memperoleh kawasan tersebut?
a)
A Melakukan penaklukan
b)
B Mendapat kurnia sultan
c)
C Memperoleh sokongan rakyat
d)
D Menggunakan konsep naungan
3.
3. Maklumat berikut berkaitan Undang-Undang Laut Melaka.
Fasal 13.1 - Nakhoda perlu diberi keutamaan berniaga selama 4 hari
Mengapakah keutamaan tersebut diperoleh nakhoda kapal?
a)
A Dianggap wakil kerajaan
b)
B Dihormati wakil pedagang
c)
C Diibarat raja dalam pelayaran
d)
D Dikhuatiri berlaku penipuan
4.
4. Antara yang berikut yang manakah peranan pembesar pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
I. Mengutip hasil
II. Menghadiri majlis umum
III. Memperkenalkan undang-undang
IV. Membekal tenaga tentera
a)
A I dan II
b)
B I dan IV
c)
C II dan III
d)
D III dan IV
5.
5. Revolusi Amerika berlaku pada 1776.
Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Amerika?
I. Penghapusan kedaulatan Parlimen
II. Pemantapan kuasa raja
III. Pengiktirafan kemerdekaan
IV. Pengenalan sistem demokrasi
a)
A I dan II
b)
B I dan IV
c)
C II dan III
d)
D III dan IV
6.
6. Maharaja Mikado Meiji telah berusaha untuk mengelakkan ancaman imperialisme Barat di Jepun.
Apakah langkah yang telah dilaksanakan oleh tokoh tersebut?
a)
A Menutup sempadan
b)
B Mengadakan perjanjian
c)
C Memperbesar angkatan tentera
d)
D Memodenkan negara
7.
7. Maklumat berikut berkaitan tindakan pemerintah Thailand.
Mengapakah pemerintah Thailand mengambil tindakan tersebut?
a)
A Menyaingi kuasa besar
b)
B Memantapkan kuasa pemerintah
c)
C Mengekalkan kedaulatan negara
d)
D Memodenkan sistem pendidikan
8.
8. Persidangan Damai Paris 1919 telah mewujudkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson.
Apakah prinsip utama yang terkandung dalam deklarasi tersebut?
a)
A Sempadan negara berasaskan bangsa
b)
B Nasib negara di tangan pemerintah
c)
C Angkatan tentera diperbesarkan
d)
D Tanah jajahan dibebaskan
9.
9. Jerman telah melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919.
Bagaimanakah negara tersebut melanggar syarat- syarat Perjanjian Versailles?
a)
A Menjalinkan kerjasama dengan Rusia
b)
B Mengeksport senjata ke luar negara
c)
C Menyertai Pakatan Bertiga
d)
D Memperkuat angkatan tentera
10.
10. Mengapakah pentadbiran tentera Jepun memberikan layanan yang kejam kepada kaum Cina di Tanah Melayu?
a)
A Mengelakkan penyatuan kaum
b)
B Sejarah permusuhan perang
c)
C Sistem sosial yang berbeza
d)
D Melaksanakan dasar pecah perintah
11.
11. Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British pada tahun 1946.
Mengapakah penyerahan tersebut ditentang oleh penduduk Sarawak?
I. Menggunakan tipu muslihat
II. Mencanggahi Perlembagaan
III. Memperoleh sokongan negara jiran
IV. Menghapuskan hak istimewa peribumi
a)
A I dan II
b)
B I dan IV
c)
C II dan III
d)
D III dan IV
12.
12. Dialog berikut mungkin berlaku dalam kalangan orang Melayu semasa era penjajahan British di Tanah Melayu.
A : Kita perlu menyokong pelaksanaan perjanjian ini.
B : Ya. Ini lebih baik dari Malayan Union
Apakah yang mendorong sokongan tersebut?
a)
A Penamatan pentadbiran penjajah
b)
B Pengiktirafan terhadap hak istimewa
c)
C Pemilikan kuasa mutlak oleh raja
d)
D Pengagihan ekonomi yang adil
13.
13. Bagaimanakah matlamat memupuk perpaduan kaum dapat dicapai melalui pelaksanaan Sistem Ahli?
a)
A Keanggotaan pelbagai kaum
b)
B Kewarganegaraan sama rata
c)
C Kesaksamaan ekonomi
d)
D Kesepakatan parti politik
14.
14. Jawatan Kuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949.
Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut?
I. Mengukuhkan ekonomi negara
II. Mewujudkan keadaan harmoni
III. Mengkaji hubungan kaum
IV. Menyelesaikan isu pergaduhan
a)
A I dan II
b)
B I dan IV
c)
C II dan III
d)
D III dan IV
15.
15. Apakah syarat untuk menjadi pengundi dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?
I. Berumur 21 tahun ke atas
II. Warganegara Persekutuan Tanah Melayu
III. Berkhidmat dalam perkhidmatan awam
IV. Berpendidikan sekolah Inggeris
a)
A I dan II
b)
B I dan IV
c)
C II dan III
d)
D III dan IV
16.
16. Jadual berikut berkaitan anggota Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada 8 Mac 1956.
· Lord Reid
• Sir William Ivor Jennings
• Sir William Mckell
Apakah sumbangan tokoh berikut kepada negara kita?
a)
A Merangka perlembagaan
b)
B Melaksanakan pilihan raya
c)
C Menyeragamkan sistem pendidikan
d)
D Melantik pemerintah negara
17.
17. Apakah memorandum yang dikemukakan Raja-raja Melayu kepada Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
I. Kerakyatan jus soli
II. Perlantikan ketua negara
III. Melindungi hak peribumi
IV. Sistem pentadbiran kerajaan
a)
A I dan II
b)
B I dan IV
c)
C II dan III
d)
D III dan IV
18.
18. Mengapakah lambang-lambang berikut dibentuk sebelum pengisytiharan kemerdekaan negara kita?
a)
A Lambang keagungan
b)
B Identiti negara
c)
C Bukti kegigihan
d)
D Simbol kegemilangan
19.
19. Apakah bentuk kerakyatan yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
I. Perkenan Raja-raja Melayu
II. Kelulusan Parlimen
III. Melalui permohonan
IV. Kuat kuasa undang-undang
a)
A I dan II
b)
B I dan IV
c)
C II dan III
d)
D III dan IV
20.
20. Gambar menunjukkan peristiwa sambutan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.
Di manakah peristiwa tersebut diadakan?
a)
A Memorial Kemerdekaan
b)
B Dataran Merdeka
c)
C Stadium Merdeka
d)
D Tugu Kemerdekaan
100 %
