wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS SPM K1 PERLIS 2023

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut menerangkan cara pelupusan bagi sejenis bahan sisa biologi.

• Dibungkus dan dimasukkan ke dalam beg plastik biobahaya

• Dinyahkontaminasi secara autoklaf dan dimasukkan ke dalam tong sampah biobahaya

Apakah jenis bahan sisa biologi tersebut?

a)

Darah

b)

Picagari

c)

Medium kultur

d)

Haiwan makmal

2.

Rajah 1 menunjukkan suatu kemalangan. Apakah jenis alat pemadam kebakaran yang perlu digunakan dalam situasi tersebut?

a)

Air

b)

Buih

c)

Serbuk kering

d)

Selimut kebakaran

3.

Rajah 2 menunjukkan seorang lelaki yang sedang mengalami suatu situasi kecemasan. Apakah kepentingan melakukan bantuan kecemasan kepada mangsa ini?

a)

Untuk menstabilkan pernafasan mangsa

b)

Untuk mengembalikan tekanan darah mangsa

c)

Untuk mengelakkan kekejangan otot pada mangsa

d)

Untuk memulihkan sistem peredaran darah mangsa

4.

Rajah 3 menunjukkan situasi yang dihadapi oleh Ah San ketika dia bersendirian di rumah. Apakah yang perlu dilakukan oleh Ah San untuk menyelamatkan dirinya?

a)

Masukkan jari ke dalam mulut untuk memuntahkan makanan.

b)

Berdiri sambil meletakkan tangan antara pusat dan bawah rusuk dan tekan sekuat hati.

c)

Gengam dan letakkan tangan antara pusat dan bawah rusuk dan cuba menekan pada bahagian tersebut dengan membongkokkan badan.

d)

Memegang leher dengan kedua-dua tangan.

5.

Jadual 1 menunjukkan bacaan kadar denyutan nadi bagi tiga orang atlet yang diambil selepas menamatkan larian 100m semasa sesi latihan kecergasan. Berikut adalah kesilapan yang mungkin dilakukan oleh Raju semasa mengambil bacaan kadar denyutan nadinya selepas aktiviti berlari, kecuali

a)

Mengambil bacaan dalam keadaan rehat

b)

Tempoh mengira bacaan lebih dari 1 minit

c)

Mengambil bacaan nadi pada ibu jari

d)

Mengambil bacaan sejurus selepas menamatkan larian

6.

Jadual 2 menunjukkan data Indeks Jisim Badan (BMI) bagi tiga orang murid. Berdasarkan Jadual 2, pernyataan manakah menunjukkan tentang keadaan kesihatan mereka?

a)

Anita dan Sarah tidak menghadapi masalah kesihatan

b)

Sarah berisiko mendapat masalah keletihan dan anemia

c)

Anita berisiko mendapat masalah serangan jantung dan tekanan darah tinggi

d)

Lisa berada dalam keadaan sihat dan perlu meneruskan gaya pemakanannya seperti sedia kala.

7.

Rajah 4 menunjukkan sebuah kenderaan yang telah diubahsuai.Apakah kelebihan kenderaan ini berbanding kenderaan konvensional yang lain?

a)

Mengurangkan kos penyelenggaraan

b)

Meningkatkan kecekapan tenaga pekerja

c)

Mengurangkan pembebasan gas rumah hijau

d)

Mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya

8.

Rajah 5 menunjukkan proses yang berlaku semasa meiosis. Apakah kepentingan proses ini?

a)

Menghasilkan variasi antara spesies

b)

Menggantikan sel yang telah rosak atau mati

c)

Terlibat dalam pertumbuhan dengan menambahkan bilangan sel

d)

Menghasilkan sel baharu yang mempunyai kandungan genetik yang serupa dengan sel induk

9.

Maklumat berikut menunjukkan gejala bagi suatu penyakit baka.

• Disebabkan mutasi gen

• Individu ini mengalami kesukaran darah membeku

Apakah penyakit baka di atas?

a)

Albinisme

b)

Hemofilia

c)

Talasemia

d)

Anemia sel sabit

10.

Rajah 6 menunjukkan pewarisan sejenis penyakit gangguan gen.

Apakah nisbah anak lelaki buta warna kepada anak perempuan normal tapi pembawa?

a)

1:1

b)

1:2

c)

1:3

d)

3:1

11.

Rajah 7 menunjukkan sebuah histogram yang mewakili sejenis variasi. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai variasi tersebut?

a)

Menunjukkan perbezaan yang ketara dan sangat jelas antara individu

b)

Boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran

c)

Graf berbentuk diskrit

d)

Tidak boleh diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang berikutnya

12.

Rajah 8 menunjukkan sejenis lengkungan yang terdapat dalam sistem rangka manusia. Apakah fungsi lengkungan tersebut?

a)

Melindungi otak

b)

Melindungi organ utama

c)

Menyokong berat badan

d)

Melindungi saraf tunjang

13.

Rajah 9 menunjukkan pengelasan sistem sokongan bagi haiwan. Antara haiwan berikut, yang manakah mewakili kumpulan Q?

a)

Katak

b)

Lipas

c)

Udang

d)

Tapak sulaiman

14.

Rajah 10 menunjukkan satu kelenjar endokrin. Apakah yang akan berlaku sekiranya kelenjar ini dibuang?

a)

Tekanan darah meningkat

b)

Kadar metabolisme rendah

c)

Aras glukosa dalam darah meningkat

d)

Ciri-ciri seks sekunder tidak berkembang

15.

Maklumat berikut menunjukkan kesan terhadap kesihatan badan akibat pengambilan bahan Y secara berlebihan.

• Sirosis hati • Kegagalan jantung • Ulser perut

Apakah Y?

a)

Dadah

b)

Alkohol

c)

Analgesik

d)

Bahan antioksidan

16.

Maklumat di bawah adalah mengenai bahan X.

• Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan leburan

Apakah bahan X?

a)

Ion

b)

Atom

c)

Unsur

d)

Molekul

17.

Rajah 11 menunjukkan Jadual Berkala Unsur yang tidak lengkap. Unsur yang manakah mempunyai bilangan proton 18?

a)

P

b)

Q

c)

R

d)

S

18.

Bagaimanakah kobalt-60 dapat digunakan untuk mengawet makanan?

a)

Mengurangkan suhu makanan

b)

Mengubah komposisi kimia makanan

c)

Membunuh mikroorganisma dalam makanan

d)

Memberikan nutrien tambahan kepada makanan

19.

Rajah 12 menunjukkan susunan suatu aloi. Apakah aloi tersebut?

a)

Loyang

b)

Piuter

c)

Keluli

d)

Gangsa

20.

Antara berikut, yang manakah diperbuat daripada seramik?

a)

Radas makmal

b)

Tingkap kaca

c)

Prisma kaca

d)

Gigi palsu

21.

Rajah 13 menunjukkan proses pembentukan suatu bahan. Apakah proses ini?

a)

Penyahpolimeran

b)

Penghabluran

c)

Pemvulkanan

d)

Pempolimeran

22.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor dalaman yang mempengaruhi penghasilan radikal bebas di dalam badan manusia?

a)

Metabolisme

b)

Sinaran mengion

c)

Pencemaran udara

d)

Pendedahan pada sinar ultraungu

23.

Rajah 14 menunjukkan satu graf halaju-masa. Berapakah pecutan dari masa 0 saat hingga masa 2 saat?

Pecutan = (halaju akhir − halaju awal) / masa yang diambil

a)

b)

c)

d)

24.

Rajah 15 menunjukkan seseorang yang sedang mengeringkan payungnya dengan memutarkan payung tersebut dengan laju dan menghentikannya secara mendadak. Apakah konsep yang digunakan dalam situasi di atas?

a)

Halaju

b)

Inersia

c)

Pecutan

d)

Momentum

25.

Rajah 16 menunjukkan sebuah stesen jana kuasa nuklear yang di bina di sebuah negara untuk menjana tenaga elektrik dan membekalkannya kepada pengguna. Apakah kesan yang berlaku kepada alam sekitar jika stesen tersebut mengalami kebocoran?

a)

Penipisan lapisan ozon.

b)

Tempat tersebut dan kawasan sekitarnya tidak dapat didiami

c)

Perubahan keadaan cuaca yang mendadak

d)

Abu dan habuk akan meliputi bangunan

26.

Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri bagi sejenis mikroorganisma.

• Wujud dalam pelbagai bentuk

• Hanya boleh membiak dalam sel hidup

• Menyebabkan penyakit pada manusia, haiwan dan tumbuhan

Antara mikroorganisma berikut yang manakah mempunyai ciri-ciri ini?

a)

b)

c)

d)

27.

Seorang kanak-kanak telah jatuh sakit dan mendapatkan rawatan di hospital. Doktor yang memeriksanya memberikan antibiotik. Apakah penyakit yang mungkin dialami oleh kanak-kanak tersebut?

a)

Kayap

b)

Pneumonia

c)

Demam campak

d)

Selsema

28.

Jadual 3 menunjukkan nilai kalori bagi empat jenis makanan. Ahmad mengambil makanan tengahari yang terdiri daripada 20g nasi, 10g ayam, 30g kubis dan 10g betik. Hitung jumlah kalori yang diambilnya.

a)

30.65 kJ

b)

181.74 kJ

c)

241.50 kJ

d)

398.7 kJ

29.

Rajah 17 menunjukkan satu produk minuman yang diproses supaya tahan lebih lama. Apakah kaedah pemprosesan makanan yang paling sesuai digunakan?

a)

Pembungkusan vakum

b)

Pempasteuran

c)

Pendehidratan

d)

Penyejukbekuan

30.

Rajah 18 menunjukkan suatu kawasan pembuangan sampah yang membebaskan gas X. Antara berikut, yang manakah benar bagi gas X?

a)

Dapat membantu pembakaran

b)

Boleh mengurangkan kesan rumah hijau.

c)

Dapat meningkatkan kadar fotosintesis

d)

Boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik.

31.

Kebergantungan negara terhadap plastik telah menyebabkan pencemaran mikroplastik seperti ditunjukkan dalam Rajah 19. Apakah kesan jika pencemaran mikroplastik berlaku secara berleluasa dan dipindahkan melalui rantai makanan?

a)

Kanser

b)

Eutrofikasi

c)

Kesan Rumah Hijau

d)

Penipisan lapisan ozon

32.

Seorang murid menjalankan satu eksperimen untuk menyiasat kadar tindak balas di antara asid hidroklorik cair dengan ketulan zink. Jadual 4 menunjukkan keputusan eksperimen tersebut. Berapakah kadar tindak balas purata bagi eksperimen ini?

a)

b)

c)

d)

33.

Maklumat berikut menunjukkan penyakit yang dihidapi oleh seseorang akibat pengambilan bahan X secara berlebihan.

• Arteriosklerosis • Hipertensi • Strok

Makanan yang manakah mengandungi bahan X?

a)

Nasi

b)

Susu

c)

Ayam goreng

d)

Minyak zaitun

34.

Maklumat berikut menunjukkan langkah-langkah dalam proses pengekstrakan minyak kelapa sawit. Susunkan semula proses di atas mengikut urutan yang betul.

a)

P, Q, R, S, T

b)

Q, S, R, T, P

c)

R, T, S, Q, P

d)

T, R, S, P, Q

35.

Rajah 20 menunjukkan proses elektrolisis asid hidroklorik cair. Apakah ion yang akan dinyahcaskan di anod dan di katod?

a)

Anod : Ion hidroksida

Katod : Ion klorida

b)

Anod : Ion hidrogen

Katod : Ion hidroksida

c)

Anod : Ion klorida

Katod : Ion hidrogen

d)

Anod : Hidroksida

Katod : Ion hidrogen

36.

Rajah 21 menunjukkan sebuah sel kimia ringkas. Pasangan logam manakah yang menunjukkan bacaan volmeter paling tinggi?

a)

Zink – Kuprum

b)

Kuprum – Kuprum

c)

Aluminium – Kuprum

d)

Magnesium – Kuprum

37.

Rajah 22 menunjukkan rajah sinar bagi suatu alatan optik P. Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri imej yang terbentuk?

a)

Maya, tegak dan dibesarkan

b)

Nyata, tegak dan dibesarkan

c)

Songsang, nyata dan sama saiz

d)

Songsang, maya dan mengecil

38.

Rajah 23 menunjukkan aras air dalam turus menegak yang melibatkan prinsip Bernoulli. Mengapakah aras air di Q paling rendah?

a)

Halaju tinggi, tekanan rendah

b)

Halaju tinggi, tekanan tinggi

c)

Halaju rendah, tekanan rendah

d)

Halaju rendah, tekanan tinggi

39.

Rajah 24 menunjukkan sebuah dron yang sedang bergerak ke atas. Antara A, B, C dan D, kawasan manakah mempunyai tekanan udara paling rendah?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

40.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang hubungan antara ketinggian orbit dengan halaju satelit?

a)

Semakin tinggi orbit satelit, semakin tinggi halaju satelit.

b)

Semakin rendah orbit satelit, semakin rendah halaju satelit.

c)

Semakin tinggi orbit satelit, semakin rendah halaju satellite

d)

Semakin rendah orbit satelit, semakin seragam halaju satelit