wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH Tingkatan 2 (2ABCDEF)

Total questions: 20

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut merupakan lokasi kawasan Alam Melayu menurut pandangan seorang tokoh.

Siapakah tokoh yang dimaksudkan?

a)

Abdul Hadi Haji Hassan

b)

Alfred Russel Wallace

c)

Profesor Dr. Ding Choo Ming

d)

Profesor Emeritus Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi

2.

Terdapat kerajaan awal di Alam Melayu yang membina 'daik'.

Mengapakah pembinaan tersebut dilakukan?

a)

Menghalang banjir

b)

Mempelbagaikan ekonomi

c)

Mencegah serangan musuh

d)

Memajukan aktiviti pertanian

3.

Baray

Binaan ini telah dihasilkan oleh masyarakat kerajaan Angkor.

Apakah kepentingannya?

a)

Perdagangan

b)

Pertahanan

c)

Pertanian

d)

Perikanan

4.

Gapura Wringin Lawang

Apakah kepentingan binaan berikut terhadap masyarakat kerajaan Majapahit?

a)

Pintu gerbang rakyat biasa

b)

Pintu gerbang laluan raja

c)

Pintu keluar bangunan suci

d)

Pintu masuk bangunan suci

5.

Agama Buddha menjadi anutan utama masyarakat kerajaan Angkor.

Hal ini berlaku semasa pemerintahan _____________.

a)

Jayavarman V

b)

Suryavarman II

c)

Jayavarman VII

d)

Suryavarman VIII

6.

Apakah pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang dan berperanan untuk mengumpul, mengendali dan mengedarkan barang dagangan daripada para pedagang serantau dan antarabangsa?

a)

Pelabuhan import

b)

Pelabuhan kerajaan

c)

Pelabuhan entrepot

d)

Pelabuhan pembekal

7.

Apakah faktor yang menyumbang kepada perkembangan pelabuhan Melaka sebagai pusat perdagangan dunia?

a)

Pusat perkapalan

b)

Kekayaan hasil bumi

c)

Cuaca yang baik

d)

Pelaksanaan Undang-Undang Laut Melaka

8.

Mengapakah Acheh menyerang kerajaan Johor dalam Perang Tiga Segi?

a)

Johor menggugat perdagangan Acheh

b)

Johor mengadakan pakatan dengan Portugis

c)

Johor mahu merampas Melaka daripada Portugis

d)

Johor mahu menguasai perdagangan di Selat Melaka

9.

Pelabuhan kerajaan Kesultanan Johor Riau yang berikut terletak di Sungai Johor.

Batu Sawar

Johor Lama

Panchor

Apakah keistimewaan pelabuhan yang didirikan di sungai tersebut?

a)

Berbukit-bukau

b)

Sungai lebar dan dalam

c)

Mempunyai kota pertahanan

d)

Terlindung daripada angin monsun

10.

Dimanakah pusat pemerintahan pertama yang didirikan oleh Sultan Zainal Abidin I?

a)

Besut

b)

Kemaman

c)

Kuala Berang

d)

Kuala Terengganu

11.

Apakah persamaan mata wang yang digunakan di negeri Pahang dan negeri Terengganu?

a)

Kupang emas

b)

Wang tampang

c)

Bongkah timah

d)

Mata wang pitis

12.

Siapakah pengasas kerajaan Negeri Sembilan?

a)

Raja Melewar

b)

Raja Ali

c)

Yamtuan Antah

d)

Maharaja Derbar Raja

13.

Apakah kepentingan sikap toleransi kepada hubungan satu kerajaan dengan kerajaan yang lain?

a)

Dapat menerima amalan budaya kerajaan lain

b)

memudahkan perkahwinan

c)

mudah mendapat bantuan ketenteraan

d)

mudah mendapat pengiktirafan

14.

Apakah peranan penghulu dalam sistem pentadbiran negeri Kedah, Kelantan dan Perlis?

a)

Lambang perpaduan rakyat jelata

b)

Ketua agama Islam

c)

Wakil pentadbiran

d)

Penguasa peringkat mukim

15.

"Menjadi ketua rujukan aspek yang berkaitan adat dan hukum."

Pernyataan berikut menunjukkan tugas seorang pemimpin dalam pemerintahan di Negeri Sembilan.

Siapakah pemimpin yang dimaksudkan?

a)

Undang

b)

Buapak

c)

Ibu Soko

d)

Lembaga

16.

Apakah perayaan yang disambut oleh kaum Bidayuh?

(a)  

17.

Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan di Alam Melayu.

"Berpusat di Pangkalan"

Apakah kerajaan Alam Melayu tersebut?

a)

Kerajaan Majapahit

b)

Kerajaan Angkor

c)

Kerajaan Gangga Nagara

d)

Kerajaan Kedah Tua

18.

Antara berikut, apakah bentuk tulisan yang digunakan oleh Kerajaan Champa?

i Tulisan Palava

ii Tulisan Khmer

iii Tulisan orang Hu

iv Tulisan Champa Kuno

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Jawatan Temenggung wujud semasa kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah peranan penjawat jawatan tersebut?

i Pegawai protokol istana

ii Ketua utusan ke negara luar

iii Ketua turus angkatan perang

iv Penguasa bandar dan kota Melaka

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

20.

Bagaimanakah seni bina Lepa membawa kemudahan dalam kehidupan masyarakat di Sabah?

i pusat bekalan

ii tempat kediaman

iii mengangkut barang

iv kubu pertahanan musuh

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV