wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BENGKEL K1

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan keunggulan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka

# Temenggung

# Laksamana

Apakah kesan pengenalan jawatan tersebut?

a)

Keamanan terjamin

b)

Percukaian yang adil

c)

Perbendaharaan teratur

d)

Adat istiadat terpelihara

2.

Raja Mongku dan Raja Chulalongkon mengamalkan birokrasi Barat dan dasar terbuka untuk pemerintahannya.

Mengapakah pemerintah Thailand melaksanakan dasar-dasar tersebut?

a)

Mengekalkan warisan budaya

b)

Mempertahankan kedaulatan

c)

Menghapuskan kapitalis Barat

d)

Memansuhkan hak wilayah asingan

3.

Pertemuan tiga tokoh pemimpin Kuasa Bersekutu di Yalta, Rusia ketika Perang Dunia Kedua.

Antara berikut, yang manakah menerangkan tentang hasil pertemuan mereka?

a)

Penguatkuasaan teknik serangan Blitzkrieg

b)

Penyekatan serta merta serangan Jepun

c)

Peningkatan kerjasama ketenteraan

d)

Penamatan Operasi kod “D-Day"

4.

Semasa pendudukan tentera Jepun, beberapa jawatan tinggi diberikan kepada penduduk peribumi Sarawak. Apakah kesan daripada tindakan tersebut?

a)

Semangat berkerajaan sendiri semakin meningkat

b)

Orde baharu Asia Timur mula diwujudkan

c)

Slogan “Asia Untuk Asia” dilaksanakan

d)

mperialis Barat hilang pengaruh

5.

Perubahan pentadbiran di Tanah Melayu dari Malayan Union ke Persekutuan Tanah Melayu

Apakah sebab berlaku perubahan tersebut?

a)

Tuntutan pelabur asing

b)

Sokongan bukan Melayu

c)

Cadangan Raja-raja Melayu

d)

Desakan Parti Komunis Malaya

6.

Merosakkan jalan keretapi antara tindakan sabotaj oleh komunis di Tanah Melayu.

Mengapakah komunis bertindak sedemikian?

a)

Melumpuhkan ekonomi British

b)

Melengahkan kemaraan tentera

c)

Memecah belahkan perpaduan

d)

Membuktikan kekuatan

7.

Pengisytiharan Deklarasi Langkawi pada bulan Oktober 1989 membuktikan komitmen Malaysia dan negara Komanwel untuk memelihara alam sekitar.

Antara berikut, beri dua (2)yang manakah usaha Malaysia untuk menjayakan deklarasi tersebut?

a)

Melancarkan Tahun Melawat Langkawi

b)

Melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara

c)

Melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara

d)

Mengutarakan Antartika sebagai warisan sejagat

8.

Krisis politik di Syria yang bermula pada tahun 2011 menyebabkan rakyat Syria menghadapi masalah kekurangan makanan dan kemudahan perubatan. Beri dua (2) cara rakyat Malaysia memberikan bantuan dan sokongan kepada rakyat negara tersebut?

a)

Menghantar pasukan tentera

b)

Memberikan bantuan kemanusiaan

c)

Menjalankan aktiviti kesukarelawanan

d)

Membangunkan kemudahan asas

9.

Maklumat berikut berkaitan pertubuhan antarabangsa.

 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) 

Setiausaha Agung pertama ialah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

Apakah matlamat pertubuhan tersebut?

a)

Menyelesaikan konflik serantau

b)

Mengukuhkan pakatan ketenteraan

c)

Mewujudkan zon aman, bebas dan berkecuali

d)

Menjaga kepentingan masyarakat negara anggota

10.

Malaysia terlibat secara aktif menyelesaikan konflik politik yang berlaku di Indochina terutamanya di Vietnam dan Kemboja. Mengapakah Malaysia berbuat sedemikian?


a)


Memenuhi aspirasi kuasa besar

b)

Menunjukkan kekuatan ketenteraan

c)

Menjamin kestabilan rantau Asia Tenggara

d)

Menggagalkan agenda penjajahan bentuk baharu

11.

Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia menggubal dasar luar yang dinamik dan berbaik-baik dengan semua negara. Mengapakah dasar tersebut dilaksanakan?


a)

Mematuhi desakan negara luar

b)

Menjaga kepentingan kuasa besar

c)

Memelihara kedaulatan negara

d)

Memenuhi tuntutan rakyat

12.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) berjaya melahirkan masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Bagaimanakah hasrat tersebut tercapai?

a)

Meramaikan golongan peneroka

b)

Menggalakkan pemilikan saham amanah

c)

Menubuhkan agensi pembangunan tanah

d)

Membentuk kelas bumiputera komersial