wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2022 TRIAL TERANGGANU

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

1 Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan Kerajaan Alam Melayu.

Apakah kerajaan X?

a)

Gangga Negara

b)

Kedah Tua

c)

Srivijaya

d)

Angkor

2.

2. Rajah berikut sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang tersusun dan berhierarki.

Apakah peranan pembesar diperingkat jajahan?

I Mengutip cukai

II Menjaga keamanan

III Mengurus pembendaharaan

IV Mengawal aktiviti perdagangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

3. Raja-raja Thailand membentuk imej negara Thailand sebagai negara yang bersahabat dengan Barat.

Mengapakah mereka bertindak sedemikian?

a)

Mempertahankan kedaulatan

b)

Melindungi keluarga diraja

c)

Menghalang kebangkitan rakyat

d)

Menguasai negara jiran

4.

4. Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh nasionalisme tempatan.

Mat Salleh

Haji Abdul Rahman Limbong


Apakah ciri perjuangan tokoh di atas?

a)

Organisasi sistematik

b)

Bersifat setempat

c)

Perjuangan yang radikal

d)

Mempunyai penulisan kreatif

5.

5. Bagaimanakah Perang Dunia Kedua (1939-1941) bermula di Eropah?

a)

Rusia menduduki Berlin

b)

Itali menceroboh Perancis

c)

Austria mengancam Serbia

d)

Jerman menyerang Poland

6.

6. Mengapakah Jepun melakukan serangan tersebut?

a)

Menjamin pasaran yang berterusan

b)

Menguasai bekalan bahan mentah

c)

Menamatkan sistem pemerintahan monarki di Asia Pasifik

d)

Melumpuhkan armada laut Amerika Syarikat

7.

7. Apakah persamaan jasa tokoh berikut terhadap Tanah Melayu?

a)

Menentang perlaksanaan Malayan Union

b)

Memajukan pendidikan anak tempatan

c)

Mempertahan sistem pemerintahan beraja

d)

Menghalang perkembangan Parti Komunis Malaya

8.

8. Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan politik di Tanah Melayu selepas Perang Dunia ke-2.

Mengapakah orang Melayu menentang penubuhannya?

a)

Undang-undang tradisional tamat

b)

Kuasa Raja-raja Melayu dimansuhkan

c)

Singapura dipisahkan daripada persekutuan

d)

Taraf warganegara kaum imigran tidak diiktiraf

9.

9. Rajah berikut menjelaskan latar belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Apakah cadangan Jawatankuasa Kerja?

a)

Menubuhkan Dewan Parlimen

b)

Menyatukan golongan radikal

c)

Memulih kedaulatan Raja-raja Melayu

d)

Menjaga kepentingan ekonomi British

10.

10. Apakah kesan peristiwa penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap perjuangan orang Melayu

a)

Berkuasa mengawal pentadbiran

b)

Parti-parti politik digabungkan

c)

Syarat kerakyatan dipermudah

d)

Diiktiraf sebagai penduduk asal

11.

11. Bagaimanakah ideologi komunis disebarkan di Tanah Melayu?

I Menyusup masuk dalam Kesatuan Sekerja

II Melalui hubungan antara kerajaan

III Interaksi antara kumpulan pedagang

IV Pembukaan cawangan Parti Kuomintang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

12. Gambar berikut adalah tindakan yang dilakukan oleh pengganas komunis di Tanah Melayu.

Mengapakah tindakan tersebut dilakukan?

a)

Memiliknegarakan sektor perusahaan

b)

Menyusun semula sistem pemilikan

c)

Menentang amalan buruh paksa

d)

Melumpuhkan ekonomi British

13.

13. Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?


1949--> Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

a)

Mengutamakan perpaduan antara kaum

b)

Memantapkan pengurusan pendidikan

c)

Menghentikan perdagangan antarabangsa

d)

Mengurangkan pengaruh golongan radikal

14.

14. Mengapakah pembentukan Sistem Ahli penting di Tanah Melayu?

a)

Pengekalan sistem pentadbiran tradisional

b)

Persediaan ke arah berkerajaan sendiri

c)

Pengukuhan kuasa politik bumiputera

d)

Penjimatan perbelanjaan kerajaan

15.

15. Pernyataan berikut berkaitan dengan pilihan raya peringkat negeri.

Apakah kesan keputusan kemenangan tersebut?

a)

Pelaksanaan pilihan raya adalah telus

b)

Kerjasama kaum mendapat sokongan

c)

Calon berwibawa menjadi pilihan utama

d)

Rakyat menyokong terhadap kemerdekaan

16.

16. Apakah kesan penubuhan majlis berikut terhadap negara?

Majlis Perundangan Persekutuan 1955

a)

Institusi raja diperkukuhkan

b)

British memberikan kemerdekaan

c)

Kuasa mentadbir di tangan rakyat tempatan

d)

Tanah Melayu bebas daripada ancaman komunis

17.

17. Raja-raja Melayu telah mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Cadangan yang manakah terkandung dalam memorandum tersebut?

a)

Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara

b)

Ketua Menteri mengetuai pentadbiran kerajaan

c)

Undang-undang tempatan dikuatkuasakan

d)

Syarat kewarganegaraan dikaji semula

18.

18 Apakah intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

I Proses perlaksanaan pilihanraya

II Dasar Pendidikan Kebangsaaan

III Syarat kewargenegaraan

IV Kedudukan Bahasa Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

19. Tokoh berikut telah memberikan sumbangan yang besar terhadap negara masing-masing.

- Mahatma Ghandi

- Nelson Mandela

Apakah matlamat perjuangan tokoh tersebut?

a)

Menyatukan rakyat

b)

Menamatkan penindasan

c)

Membentuk negara bangsa

d)

Menentang institusi beraja

20.

20. Gambar menunjukkan Tunku Abdul Rahman dan rombongan menuju ke Padang Bandar Hilir Melaka untuk Pengisytiharaan Merdeka.

Apakah simbolik Tunku Abdul Rahman mengangkat tangan ke udara pada masa tersebut?

a)

Kedaulatan negara telah dicapai

b)

Kedaulatan negara dalam genggaman

c)

Kedaulatan negara perlu dipertahankan

d)

Kedaulatan negara tanggungjawab rakyat

21.

21. Apakah sumbangan anda terhadap sebuah negara merdeka?

a)

Meninggalkan norma-norma tradisional bangsa

b)

Meningkatkan usaha untuk kepentingan peribadi

c)

Menyumbang idea untuk bangsa

d)

Memperkasa pengaruh asing

22.

22. Apakah kepentingan konsep daulat dalam sistem politik Melayu tradisional?

I Memperkukuh kedudukan raja-raja

II Memperluas peranan golongan pembesar

III Menyekat peluasan pengaruh kuasa asing

IV Mengikat kesetiaan rakyat terhadap raja

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

23. Perlembagaaan memperuntukkan kuasa budi bicara kepada Yang di-Pertuan Agong.

Apakah bidang kuasa baginda?

a)

Mengawal perbelanjaan kerajaan

b)

Melantik diplomat ke luar negara

c)

Mengetuai perkhidmatan awam

d)

Mengubah sempadan negeri

24.

24. Malaysia telah mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Pernyataan yang manakah berkaitan dengan sistem tersebut?

I Badan Kehakiman merangka undang-undang

II Penglibatan rakyat dalam pentadbiran

III Yang di-Pertuan Agong ketua utama negara

IV Majlis Raja-Raja menggubal perlembagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

25. Maklumat berikut berkaitan dengan pembahagian kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara yang berikut, perkara manakah terletak di bawah Senarai Persekutuan?

I Pertahanan

II Pendidikan

III Hal Ehwal Tanah

IV Undang-undang Islam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

26. Jadual berikut berkaitan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri untuk kesejahteraan rakyat.

Mengapakah kerjasama tersebut dilakukan?

a)

Mengatasi masalah setinggan di bandar

b)

Meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar

c)

Menyelesaikan masalah perumahan golongan miskin

d)

Membantu golongan pertengahan memiliki kediaman

27.

27. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) ditubuhkan di Singapura.

Mengapakah JSKM ditubuhkan?

a)

Mengumpul pandangan pembentukan Malaysia

b)

Menilai pengaruh parti berhaluan kiri

c)

Mengekalkan sistem pentadbiran British

d)

Mengukuhkan kesetiaan rakyat terhadap kerajaan

28.

28. Apakah kesan peristiwa berikut?

1965-->Jeneral Soeharto telah mengambil alih kuasa pemerintahan daripada Presiden Soekarno

a)

Perang dunia merebak

b)

Sistem beraja dipulihkan

c)

Pakatan tentera dibentuk

d)

Dasar konfrontasi berakhir

29.

29. Pemisahan Singapura menjadi cabaran utama selepas pembentukan Malaysia.

Apakah faktor pemisahan tersebut?

I Hak sama rata

II Konflik perkauman

III Masalah kepimpinan

IV Ancaman keselamatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

30. Apakah langkah yang diambil oleh Malaysia untuk mengatasi masalah peristiwa 13 Mei 1969?

a)

Mendapatkan bantuan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

b)

Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

c)

Melaksanakan Operasi Hammer

d)

Merangka Rancangan Pembangunan Malaysia

31.

31. Maklumat berkaitan usaha kerajaan memperkasakan perpaduan selepas negara merdeka.

Apakah matlamat penubuhan institusi tersebut?

a)

Memajukan ekonomi

b)

Melicinkan pentadbiran

c)

Memupuk perpaduan kaum

d)

Mengukuhkan sistem perhubungan

32.

32. Maklumat berikut berkaitan dasar pendidikan kebangsaan.

Apakah X dan Y?

I Laporan Rahman Talib

II Laporan Penyata Razak

III Jawatankuasa Kabinet

IV Kajian Aminuddin Baki

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

33.

33. Apakah tujuan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memperkenalkan logo dan slogan tersebut?

a)

Melahirkan masyarakat bersatu melalui bahasa

b)

Menjadikan medium utama dalam perundangan

c)

Menggalakkan penyelidikan dan rujukan

d)

Mengembangkan bidang penerbitan

34.

34. Apakah matlamat penubuhan Majlis Perundingan Negara (MAPEN)?

I Mewujudkan kerjasama kaum

II Memupuk identiti kebangsaan

III Membasmi kemiskinan

IV Merapatkan jurang sosioekonomi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

35.

35. Maklumat berkaitan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Apakah kesan pembukaan tanah baharu tersebut?

a)

Harga komoditi meningkat

b)

Sektor perindustrian berkembang

c)

Bilangan usahawan bertambah

d)

Taraf hidup rakyat meningkat

36.

36. Pada tahun 1963, Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO) telah ditubuhkan.

Apakah tujuan penubuhan tersebut?

a)

Menyelesaikan persengketaan

b)

Meningkatkan ekonomi serantau

c)

Memperkukuh kebudayaan nusantara

d)

Menggalakkan semangat kesukanan

37.

37. Malaysia menentang dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan.

Mengapakah Malaysia bertindak sedemikian?

a)

Kebebasan beragama disekat

b)

Dasar komunis diamalkan

c)

Diskriminasi kaum dilaksanakan

d)

Hubungan dagang terhad

38.

38 Maklumat berikut berkaitan dengan AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN)

AFTA bertujuan menjadikan kawasan ASEAN tempat produksi barangan keluaran negara ASEAN.Malaysia bersetuju meningkatkan perdagangan sesama anggota ASEAN

Mengapakah Malaysia bersetuju menyertai pertubuhan tersebut?

a)

Meningkatkan imej negara

b)

Memajukan bidang teknikal

c)

Menurunkan kadar mata wang

d)

Mengurangkan tarif dan cukai

39.

39. Apakah bentuk bantuan yang disalurkan oleh sukarelawan bagi membantu rakyat Syria yang menghadapi krisis?

I Pendidikan

II Kebudayaan

III Perdagangan

IV Perubatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.

40. Gambar menunjukkan Anugerah Langkawi yang disiytiharkan oleh Malaysia.

Apakah kriteria melayakkan seseorang menerima anugerah tersebut?

a)

Memajukan inovasi ternakan

b)

Menaikkan bidang pelancongan

c)

Membangunkan bidang alam sekitar

d)

Melakukan penyelidikan dalam perubatan