Font size
WorksheetsSejarah SPM 2021/2
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Peta berikut menunjukkan empayar Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.
Mengapakah Melaka berjaya meluaskan empayar?
I Rakyat setia kepada raja
II Kerjasama pedagang asing
II Bantuan negeri berhampiran
IV Pemimpin berpandangan jauh
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mewujudkan jawatan Syahbandar?
A Melaksanakan protokol istana
B Mengetuai rombongan diplomatik
C Mengawal keamanan dalam negeri
D Melicinkan kutipan cukai di pelabuhan
Revolusi Perancis berlaku pada tahun 1789. Apakah kesan revolusi terhadap Perancis?
A Kedudukan bangsawan kukuh
B Sistem republik dilaksanakan
C Kuasa parlimen tergugat
D Wilayah kecil merdeka
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani pada 5 Ogos 1957. Apakah inti pati kandungan perjanjian tersebut? I Islam sebagai agama Persekutuan II Kedudukan istimewa orang Melayu III Tarikh pengisytiharan kemerdekaan IV Pembentukan Persekutuan Malaysua
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah bidang kuasa Badan Kehakiman dalam perlembagaan Persekutuan? I Melantik Jemaah Menteri II Menentukan kesahihan undang-undang III Membatalkan akta yang bercanggah dengan perlembagaan IV Menentukan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Tahun- 1960
Peristiwa - Dalam Perhimpunan Agung PBB telah timbul usul agar tanah jajahan dimerdekakan .
Apakah kesan usul tersebut?
Sistem pemerintahan beraja kukuh
Penyebaran ideologi komunis meluas
Sekatan terhadap imigran dilaksanakan
Pembentukan Persekutuan Malaysia berjaya
British bersetuju dengan Pembentukan Persekutuan Malaysia kerana dapat melemahkan pengaruh komunis.
Bagaimanakah pembentukan Persekutuan Malaysia boleh melemahkan pengaruh komunis di Asia Tenggara?
I Kuasa barat dapat disekat
II Negara jiran memberi sokongan
III Negara Komanwel memberi kerjasama
IV Dasar kerajaan diseragamkan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan perlembagaan kurikulum pendidikan di Malaysia.
Tahun Kurikulum
1982 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KSSR)
1988 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
Apakah persamaan kandungan kurikulum tersebut?
I Kenaikan darjah dan tingkatan secara automatik
II Menekankan aktiviti luar bilik darjah dan disiplin
III Menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris dan asing
IV Mewajibkan mata pelajaran aliran terkawal vokasional dan teknik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Agensi berikut ditubuhkan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga.
· KEJORA
· KETENGAH
· DARA
Mengapakah agensi tersebut ditubuhkan?
Menaik taraf kemudahan awam
Memajukan pendidikan rendah
Membaiki ekonomi penduduk desa
Memanfaatkan sumber alam semula jadi
Mengapakah jata tersebut penting kepada negara?
Menjadi simbol perpaduan negara
Menandakan kemajuan ekonomi
Memantapkan kuasa pemerintah
Memperkukuh hak rakyat
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) telah memeterai perjanjian Kawasan Perdangan Bebas ASEAN (AFTA).
Mengapakah ASEAN bertindak demikian?
Memajukan bidang pendidikan
Memantapkan sistem pertahanan
Memperluasa kerjasama ekonomi
Menggalakkan pertukaran budaya
Maklumat berikut berkaitan dengan Sistem Ahli.
Tahun - 1951
Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu
Mengapakah British memperkenalkan sistem tersebut
Mengurangkan tekanan kuasa Barat
Mematuhi titah Raja-Raja Melayu
Memantapkan sistem pertahanan
Melaksanakan dasar dekolonisasi
Pada tahun 1946, Sarawak diserahkan kepada British.
Mengapakah penyerahan tersebut ditentang penduduk Sarawak?
Ancaman komunis meningkat
Kos pentadbiran bertambah
Kaum imigran berkuasa
Penjajah asing bertapak
Maklumat berikut berkaitan dengan peperangan yang melanda dunia pada abad ke-20.
Tahun Peperangan
1914-1918 Perang Dunia I
1939-1945 Perang Dunia II
Mengapakah peperangan tersebut berlaku?
Kemunculan negara baharu
Persengketaan kuasa besar
Konflik antara mazhab Kristian
Perkembangan ideologi komunis
Dialog berikut mungkin berlaku pada awal tahun 1960-an.
Lee Kuan Yew : Yang Mulia Tunku, PETIR telah diresapi pengaruh komunis
Tunku Abdul Rahman: Ya, kita perlu menggabungkan Tanah Melayu
dengan Singapura untuk melemahkan komunis.
Dialog tersebut membuktikan bahawa Tunku Abdul Rahman
Kuat semangat
Gigih berusaha
Bijak merancang
Bersikap adil
Pantun berikut menggambarkan kesan pembentukan Malayan Union di Tanah Melayu.
Dari Bentan ke Kuala Sedili
Singgah berjaja di Batu Pahat
Syarat kerakyatan secara jus soli
Kuasa raja turut tergugat
Apakah tindakan orang Melayu?
Memohon bantuan asing
Mengukuhkan pertahanan negeri
Menggubal perlembagaan alternatif
Mengadakan demonstrasi secara aman
MAPHILINDO merupakan gabungan Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Apakah matlamat penubuhannya?
Meningkatkan persefahaman
Memajukan kegiatan perdagangan
Membentuk pakatan tentera serantau
Menghapuskan ancaman komunis
Apakah persamaan corak perjuangan tokoh berikut dalam gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?
· Andres Bonifacio
· Soekarno
· Ho Chi Minh
Penentangan secara sederhana
Menggubal perlembagaan
Bertindak secara radikal
Bekerjsama dengan pemerintah
Rundingan Baling diadakan antara wakil Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada bulan Disember 1975.
Mengapakah rundingan tersebut gagal mendesak PKM meletakkan senjata?
PKM enggan berkongsi kuasa
Kerajaan enggan mengiktiraf PKM
PKM enggan menamatkan keganasan
Kerajaan enggan memberi pengampunan
Agensi berikut ditubuhkan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga.
· KEJORA
· KETENGAH
· DARA
Mengapakah agensi tersebut ditubuhkan?
Menaik taraf kemudahan awam
Memajukan pendidikan rendah
Membaiki ekonomi penduduk desa
Memanfaatkan sumber alam semula jadi
Sistem pendaftaran kebangsaan dan kad pengenalan diperkenalkan pada tahun 1948. Bagaimanakah langkah tersebut dapat membantu British melemahkan komunis?
Meningkatkan kesetiaan rakyat terhadap kerajaan
Memudahkan pengiraan jumlah penduduk tempatan
Memperoleh wang untuk menambah anggota tentera
Memudahkan pihak berkuasa mengenal pasti orang awam
Apakah yang berkaitan dengan tugas Yang Di Pertuan Agong ?
Melantik pegawai kerajaan
Menjaga keselamatan rakyat
Mengetuai lawatan ke luar negara
Memelihara kedudukan bumiputera
Apakah kesepakatan yang dicapai dalam deklarasi tersebut?
Deklarasi Langkawi 1989
Memulihara warisan sejarah
Menyumbang modal perniagaan
Mengatasi masalah pencemaran
Mengawal kemelesetan ekonomi
Pakatan kuasa berikut ditubuhkan di Eropah pada awal abad ke-20.
· Perikatan Kuasa Tengah
· Pakatan Bertiga
Antara berikut, faktor yang manakah pencetus peperangan antara kedua-dua pakatan kuasa tersebut?
i Perjuangan untuk mengekalkan kemerdekaan
ii Perlumbaan untuk memperluas kawasan pengaruh
iii Persaingan untuk menguasai sumber bahan mentah
IV Percubaan untuk mewujudkan pertubuhan antarabangsa
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah tujuan Malaysia menyertai perjanjian tersebut?
Tahun Perjanjian Negara
Britain 1971 Perjanjian Pertahanan Kuasa Lima (PPLK) Australia
New Zealand
Membeli alatan perang
Menjamin keselamatan negara
Memulihkan hubungan diplomatik
Meningkatkan kemasukan pelabur asing
Sebelum merdeka, sistem pendidikan tidak dapat memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
Peruntukan kewangan terhad
Kurikulum pelajaran berbeza
Tenaga pengajar kurang
Kemudahan asas terhad
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan pada tahun 1961.
Apakah matlamat penubuhan pergerakan tersebut? [ T5 : B9 : ms 212 ]
Membentuk pakatan tentera antarabangsa
Mengurangkan ketegangan Perang Dingin
Menyekat perkembangan fahaman komunis
Meningkatkan kerjasama dengan Blok Barat
Gambar berikut berkaitan dengan Rundingan London yang diadakan pada tahun 1956.
Apakah keputusan yang dicapai dalam rundingan tersebut?
Kelonggaran syarat mendapatkan kerakyatan
Pembentukan Jawatankuasa Antara Kaum
Penubuhan Suruhanjaya Perlembagaan
Pelaksanaan Pilihan Raya Majlis Perlembagaan Persekutuan
Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Pengekalan jawatan Pesuruhjaya Tinggi
Kepentingan sah kaum lain dikurangkan
Kewangan negara masih dikawal oleh British
Pengiktirafan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Maklumat berikut berkaitan dengan usaha untuk menyatupadukan kaum.
Tahun 1954 - Konvensyen Kebangsaan diadakan di Tanah Melayu
Apakah hasil konvensyen tersebut ?
Pelaksanaan Pilihan Raya Majlis Perbandaran
Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya
Pelantikan Jawatankuasa Pilihan Raya
Pembentukan Parti Perikatan
Pernyataan berikut terkandung dalam Piagam Atlantik. ...menghormati hak setiap manusia untuk memilih bentuk kerajaan mereka sendiri dan mahukan hak kedaulatan dan kerajaan sendiri dipulihkan kepada mereka... Bagaimanakah British bertindak untuk mematuhi piagam tersebut di tanah air kita?
A Melaksanakan sistem pengagihan kuasa
B Melonggarkan syarat memohon kerakyatan
C Mengurangkan bidang kuasa Majlis Raja-Raja
D Mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Apakah yang dilaksanakan oleh pemimpin Tanah Melayu pada 1950-an untuk merealisasikan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu?
Memperkukuh perpaduan kaum
Mengadakan pungutan suara
Berunding dengan komunis
Mendapatkan sokongan luar
Mengapakah peristiwa tersebut mesti dihargai oleh rakyat Malaysia?
Wujud kerjasama antara kaum
Bukti ketabahan menghadapi cabaran
Kebanggaan terhadap warisan budaya bangsa
Pembebasan daripada belenggu penjajah asing
Sebelum merdeka, sistem pendidikan tidak dapat memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
Peruntukan kewangan terhad
Kurikulum pelajaran berbeza
Tenaga pengajar kurang
Kemudahan asas terhad
Senarai berikut merujuk kepada tokoh politik di Sabah yang memperjuangkan pembentukan Malaysia.
· G.S. Sundang
· Donald Stephen
· Datu Mustapha Datu Harun
Bagaimanakah mereka merealisasikan pembentukan tersebut?
Memantapkan pentadbiran negeri
Menggubal perlembagaan baru
Membubar Persekutuan Borneo
Membentuk Parti Perikatan
Mengapakah isu kasut membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Burma?
A Mempertahankan industri tradisional
B Mempertahankan kesucian agama
C Melindungi kepentingan rakyat
D Memelihara hak pembesar
Maklumat berikut berkaitan ketua utama negara dan negeri.
Negara - Yang di-Pertuan Agong
Negeri - X
Apakah X?
Sultan
Menteri Besar
Perdana Menteri
Yang di-Pertua Negeri
Dasar berikut telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia.
· Dasar Kebudayaan Kebangsaan
· Rukun Negara
· Akta Bahasa Kebangsaan
Mengapakah dasar tersebut dilaksanakan?
Menyusun semula masyarakat
Memperkukuh perpaduan awam
Memantapkan daya saing rakyat
Menyuburkan semangat kenegrian
Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di Indonesia pada tahun 1960-an.
Tarikh Peristiwa
September 1965 Peralihan kepimpinan di Indonesia
Apakah kesan peristiwa tersebut?
Perubahan sempadan negara
Sistem republik diamalkan
Pengaruh komunis meluas
Dasar konfrontasi tamat
Apakah yang menyebabkan sesuatu rang undang-undang negeri itu terbatal?
Perkenan Yang di-Pertuan Agong tidak diperoleh
Dewan Rakyat tidak mendapat undi majoriti
Hanya dipersetujui oleh ahli Dewan Negara
Bercanggah dengan perlembagaan
