wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MELAKA 2023

Total questions: 46

Worksheet time: 43mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan isi rumah membuat pilihan apabila membeli barangan?

a)

memenuhi kehendak manusia

b)

meminimumkan kos pengeluaran

c)

memaksimumkan kepuasan pengguna

d)

memaksimumkan kebajikan masyarakat

2.

Pernyataan manakah yang betul tentang usahawan?

a)

Menyumbang tenaga dalam proses pengeluaran

b)

Kreatif dan inovatif dalam pemasaran

c)

Ganjaran dalam bentuk faedah

d)

Permintaan terhad

3.

Pn Laili membelanjakan RM4 000 untuk membeli sebuah telefon pintar yang baru. Kos lepasnya ialah

a)

jumlah yang perlu dibayar untuk telefon pintar

b)

masa yang digunakan untuk memilih telefon pintar

c)

komputer riba yang boleh dibeli dengan wang perbelanjaan tersebut

d)

perbelanjaan elektrik yang perlu ditanggung untuk mengecas telefon pintar
tersebut

4.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan penyelesaian masalah asas ekonomi.

Apakah masalah tersebut?

a)

Bagaimana hendak dikeluarkan

b)

Apa yang hendak dikeluarkan

c)

Berapa hendak dikeluarkan

d)

Untuk siapa dikeluarkan

5.

Apakah kelebihan kepada firma yang menjalankan urus niaga di negara yang mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas?

a)

Firma akan berusaha meningkatkan kepuasan yang maksimum dalam
pengeluaran

b)

Agihan pendapatan yang adil menyebabkan firma dapat mengeluarkan barang
secara maksimum

c)

Firma berusaha menggunakan buruh secara optimum bagi mengelakkan
pembaziran sumber

d)

Firma berusaha menghapuskan monopoli semula jadi kerajaan

6.

Jadual 1 menunjukkan hubungan harga barang dengan kuantiti yang diminta.

Antara perubahan harga barang berikut, yang manakah menunjukkan pergerakan yang bercanggah dengan hukum permintaan?

a)

Dari RM 4 ke RM 6

b)

Dari RM 6 ke RM 8

c)

Dari RM 8 ke RM 10

d)

Dari RM 10 ke RM 12

7.

Antara yang berikut, yang manakah akan meningkatkan permintaan terhadap Pakej Percutian ke luar negara?

a)

Kejatuhan pendapatan individu

b)

Ketibaan musim cuti persekolahan

c)

Penurunan kadar cukai pendapatan individu

d)

Tambang penerbangan di jangka akan menurun pada masa depan

8.

Rajah 1 berkaitan dengan keluk penawaran.

Situasi yang manakah menyebabkan berlaku peralihan titik dari a ke b?

a)

Peningkatan bayaran upah pekerja

b)

Pengurangan cukai import oleh kerajaan

c)

Jangkaan peningkatan harga pada masa depan

d)

Pengurangan subsidi oleh kerajaan

9.

Rajah 2 di bawah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran baju.

Apakah yang akan berlaku dalam pasaran apabila tingkat harga berada pada RM12?

a)

Harga cenderung menurun

b)

Keseimbangan pasaran dicapai

c)

Lebihan permintaan sebanyak 4 unit

d)

Lebihan penawaran sebanyak 4 unit

10.

Rajah 3 di bawah menunjukkan keluk permintaan untuk barang P.

Hitungkan pekali keanjalan harga permintaan barang tersebut.

a)

0.4

b)

1.0

c)

1.4

d)

3.5

11.

Jadual 2 di bawah menunjukkan penawaran barang G oleh Syarikat Hong Hong.

Hitungkan keanjalan harga penawaran bagi barang G apabila harganya naik daripada RM250 kepada RM300.

a)

0.2

b)

0.5

c)

2.5

d)

5.0

12.

Rajah 4 menunjukkan perubahan keseimbangan pasaran bagi suatu produk.

Apakah yang menyebabkan titik keseimbangan E0 beralih ke E1?

a)

Penurunan harga barang itu

b)

Penggunaan teknologi baharu

c)

Pengurangan pendapatan pengguna

d)

Pemberian subsidi yang semakin meluas

13.

Maklumat di bawah berkaitan dengan fungsi wang.

Fungsi wang yang manakah berkaitan dengan situasi di atas?

a)

Alat ukuran nilai

b)

Alat bayaran tertunda

c)

Alat simpanan nilai

d)

Alat perantaraan pertukaran

14.

Antara berikut, yang manakah merujuk kepada prinsip “ TAKJIRI “?

a)

Bank memberi sewaan aset dalam tempoh tertentu kepada pelanggan

b)

Bank membayar pulangan dalam bentuk hibah kepada pelanggan

c)

Bank membahagikan untung pelaburan kepada pelanggan

d)

Bank menjual barang secara ansuran kepada pelanggan

15.

Antara yang berikut pekerjaan mana yang terlibat dalam sektor kedua?

a)

Jurutera

b)

Peladang

c)

Pegawai Perubatan

d)

Operator Pengeluaran

16.

Maklumat berikut berkaitan dengan jenis pendapatan.

Antara yang berikut, yang manakah jenis pendapatan yang diperoleh Encik Khusairi.

a)

Upah dan sewa

b)

Sewa dan untung

c)

Upah dan untung

d)

Sewa dan faedah

17.

Cik Aman menerima gaji bulanan sebanyak RM5 000. Sekiranya kerajaan menaikkan
kadar caruman KWSP pekerja daripada 11% kepada 12%, keadaan yang manakah akan berlaku?

a)

b)

c)

d)

18.

Maklumat berikut adalah mengenai Encik Jaki.

Berapakah perbelanjaan penggunaan Encik Jaki jika tabungan adalah RM10 000?

a)

RM47 170

b)

RM47 870

c)

RM57 870

d)

RM57 170

19.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan ciri barang keperluan?

a)

Tidak dipengaruhi oleh saiz pendapatan

b)

Mempunyai pilihan barang yang pelbagai jenis

c)

Dimiliki untuk mengamalkan gaya hidup masa kini

d)

Wujud campur tangan kerajaan dalam penentuan harga barang

20.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan belanjawan peribadi?

a)

Mengelakkan inflasi

b)

Meningkatkan pendapatan

c)

Membolehkan individu membeli barang mewah

d)

Membolehkan individu mendahulukan perbelanjaan yang penting

21.

Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran baju kurung oleh Syarikat Bbess Sdn Bhd.

Berapakah keuntungan pengeluaran baju kurung jika syarikat menjual dengan harga RM 65 sepasang?

a)

RM 65 000

b)

RM30 000

c)

RM35 000

d)

RM15 000

22.

Gambar di bawah menunjukkan perubahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

Apakah faedah sosial daripada situasi di atas?

a)

Berlaku banjir kilat

b)

Kesesakan lalu lintas

c)

Peningkatan peluang pekerjaan

d)

Peningkatan pencemaran udara

23.

Pernyataan yang manakah menerangkan ciri pasaran monopoli semula jadi?

a)

Wujud pelbagai firma

b)

Mempunyai barang pengganti

c)

Tidak bebas keluar masuk industri

d)

Harga ditentukan oleh mekanisme harga

24.

Situasi yang manakah akan berlaku, jika kadar faedah terus diturunkan ketika masalah
pengangguran sudah dapat di atasi?

a)

Pengangguran menjadi sifar

b)

Peningkatan tingkat harga umum

c)

Permintaan agregat terus meningkat

d)

Penawaran guna tenaga meningkat

25.

Mengapakah kerajaan perlu menjaga kestabilan harga dalam pasaran?

a)

Untuk meningkatkan pendapatan negara

b)

Untuk menjaga ekonomi negara dalam keadaan stabil

c)

Menjaga keharmonian antara pengeluar dan pengguna

d)

Supaya kuasa beli yang berpendapatan rendah meningkat

26.

Pernyataan yang manakah menunjukkan ekonomi yang mampan?

a)

Meningkatkan pendapatan negara

b)

Mewujudkan perubahan inventori

c)

Merapatkan jurang pendapatan

d)

Meningkatkan eksport negara

27.

Pernyataan manakah yang menerangkan konsep pertumbuhan ekonomi?

a)

Pertumbuhan ekonomi adalah bersifat kualitatif

b)

Pertumbuhan ekonomi menunjukkan peningkatan KDNK benar

c)

Perkembangan ekonomi menunjukkan keluaran negara berkurang

d)

Kemelesetan ekonomi menunjukkan kadar pertumbuhan yang positif

28.

Maklumat di bawah berkaitan dengan sejenis belanjawan negara.

Pernyataan yang manakah yang betul berkaitan dengan belanjawan tersebut?

a)

Mengurangkan pendapatan individu

b)

Menambahkan perbelanjaan kerajaan

c)

Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi

d)

Mengurangkan penggunaan guna tenaga

29.

Antara berikut, yang manakah cukai tak langsung?

a)

Cukai pintu

b)

Cukai perjudian berlesen

c)

Cukai pendapatan koperasi

d)

Cukai keuntungan hartanah

30.

Apakah dorongan firma beroperasi di luar negara?

a)

Harga input pengeluaran yang relatif lebih mahal di luar negara

b)

Jarak yang lebih jauh akan menurunkan kos pengeluaran

c)

Firma menikmati perlindungan perdagangan di luar negara

d)

Saiz pasaran dalam negara terhad

31.

Antara yang berikut, yang manakah keburukan perdagangan antarabangsa?

a)

Meningkatkan lambakan barang

b)

Meningkatkan kepupusan sumber

c)

Membeli barang dengan lebih murah

d)

Meningkatkan kecekapan pengeluaran

32.

Apakah bentuk sekatan yang boleh meningkatkan hasil negara?

a)

Tarif

b)

Kuota

c)

Embargo

d)

Kawalan pertukaran asing

33.

Situasi yang manakah boleh memperbaiki imbangan pembayaran bagi Malaysia?

a)

Kemasukan pelancong Korea bertambah

b)

Pelaburan Malaysia di Vietnam meningkat

c)

Penggunaan kapal terbang Qatar Airways meningkat

d)

Penghantaran pelajar Malaysia ke Indonesia bertambah

34.

Apakah faktor yang menyebabkan kenaikan permintaan terhadap ringgit Malaysia?

a)

Penurunan kadar faedah dalam Malaysia

b)

Pengurangan dalam jumlah eksport negara Malaysia

c)

Nilai ringgit Malaysia dijangka jatuh pada masa hadapan

d)

Kegemaran rakyat Malaysia membeli barang luar negara

35.

Harga kamera digital dijangka meningkat pada masa depan, penawaran kamera digital pada masa sekarang akan menurun.

a)

b)

36.

Jika harga mesin basuh meningkat, penawaran terhadap mesin basuh akan berkurang.

a)

b)

37.

Bank Perdagangan mempunyai tiga jenis akaun iaitu akaun simpanan, akaun
semasa dan akaun simpanan tetap.

a)

b)

38.

Kemudahan overdraf membolehkan pelanggan akaun simpanan mengeluarkan
wang melebihi baki simpanan.

a)

b)

39.

Keluaran purata ialah perubahan jumlah keluaran akibat perubahan seunit input
berubah.

a)

b)

40.

Jumlah keluaran ialah jumlah output yang dapat dihasilkan oleh firma dalam suatu
jangka masa tertentu.

a)

b)

41.

Kenaikan kadar inflasi menyebabkan kemampuan isi rumah membeli barang dan
perkhidmatan meningkat.

a)

b)

42.

Kadar inflasi yang tinggi menyebabkan peningkatan nilai wang.

a)

b)

43.

Imbangan pembayaran merekod jumlah penerimaan kewangan sesebuah negara
dengan negara lain dalam tempoh satu tahun.

a)

b)

44.

Imbangan pembayaran terdiri daripada akaun semasa dan akaun kewangan sahaja.

a)

b)

45.

Malaysia perlukan Dollar Singapura untuk mengeksport barang ke Singapura.

a)

b)

46.

Pertukaran asing merujuk kepada mata wang negara lain yang dimiliki oleh
sesebuah negara.

a)

b)