WorksheetsPENGAJIAN AM SEM 1
Total questions: 15
Worksheet time: 10mins
Yang manakah benar tentang ciri-ciri sebuah negara yang berdaulat?
I Mempunyai sempadan negara yang luas
II Mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
III Bebas menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain
IV Rakyat menentukan nasib negara sendiri tanpa campur tangan kuasa asing
Yang manakah benar tentang amalan demokrasi di Malaysia?
I Badan eksekutif melaksanakan kuasa eksekutif tertinggi negara yang dipegang oleh Yang di-
Pertuan Agong
II Parlimen Malaysia berbentuk dwidewan
III Rakyat bebas memilih ketua negara
IV Badan eksekutif mempunyai kuasa mutlak untuk memerintah negara
Encik X berumur 18 tahun atau lebih
Beliau telah bermastautin di Persekutuan sekurang-kurangnya 5 tahun dalam tempoh 7 tahun sebelum tarikh permohonan
Berniat untuk bermastautin tetap di Persekutuan
Encik X yang disebut di atas boleh memperoleh kewarganegaraan Malaysia secara
Kuat kuasa undang-undang
Pendaftaran
Penggabungan wilayah
Naturalisasi
Yang manakah pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan majoriti 2/3 Majlis Parlimen dan persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak?
Bentuk ikrar dan sumpah
Kuasa perundangan negeri Sabah dan Sarawak
Pelantikan hakim dan kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
Kedudukan istimewa kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak
Yang manakah pernyataan yang benar tentang ahli ex-officio Majlis Kerajaan Negeri?
Di Melaka dan Pulau Pinang, hanya Setiausaha Kerjaan Negeri yang boleh mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan Negeri
Di Sabah dan Sarawak, semua ahli ex-officio berhak menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri
Terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Timbalan Menteri Besar
Pelantikan ahli ex-officio mesti mendapat persetujuan kerajaan Persekutuan
Yang manakah benar tentang badan perundangan di Malaysia?
I Persidangan Dewan Rakyat diadakan sebulan sekali
II Parlimen merupakan badan penggubal undang-undang tertinggi negara
III Perbahasan merupakan elemen penting sebelum meluluskan sesuatu usul
IV Dewan Negara mempunyai kuasa menolak sesuatu usul yang dikemukakan
Yang manakah tertakluk dalam bidang kuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?
I Ternakan binatang
II Kebudayaan dan sukan
III Buruh dan keselamatan Sosial
IV Penyu dan penangkapan ikan di sungai
Bidang kuasa di atas merujuk kepada
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Rayuan
Mahkamah Persekutuan
Yang manakah badan penyelarasan yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Persekutuan?
Majlis Tindakan Negara
Majlis Ekonomi Negara
Majlis Kewangan Negara
Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan
Yang manakah benar tentang peringkat Jawatankuasa dalam prosedur penggubalan undang-undang?
Rang undang-undang dibahaskan dengan lebih terperinci
Pengundian dijalankan untuk meluluskan undang-undang
Rang undang-undang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong
Menteri bertanggungjawab menjawab semua pertanyaan yang dikemukakan
X merujuk kepada
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Setiausaha Kerajaan Negeri
Perdana Menteri
Ketua Kerajaan Negeri
Perkara di atas merujuk kepada
Hasil-hasil cukai
Terimaan bukan hasil
Hasil-hasil bukan cukai
Hasil-hasil Wilayah Persekutuan
Antara majlis-majlis berikut, yang manakah ditubuhkan oleh Perlembagaan untuk penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?
Majlis Kewangan Negara
Majlis Negara bagi Kerajaan tempatan
Majlis Keselamatan Negara
Majlis Tindakan Negara
Tadbir urus yang cekap bertujuan untuk
Melaksanakan penguatkuasaan secara budi bicara
Mengekalkan karenah birokrasi dalam prosedur kerja
Meningkatkan keupayaan kerajaan melaksanakan dasar
Menambah sumber manusia berasaskan kelayakan
Yang manakah situasi yang akan menjejaskan keyakinan pihak berkepentingan terhadap jabatan kerajaan?
Kelulusan projek secara tender terbuka
Kerenah birokrasi yang berbentuk hierarki kompleks
Masa menunggu untuk berurusan di kaunter jabatan tidak konsisten
Memperkenal sistem penyampaian perkhidmatan sampingan secara dalam talian
