wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PBD TAHUN 3 SAINS

Total questions: 50

Worksheet time: 41mins

Name
Class
Date
1.

Haiwan yang makan tumbuhan sahaja dikenali sebagai ______________

(TP 3)

a)
karnivor
b)
herbivor
c)
omnivor
2.

Namakan gigi dalam rajah di bawah

(TP 1)

a)
Gigi taring
b)
Gigi Geraham
c)
Gigi kacip
3.

Tumbuhan ini membiak secara _________________.

(TP 1)

a)

Daun

b)

Biji benih

c)

Batang bawah tanah

d)

Anak pokok

4.

Jelaskan fungsi gigi kacip dan gigi geraham pada haiwan herbivor

(TP 4)

a)

gigi kacip untuk menyiat daging dan gigi geraham untuk melumatkan makanan

b)

gigi kacip untuk memotong makanan dan gigi geraham untuk melumatkan makanan

c)

gigi kacip untuk memotong makanan dan gigi geraham untuk menyiat makanan

5.

Namakan bahagian struktur gigi yang bertanda X.

(TP 3)

a)

Enamel

b)

Saraf

c)

Dentin

d)

Salur darah

6.

.................... ialah proses menghancurkan makanan kepada cebisan lebih kecil supaya nutrien dari makanan boleh diserap oleh badan bermula daripada mulut, esofagus, perut, usus dan dubur.

(TP 5)

a)

perkumuhan

b)

penyahtinjaan

c)

pencernaan

d)

pernafasan

7.

Apakah bahagian yang bernombor 2 ?

(TP 2)

a)

perut

b)

esofagus

c)

mulut

d)

usus

8.

Kebanyakan nutrien diserap ke dalam badan melalui ...................

(TP 4)

a)

dubur

b)

esofagus

c)

mulut

d)

usus

9.

Roti berfungsi untuk____________

(TP 3)

a)

menjaga kesihatan badan

b)

memanaskan badan

c)

memberi tenaga

d)

proses tumbesaran

10.

Di dalam set hidangan di atas mengandungi beberapa kelas makanan, KECUALI

(TP 2)

a)

Karbohidrat

b)

Protein

c)

air

d)

pelawas

11.

Apakah definisi makanan seimbang?

(TP 5)

a)

Makanan yang mengandungi banyak vitamin dan mineral.

b)

Makanan yang mengandungi pelbagai kelas makanan.

c)

Makanan yang mengandungi semua kelas makanan dalam jumlah mencukupi.

d)

Makanan yang menjadi kegemaran dalam jumlah yang diperlukan oleh badan.

12.

Antara berikut, manakah pernyataan yang betul tentang set gigi susu dan gigi kekal?

(TP 4)

a)

Gigi susu mempunyai lapisan enamel yang nipis manakala gigi kekal mempunyai lapisan enamel yang tebal

b)

Gigi susu lebih besar berbanding gigi kekal

c)

Gigi susu mempunyai jangka hayat panjang manakala gigi kekal mempunyai jangka hayat pendek

d)

Gigi susu mula tumbuh pada usia 6 tahun manakala gigi kekal mula tumbuh pada usia 6 bulan

13.

Berdasarkan gambar, bagaimanakah mengelakkan ini terjadi?

(TP 4)

a)

makan banyak daging

b)

makan banyak lemak

c)

makan banyak sayur-sayuran

d)

makan banyak telur

14.

Nyatakan urutan aliran makanan yang betul semasa pencernaan.

(TP 3)


J - Esofagus

K - Dubur

L - Perut

M - Usus

N - Mulut

a)

J -- K -- L -- M -- N

b)

N -- L -- M -- J -- K

c)

N -- J -- L -- M -- K

d)

N -- J -- M -- L -- K

15.

Haiwan yang manakah yang TIDAK sama kumpulan tabiat pemakanannya dengan haiwan ini?

(TP 2)

a)

Kerbau

b)

Keldai

c)

Memerang

d)

Rama-rama

16.

Haiwan boleh mengalami perubatan tabiat pemakanan semula jadi sekiranya berlaku perubahan …………………….

(TP 5)

a)

bentuk badannya

b)

struktur kegigiannya

c)

keadaan persekitarannya

17.

Rajah menunjukkan pokok bawang dan pokok ubi kentang.


Cara pembiakan bagi pokok bawang dan pokok ubi kentang ialah …………………….

(TP 1)

a)

biji benih

b)

anak pokok

c)

batang bawah tanah

18.

Rajah menunjukkan satu situasi.


Tumbuh-tumbuhan sangat penting kepada hidupan lain sebagai …………………….

(TP 3)

a)

sumber makanan

b)

tempat bermain

c)

lokasi pelancongan

19.

Pokok berikut mempunyai dua cara pembiakan, KECUALI …………………….

(TP 4)

a)

pokok keladi

b)

pokok selasih

c)

pokok ubi keledek

20.

Rajah menunjukkan satu teknologi pembiakan tumbuh-tumbuhan.


…………………… dapat menambahkan bilangan pokok buah-buahan tanpa melalui proses menanam biji benih seperti mangga.

(TP 6)

a)

Tut

b)

Spora

c)

Kultur tisu

21.

Antara berikut, yang manakah unit untuk mengukur luas?

i - meter persegi

ii - mililiter

iii - meter padu

iv - sentimeter persegi

(TP 1)

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i dan iv

d)

iii dan iv

22.

Hitung luas permukaan rajah berikut.

(TP 3)

a)

3 cm²

b)

5 cm²

c)

6 cm²

d)

9 cm²

23.

Rajah berikut menunjukkan satu tapak kasut di atas kertas petak 1 cm x 1 cm. Anggarkan luas permukaan tapak kasut tersebut.

(TP 4)

a)

15 cm²

b)

17 cm²

c)

19 cm²

d)

21 cm²

24.

Kira isi padu bongkah ini.

(TP 3)

a)

4 cm³

b)

8 cm³

c)

16 cm³

d)

20 cm³

25.

Hitung isi padu bagi pemadam ini dengan menggunakan kaedah sesaran air.

(TP 5)

a)

10 cm³

b)

12 cm³

c)

14 cm³

d)

16 cm³

26.

Silinder penyukat, bikar dan tin _________________ boleh digunakan untuk mengukur isi padu objek tidak sekata.

(TP 2)

a)

aluminium

b)

eureka

c)

plastik

27.

Apakah bacaan isi padu cecair seperti yang ditunjukkan?

(TP 3)

a)

97 ml

b)

94 ml

c)

95 ml

d)

96 ml

28.

Gelang getah yang lebih tumpat daripada air akan __________________.

(TP 3)

a)

timbul

b)

tenggelam

29.

Timbul dan tenggelam sesuatu objek adalah berhubung kait dengan ketumpatan objek tersebut terhadap ketumpatan air.

a)

BETUL

b)

SALAH

c)

TIADA JAWAPAN

30.

Bola ping pong akan ___________ di permukaan air.

(TP 1)

a)

timbul

b)

tenggelam

31.

Rajah menunjukkan sebiji botol yang mengandungi pelbagai jenis cecair.


Antara berikut, yang manakah paling tumpat?

(TP 3)

a)

Gliserin

b)

Air berwarna

c)

Minyak masak

32.

Apakah inferens kamu terhadap gabus?

(TP 2)

a)

Gabus mempunyai ketumpatan yang sama dengan air.

b)

Gabus lebih tumpat daripada air.

c)

Gabus kurang tumpat daripada air.

d)

Gabus tidak mempunyai ketumpatan.

33.

Kita boleh menguji sifat sesuatu bahan dengan menggunakan …………………….

(TP 1)

a)

kertas litmus

b)

kertas warna

c)

kertas lukisan

34.

Ahmad menguji sifat lemon dengan menggunakan deria rasa dan deria sentuhan. Dia mendapati lemon berasa masam apabila dirasa dan perit apabila disentuh.

Adakah ujian dengan rasa dan sentuhan ini boleh digunakan untuk mengenalpasti sifat sesuatu bahan?

(TP 4)

a)

Ya, semua bahan berasid rasanya masam

b)

Ya, bahan berasid akan perit apabila disentuh

c)

Tidak, rasa dan sentuhan bukan petunjuk saintifik kepada sifat bahan

35.

Rajah menunjukkan seorang murid sedang menguji bahan beralkali dengan menggunakan kertas litmus.


Apabila bahan beralkali diuji, ……………………………………….

(TP 3)

a)

tiada perubahan berlaku pada kertas litmus.

b)

hanya kertas litmus biru berubah kepada merah.

c)

hanya kertas litmus merah berubah kepada biru.

36.

Antara berikut, yang manakah BUKAN ciri bahan beralkali?

(TP 3)

a)

Berasa masam dan perit

b)

Menukarkan kertas litmus merah

c)

Tidak menukarkan kertas litmus biru

37.

Rajah menunjukkan satu perbualan dalam kehidupan seharian.


Berdasarkan perbualan tersebut, bahan berasid dan beralkali banyak digunakan dalam …………………….

(TP 5)

a)

pertanian

b)

perubatan

c)

produk kegunaan isi rumah

38.

Antara brerikut manakah yang merupakan pusat Sistem Suria?

(TP 1)

a)

Satelit semula jadi

b)

Matahari

c)

Bumi

d)

Asteroid

39.

Jalur asteroid boleh dijumpai di antara planet ___________ dan planet ___________ .

(TP 2)

a)

Bumi, Marikh

b)

Marikh, Musytari

c)

Musytari, Zuhal

d)

Zuhrah, Bumi

40.

Planet manakah yang mengambil masa paling cepat untuk membuat satu peredaran lengkap mengelilingi Matahari?

(TP 5)

a)

Bumi

b)

Utarid

c)

Musytari

d)

Neptun

41.

Antara planet Marikh dengan Musytari, planet manakah mengambil masa lebih lama untuk membuat satu peredaran lengkap mengelilingi Matahari? Mengapa?

(TP 5)

a)

Marikh kerana planet Marikh lebih kecil daripada planet Musytari.

b)

Marikh kerana kedudukan planet Marikh lebih dekat dengan Matahari berbanding dengan jarak planet Musytari dengan Matahari.

c)

Musytari kerana planet Musytari lebih besar daripada planet Marikh.

d)

Musytari kerana kedudukan planet Musytari dengan Matahari lebih jauh berbanding dengan jarak planet Marikh dengan Matahari.

42.

Planet-planet bergerak mengelilingi Mahatari mengikut laluan bayangan berbentuk ___________ yang dipanggil ___________.

(TP 4)

a)

lengkung, paksi

b)

elips, orbit

c)

leper, garis

d)

lurus, jalur

43.

Yang manakah merupakan urutan planet dalam Sistem Suria yang betul bermula dari yang paling hampir dengan Matahari?

(TP 3)

a)

Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun

b)

Utarid, Zuhrah, Bumi, Zuhal, Uranus, Neptun, Marikh, Musytari

c)

Neptun, Uranus, Zuhal, Musytari, Marikh, Bumi Zuhrah, Utarid

d)

Neptun, Uranus, Zuhal, Zuhrah, Utarid, Musytari, Marikh, Bumi

44.

Takal ialah satu contoh …………………… yang memudahkan beban diangkat ke atas dengan menggunakan daya yang kecil.

(TP 1)

a)

mesin berat

b)

mesin kompleks

c)

mesin ringkas

45.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan arah pergerakan tali dan beban yang betul apabila tali ditarik untuk mengangkat beban?

(TP 3)

a)

b)

c)

46.

Antara berikut yang manakah BUKAN kepentingan takal?

(TP 5)

a)

Menjimatkan masa

b)

Mengurangkan tenaga kerja

c)

Menambah beban kerja manusia

47.

Rajah menunjukkan kedudukan gigi kacip. Antara berikut, yang manakah fungsi gigi kacip?

(TP 2)

a)

Mengoyakkan Makanan

b)

Memotong Makanan

c)

Melumatkan Makanan

48.

Amalan penjagaan gigi adalah sangat penting. Berikut adalah penjagaan gigi yang betul kecuali.....

(TP 5)

a)

berus gigi sekurang- kurangnya 2 kali sehari

b)

menggunakan flos

c)

menggunakan ubat gigi berflourida

d)

berkumur sebelum makan

49.

Ahmad memasukkan telur ke dalam gelas berisi air dan mendapati telur tenggelam. Telur akan timbul apabila air menjadi lebih tumpat daripada telur. Bagaimanakah caranya menjadikan air lebih tumpat daripada telur?

(TP 4)

a)

Dengan memasukkan minyak masak ke dalam air tersebut

b)

Dengan menambah air ke dalam gelas tersebut

c)

Dengan menambah garam ke dalam gelas tersebut

50.

Rajah menunjukkan sejenis takal.


Apakah kegunaan takal yang ditunjukkan dalam rajah di atas?

(TP 2)

a)

Menarik bot ke tepi pantai

b)

Menarik pukat dari bot nelayan

c)

Menarik nelayan ke bot nelayan