Font size
WorksheetsKuiz Perniagaan ting. 4 Bab 4 2024
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Mengapakah struktur organisasi dibahagikan mengikut bahagian fungsian?
Memaksimumkan keuntungan
Mengurangkan bilangan pekerja
Meminimumkan kos pengeluaran
Anggota organisasi mengetahui tugas masing-masing
Manakah yang berkaitan dengan tujuan bahagian fungsian?
I Boleh melatih lebih ramai pekerja
II Dapat mengurangkan kos dan masalah dalam pengurusan
III Mewujudkan pengkhususan dalam bidang tugas
IV Memperoleh keuntungan yang banyak
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Manakah tujuan bahagian fungsian pengagihan?
Memastikan pembekal mematuhi prosedur pembekalan
Memastikan pelanggan berpuas hati dengan produk yang diterima
Memastikan organisasi membuat bayaran yang tepat kepada pembekal
Memastikan setiap barang yang dikeluarkan dapat diterima oleh pengguna
Apakah maksud struktur organisasi?
Struktur jawatan pihak atasan
Struktur pengagihan tugasan pekerja
Sistem pembahagian jawatan dan tugasan dalam organisasi
Susunan dan hubungan antara setiap bahagian fungsian yang terdapat dalam sesebuah organisasi perniagaan
Penggunaan teknologi maklumat dalam sesebuah perniagaan dapat meluaskan pasaran ke peringkat global.
Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah peranan bahagian fungsian teknologi maklumat?
Membuat promosi melalui radio dan surat khabar
Membina laman web untuk memperkenalkan barang
Menggunakan kapal terbang untuk menghantar barang
Mengambil lebih ramai pekerja untuk memeasarkan barang
Maklumat manakah yang boleh diperoleh melalui sesebuah carta organisasi?
Jadual tugas
Pembahagian kerja
Hierarki pengurusan
Hubungan antara ketua dengan pekerja
Antara berikut, manakah unsur input dalam proses pengeluaran?
Buruh
Teknologi
Usahawan
Barang siap
Mengapakah pekerja di sesuatu organisasi perlu diberi latihan dan pembangunan?
Supaya lebih mahir
Memastikan pekerja tidak berhenti
Memastikan organisasi kekal berdaya saing
Membolehkan pekerja tersebut mendapat peluang kenaikan pangkat
Antara yang berikut, yang manakah adalah sumber luaran penjanaan idea?
I Pesaing
II Pengedar
III Pekerja
IV Pihak pengurusan
I & II
I & IV
II & III
III & IV
Produk adalah salah satu unsur penting dalam sesuatu campuran pemasaran.
Manakah yang merupakan ciri sesuatu produk?
Kos
Diskaun
Publisiti
Jaminan
Peranan Bahagian Pentadiran
Peranan Pengurusan sumber manusia
Peranan penyelidikan dan pembangunan
peranan teknologi maklumat dan komunikasi
Pengantara ICT manakah memudahkan komunikasi dalaman?
Internet
Intranet
e-dagang
e-banking
Jawatan manakah yang terlibat dalam bahagian fungsian kewangan?
Pengurus Kewangan
Penyelia Jualan
Penyelaras ICT
Pegawai Kredit
Antara peranan bahagian fungsian ICT ialah
bertanggungjawab terhadap keselamatan sistem
bertanggungjawab bagi memperluas skop perniagaan
bertanggungjawab memastikan kelancaran pengeluaran
bertanggungjawab wujudnya komunikasi antara pihak atasan hingga ke peringkat bawahan
Bagaimanakah interaksi dengan pihak bank membantu perniagaan mengatasi masalah operasi pengeluaran?
Mengatasi masalah kekurangan modal kerja
Memudahkan urusan pembayaran perniagaan.
Memudahkan penyimpanan wang dengan selamat
Memudahkan perniagaan melakukan pembayaran gaji
Bagaimanakah kawalan selepas dapat membantu sesebuah organisasi perniagaan yang menghasilkan barang industri?
Menjamin permintaan untuk barang keperluan
Dapat meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan
Mengelakkan barang yang rosak sampai ke tangan pengguna
Dapat membantu meningkatkan kepakaran pasukan pemasaran
Apakah maksud strategi pembangunan pasaran ?
Mencari pasaran baharu untuk produk sedia ada
Mempelbagaikan produk syarikat untuk meningkatkan jualan
Memperkenalkan produk baharu kepada pasaran sedia ada
Memperkenalkan produk sedia ada kepada pasaran baharu
Apakah maksud pengeluaran?
Proses transformasi yang menukarkan input kepada output
Menghasilkan barang dan perkhidmatan kepada masyarakat
Meningkatkan proses pengeluaran organiasi
Dapat memberi saingan dengan perniagaan yang lain
Apakah tujuan bahagian fungsian ICT
Membantu perniagaan berjalan dengan lancar serta mempunyai pekerja yang berpengalaman
Memudahkan staf dalam organisasi berkomunikasi dengan mudah dan cepat
Melancarkan proses pengeluaran
Meningkatkan hasil jualan perniagaan
Maklumat berikut berkaitan peranan sesuatu
fungsian.
• Menyediakan dokumen dengan menggunakan perisian
• Menyediakan pelan atau program untuk staf
• Mengurus dan menyediakan dokumen syarikat
• Membeli alat tulis dan peralatan pejabat
Apakah bahagian fungsian tersebut?
Bahagian fungsian pembelian
Bahagian fungsian pentadbiran
Bahagian fungsian sumber manusia
Bahagian fungsian teknologi maklumat
Peranan Pengurusan Kewangan ialah
#Merancang hal yang berkaitan dengan organisasi
#Mengawal penggunaan sumber kewangan
dan ..
Mengawal risiko syarikat
Membuat analisis perniagaan
Mengagihkan sumber kewangan
Menjana keuntungan dan meningkatkan produktiviti pengeluaran
Apakah kepentingan bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan dalam organisasi perniagaan?
Pemasaran produk yang terhad
Mempercepat proses pengeluaran produk
Dapat membangunkan produk baharu dan berkualiti tinggi
Memastikan pengeluaran barang yang maksimum
Susun tatacara pembelian bahan mentah dengan betul.
I Mencari pembekal yang sesuai
II Membuat pesanan pembelian
III Menilai pembekal-pembekal berdasarkan sebut harga yang dikemukakan
IV Menerima sebut harga daripada syarikat -syarikat pembekal
I, II, IV, III
IV, I, III, II
I, IV, III, II
IV, III, I ,II
Maklumat berikut berkaitan sesuatu peranan
bahagian fungsian.
• Menghasilkan barang dan perkhidmatan
• Untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
• Merancang dan menjalankan proses transformasi input
Apakah bahagian fungsian tersebut?
Bahagian fungsian pembelian
Bahagian fungsian pemasaran
Bahagian fungsian pentadbiran
Bahagian fungsian pengeluaran
Mengapakah kawalan selepas pengeluaran perlu dilakukan oleh staf bahagian fungsian pengeluaran?
Mengawal penggunaan sumber secara efektif
Memastikan peralatan dan mesin dalam keadaan baik
Mengatasi setiap masalah yang timbul dalam pengeluaran dengan segera
Memastikan produk yang dihasilkan mengikut standard yang betul
Yang manakah menerangkan aktiviti pemasaran dengan tepat?
Aktiviti menjual barang kepada pengguna
Aktiviti mengagihkan barang daripada penjual kepada pengguna
Aktiviti memperkenalkan barang oleh penjual kepada pengguna
Aktiviti pertukaran barang yang dapat memberi nilai kepada penjual dan pengguna
Maklumat berikut tentang ciri-ciri sesuatu barang atau perkhidmatan.
• Perlu tempahan
• Tidak tahan lama
Apakah jenis saluran agihan yang paling sesuai untuk memasarkan produk tersebut?
Pengeluar → Pengguna
Pengeluar → Peruncit → Pengguna
Pengeluar → Pemborong → Peruncit → Pengguna
Pengeluar → Ejen → Peruncit → Pengguna
Apakah kepentingan mewujudkan pasaran baharu?
Dapat membuat promosi
Dapat menguasai pasaran baharu
Dapat meningkatkan jumlah pekerja
Dapat menggunakan teknologi moden
Antara berikut, yang manakah merupakan fungsian jualan?
I mengurus belian barang
II menghantar barang jualan
III mengambil tindakan pertanyaan pelanggan
IV menyediakan sebut harga kepada pelanggan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah bahagian fungsian yang terlibat berikut?
“Pembayaran gaji dan bonus kepada pekerja dalam sesebuah organisasi perniagaan”
I belian
II kewangan
III khidmat pelanggan
IV pentadbiran
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Apakah yang dimaksudkan dengan pembahagian kerja?
Agihan jawatan kepada setiap pekerja
Agihan tanggungjawab yang perlu diwujudkan
Agihan tugas dan tanggungjawab setiap pekerja
Agihan tugas serta ruang kerja bagi setiap pekerja
Gambar 1 menunjukkan suatu aktiviti yang dijalankan di dalam sebuah organisasi perniagaan.
Apakah bahagian fungsian yang terlibat dengan aktiviti di atas
Jualan
Pentadbiran
Kewangan
Pengeluaran
Gambar 2 menunjukkan beberapa alat teknologi yang digunakan dalam organisasi perniagaan.
Apakah kelebihan yang dinikmati oleh perniagaan daripada penggunaan alat-alat tersebut?
Organisasi perniagaan menjadi lebih efisien
Pekerja dapat melaksanakan tugas dengan teratur
Membolehkan perancangan kewangan dilaksanakan
Membolehkan sesebuah perniagaan bersaing di pasaran global
Apakah tujuan bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan diwujudkan?
Meningkatkan tahap pengeluaran dan pemasaran produk
Membolehkan perniagaan mengenal pasti kelemahan perniagaan
Meningkatkan kemahiran dan produktiviti setiap pekerja dalam organisasi
Membolehkan perniagaan menjalinkan hubungan yang baik dengan pelanggan
Antara yang berikut, yang manakah peranan bahagian fungsian pengeluaran?
i Menghasilkan barang
ii Menukarkan input kepada output
iii Memastikan bekalan input mencukupi
iv Mewujudkan hubungan yang baik dengan pembekal
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Antara yang berikut yang manakah merupakan bahagian fungsian sesebuah organisasi perniagaan?
i Promosi
ii Perkilangan
iii Pemasaran
iv Pentadbiran
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Rajah 2 menunjukkan contoh satu bahagian fungsian.
Apakah peranan bahagian fungsian ini?
Melantik pekerja
Membuat pesanan belian
Mengawal pengeluaran wang
Mengagihkan sumber kewangan perniagaan
Mengapakah pekerja di sesuatu organisasi perlu diberi latihan dan pembangunan ?
Supaya lebih mahir
Memastikan pekerja tidak berhenti
Memastikan organisasi kekal berdaya saing
Membolehkan pekerja tersebut mendapat peluang kenaikan pangkat
Pernyataan yang manakah benar tentang fungsi bahagian penyelidikan dan pembangunan
Menetapkan harga produk
Memasarkan produk di pasaran
Menambahbaikan produk yang sedia ada
Menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh pelanggan
Maklumat yang berikut berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan oleh suatu bahagian fungsian
1) Memastikan input yang dipesan berkualiti
2) Mengenal pasti pembekal yang bersesuaian
3) Menjalin hubungan yang baik dengan pembekal
Berdasarkan aktiviti di atas, apakah bahagian fungsian tersebut
Pembelian
Pemasaran
Pengagihan
Pengeluaran
