wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tingkatan 2

Total questions: 70

Worksheet time: 51mins

Name
Class
Date
1.

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.


Azim dan rakan-rakan sekelasnya datang ke sekolah pada hari Sabtu kerana ____________ hendak bergotong-royong menghias kelas.

a)

dia

b)

kita

c)

kami

d)

mereka

2.

Murid-murid tidak seharusnya bersikap ________ ketika menjawab soalan peperiksaan agar mereka tidak melakukan kesilapan.

a)

kasar

b)

gentar

c)

gopoh

d)

pantas

3.

Program lawatan ke rumah anak yatim di Kuala Selangor itu _______ diadakan pada akhir bulan ini.

a)

sedang

b)

sudah

c)

dapat

d)

akan

4.

Pilih peribahasa yang sesuai.


Murid-murid yang tidak suka membaca pelbagai bahan bacaan perlu mengubah sikap mereka agar mereka tidak cetek ilmu pengetahuan.

a)

seperti kacang lupakan kulit

b)

iku hati mati, ikut rasa binasa

c)

seperti katak di bawah tempurung

d)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

5.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi di bawah.


Abang Dani berusaha dengan gigihnya untuk memastikan perniagaan kraf tangan yang diusahakannya akan semakin maju kerana dia percaya bahawa dengan usahalah segala matlamat yang kita impikan akan tercapai.

a)

tepuk dada tanya selera

b)

tiada rotan, akar pun berguna

c)

biar berputih tulang, jangan berputih mata

d)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

6.

Puan Masyitah _______ tepung untuk membuat kek bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak bongsunya.

a)

mengayak

b)

menyaring

c)

menggoyang

d)

menggoncang

7.

Zairul membatalkan niatnya untuk membeli telefon pintar itu kerana harganya terlalu _______ sedangkan wang simpanannya sedikit sahaja.

a)

tebal

b)

berat

c)

kasar

d)

mahal

8.

Proses _________ undi bagi pilahan raya kecil di kawasan itu berjalan dengan lancarnya.

a)

penyebaran

b)

pemarkahan

c)

pemerhatian

d)

pembuangan

9.

Pilih peribahasa yang sesuai.


Ayah Taufiq memiliki perwatakan yang baik, iaitu sentiasa tenang, penyabar, dan baik tingkah lakunya sehingga menyebabkan disenangi oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya.

a)

seperti api dalam sekam

b)

seperti air dalam kolam

c)

seperti abu di atas tunggul

d)

seperti rusa masuk kampung

10.

Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa situasi di atas ialah..

a)

tidak memuaskan hati pembeli

b)

tidak berpadanan dengan si pemakai

c)

harga yang ditawarkan tidak mampu dibeli

d)

barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai

11.

"Semoga persahabatan yang terjalin antara ________ akan kekal selama-selamanya," kata Anis kepada Syafiqah.

a)

kita

b)

saya

c)

kami

d)

kamu

12.

Anak Puan Norlita telah meninggal dunia hampir enam bulan yang lalu tetapi beliau masih tidak dapat menerima ______ itu.

a)

penyataan

b)

pernyataan

c)

kenyataan

d)

menyatakan

13.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau paling hampir dengan ayat dibawah.


Encik Azrin sentiasa mengutamakan aspek keselamatan semasa bekerja di kawasan pelantar minyak.

a)

Di kawasan pelantar minyak, Encik Azrin sentiasa mengutamakan aspek keselamatan.

b)

Aspek keselamatan Encik Azrin sentiasa diutamakan semasa bekerja di kawasan pelantar minyak.

c)

Aspek keselamatan semasa Encik Azrin bekerja di kawasan pelantar minyak sentiasa diutamakan.

d)

Aspek keselamatan sentiasa diutamakan oleh Encik Azrin semasa bekerja di kawasan pelantar minyak.

14.

Pilih peribahasa yang sesuai.


Kita tidak seharusnya melakukan sesuatu kerja separuh jalan sahaja sebaliknya kerja itu perlu dilakukan hingga selesai.

a)

bagai tikus membaiki labu

b)

seperti kera mendapat bunga

c)

bagai melepaskan batuk di tangga

d)

bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

15.

Peribahasa-peribahasa di bawah ini menggambarkan bahawa seseorang yang hendak berjaya perlulah berusaha, kecuali

a)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

b)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

c)

ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras

d)

malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut

16.

Gambar di atas menunjukkan isi kelapa yang sedang _______.

a)

dikaut

b)

diparut

c)

dikorek

d)

dicungkil

17.

Bas yang membawa peserta rombongan ke Kuala Lumpur ________ benar tiba di destinasinya.

a)

cekap

b)

mahir

c)

lambat

d)

lampau

18.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Peristiwa itu masih segar dalam ingatan kami

II Tumbuh-tumbuhan hidup segar selepas hujan.

III Udara di tepi laut sungguh segar pada waktu senja.

IV Sistem pengurusan di pejabat itu tidak segar sejak akhir-akhir ini.

a)

I dan II sahaja

b)

I dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

19.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Baju yang dijemur oleh Lisa sudah kering.

II Penduduk di kawasan itu tidak pernah kering

III Zarith tidak kering ilmu sebaliknya dia berkongsi yang dimiliki dengan rakannya.

IV Tekak Huda terasa kering selepas dia bekerja di tengah panas selama beberapa jam.

a)

I dan II sahaja

b)

I dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

20.

Hina manusia tidak berbudi


Apakah maksud baris ayat di atas?

a)

Orang yang hina dan tiada budi bahasa

b)

Orang yang berbudi bahasa akan dipandang hina

c)

Orang yang menghina manusia tidak berbudi bahasa

d)

Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina

21.

Ibu telah mengisi sarung bantal itu dengan (a)  

22.

(a)   digunakan untuk mengukur sudut tepat.

23.

(a)   kering bertaburan di atas jalan.

24.

Tok Aki mencipta (a)   untuk menghalau burung di petak sawahnya.

25.

(a)   di taman itu sangat cantik.

26.

(a)   yang dimasak oleh Nek Som menyelerakan kami apabila makan di rumahnya.

27.

Aktiviti (a)   telah diadakan pada hari Ahad yang lalu di Taman Angkasa Nuri.

28.

Kakak menyuruh adik membeli (a)   di Kedai Pak Samad.

29.

(a)   perlu dimakan mengikut kebenaran dari doktor yang bertauliah.

30.

Kedai itu menjual (a)   dengan harga yang berpatutan.

31.

Orang ramai boleh membayar bil elektrik dan bil air di (a)   yang berhampiran.

32.

Ibu terpukau melihat (a)   yang ditanam di Negara Belanda.

33.

Lee lari (a)   kerana dikejar anjing.

34.

Buah anggur yang baru dipetik itu (a)   .

35.

Puan Maimunah sibuk melayan para (a)   yang datang menziarahinya di rumah.

36.

Zamani diminta oleh bapanya mencantas ___________ kelapa yang sudah kekuningan di kebun mereka pada petang itu.

a)

daun

b)

pokok

c)

batang

d)

pelepah

37.

Surat Pekeliling itu telah ditampalkan __________ papan kenyataan

a)

di

b)

atas

c)

pada

d)

kepada

38.

Pergerakan pelakon itu dalam adegan pergaduhan kelihatan _________ kerana dia pernah mempelajari seni pertahanan diri.

a)

kencang

b)

lasak

c)

tangkas

d)

cekap

39.

Cikgu Kharizah telah diamanahkan oleh pihak PIBG untuk __________ mata pelajaran Bahasa Melayu semasa cuti persekolahan kepada sekumpulan pelajar yang lemah.

a)

mengajar

b)

mengajari

c)

mengajarkan

d)

menunjuk ajar

40.

Alang mengambil songkok hitamnya lalu __________ ke atas kepalanya

a)

menyerkupkan

b)

menyerkapkan

c)

menyarungkan

d)

menyorongkan

41.

Sewaktu tergesa-gesa menuju ke dapur, kaki Nadirah __________ pada bendul pintu biliknya.

a)

tersadung

b)

tersepak

c)

terpijak

d)

terselit

42.

Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan oleh ketua mereka agar menjauhi perbuatan __________ yang akan mengakibatkan mereka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

a)

gelap mata

b)

pisau cukur

c)

mata duitan

d)

tumbuk rusuk

43.

Sarimah betul-betul gembira dengan kepulangan

A B

anaknya yang telah lama berpisah.

C

Tiada kesalahan.

D

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

44.

Aisyah masih rindukan kehidupannya di desa, walaupun

A B

telah lama berpindah ke kota. Tiada kesalahan.

C D

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

45.

Intan meminta Yasmin membelikannya sutera batik yang

A

dijual di pasar pagi Ahad di Kampung Kota Lama.

B C

Tiada kesalahan.

D

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

46.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata berhuruf condong dengan betul

a)

Kelihatan Saifullah mencolek dinding dengan jari telunjuk kanannya.

b)

Perbuatan datuk mencolek tahi telinganya dengan rokok daun selalu ditegur emak.

c)

Penjenayah itu gagal mencolek anak kecil yang berjalan bersama-sama ibunya setelah disedari oleh orang ramai.

d)

Persembahan peserta pertandingan akhir Bintang Mencari Bintang itu mencolek hati.

47.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata berhuruf condong dengan betul.

a)

Mulut adik terkemut-kemut ketika sedang menyusu.

b)

Pemuda itu berjalan terkemut-kemut kerana mabuk.

c)

Akram membuat kerja terkemut-kemut kerana kesakitan yang ditanggungnya.

d)

Kerja terkemut-kemut itu dilakukannya hampir sepanjang usia.

48.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata berhuruf condong dengan betul

a)

Setelah lebih sebulan terbaring sakit, kini barulah Pak Siham cekap berdiri tanpa bantuan isterinya

b)

Dawiyah cekap mengharungi segala dugaan dan rintangan yang mendatang dalam hidupnya.

c)

Pergerakan tangan Ahmad yang cekap menyukarkan pihak lawan untuk menangkis serangannya.

d)

Kamisan menyimpan dendam terhadap peniaga yang bersikap cekap darah itu.

49.

Pengacara majlis mempersilakan para peserta kursus masuk dewan sekarang kerana taklimat akan dimulakan.

a)

masukkan ke dalam dewan sekarang

b)

masuk ke dalam dewan sekarang

c)

masuki dewan sekarang

d)

masuk dewan sekarang

50.

Aminah dipersuamikan dengan pemuda pilihan ibunya.

a)

Aminah dipersuami oleh

b)

Aminah dipersuamikan oleh

c)

Aminah dipersuamikan akan

d)

Aminah dipersuamikan dengan

51.

Nurul membeli setandan pisang masak untuk dibuat kerepek pisang bagi memenuhi permintaan pelanggannya sempena hari raya pada tahun ini.

a)

membeli setandan pisang mengkal

b)

membeli setandan pisang mongel

c)

membeli setandan pisang mekar

d)

membeli setandan pisang masak

52.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Anak yatim yang kami jumpa semalam menceritakan semula peristiwa yang meragut nyawa kedua-dua orang tuanya.

b)

En. Jefridin bersetuju memperisterikan anaknya dengan jejaka idaman pilihan anak emasnya itu.

c)

Kerajaan akan terus memperkasakan industri pelancongan negara.

d)

“Berapa umur adik kamu yang comel ini?” tanya jurujual sambil mencubit pipi adikku yang montel itu.

53.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Emas yang mahal itu ayah tidak terbeli.

b)

Lututnya yang luka itu kena jahit semalam.

c)

Paip yang rosak itu telah dibaiki oleh kami.

d)

Kotak yang berat itu tidak terangkat oleh adik.

54.

Zanariah dan adiknya selalu bertengkar, namun mereka akhirnya akan berbaik semula. Keadaan ini samalah seperti…

a)

didengar ada dipakai tiada.

b)

biar mati anak jangan mati adat.

c)

jauhari yang mengenal manikam.

d)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua

55.

Sejak ibu bapanya meninggal, hidup Kamarul melarat dan disisihkan oleh masyarakat sekelilingnya.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan nasib Kamarul.

a)

Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu.

b)

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

c)

Seperti embun di hujung rumput.

d)

Bagai layang-layang putus tali.

56.

Apakah maksud sekolah sejahtera

a)

baik dan selamat

b)

buruk dan tidak selamat

c)

penuh dengan pelajar baik

d)

penuh dengan pelajar nakal

57.

sewaktu anda pergi ke tandas, anda dapati salah satu dari paip sinki telah bocor. Apakah tindakan yang wajar anda lakukan?

a)

tidak melaporkan kepada guru

b)

melaporkan kepada guru

58.

siapakah yang bertanggungjawab menjaga kebersihan kelas

a)

pelajar

b)

tukang sapu

c)

guru kelas

59.

saya berasa seronok kerana menjalankan tanggungjawab sebagai warga sekolah yang sejahtera

a)

Tidak

b)

ya

60.

apabila ternampak sampah bertaburan di lantai saya akan mengutip sampah tersebut dan membuangnya kedalam tong sampah.

a)

ya

b)

tidak

61.

saya tidak akan merosakkan atau menconteng meja sekolah

a)

ya kerana saya bertanggungjawab menjaga meja tersebut

b)

tidak kerana meja tersebut bukan milik saya

62.

Mengapakah kesejahteraan sekolah perlu dijaga?

a)

Supaya dapat mengumpulkan sumber kewangan

b)

Supaya warga sekolah berasa selesa dan dapat mewujudkan suasana yang harmoni

c)

Supaya guru dinaikkan pangkat

d)

Supaya dipuji oleh orang ramai

63.

Apabila kebersihan, keselamatan dan kesihatan murid terpelihara, murid akan berasa

a)

gembira

b)

sedih

c)

marah

d)

simpati

64.

Berikut merupakan peraturan sekolah yang perlu dipatuhi oleh murid kecuali

a)

makan di kelas

b)

tiba awal di sekolah

c)

berhimpun di dewan

d)

mengemas bilik darjah

65.

Berikut merupakan akibat yang mungkin berlaku jika kesejahteraan sekolah tidak dijaga kecuali

a)

suasana pembelajaran tidak kondusif

b)

keselamatan murid terjejas

c)

keputusan akademik meningkat

d)

wabak penyakit akan merebak

66.

Berikut merupakan ciri-ciri warga sekolah yang sejahtera KECUALI

a)

Bersopan santun dan berbudi pekerti mulia.

b)

Bersifat pentingkan diri sendiri.

c)

Bertanggungjawab melaksanakan tugas dan kewajipan dengan sempurna.

d)

Saling menghormati antara satu sama lain.

67.

_____ terdiri daripada barisan pentadbir, guru, murid, kerani sekolah, tukang kebun, tukang sapu, pembantu makmal, pengawal keselamatan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pengusaha kantin.

a)

Warga kampung

b)

Warga emas

c)

Warga sekolah

d)

Warga penyayang

68.

Warga sekolah yang sejatera ialah warga yang sentiasa

a)

Bersikap prihatin dan sentiasa menyayangi antara satu sama lain.

b)

Bersikap cemburu dan sentiasa ingin bersaing.

c)

Bersikap iri hati dan sentiasa cemburu antara satu sama lain

d)

Bersikap sombong dan sentiasa mementingkan diri sendiri.

69.

Kerjasama yang erat perlu dibina antara warga sekolah berikut untuk meningkatkan kesejahteraan KECUALI

a)

Guru

b)

Ibu bapa

c)

Komuniti

d)

Peniaga

70.

Aktiviti-aktiviti berikut sesuai untuk meningkatkan kesejahteraan warga sekolah KECUALI

a)

Gotong-royong

b)

Hari Peladang

c)

Mesyuarat Agung PIBG

d)

Hari Guru