wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

FONOLOGI (LATIH TUBI SEM 1)

Total questions: 41

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang penghasilan bunyi vokal?

I Pita suara bergetar

II Berlakunya sempitan

III Lelangit lembut diturunkan

IV Udara keluar tanpa sekatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Definisi tentang istilah yang berikut betul, kecuali

a)

Fonem merupakan unit bahasa yang terkecil yang membezakan makna.

b)

Fonetik merupakan kajian tentang bunyi bahasa untuk memberikan lambang kepada bunyi tersebut.

c)

Fonemik ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa untuk menentukan makna bagi sesuatu perkataan.

d)

Alofon ialah kelainan bunyi bagi sesuatu fonem kerana kehadirannya dalam posisi tertentu dalam perkataan.

3.

Yang manakah pasangan kata yang bilangan suku katanya tidak sama?

a)

Kelainan-kesiangan

b)

Ketiadaan-kestabilan

c)

Kenderaan - kehairanan

d)

Keprihatinan - keajaiban

4.

Perkataan manakah yang mempunyai suku kata yang paling banyak?

a)

Berketerampilan

b)

Berlatarbelakangkan

c)

Mentransformasikan

d)

Mempropagandakan

5.

Yang manakah cara menulis cara menulis alofon yang betul?

a)

/a/

b)

[a]

c)

{a}

d)

(a)

6.
  1. 1. Merupakan organ yang paling aktif dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa.

  1. 2. Berfungsi untuk menyempitkan laluan udara dengan mendekatkannya kepada bahagian-bahagian lelangit di rongga mulut.

Apakah organ pertuturan yang menepati pernyataan di atas?

a)

Lidah

b)

Glotis

c)

Dua bibir

d)

Lelangit keras

7.

Yang manakah perkataan yang mengandungi vokal tengah?

I Tempuh

II Sindiket

III Melecur

IV Dendang

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

8.

Yang manakah pasangan kata yang kedua-duanya mengandungi vokal depan separuh sempit?

a)

Gadis-masih

b)

Remuk-cetus

c)

Sebar-hebuh

d)

Gosok-longgok

9.

Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mengandungi vokal belakang sempit?

a)

Inang - lipas

b)

Bantu-upah

c)

Telor-ekor

d)

Lemah-serat

10.

timbul, pintu, sumbing

Ketiga-tiga perkataan di atas mengandungi

a)

Vokal tengah dan vokal belakang sempit

b)

Vokal depan sempit dan vokal belakang sempit

c)

vokal depan sempit dan vokal belakang separuh luas

d)

Vokal depan sempit dan vokal belakang separuh sempit

11.

Yang manakah perkataan yang mengalami pengglotisan?

I Kedalaman

II Keamanan

III Kefasihan

IV Keindahan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

12.

Yang manakah pasangan kata yang kedua-duanya mengandungi labialisasi?

a)

Main - jual

b)

Liar - buat

c)

Muat - laut

d)

Lamar - luas

13.

Kesemua perkataan yang berikut mengandungi palatalisasi, kecuali:

a)

siar

b)

kain

c)

kias

d)

bumi

14.

Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mengandungi vokal rangkap?

a)

Biar - serai

b)

Main - taubat

c)

Buang - faedah

d)

Keluar - tebar

15.

Yang manakah ayat yang mengandungi perkataan yang menggunakan vokal rangkap?

a)

Mereka hidup dalam kemewahan.

b)

Atlet negara meraih pingat emas.

c)

Kakak dan ibu ke pantai petang tadi.

d)

Kita perlu menghormati pemimpin negara.

16.

Yang manakah pasangan kata yang kedua-duanya mengandungi konsonan sengauan?

a)

Benih, tanya

b)

Laras, tulang

c)

Tanam, pagar

d)

Waras, sayang

17.

Yang manakah pasangan kata yang kedua-duanya mengandungi konsonan rangkap?

a)

Kompleks, diftong

b)

Struktur, parlimen

c)

Protokol, subjektif

d)

Praktikal, berdrama

18.

*Lelangit lembut naik.

*Pita suara tidak bergetar.

Yang manakah konsonan yang melibatkan proses di atas semasa menghasilkannya?

I [g]

II [r]

III [s]

IV [h]

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

19.

Semua konsonan yang berikut dihasilkan dengan sekatan udara dilepaskan sengan serta merta, kecuali

a)

[d]

b)

[c]

c)

[p]

d)

[?]

20.

Yang manakah konsonan yang semasa penghasilannya, lelangit lembut tidak dinaikkan?

I [m]

II [r]

III [n]

IV [l]

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

21.

Yang manakah perkataan yang mengandungi dua konsonan yang menggunakan satu lambang?

a)

Gegar

b)

Harapan

c)

Tendang

d)

Menjawab

22.

Vokal pada akhir perkataan [tauge] ialah

a)

vokal tengah

b)

vokal depan luas

c)

vokal depan separuh sempit

d)

vokal belakang separuh sempit

23.

Yang manakah ayat yang menggunakan perkataan yang mengandungi konsonan letupan lelangit lembut?

a)

Musang mengejar ayam.

b)

Tempat itu terpencil benar.

c)

Peserta utama sudah gagal.

d)

Masalah persatuan perlu diatasi.

24.

Perkataan yang berikut mengalami glotalisasi semasa membunyikannya, kecuali

a)

Kaedah

b)

pertautan

c)

penderaan

d)

kesampaian

25.

Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mengandungi bunyi konsonan yang dilambangkan oleh dua huruf?

a)

Pensyarikatan - perkhabaran

b)

Pemasyhuran - penaiktarafan

c)

pengkhianatan - permuafakatan

d)

penggemblengan - penswastaan

26.

Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mempunyai konsonan pinjaman?

a)

Fikir - salam

b)

Novel - mohon

c)

Lazat - khidmat

d)

Khabar - mengkar

27.

Yang manakah perkataan yang mempunyai konsonan pinjaman yang semasa penghasilannya pita suara tidak bergetar?

a)

Khazanah

b)

Menziarahi

c)

Vandalisme

d)

Kemusykilan

28.

Variasi

Universal

Konsonan pinjaman dalam perkataan diatas ialah

a)

Geseran gusi bersuara

b)

Geseran bibir-gigi bersuara

c)

Geseran bibir - gigi tidak bersuara

d)

Geseran gusi-lelangit keras tak bersuara

29.

Pernyataan yang berikut benar tentang diftong, kecuali

a)

Merupakan bunyi bersuara

b)

mempunyai satu puncak kelantangan

c)

geluncuran satu vokal ke arah vokal yang lain

d)

dikira sebagai dua suku kata dalam perkataan

30.

Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mengandungi diftong?

a)

Tauliah - kaloi

b)

sekoi - terbiar

c)

boikot - juadah

d)

Biasan - saudara

31.

Yang manakah kumpulan konsonan yang dihasilkan tanpa getaran pita suara?

a)

[t, c, k]

b)

[p, d, s]

c)

[s, t,g]

d)

[k, b, d]

32.

Pasangan kata yang berikut mempunyai suku kata praakhir terbuka, kecuali

a)

Gelisah, jelapang

b)

merawat, berganti

c)

selamat, dentuman

d)

berpatah, semburan

33.

Yang manakah ayat yang kesemua perkataannya dieja dengan betul?

a)

Aktiviti gotong royong itu akan diteruskan.

b)

Beliau akan mengetuai deligasi ke Afrika Selatan.

c)

Kerana tidak cukup korum, mesyuarat itu ditangguhkan.

d)

Samad menjuarai pertandingan pingpong peringkat daerah.

34.

Ayat-ayat yang berikut mengandungi klitik, kecuali:

a)

Dia memang nak ke bandar.

b)

Alat itu kupinjam sehari sahaja,

c)

Kini, kutitipkan semua hal kepadanya.

d)

Aku tetap mengingati jasa keluargamu.

35.

Tanda koma ( , ) digunakan untuk perkara yang berikut, kecuali:

a)

selepas kata penghubung pangkal ayat

b)

sebelum tanda penutup kata dalam cakap ajuk

c)

untuk memisahkan kata dan frasa yang berturut-turut dalam satu ayat

d)

memisahkan beberapa klausa utama yang biasanya disambungkan dengan kata hubung tertentu

36.

Penggunaan tanda petik dalam ayat-ayat yang berikut betul, kecuali

a)

Pesan datuk, "Janganlah kita mementingkan diri sendiri".

b)

Beberapa orang wanita telah menjadi mangsa "buaya darat" itu.

c)

Mereka selalu "ke pasar minggu" untuk membeli keperluan harian.

d)

Novel yang bertajuk "Nyawa di Hujung Pedang" masih saya simpan.

37.

Ayat yang berikut menggunakan tanda koma ( , ) dengan betul, kecuali

a)

Awak dah beli buku ini, bukan?

b)

Kami gagal ke sana, kerana hujan lebat.

c)

Saya meminta dia bercuti, bukan berhenti.

d)

Anwar, ke mana awak menghilangkan diri semalam?

38.

Nyaring

Sangkut

Yang manakah konsonan yang terdapat dalam kedua-dua perkataan di atas?

a)

Konsonan sengauan gusi bersuara

b)

Konsonan sengauan lelangit keras bersuara

c)

Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara

d)

Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara

39.

Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mempunyai e taling?

a)

Sebaran, hebahan

b)

Tembakan, tempuh

c)

Dendang, renggang

d)

Belanga, gelandangan

40.

Tanda seru tidak perlu digunakan

a)

sebelum atau selepas menulis cakap ajuk

b)

pada akhir ayat tanya yang bersifat keluhan

c)

untuk memberikan penekanan atau penegasan

d)

pada akhir ayat suruhan untuk melembutkannya

41.

Yang berikut merupakan kata pinjaman, kecuali

a)

sepatu

b)

loceng

c)

sungai

d)

elektrik