Font size
WorksheetsB2T4 SEJARAH BACK TO BACK QUIZIZZ
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Apakah X ?
Imperialisme
Nasionalisme
Liberalisme
Sekularisme
Apakah persamaan yang terdapat dalam takrifan nasionalisme yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh berikut?
- Hans Kohn
- Dr. R. Suntharalingam
Persamaan dan persaudaraan
Kedudukan unggul dalam negara
Kesetiaan kepada negara dan bangsa
Penentangan terhadap imperialisme
Mengapakah revolusi di England dikenali sebagai Revolusi Keagungan (Glorious Revolution)?
Peralihan kuasa berlaku secara aman
Pengasasan kerajaan atas persetujuan rakyat
Pengisytiharan kemerdekaan diluluskan
Perjuangan kedaulatan suara rakyat
Penduduk Amerika menentang akta yang diperkenalkan oleh British.
Apakah DUA akta tersebut?
Akta Teh
Akta Kopi
Akta Garam
Akta Gula
Apakah DUA tindakan yang dilakukan oleh golongan revolusi dalam Revolusi Perancis 1789?
Menentang pengenalan cukai
Menggempur penjara Bastile
Membebaskan tahanan politik
Melancarkan demonstrasi awam
Mengapakah penduduk Amerika melaungkan slogan "tiada cukai tanpa perwakilan"?
Tuntutan rakyat terhadap kebajikan mereka
Bantahan terhadap pembayaran pelbagai cukai
Ketiadaan wakil Amerika dalam Parlimen British
Penentangan terhadap pemerintahan beraja
Apakah kesan Revolusi Amerika 1776 terhadap Eropah?
Ideologi sekularisme berkembang luas
Sistem pemerintahan beraja runtuh
Kemerosotan kuasa golongan bangsawan
Pengenalan sistem pemerintahan demokrasi
Apakah DUA idea nasionalisme yang tercetus semasa Revolusi Perancis 1789?
Persamaan
Perjuangan
Pembaharuan
Persaudaraan
Persatuan Belia Buddha telah menggunakan isu untuk membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Burma.
Apakah isu tersebut?
Isu pendidikan
Isu kasut
Isu hak wanita
Isu politik
Pertubuhan politik berikut telah membentuk jawatankuasa khas selepas Perang Dunia Kedua di India.
Liga Muslim
Kongres Kebangsaan India (INC)
Mengapakah jawatankuasa khas tersebut dibentuk?
Menggerakkan perang gerila
Melancarkan gerakan dakyah
Merangka pembahagian India
Melakukan penentangan militan
Maklumat berikut berkaitan dengan semangat yang diperkenalkan semasa era Pemulihan Meiji di Jepun.
Apakah kesan pengenalan semangat tersebut terhadap Jepun?
Menjadi negara perindustrian
Mencapai kemajuan pendidikan
Menghalang gerakan anti Barat
Mengatasi kelemahan pemerintahan
Apakah DUA ciri persamaan bagi parti-parti politik berikut?
Bertindak secara revolusi
Pertubuhan bersifat radikal
Bekerjasama dengan penjajah
Pemimpinnya berhaluan sederhana
Pada tahun 1932, Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand.
Apakah kesan revolusi tersebut?
Dasar tutup pintu dikuatkuasakan
Sistem raja berkuasa mutlak berakhir
Pemerintahan republik dilaksanakan
Kuasa pembesar tempatan diperkukuh
Mengapakah nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara-negara lain di Asia Tenggara?
Menentang penjajahan
Menghalau kuasa asing
Mempertahankan kedaulatan negara
Melaksanakan pemerintahan demokrasi
Apakah peranan Maktab Perguruan Sultan Idris semasa perkembangan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu?
Menyebarkan idea kemajuan dan pemodenan
Menggerakkan idea pembaharuan dalam masyarakat
Medan ilmu untuk berbincang dan menghasilkan karya nasionalisme
Melahirkan intelektual berpendidikan Inggeris
Syarikat Jelutong Press telah didirikan di Pulau Pinang.
Apakah kesan daripada penubuhan syarikat tersebut?
Memakmurkan ekonomi
Membuka peluang pekerjaan
Mengembangkan fahaman demokrasi
Menyemarakkan kegiatan nasionalisme
Tokoh pendidikan agama telah berjaya membangkitkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu.
Bagaimanakah kesedaran tersebut dibangkitkan?
Melalui penulisan buku agama
Menggunakan semangat jihad
Penentangan secara gerila
Penubuhan madrasah
PASPAM telah ditubuhkan pada tahun 1934 di Pulau Pinang.
Apakah matlamat penubuhan persatuan tersebut?
Menghasilkan penulisan kesedaran nasionalisme
Menggalakkan ahlinya bersatu padu
Mengumpulkan golongan pemuda
Menuntut kemerdekaan
Jean Jacques Rousseau
Tokoh berikut telah mengemukakan keunggulan suara rakyat dalam Revolusi Perancis 1789.
Apakah gelaran terhadap suara rakyat tersebut?
Kata sepakat
Hasrat umum
Tuntutan rakyat
Impian bersama
Apakah strategi Jose Rizal apabila tuntutan beliau gagal mendapat perhatian kerajaan Sepanyol?
Melancarkan gerakan bersenjata
Membentuk Katipunan
Menjalankan rundingan damai
Menubuhkan Liga Filipina
Gerakan Islah di Mesir muncul disebabkan oleh imperialisme Barat pada abad ke-19.
Apakah seruan gerakan tersebut?
Berpandukan ideologi demokrasi
Mengekalkan pendidikan tradisional
Mengukuhkan Raja Berperlembagaan
Berpegang kepada ajaran Islam sebenar
Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negaranya daripada penjajahan Barat.
Bagaimanakah pemerintah tersebut mencapai hasratnya?
Kekuatan pembesar tempatan
Bantuan daripada negara luar
Diplomasi dan pemodenan
Aspek ketenteraan mantap
Mengapakah masyarakat di China menentang pemerintahan Dinasti Manchu?
Raja membelakangkan undang-undang
Kerabat raja menguasai pentadbiran
Pengaruh barat gagal dihalang
Rakyat dibebani pelbagai cukai
Maklumat berikut berkailan faktor kemunculan nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-20.
• Al-Imam
• Neracha
• Pengasuh
Apakah matlamat penerbitan media cetak tersebut?
Memuatkan idea pembaharuan
Memartabatkan pendidikan wanita
Mementingkan nikmat kebebasan
Memperjuangkan nasib bangsa
Apakah peranan Maharaja Meiji dalam gerakan nasionalisme di Jepun pada tahun 1868?
Meluaskan sempadan
Memodenkan negara
Mengadakan perjanjian
Memperbesar tentera
Pernyataan berikut berkaitan dengan kejayaan gerakan Revolusi China pimpinan Dr. Sun Yat Sen.
1911 => Menewaskan kerajaan Manchuria
Apakah kesan kejayaan tersebut terhadap Tanah Melayu?
Menjamin keselamatan
Mengukuhkan hubungan luar
Memantapkan pemerintahan tempatan
Meningkatkan kesedaran menentang penjajah
Karya kesusasteraan berikut dihasilkan oleh Pak Sako pada abad ke-20.
- Putera Gunung Tahan
- Anak Mat Lela Gila
Apakah mesej yang disampaikan di dalam karya tersebut?
Keperluan melakukan pembaharuan
Kepentingan menikmati kebebasan
Kelemahan sistem pentadbiran
Kemunduran rakyat tempatan
Senarai berikut merupakan tokoh gerakan nasionalisme di negara kita pada awal abad ke-20.
Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin
Haji Abbas Mohd Taha
Syed Sheikh al-Hadi
Apakah yang boleh dikaitkan dengan tokoh-tokoh tersebut?
Pejuang berhaluan kiri
Penulis karya kreatif
Perintis Gerakan Islah
Pengasas pengajian pondok
Tokoh berikut merupakan pemimpin Parti Do Bama Asiayone di Burma.
Apakah matlamat perjuangan tokoh tersebut?
Menuntut kemerdekaan
Mengusir golongan kapitalis
Menamatkan pemberontakan
Mewujudkan golongan pertengahan
Apakah DUA tuntutan rakyat Filipina dalam Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal?
Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol
Hak yang sama seperti bangsa Sepanyol
Pemulihan sistem pemerintahan beraja
Penubuhan universiti untuk mereka
Bill of Rights telah digubal semasa Revolusi Keagungan (1688) di England.
Apakah DUA kuasa parlimen melalui perundangan tersebut?
Mengutip cukai
Melantik penasihat
Mengawal kerajaan
Menggubal undang-undang
Pernyataan berikut merujuk kepada hasil karya Raden Adjeng Kartini.
Habis Gelap Terbitlah Terang
Apakah isu yang diketengahkan melalui penulisan novel di atas?
Kemerosotan kuasa raja
Kemunduran rakyat
Kebebasan bersuara
Kemerdekaan mutlak
Mengapakah Kesatuan Melayu Muda (KMM) dianggap radikal oleh British?
Meminta supaya orang Melayu diberikan peluang dalam pentadbiran
Membangkitkan perasaan anti-British melalui penulisan dalam akhbar dan majalah
Menjalinkan hubungan dengan pemimpin revolusi China
Menyatukan pergerakan orang Melayu melalui kongres atau persidangan
Sasaran golongan revolusi di Perancis adalah terhadap pemerintahan autokratik raja dan bangsawan.
Apakah yang dilakukan oleh golongan atasan itu?
Monopoli pelbagai keistimewaan
Menguasai perindustrian
Menjaga kebajikan rakyat
Mewujudkan persefahaman
Kebangkitan nasionalisme di Burma turut dipengaruhi oleh Revolusi Pelajar.
Apakah faktor tercetusnya revolusi ini?
Menuntut hak bersuara
Menentang pengaruh Barat
Menuntut penubuhan sebuah universiti
Memperjuangkan tradisi Buddha
Mengapakah Revolusi Keagungan di England tercetus pada tahun 1688?
Membentuk negara perindustrian
Menentang birokrasi tradisional
Menuntut kemerdekaan negara
Menegakkan hak asasi rakyat
Apakah kandungan karya Two Treaties of Government yang dihasilkan oleh John Locke?
Kaedah pembinaan negara
Kaedah mentadbir kerajaan
Prinsip raja berperlembagaan
Proses menggubal perlembagaan
Apakah sumbangan Thomas Jefferson dalam Revolusi Amerika 1776?
Menggulingkan raja berkuasa mutlak
Membuat kempen kesedaran nasionalisme
Menulis Perisytiharan Kemerdekaan Amerika
Memperjuangkan prinsip raja berperlembagaan
Bagaimanakah tokoh berikut menggerakkan nasionalisme di Filipina?
Menggerakkan revolusi
Melaksanakan pemulihan agama
Mempelopori gerakan propaganda
Mengadakan permuafakatan politik
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara.
Mengapakah perasaan tersebut penting?
Mendapatkan pengiktirafan dunia
Memperkukuh hubungan luar
Mendaulatkan institusi beraja
Memperoleh kebebasan politik
