wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2022 TRIAL SELANGOR

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu?

a)

Sempadan

b)

Undang-undang

c)

Lambang negara

d)

Kedaulatan

2.

Maklumat berikut berkaitan peranan nakhoda yang terkandung dalam Undang-undang Laut Melaka.

Mengapakah nakhoda perlu berbuat demikian?

a)

Menyelesaikan masalah

b)

Mendapatkan persetujuan

c)

Mengukuhkan kedaulatan

d)

Mewujudkan keharmonian

3.

Semangat bushido dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah Jepun.

 

Apakah yang ditekankan dalam semangat tersebut?

a)

Sanggup menanggung risiko

b)

Sanggup menanggung beban

c)

Peka terhadap perubahan

d)

Berani memberi idea

4.

Tokoh berikut merupakan lepasan Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Apakah tuntutan tokoh tersebut terhadap British?

a)

Memperbaik taraf hidup orang Melayu

b)

Mengurangkan kemasukan orang dagang

c)

Mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu

d)

Mengukuhkan sistem pendidikan kebangsaan

5.

Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara kita?

a)

Pengeluaran bijih timah merosot

b)

British memanipulasi ekonomi negara

c)

Pentadbiran ketenteraan dilaksanakan

d)

Askar Melayu terlibat dalam perang

6.

Berikut merupakan mata wang yang diperkenalkan oleh Jepun.

Apakah kesan mata wang ini dicetak secara tidak terkawal?

a)

Pokok pisang ditanam berleluasa

b)

Catuan makanan dilaksanakan

c)

Ekonomi berkembang maju

d)

Kadar inflasi meningkat

7.

Berikut merupakan pegawai British (Sir Harold MacMichael) yang tiba di Tanah Melayu pada 11 Oktober 1945.

Apakah peranan pegawai tersebut?

a)

Menghapuskan pengaruh komunis

b)

Memulihkan kepercayaan rakyat

c)

Mendapatkan tandatangan sultan

d)

Mewujudkan pentadbiran yang licin

8.

Datu Patinggi Abang Haji Abdillah telah menentang penyerahan Sarawak kepada British.

Mengapakah beliau menentang penyerahan tersebut?

I. Berjuang mempertahankan pentadbiran tradisional

II. Menolak sistem pentadbiran British

III. Bertentangan dengan Perlembagaan 1941

IV. Mengetepikan surat wasiat Charles Brooke

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Berikut merupakan cadangan alternatif Perjanjian Persekutuan 1948.

Pertubuhan manakah yang telah memberi cadangan tersebut?

a)

United Malays National Organization (UMNO)

b)

Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA)

c)

All Malaya Council of Joint Action (AMCJA)

d)

Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)

10.

Berikut adalah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Apakah nilai yang boleh dipelajari daripada peristiwa tersebut?

a)

Kejujuran

b)

Bekerjasama

c)

Bertolak ansur

d)

Bertanggungjawab

11.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti Komunis Malaya (PKM) ingin menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu.

Bagaimanakah matlamat tersebut dapat dicapai?

a)

Melancarkan perjuangan bersenjata

b)

Menyebarkan propaganda di akhbar

c)

Menangkap pemimpin yang menentang

d)

Memaksa sultan menandatangani dokumen

12.

Bagaimanakah penguatkuasaan Undang-undang Darurat dilaksanakan di negara kita?

I. Mengetatkan undang-undang bersenjata

II. Menahan individu yang menyertai komunis

III. Mengawal sempadan negara

IV. Menyekat kemaraan kuasa besar dunia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Kerajaan British telah memperkenalkan Sistem Pendaftaran Kebangsaan untuk menghadapi ancaman komunis.

Apakah tindakan yang diambil untuk menjayakan sistem tersebut?

a)

Pendaftaran parti yang sah

b)

Penggunaan kad pengenalan

c)

Menubuhkan pasukan keselamatan

d)

Memastikan penduduk melapor diri

14.

Apakah impak penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) terhadap pemimpin?

a)

Meningkatkan kesedaran kerjasama politik

b)

Memegang jawatan dalam pentadbiran negara

c)

Menghadkan keahlian kepada semua kaum

d)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

15.

Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu?

a)

Melaksanakan kempen pilihan raya

b)

Melatih penduduk tempatan mentadbir

c)

Merangka perlembagaan yang merdeka

d)

Membincangkan sistem pendidikan negara

16.

Mengapakah keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan(MPP) dilihat sebagai perkembangan amalan demokrasi di negara kita?

a)

Dianggotai pelbagai kaum

b)

Dilantik oleh Majlis Raja-raja

c)

Pemilihan oleh Gabenor British

d)

Pemimpin dipilih oleh rakyat

17.

 Siapakah wakil yang terlibat dalam misi rundingan kemerdekaan ke London?

I. Parti Negara

II. Raja-raja Melayu

III. Parti Perikatan

IV. Orang Dagang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan situasi yang berlaku di negara kita.

Apakah kesan daripada situasi tersebut?

a)

Imperialisme sentiasa diperluaskan

b)

Pentadbiran Tentera British mula diperkenalkan

c)

British mengukuhkan kedudukan di negara kita

d)

Negara menuju ke arah bekerajaan sendiri

19.

Sebutir pingat emas telah dihadiah kepada Tunku Abdul Rahman pada malam sambutan kemerdekaan.

Apakah ukiran yang terdapat pada pingat tersebut? 

a)

Nama pemimpin negara

b)

Slogan sambutan kemerdekaan

c)

Peta Semenanjung Tanah Melayu

d)

Bendera Persekutuan Tanah Melayu

20.

Apakah matlamat penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)?

a)

Memasarkan hasil pertanian

b)

Memulihkan tanah di kawasan luar bandar

c)

Memajukan tanah baharu secara besar-besaran

d)

Menjalankan penyelidikan pertanian

21.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri negara yang berdaulat.

Apakah X?

a)

Mempunyai rakyat

b)

Mempunyai ketua negara

c)

Mempunyai lambang negara

d)

Mempunyai kerajaan

22.

Maklumat berikut berkaitan dengan langkah mempertahankan kedaulatan negara

Mewujudkan kestabilan politik

• Menjamin kemakmuran ekonomi 

Bagaimanakah pemerintah mencapai matlamat tersebut?

a)

Menyertai pasukan keselamatan

b)

Mengelakkan amalan rasuah

c)

Menubuhkan parti politik baharu

d)

Menunjukkan ketaksuban pada parti

23.

Apakah asas pembentukan perlembagaan negara kita?

I. Undang-undang Inggeris

II. Undang-undang Negeri Melayu

III. Undang-undang adat

IV. Undang-undang lisan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Mengapakah pindaan Perlembagaan pada tahun 1965 dilakukan?

a)

Pelaksanaan darurat

b)

Pemisahan Singapura

c)

Pembentukan Malaysia

d)

Pengukuhan institusi beraja

25.

Gambar menunjukkan cap Mohor Besar Raja-Raja. 

Apakah kepentingan cap mohor tersebut?

a)

Mewartakan undang-undang digubal Parlimen

b)

Melambangkan kedaulatan Raja- raja Melayu

c)

Mengesahkan pelantikan Jemaah Menteri

d)

Mengiktiraf kerajaan yang dipilih rakyat

26.

Mengapakah hakim tidak dibenarkan terlibat dalam bidang politik?

a)

Menjaga keselamatan diri

b)

Mengelakkan pertindihan tugas

c)

Mengutamakan kes-kes mahkamah

d)

Menjamin keadilan undang-undang

27.

Rajah berikut berkaitan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mengapakah berlaku pembahagian kuasa tersebut?

a)

Menjaga kebajikan rakyat

b)

Mengukuhkan institusi beraja

c)

Melicinkan sistem pentadbiran

d)

Memantapkan pertahanan negara

28.

Bagaimanakah kerajaan melaksanakan pemuliharaan khazanah laut di kepulauan negara kita?

a)

Memajukan sektor perikanan

b)

Membaiki sistem perhubungan

c)

Mewartakan sebagai taman laut

d)

Menyediakan panduan laluan kapal

29.

Maklumat berikut merupakan cadangan Lord Brassey, Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara.

"Penggabungan Sarawak, Sabah, Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat menjadi tanah jajahan besar."

 

Mengapakah cadangan tersebut dibuat?

a)

Melaksanakan dekolonisasi

b)

Pentadbiran strategik

c)

Menjimatkan kos

d)

Potensi ekonomi

30.

Usul pembentukan Malaysia telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961.

Apakah reaksi terhadap pembentangan usul tersebut?

a)

Menerangkan tujuan gagasan

b)

Meninjau pandangan pemimpin

c)

Menggubal perundangan baharu

d)

Mendapatkan sokongan ahli dewan

31.

Mengapakah negeri Sabah dan Sarawak menghadapi cabaran sosioekonomi walaupun mempunyai kekayaan hasil bumi?

a)

Pengamalan ekonomi sara diri

b)

Kekurangan ilmu pengetahuan

c)

Kejatuhan harga bahan mentah

d)

Pengabaian oleh pihak penjajah

32.

Bagaimanakah kerajaan mengatasi ancaman komunis melalui perang saraf?

a)

Memberi tawaran pengampunan

b)

Mengisytiharkan perintah darurat

c)

Memperbesar pasukan keselamatan

d)

Mengenakan hukuman mati

33.

Maklumat berikut berkaitan sukan yang dianjurkan di negara kita.

·       Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)

·       Sukan Malaysia (SUKMA)

          

Apakah tujuan penganjuran sukan tersebut?

a)

Memajukan ekonomi negara

b)

Memperkukuh perpaduan rakyat

c)

Memajukan industri pelancongan

d)

Membina masyarakat berdaya saing

34.

Gambar menunjukkan logo sambutan 50 tahun Rukun Negara.

Apakah maksud warna biru pada logo tersebut?

a)

Amalan perpaduan dalam kesopanan dan kesusilaan

b)

Agama sebagai panduan hidup

c)

Kedaulatan undang-undang

d)

Kesetiaan kepada raja

dan negara

35.

Bagaimanakah kerajaan berjaya menurunkan kadar kemiskinan di Malaysia?

I. Membuka peluang pekerjaan

II. Menyekat kemasukan imigran

III. Menyediakan kemudahan pinjaman

IV. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Senarai berikut berkaitan dengan industri kereta dan motosikal buatan Malaysia

·       PROTON

·       PERODUA

·       MODENAS

Apakah kesan pertumbuhan industri tersebut terhadap negara?

a)

Memajukan bandar terancang

b)

Melahirkan golongan korporat

c)

Meningkatkan pendapatan rakyat

d)

Mengukuhkan pertahanan negara

37.

Maklumat berikut berkaitan dengan pengamalan dasar luar Malaysia.

- Bebas dan berkecuali

- Menjalin hubungan dengan semua negara tanpa mengira ideologi

Apakah faktor yang mempengaruhi dasar luar tersebut?

a)

Ikatan sejarah

b)

Persekitaran luar

c)

Kepentingan nasional

d)

Kebijaksanaan pemimpin

38.

Pada tahun 1992, Malaysia telah membangkitkan isu Bosnia dan Herzegovina yang sedang ditekan oleh Serbia dalam Sidang Kemuncak NAM di Jakarta, Indonesia. 

Apakah kesan daripada tindakan Malaysia tersebut?

a)

Pemimpin PBB ditukar

b)

Bantuan ketenteraan disekat

c)

Kerjasama ekonomi dihentikan

d)

Keahlian Yugoslavia digantung

39.

Maklumat berikut berkaitan dengan tuntutan pertindihan sempadan.

Bagaimanakah tuntutan tersebut diselesaikan?

a)

Mendapatkan bantuan INTERPOL

b)

Menandatangani perjanjian damai

c)

Melalui keputusan Mahkamah Antarabangsa

d)

Meminta campur tangan agensi bukan kerajaan

40.

Malaysia berpandangan bahawa terdapat pertubuhan dunia yang tidak mampu melindungi hak dan kedudukan negara kecil yang sedang membangun. 

Apakah pertubuhan tersebut?

I. Komanwel

II. NAM

III. PBB

IV. OIC

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV