wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UASA SEJARAH T2 SET 1

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Tokoh bahasa, Sutan Takdir Alisjahbana menyatakan sifat orang Melayu sendiri telah membantu mengembangkan bahasa Melayu ke Alam Melayu.

Apakah sifat orang Melayu tersebut?

a)

Suka beriadah

b)

Gemar belayar

c)

Pandai menulis

d)

Minat membaca

2.

Apakah DUA sumbangan Che Bong Nga semasa memerintah kerajaan Champa?

a)

Mengatasi ancaman Dai Viet

b)

Meluaskan empayar kerajaan

c)

Menguasai jalan perdagangan

d)

Memajukan sistem pendidikan

3.

Mengapakah raja-raja Champa diiktiraf sebagai pemerintah yang mulia dan suci?

a)

Dikaitkan dengan Dewa Siva

b)

Dibantu oleh golongan agama

c)

Dilantik mengetuai pentadbiran

d)

Dianggap sebagai ketua semesta

4.

Mengapakah pemerintah kerajaan Angkor membina baray?

a)

Menyimpan air

b)

Membuka petempatan

c)

Mengelakkan banjir

d)

Mempertahankan negara

5.

Apakah bukti masyarakat Champa menggunakan tulisan Palava?

a)

Penemuan tulisan di dinding gua

b)

Penemuan ukiran di istana

c)

Penemuan batu bersurat

d)

Penemuan inskripsi

6.

Pembesar, golongan agama dan pujangga merupakan golongan pemerintah dalam struktur sosial kerajaan Alam Melayu.

Apakah peranan mereka?

a)

Menguruskan pertanian

b)

Menjalankan perdagangan

c)

Merancang pembinaan candi

d)

Mendukung sistem pentadbiran

7.

Kepercayaan ini menganggap kehidupan mempunyai semangat dan roh.

Apakah kepercayaan tersebut?

a)

Animisme

b)

Dinamisme

c)

Buddhisme

d)

Konfucianisme

8.

Apakah peranan golongan Brahmin dalam kerajaan Alam Melayu?

a)

Mengetuai upacara pertabalan

b)

Menjaga keamanan kerajaan

c)

Menjaga khazanah negara

d)

Menguruskan kutipan cukai

9.

Mengapakah kedudukan Melaka menjadi amat penting kepada para pedagang?

a)

Kedalaman kawasan perairannya

b)

Kedudukannya yang jauh dari pantai

c)

Kedudukannya antara timur dengan barat

d)

Kawasan mempunyai ramai penduduk

10.

Kegagalan rundingan telah menyebabkan Portugis melakukan serangan terhadap Melaka pada tahun 1511.

Siapakah yang memimpin serangan tersebut?

a)

Vasco Da Gama

b)

Lopez de Sequeira

c)

Christopher Columbus

d)

Alfonso de Albuquerque

11.

Mengapakah pusat pemerintahan Johor Riau dibina berhampiran sungai yang lebar?

a)

Memudahkan kapal keluar masuk

b)

Menghalang tiupan angin monsun

c)

Menjadi benteng pertahanan utama

d)

Melambatkan pencerobohan kuasa luar

12.

Siapakah penulis karya berikut?

  • - TUHFAT AL-NAFIS

  • - SALASILAH MELAYU DAN BUGIS

a)

Munshi Abdullah

b)

Raja Ali Haji

c)

Tun Seri Lanang

d)

Hamzah Fansuri

13.

Bagaimanakah kedudukan Pahang selepas kemangkatan Raja Muda Abdullah yang merupakan pewaris takhta kerajaan?

a)

Diletakkan di bawah wilayah taklukan Johor

b)

Ditadbir oleh golongan bangsawan Pahang

c)

Diserahkan kepada bapa saudara baginda

d)

Diperintah oleh Kesultanan Johor Riau

14.

Apakah barang dagangan utama Pelabuhan Kuala Selangor dan Pelabuhan Kuala Sungai Perak?

a)

b)

c)

d)

15.

Apakah alat kebesaran diraja yang diiktiraf bersama-sama pertabalan Raja Kedah yang pertama?

a)

b)

c)

d)

16.

Long Gaffar dari Kerajaan Reman telah dilantik sebagai Perdana Menteri Kelantan.

Apakah kepentingan lantikan tersebut?

a)

Mengekalkan keamanan negeri

b)

Mengukuhkan peluasan wilayah

c)

Menjamin penyebaran agama Islam

d)

Memperluas hubungan perdagangan

17.

Apakah tugas pembesar jajahan atau daerah dalam sistem pemerintahan beraja?

a)

Menjadi ketua agama Islam

b)

Menjadi lambang perpaduan rakyat

c)

Menjadi wakil pentadbir bagi pihak kerajaan

d)

Menjadi perantara antara rakyat dengan pemerintah

18.

Apakah peranan Buapak dalam Adat Perpatih di Negeri Sembilan?

a)

Menjadi ketua rujukan berkaitan adat

b)

Mengurus pembahagian harta pusaka

c)

Menyelesaikan pertelingkahan antara suku

d)

Menghafal adat dan asal usul kekeluargaan

19.

Apakah peranan pelabuhan Chu-Po di utara Sabah pada abad ke-3?

a)

Menjual hasil pertanian ke Srivijaya

b)

Membekal barang dagangan tempatan

c)

Menjadi pusat persinggahan pedagang

d)

Mengeksport besi ke Funan dan Champa

20.
  • - Ditarikan oleh kaum Murut semasa majlis keramaian

  • - Menggunakan dua batang buluh

Apakah tarian tersebut?

a)

Limbai

b)

Sumazau

c)

Bermukun

d)

Magunatip