NEW
Font size
WorksheetsBAB 12 T4 : TENAGA NUKLEAR
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
[KELANTAN 2023 S21] Antara berikut, yang manakah contoh fenomena alam yang menunjukkan pelakuran nukleus?
Bulan
Matahari
Pelangi
Gerhana
[KELANTAN 2023 S22] Moderator grafit adalah salah satu komponen yang terdapat pada stesen jana tenaga nuklear. Apakah fungsi moderator grafit?
Memperlahankan proton
Mempercepatkan proton
Memperlahankan neutron
Mempercepatkan neutron
[KEDAH 2023 S21] Tindak balas berantai dalam pembelahan nukleus uranium-235 berlaku secara berterusan. Antara berikut, apakah kesan tindak balas tersebut?
Menghasilkan nukleus yang kurang stabil
Membebaskan tenaga yang banyak
Membebaskan sinaran yang lemah
Kebocoran radioaktif
[KEDAH 2023 S22] Rajah 14 menunjukkan stesen jana kuasa yang menggunakan sumber tenaga alternatif. Antara yang berikut, yang manakah kelebihan utama penggunaan sumber tenaga tersebut?
Tidak membebaskan bahan pencemar
Tidak menyebabkan masalah kesihatan
Boleh dibangunkan di mana-mana kawasan
Mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil
[ MODUL KENYALANG CEMERLANG 4.0 SET 1, S20] Rajah 15 menunjukkan sebuah stesen jana kuasa tenaga nuklear. Apakah fungsi P?
Membebaskan tenaga haba melalui proses pembelahan nukleus
Mengelakkan kebocoran sinar radioaktif daripada reaktor
Menyerap haba hasil tindak balas nuklear
Mengawal kadar tindak balas pembelahan nukleus
[ MODUL KENYALANG CEMERLANG 4.0 SET 2, S20] Antara yang berikut, yang manakah kebaikan penggunaan tenaga nuklear?
Menghasilkan bom atom
Menjana tenaga elektrik
Ujian nuklear menyebabkan pencemaran tanah
Radiasi menyebabkan mutasi pada benda hidup
[MODUL PINTAS PAHANG 2023 S23] Antara bahan radioaktif berikut, yang manakah digunakan untuk menjana tenaga elektrik?
lodin-131
Kobalt-60
Karbon-14
Uranium-235
[MELAKA 2023 S22] Rajah 8 menunjukkan satu proses yang berlaku di dalam sebuah reaktor nuklear. Apakah proses yang ditunjukkan dalam Rajah 8?
Pelakuran nukleus
Pembelahan nukleus
Penambahan nukleus
Pemecahan nukleus
[MELAKA 2023 S23] Kaji maklumat di bawah.
Korea Utara dilaporkan melancarkan ujian nuklear keenam, kira-kira 24 kilometer di timur laut Sungjibageam. (Berita Harian, 2017)
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah penyakit yang mungkin dihadapi oleh penduduk berdekatan?
Sirosis hati
Emfisema
Leukimia
Bronkitis
[N.SEMBILAN 2023 S21] Rajah 13 menunjukkan proses penghasilan tenaga nuklear. Antara berikut, yang manakah betul bagi proses tersebut?
Pembelahan nukleus
Pelakuran nukleus
Pereputan radioaktif
Pembentukan isotop
[N.SEMBILAN 2023 S22] Seorang wanita telah didiagnos menghidapi kanser dan bayi di dalam kandungannya cacat. Antara berikut, aktiviti manusia yang manakah boleh menyebabkan kesan tersebut?
Penebangan hutan simpan
Penyebaran radiasi daripada ujian nuklear
Pembuangan sisa daripada kilang papan ke dalam sungai
Penggunaan baja kimia dan racun serangga di kawasan pertanian
[PERAK 2023 S21] Apakah sebab negara Rusia, Perancis, Amerika Syarikat dan Jepun menggunakan sumber tenaga nuklear berbanding dengan sumber lain?
Menghasilkan tenaga boleh baharu.
Membebaskan gas rumah hijau yang banyak.
Menghasilkan tenaga yang lebih besar dan efisien.
Meningkatkan taraf kesihatan dan taraf hidup manusia.
[PERAK 2023 S22] Rajah 13 menunjukkan sebahagian stesen jana kuasa tenaga nuklear. Apakah fungsi W?
Menyerap haba.
Memperlahankan neutron.
Mengelak kebocoran reaktor.
Mengawal kadar tindak balas pembelahan nukleus.
[PERLIS 2023 S25] Rajah 16 menunjukkan sebuah stesen jana kuasa nuklear yang di bina di sebuah negara untuk menjana tenaga elektrik dan membekalkannya kepada pengguna. Apakah kesan yang berlaku kepada alam sekitar jika stesen tersebut mengalami kebocoran?
Penipisan lapisan ozon.
Tempat tersebut dan kawasan sekitarnya tidak dapat didiami
Perubahan keadaan cuaca yang mendadak
Abu dan habuk akan meliputi bangunan
[PPD KULAI 2023 S19] Semakin banyak negara beralih untuk memajukan sektor tenaga nuklear. Apakah perkara utama yang perlu dipertimbangkan?
Keselamatan
Kemajuan
Keuntungan
Kekuatan
[PPD KULAI 2023 S20] Rajah 9 menunjukkan proses yang terlibat dalam penghasilan tenaga nuklear. Apakah proses tersebut?
Tindak balas eksotermik
Tindak balas berantai
Pelakuran nukleus
Pembelahan nuklear
[WP PUTRAJAYA 2023 SET 1 S23] Antara berikut, negara yang manakah menggunakan tenaga nuklear dengan meluas untuk penjanaan tenaga elektrik?
Australia
Zimbabwe
China
Indonesia
[WP PUTRAJAYA 2023 SET 1 S23] Apakah kelebihan menggunakan tenaga nuklear berbanding bahan api fosil?
Murah
Mesra alam
Kurang kos penyelenggaraan
Membebaskan gas rumah hijau
[SELANGOR 2023 S20] Rajah 8 menunjukkan sebuah reaktor penghasilan tenaga elektrik. Berdasarkan Rajah 8, mengapakah sumber tenaga ini menjadi pilihan sebagai sumber alternatif tenaga elektrik?
Bahan api yang digunakan adalah murah dan mesra alam.
Proses penghasilan tenaga elektrik mengurangkan kadar eutrofikasi air.
Proses penghasilan tenaga elektrik membebaskan gas karbon dioksida yang tinggi.
Tenaga elektrik yang dihasilkan mencukupi bagi menampung keperluan penduduk bagi negara-negara besar.
[TERENGGANU 2023 S19] Antara berikut yang manakah kesan buruk tenaga nuklear?
Menghasilkan sinar mengion
Membebaskan gas rumah hijau yang banyak
Sisa radioaktif yang dihasilkan boleh menjejaskan kesihatan
Meningkatkan kebergantungan kepada sumber tenaga boleh baharu
