wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SMK JAWI UASA SEJARAH TINGKATAN 1

Total questions: 51

Worksheet time: 37mins

Name
Class
Date
1.

Sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu syajaratun. Apakah maksud syajaratun?

a)

Salasilah

b)

Peristiwa

c)

Peradaban

d)

Sumbangan

2.

Bagaimanakah benua dan lautan terbentuk ?

a)

Pembentukan ais

b)

Pergerakan glasier

c)

Penurunan suhu bumi

d)

Pembentukan Pentas Sunda

3.

Apakah tulisan yang terawal sekali dihasilkan oleh manusia?

a)

Kunieform

b)

Ideogram

c)

Hieroglif

d)

Piktograf

4.

Apakah urutan Zaman Prasejarah yang betul?

a)

Logam – Mesolitik – Neolitik – Paleolotik

b)

Paleolitik - Mesolitik – Neolitik – Logam

c)

Paleolitik – Mesolitik – Logam – Neolitik

d)

Mesolitik – Neolitik – Paleolitik – Logam

5.

Apakah persamaan kepercayaan masyarakat Zaman Paleolitik dengan masyarakat Zaman Neolitik?

a)

Animisme

b)

Kepercayaan karut

c)

Mempunyai pegangan tertentu

d)

Mengamalkan upacara keagamaan

6.

Apakah sumbangan tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia?

a)

Pembinaan Piramid

b)

Pembentukan empayar

c)

Perkembangan teknologi maklumat

d)

Pengenalan undang-undang bertulis

7.

Sumber primer bersifat asli dan belum ditafsir.

Apakah bahan yang tergolong sebagai sumber primer?

a)

Manuskrip

b)

Akhbar

c)

Risalah

d)

Ensiklopedia

8.

Apakah maksud Zaman Prasejarah?

a)

Manusia tidak tahu membaca

b)

Manusia hidup secara nomad

c)

Manusia hidup dalam kesejukan

d)

Manusia belum mengenal sistem tulisan

9.

Masyarakat Tamadun Mesopotamia membina zigurat di setiap pusat bandar. Mengapakah zigurat penting kepada masyarakat Mesopotamia?

a)

Untuk pelabuhan

b)

Sebagai pusat pentadbiran

c)

Untuk tempat beribadat

d)

Sebagai kawasan perniagaan

10.

Gambar berikut menunjukkan binaan berkubah yang terbesar di dunia, iaitu Pantheon. Apakah tujuan pembinaan bangunan tersebut?

a)

Pusat pentadbiran

b)

Pusat perniagaan

c)

Tempat persembahan seni

d)

Tempat menyembah dewa-dewi

11.

Pilih urutan yang betul tentang Zaman Kerajaan Islam.

a)

Umaiyah - Abbasiyah - Turki Uthmaniyah

b)

Abbasiyah - Turki Uthmaniyah - Umaiyah

c)

Umaiyah - Turki Uthmaniyah - Abbasiyah

d)

Turki Uthmaniyah - Umaiyah – Abbasiyah

12.

Apakah maksud kerajaan janapada?

a)

Kerajaan kecil

b)

Kerajaan besar

c)

Kerajaan merdeka

d)

Kerajaan yang dijajah

13.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah.

Apakah kesan amalan sistem tersebut?

a)

Mewujudkan kestabilan politik

b)

Menimbulkan semangat assabiyah

c)

Mengembangkan kemajuan sistem ekonomi

d)

Mengeratkan semangat perpaduan antara suku

14.

Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5 merupakan wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Apakah penekanan yang disarankan di dalam surah tersebut?

a)

Kepentingan Ilmu pengetahuan

b)

Kepentingan berniaga

c)

Kepentingan bermusyawarah

d)

Kepentingan hormat – menghormati

15.

Apakah sumbangan Al-Khawarizmi kepada Tamadun Islam?

a)

Ilmu perubatan

b)

Ilmu astronomi

c)

Bidang falsafah

d)

Bidang matematik

16.

Apakah bukti bahawa kerajaan Sparta mementingkan ketenteraan?

a)

Pemerintah diketuai oleh Jeneral Tentera

b)

Kaum wanita tidak terlibat dalam politik

c)

Hanya kaum lelaki boleh menjadi tentera

d)

Kanak-kanak dan wanita dilatih menjadi tentera

17.

Hammurabi merupakan raja terkenal dalam tamadun

a)

Indus

b)

Mesopotamia

c)

Mesir Purba

d)

Huang He

18.

Apakah gelaran yang diberikan kepada Raja Samudragupta dalam tamadun India?

a)

Devaraja

b)

Kaviraja

c)

Janapada

d)

Mahajanapada

19.

Bagaimanakah langkah yang boleh dilakukan untuk berada pada kedudukan sosial yang lebih baik dalam sistem pentadbiran China?

a)

Lulus peperiksaan awam

b)

Berkhidmat dengan raja

c)

Menyertai peperangan

d)

Mahir dalam falsafah

20.

Apakah bentuk pentadbiran yang terawal sekali diperkenalkan oleh Tamadun Yunani?

a)

Pentadbiran tirani

b)

Pentadbiran demokrasi

c)

Pentadbiran aristokrasi

d)

Pentadbiran monarki

21.

Jika Suria tidak mendapat maklumat tepat tentang sesuatu peristiwa sejarah yang dikaji, ini akan menyebabkan .........

a)

Berlaku perselisihan faham

b)

Wujud unsur tokok tambah

c)

Terpaksa meniru penyelidikan sejarawan lain

d)

TIdak mendapat iktibar daripada peristiwa sejarah

22.

Apakah tujuan kita mempelajari sejarah?

I Mengenal asal usul

II Membenci kuasa asing

III Menanamkan sifat kesukuan

IV Memupuk semangat patriotisme

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Senarai berikut merujuk kepada tahap dalam Zaman Air Batu.


  • Berlaku 5.3 juta - 2.6 juta tahun dahulu.
  • Terbentuk Grand Canyon di Colorado, Amerika Syarikat


Apakah tahap tersebut?

a)

Holosen

b)

Miosen

c)

Pliosen

d)

Pleistosen

24.

Gambar berikut menunjukkan binatang yang hidup pada Zaman Air Batu.


Apakah binatang tersebut?

a)

Sloth

b)

Dipterus

c)

Stegosaurus

d)

Woolly Mammoth

25.

Pengetahuan tentang perkembangan Zaman Air Batu mendidik dan menyedarkan kita supaya

a)

berbangga dengan sumber alam

b)

bersyukur dengan ciptaan Tuhan

c)

bekerjasama memajukan negara

d)

berusaha mempelajari teknologi moden

26.

Senarai berikut menunjukkan lokasi Zaman Prasejarah dunia.


  • Catal Huyuk
  • Gobekli Tepe


Lokasi tersebut terletak di_________________________

a)

Turki

b)

China

c)

Perancis

d)

Sepanyol

27.

Apakah maksud perkataan hadharah?

a)

Kehalusan tatasusila masyarakat

b)

Kemakmuran dan keharmonian hidup

c)

Kemajuan dan kekayaan sesebuah kerajaan

d)

Kawasan yang digunakan untuk bercucuk tanam

28.

Apakah kepentingan sistem tulisan dalam tamadun awal dunia?

a)

Menghapuskan buta huruf

b)

Menyimpan nama pembesar

c)

Merekod urusan pentadbiran

d)

Melahirkan pelajar cemerlang

29.

Senarai berikut merujuk kepada kerajaan dalam tamadun awal dunia.


  • Babylon
  • Chaldea


Apakah tamadun awal tersebut?

a)

Tamadun India

b)

Tamadun Huang He

c)

Tamadun Mesir Purba

d)

Tamadun Mesopotamia

30.

Apakah sumbangan tamadun Huang He?

a)

Mencipta sutera

b)

Menghasilkan roda

c)

Membina bandar terancang

d)

Memajukan bidang astronomi

31.

Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pemerintahan dan pentadbiran tamadun awal dunia.


"Diketuai oleh golongan pendita"


Sistem tersebut diamalkan oleh_________

a)

Tamadun Indus

b)

Tamadun Huang He

c)

Tamadun Mesir Purba

d)

Tamadun Mesopotamia

32.

X \rightarrow  Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa.

X merujuk kepada

a)

 Herodotus

b)

Ibn Khaldun

c)

Khoo Kay Kim

d)

Muhd Yusof Ibrahim

33.

Apakah sebab berlaku perbezaan tafsiran dalam sejarah?

I Tujuan penulisan III Keterangan lisan

II Perbezaan ideologi IV Ketiadaan sumber

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

34.

Apakah yang berlaku pada Zaman Air Batu?

I Suhu bumi menurun

II Paras air batu menurun

III Lapisan air batu menjadi nipis

IV Keluasan air batu meningkat

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

35.

Pengetahuan tentang perkembangan Zaman Air Batu mendidik dan menyedarkan kita supaya

a)

Berbangga dengan sumber alam

b)

Bersyukur dengan ciptaan Tuhan

c)

Bekerjasama memajukan negara

d)

Berusaha mempelajari teknologi moden

36.

Rangka Perak Man yang ditemukan di X berusia antara 11, 000 hingga 10, 000 tahun dan menjadi bukti penting tentang kewujudan manusia prasejarah di negara ini. Dimanakah X?

a)

Gua Niah

b)

Gua Cha

c)

Lenggong

d)

Jenderam Hilir

37.

Mayat dikebumikan bersama-sama pelbagai peralatan


Mengapakah manusia prasejarah bertindak sedemikian?

a)

Menggambarkan kedudukan seseorang semasa hidup

b)

Mempercayai kehidupan selepas mati

c)

Membuktikan keunikan amalan ritual

d)

Memberikan penghormatan terakhir

38.

Tokoh berikut merupakan ahli sejarah.

∗ Arnold J. Tonybee

∗ Syed Muhammad Naquib Al-Attas


Apakah persamaan antara mereka?

a)

Mencipta sistem tulisan awal

b)

Mementingkan pembangunan lahiriah

c)

Memberi pandangan tentang tamadun

d)

Mengkaji kehidupan Zaman Prasejarah

39.

Mengapakah kewujudan bandar dikatakan asas kepada kelahiran tamadun awal dunia?

a)

Bermulanya sistem tulisan

b)

Pusat pembentukan keagamaan

c)

Tempat pembangunan sosioekonomi

d)

Kewujudan masyarakat bertatasusila

40.

Pilih padanan yang betul menunjukkan perkembangan bandar di kawasan lembah sungai tersebut.

a)

Uruk \rightarrow Sungai Indus

b)

Anyang \rightarrow Sungai Tigris

c)

Memphis \rightarrow Sungai Nil

d)

Mohenjo Daro \rightarrow Sungai Huang He

41.

Gambar berikut menunjukkan sumbangan tamadun awal.


Selain sumbangan dalam seni bina tersebut, apakah sumbangan lain tamadun tersebut

a)

Penciptaan kertas

b)

Penciptaan cangkul

c)

Tempat mandi awam

d)

Kod Undang-undang

42.

Apakah sumbangan utama tamadun Indus kepada dunia ?.

a)

Penciptaan kertas

b)

Zigurat

c)

Roda

d)

Perancangan bandar

43.

Jadual berikut menunjukkan bentuk sistem pemerintahan yang pernah diamalkan dalam Tamadun Yunani.

Sistem pemerintahan \rightarrow  Pemerintah
Monarki                         \rightarrow   Raja
Oligarki                          \rightarrow   Beberapa orang konsul
Aristokrasi                     \rightarrow  X


Apakah X?

a)

Ahli agama                

b)

Bangsawan

c)

Kerabat diraja

d)

Pembesar tempatan

44.

Rajah berikut berkaitan sistem pemerintahan negara      


                            Yunani

Demokrasi  =

                           Malaysia


Apakah persamaan sistem demokrasi yang diamalkan di kedua-dua negara tersebut?

a)

Pemerintahan raja berkuasa mutlak               

b)

Rakyat terlibat dalam pemerintahan

c)

Dewan Negara melantik ketua negara

d)

Dianggotai warganegara lelaki dan wanita

45.

Apakah sumbangan tamadun Rom yang diwarisi oleh generasi masa kini.

a)

Teknologi seni bina

b)

Pembentukan empayar

c)

Pemerintahan demokrasi

d)

Peperiksaan awam

46.

Antara faktor kejayaan perluasan kuasa dalam Tamadun India termasuklah

I Dasar pembangunan negara

II Dasar pemerintahan

III Kekuatan tentera

IV Tembok yang kukuh

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

47.

· Menyatukan China

· Menyeragamkan sistem tulisan

· Menyeragamkan unit timbang dan sukat


Senarai di atas merujuk kepada sumbangan

a)

Cai Lun

b)

Han Fei Zi

c)

Konfucius

d)

Maharaja Shi Huangdi

48.

Mengapakah masyarakat Tamadun China menyanjung tinggi pelaksanaan sistem peperiksaan awam?


I Mengikut arahan pemerintah

II Menjadi rakyat yang patriotik

III Mendapat jawatan dalam kerajaan

IV Meningkatkan taraf hidup yang lebih baik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

49.

Mengapakah amalan sistem kabilah memberi kesan buruk jika diamalkan masyarakat masa kini?

a)

Menindas golongan miskin

b)

Mengancam ekonomi negara

c)

Memupuk semangat perkauman

d)

Menjejaskan hubungan dengan kerajaan asing

50.

Maklumat berikut berkaitan kerajaan Islam.


· Berpusat di Baghdad

· Islam berkembang ke Samaniyah di Transoxania hingga ke barat India


Apakah kerajaan tersebut?

a)

Bani Abbasiyah

b)

Bani Umaiyah

c)

Turki Uthmaniyah

d)

Khulafa al-Rasyidin

51.

Apakah sumbangan tokoh tersebut?

a)

Menulis kisah pelayaran

b)

Mengasaskan ilmu algebra

c)

Tokoh perubatan

d)

Mengkaji peta dan geografi