wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

bahasa melayu tahun 5 ulangkaji ujian akhir

Total questions: 86

Worksheet time: 53mins

Name
Class
Date
1.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Encik Ram berasal daripada Teluk Intan.

b)

Encik Ram berasal dari Teluk Intan.

2.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Jangan bersandar pada dinding yang baru dicat itu.

b)

Jangan bersandar di dinding yang baru dicat itu.

3.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Ayah membeli beg tangan untuk ibu.

b)

Ayah membeli beg tangan bagi ibu.

4.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Tolong buang sampah ini di dalam tong sampah itu.

b)

Tolong buang sampah ini ke dalam tong sampah itu.

5.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Ibu menyiang ikan keli di dapur.

b)

Ibu menjerang ikan keli di dapur.

6.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Bola itu ditendang oleh Ramli.

b)

Bola itu menendang Ramli.

7.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Kakak sedang menanak nasi di dapur.

b)

Kakak sedang memasak nasi di dapur.

8.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Sungguh cantik kereta itu.

b)

Benar cantik van itu.

9.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Kami dihujani hujan semalam.

b)

Kami kena hujan semalam.

10.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Pokok pisang itu ditanam oleh ayah saya.

b)

Pokok pisang itu ayah saya tanam.

11.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Berbagai-bagai jenis makanan dijual di gerai itu.

b)

Azmi mencatat segala barang-barang yang hendak dibeli.

12.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Kedua anaknya telah pulang ke tanah air.

b)

Beberapa buah rumah telah hangus dijilat api.

13.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Batu karang boleh didapati di dasar laut.

b)

Buruh itu kasar bekerja dengan bersungguh-sungguh.

14.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Nama kamu siapa?

b)

Nama kamu siapakah?

15.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Dia sukar tidur di waktu siang.

b)

Bungkusan merah ini daripada siapa?

16.

Datuk saya bukan sahaja pemurah_________ baik hati kerana sering membantu orang-orang miskin di kampung

a)

lantaran

b)

malahan

c)

manakala

d)

walaupun

17.

Ayah menempah _____________ untuk kami sekeluarga semasa bercuti di Melaka.

a)

rumah sakit

b)

rumah tangga

c)

rumah terbuka

d)

rumah tumpangan

18.

Rina membelek-belek beberapa __________ majalah yang ingin dibelinya di kedai itu.

a)

biji

b)

keping

c)

lembar

d)

naskhah

19.

Jam itu tergantung ___________ dinding.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

di

20.

Ali menggaru-garu kakinya yang gatal kerana digigit ______________.

a)

kunang-kunang

b)

labah-labah

c)

pijat-pijat

d)

labi-labi

21.

Ah Meng dan kawannya sedang mengepam bola-bola yang ___________ di dalam stor sukan.

a)

kecut

b)

kemik

c)

kendur

d)

kempis

22.

Penyambut tetamu itu _____________ senyuman yang manis kepada pelanggan yang datang.

a)

berukir

b)

terukir

c)

diukirkan

d)

mengukirkan

23.

Puan Maimun __________________ sebuah dulang yang berisi beberapa gelas minuman untuk tetamu yang datang.

a)

mengelek

b)

menatang

c)

menjinjing

d)

mengusung

24.

Sultan Perak akan membuat lawatan rasmi ke Filipina. ______________ akan berada di sana selama seminggu.

a)

Baginda

b)

Beta

c)

Beliau

d)

Patik

25.

Kita hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai. Peribahasa yang sesuai ialah __________________.

a)

alah biasa tegal biasa

b)

bagai tikus membaiki labu

c)

alang-alang mandi biar basah

d)

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

26.

Semasa ekspedisi berbasikal itu, mereka ___________ berkayuh sepanjang 10 kilometer.

a)

berhempas-pulas

b)

bersimpang-siur

c)

berlintang-pukang

d)

bertunggang-langgang

27.

Semua yang hadir bekerja seperti __________ untuk memastikan taman tersebut bersih.

a)

lidah biawak

b)

lipas kudung

c)

kera sumbang

d)

ayam tambatan

28.

Kesan ____________ merupakan kesan yang berkait rapat dengan pencemaran udara.

a)

rumah api

b)

rumah hijau

c)

rumah asap

d)

rumah atap

29.

Semua murid diarahkan supaya berkumpul di padang _____ murid tahun enam.

a)

serta

b)

tetapi

c)

kecuali

d)

manakala

30.

Cikgu Haikal menasihai kami agar tidak ____________ di dalam hutan seorang diri.

a)

berlegar-legar

b)

berputar-putar

c)

menyorok-nyorok

d)

merayau-rayau

31.

Pak Abu menjual se__________ pisang yang baru dipetiknya dari kebun pagi tadi kepada Hamdan.

a)

tandan

b)

buah

c)

bekas

d)

batang

32.

Apakah yang akan dilakukan oleh Sultan Ahmad Shah apabila sudah berada di atas singgahsana?

a)

bertitah

b)

bersantap

c)

berangkat

d)

bersemayam

33.

Pada musim panas, orang ramai dinasihati agar memakai pakaian yang longgar. Pilih perkataan antonim bagi longgar.

a)

kecil

b)

sendat

c)

labuh

d)

panjang

34.

Cikgu Sarah menegur Zainab supaya memperbaiki tulisannya yang _______________ itu

a)

berat tangan

b)

lipas kudung

c)

cakar ayam

d)

simpang siur

35.

Zakuan satu-satunya _________ Puan Lily yang terselamat dalam kemalangan yang mengorbankan keseluruhan keluarganya itu.

a)

anak emas

b)

darah daging

c)

buah hati

d)

tali barut

36.

Sila pilihan imbuhan sisipan yang betul bagi perkataan "Gilang"

a)

Gemerlang

b)

Gemilang

c)

Gerlang

d)

Gilangan

37.

Sila pilihan imbuhan sisipan yang betul bagi perkataan "Gigi"

a)

Gigiel

b)

Gergaji

c)

Gerigi

d)

Gigian

38.

Sila pilihan imbuhan sisipan yang betul bagi perkataan "Guruh"

a)

Guruh

b)

Guruhan

c)

Geluruh

d)

Gemuruh

39.

Sila pilihan imbuhan sisipan yang betul bagi perkataan "Kuping"

a)

Kecuping

b)

Keruping

c)

Kekuping

d)

Keluping

40.

Sila pilihan imbuhan sisipan yang betul bagi perkataan "Sabut"

a)

Sabutan

b)

Sesabut

c)

Semabut

d)

Serabut

41.

Sila pilihan imbuhan sisipan yang betul bagi perkataan "Serak"

a)

Selerak

b)

Semerak

c)

Selarakan

d)

Serakah

42.

Sila pilihan imbuhan sisipan yang betul bagi perkataan "Cucuk"

a)

Celucuk

b)

Cemucuk

c)

Cerucuk

d)

Cecukan

43.

Sila pilihan imbuhan sisipan yang betul bagi perkataan "Gegak

a)

Gelegak

b)

Gegerak

c)

Geragak

d)

Gegarak

44.

Sila pilihan imbuhan sisipan yang betul bagi perkataan "Kopak"

a)

Keropak

b)

Kelepak

c)

Kelopak

d)

Kemapak

45.

Sila pilihan imbuhan sisipan yang betul bagi perkataan "Ganggang"

a)

Geranggang

b)

Gelanggang

c)

Gegendang

d)

Gemegang

46.

Sila pilihan imbuhan sisipan yang betul bagi perkataan "Serbak"

a)

Selebak

b)

Sekabak

c)

Serabak

d)

Semerbak

47.

Sila pilihan imbuhan sisipan yang betul bagi perkataan "Gelap"

a)

Gemerlap

b)

Gerlapan

c)

Gemerlapan

d)

Gelapan

48.

Sila pilihan imbuhan sisipan yang betul bagi perkataan "Suling

a)

Seruling

b)

Suseling

c)

Semuling

d)

Sekuling

49.

Sila pilihan imbuhan sisipan yang betul bagi perkataan "Jajah"

a)

Jejajah

b)

Jelagah

c)

Jeragah

d)

Jelajah

50.

Berapa soalan anda dapat jawab dengan betul?

a)

Semua betul (15/15)

b)

Kurang daripada 5 soalan yang betul

c)

Kurang daripada 10 soalan yang betul

d)

Semua salah

51.

Manakah antara berikut bukan penanda wacana?

a)

Walaubagaimanapun

b)

Akhirnya

c)

Sementelahan itu

d)

Pada masa itu

52.

"____________ berkenan untuk menghadiri majlis santapan yang akan dilangsungkan di Istana Mahkota," kata pegawai istana kepada wartawan akhbar.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Hamba

d)

Baginda

53.

Puan Suriati berasa kecewa _______ sikap anaknya yang semakin degil.

a)

pada

b)

kepada

c)

terhadap

d)

akan

54.

Hati Nazua _________ akan kata-kata nasihat daripada ibunya.

a)

menyentuh

b)

disentuh

c)

tersentuh

55.

Fikiran Alif ___________ apabila mengenangkan ibunya yang sakit di kampung.

a)

terganggu

b)

mengganggu

c)

diganggu

56.

Kamil ________ apabila nampak seekor ular memasuki rumahnya

a)

diterperanjatkan

b)

memeranjatkan

c)

terperanjat

57.

Kapal terbang yang baru berlepas itu menuju _____ Sarawak.

a)

di

b)

pada

c)

ke

58.

“Ada bintik merah _________ hidung kamu,” kata Ahmad kepada Abu.

a)

pada

b)

di

c)

ke

59.

“Tolong berikan surat ini __________ ibu kamu,” kata Cikgu Rosli.

a)

ke

b)

kepada

c)

pada

60.

Ali bermain layang-layang di ___________ pantai pada hujung minggu bersama keluarganya.

a)

tengah

b)

tepi

c)

antara

61.

Sani memiliki se_________ motosikal berjenama kawasaki.

a)

biji

b)

buah

c)

batang

62.

Damia memelihara tiga _________ kucing yang sangat comel.

a)

ekor

b)

butir

c)

bilah

63.

Siti menyapu sampah menggunakan se__________ penyapu.

a)

batang

b)

bilah

c)

biji

64.

Kamu tinggal di Taman Selasih _____________ kamu tinggal di Taman Bidara?

a)

dan

b)

atau

c)

sambil

65.

Kakak membasuh pinggan _____________ ayah pula memotong buah tembikai.

a)

sementara

b)

dan

c)

jika

66.

Pokok rambutan di belakang rumah Zahir ___________ dengan lebat.

a)

berbuah

b)

berputik

c)

bercambah

67.

Pisau yang tajam itu _____________ oleh ayah.

a)

diasah

b)

ditumpul

c)

dihiris

68.

Bebarapa batang pokok tumbang kerana ___________ ribut.

a)

dicantas

b)

dihembus

c)

dipukul

69.

Ayam jantan __________ menandakan hari sudah hampir siang.

a)

bersiul

b)

bernyanyi

c)

berkokok

70.

Anak kucing yang ________ ke dalam longkang itu telah diselamatkan.

a)

terjatuh

b)

tertiarap

c)

terduduk

71.

“________________, sakitnya kakiku!” jerit Salim apabila terpijak paku.

a)

Aduh

b)

Wah

c)

Amboi

72.

Di kedai itu, hanya tinggal beberapa __________ tikar sahaja.

a)

buku

b)

baris

c)

bidang

d)

batang

73.

“Kamu perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai _______ kamu sebagai seorang juruterbang,”kata Encik Ali kepada anaknya.

a)

wawasan

b)

gagasan

c)

cita-cita

d)

hobi

74.

________ untuk membina tempat pelupusan sampah di situ mendapat bantahan daripada penduduk kampung.

a)

Cadangan

b)

Pendapat

c)

Suruhan

d)

Gesaan

75.

Puan Jalina memberikan _______ wajah pemuda yang mencerobohi rumahnya malam tadi.

a)

gambaran

b)

bayangan

c)

kenangan

d)

lukisan

76.

Setiap orang murid diberi peluang untuk menyatakan _______ masing-masing.

a)

pendapat

b)

dorongan

c)

hebahan

d)

arahan

77.

“Latihan ini mesti _____ hantar pada hari ini juga,” kata Cikgu Lisa kepada murid-muridnya.

a)

mereka

b)

kalian

c)

kamu

d)

beliau

78.

Tiket masuk ke taman hiburan itu _____ mahal.

a)

paling

b)

benar

c)

sekali

d)

terlalu

79.

Lelaki yang memakai baju berwarna merah itu _____ Sarawak.

a)

di

b)

pada

c)

daripada

d)

dari

80.

Beberapa orang murid cemerlang di sekolah ini telah _____ biasiswa.

a)

ditawarkan

b)

menawarkan

c)

tawaran

d)

penawaran

81.

________ tajuk ceramah yang disampaikan oleh pakar motivasi itu?

a)

Bagaimanakah

b)

Mengapakah

c)

Apakah

d)

Siapakah

82.

Ayah telah menghadiahkan _____ cincin emas kepada ibu.

a)

sebuah

b)

sebentuk

c)

sebutir

d)

seketul

83.

Lina bangun ______ menutup suis lampu itu.

a)

atau

b)

serta

c)

lalu

d)

kecuali

84.

Pilih jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar yang diberikan.


Pak Hamid hendak menebang pokok kelapa yang __________ ke arah kandang kambingnya.

a)

bongkok

b)

bengkok

c)

serong

d)

condong

85.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Cikgu Ishak menjelaskan bahawa program Hari Kantin yang akan dianjurkan itu adalah untuk meluaskan pengetahuan murid-murid tentang perniagaan.

a)

“Pengetahuan kalian dapat ditambah melalui Hari Kantin yang bakal diadakan ini,” kata Cikgu Ishak kepada murid-murid.

b)

“Hari Kantin yang akan diadakan ini adalah untuk menambahkan pengetahuan kalian dalam perniagaan,” kata Cikgu Ishak kepada murid-murid.

c)

“Hari Kantin ini diadakan untuk menyedarkan murid-murid tentang pentingnya ilmu perniagaan,” kata Cikgu Ishak.

d)

“Kalian akan mengetahui bidang perniagaan melalui Hari Kantin yang dianjurkan ini,” kata Cikgu Ishak kepada murid-murid.

86.

Pilih ayat yang betul.

a)

Semua barang-barang jualan hari ini begitu laris.

b)

Banyak perkara yang kamu peroleh jika sekiranya kamu mengikuti seminar itu.

c)

Harap semua pihak dapat memberikan kerjasama demi untuk menjayakan program ini.

d)

Pada malam tadi, kawasan Kampung Delima gelap-gelita kerana bekalan elektrik terputus.