wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TOPIK 1 & TOPIK 2 EDUP3153

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

1.     Pilih ciri-ciri pentaksiran yang berkaitan dengan definisi di bawah.

Ujian sepatutnya mengukur apa yang sepatutnya diukur atau ujian itu benar-benar menguji perkara yang hendak diuji.

a)

Keobjektifan

b)

Kemudahtafsiran

c)

Kesahan

d)

Kebolehpercayaan

2.

Berikut merupakan jenis-jenis kesahan, kecuali :

a)

Kesahan Ramalan

b)

Kesahan Konstruk

c)

Kesahan Ukuran

d)

Kesahan Serentak

3.

Kebolehpercayaan bermaksud..

a)

Pemeriksa dapat memberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang mempunyai jawapan yang sama.

b)

Kelicinan pelaksanaan ujian di dalam dewan peperiksaan.

c)

Pencapaian yang ada ketekalan atau ketetapan dalam skor ujian.

d)

Setakat mana hasil pencapaian calon dapat ditafsirkan dengan jelas mengikut objektif penilaian.

4.

Berikut merupakan tujuan pentaksiran, kecuali...

a)

Pentaksiran untuk pembelajaran

b)

Pentaksiran melalui pembelajaran

c)

Pentaksiran sebagai pembelajaran

d)

Pentaksiran tentang pembelajaran

5.

Pentaksiran untuk pembelajaran turut dikenali sebagai :

a)

Pentaksiran sumatif

b)

Pentaksiran formatif

c)

Pentaksiran kualitatif

d)

Pentaksiran analitik

6.

Pentaksiran tentang pembelajaran bertujuan untuk :

a)

Meningkatkan kualiti program pendidikan guru yang ditawarkan

b)

Meningkatkan hasil pengeluaran guru

c)

Melahirkan guru yang mempunyai sijil, diploma dan ijazah

d)

Meningkatkan keupayaan guru untuk mengajar

7.
  1. Penyelarasan pemeriksaan perlu diadakan supaya ketua pemeriksa dapat membuat penyelarasan pemarkahan yang diberikan oleh setiap pemeriksa.

Berdasarkan pernyataan tersebut, ciri utama pentaksiran yang manakah yang dirujuk?


a)

Kemudahtadbiran

b)

Kesahan

c)

Keobjektifan

d)

Kebolehpercayaan

8.

Berdasarkan pernyataan di bawah, yang manakah berkaitan dengan ciri utama pentaksiran dari segi kemudahtadbiran?

a)

Ujian sepatutnya mengukur apa yang sepatutnya diukur atau ujian itu benar-benar menguji perkara-perkara yang hendak diuji.

b)

Pencapaian yang ada ketekalan atau ketetapan dalam skor ujian.

c)

Moderasi pemarkahan dilaksanakan untuk memastikan pemarkahan adalah konsisten, adil dan tiada jurang perbezaan markah yang besar dalam kalangan pemeriksa yang berbeza.

d)

Kelicinan pelaksanaan ujian di dalam dewan peperiksaan.

9.

Berikut merupakan aspek-aspek yang berkaitan dengan kemudahtafsiran, kecuali:

a)

Pencapaian pelajar

b)

Keputusan yang diukur

c)

Pencapaian HPK

d)

Kesesuaian aras kesukaran sistem ujian.

10.

Proses untuk memperoleh maklumat dan bertujuan untuk memberikan maklumat

tentang pencapaian pelajar, objektif pembelajaran, kaedah mengajar, dan

pelaksanaan kurikulum.

Pernyataan di atas merujuk kepada konsep...

a)

Pentaksiran

b)

Pengujian

c)

Penilaian

d)

Pengukuran

11.

Berikut merupakan empat konsep asas pentaksiran kecuali...

i. Pengujian merupakan suatu prosedur yang sistematik untuk mengukur

sebahagian daripada semua perubahan aspek tingkah laku seseorang individu

terhadap pembelajarannya.


ii. Pengukuran merupakan kaedah pengumpulan data langsung atau tidak langsung

serta bukti pembelajaran pelajar yang dijalankan secara sistematik.


iii. Penilaian merupakan proses untuk memperoleh maklumat dan menggunakannya

bagi membuat keputusan.


iv. Pentaksiran boleh dilakukan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan, dan membuat kesimpulan.


a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

i, ii, dan iii

12.

Apakah definisi pentaksiran?

a)
  1. Proses untuk memperoleh maklumat dan menggunakannya

bagi membuat keputusan

b)
  1. Proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi

menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan pelajar dalam pembelajaran.

c)
  1. Perbandingan pencapaian dan kedudukan

antara pelajar dalam penguasaan pembelajaran.

d)
  1. Kaedah pengumpulan data langsung atau tidak langsung

serta bukti pembelajaran pelajar yang dijalankan secara sistematik, berterusan

dan berulang dengan menggunakan sumber yang pelbagai dan berbeza.


13.

Berikut merupakan etika dalam pentaksiran, kecuali

a)

Kejujuran

b)

Ketelusan

c)

Keadilan

d)

Ketekalan

14.

Berikut merupakan kepentingan menjaga kerahsiaan dalam etika pentaksiran, kecuali

a)

Melindungi privasi individu

b)

Mengelakkan individu berbangga

c)

Menghormati hak individu

d)

Menonjolkan diri sebagai orang yang boleh diharapkan

15.

Berikut merupakan etika dalam pentaksiran, kecuali

a)

Prinsip moral dan profesionalisme

b)

Asas kepada proses menilai atau menilai seseorang

c)

Prinsip kesahihan dan pembetulan

d)

Penilaian berterusan