wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Quizizz SPM ULANGAN 2022

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, kerajaan manakah mengamalkan Sistem Empat Lipatan dalam pentadbiran?

a)

A

Funan

b)

B

Srivijaya

c)

C

Majapahit

d)

D

Melaka

2.

Undang-undang berikut diamalkan di Negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan British.

• Hukum Kanun Pahang

• Undang-undang 99 Perak

Apakah persamaan undang-undang tersebut?

I Undang-undang bertulis

II Melindungi pembesar

III Diwarisi secara lisan

IV Dipengaruhi Undang-undang Adat

a)

A

I dan II

b)

B

I dan IV

c)

C

II dan III

d)

D

III dan IV

3.

Pernyataan berikut merujuk kepada maksud tulah.

[Kecelakaan yang menimpa seseorang]

Apakah sebab seseorang ditimpa tulah?

a)

A

Menipu dalam perniagaan

b)

B

Melakukan pembunuhan

c)

C

Menderhaka kepada raja

d)

D

Melanggar arahan pembesar

4.

Apakah faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama di Eropah pada tahun 1914 hingga tahun 1918?

a)

A

Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa mengekalkan keamanan

b)

B

Jerman memperbesarkan angkatan tentera

c)

C

Kemunculan ideologi baharu

d)

D

Persaingan kuasa imperialis

5.

Antara yang berikut, faktor manakah telah menyemarakkan kemunculan pergerakan nasionalisme di negara kita?

a)

A

Bantuan negara luar

b)

B

Kegiatan ekonomi pelbagai

c)

C

Galakan daripada kerajaan

d)

D

Kemunculan golongan intelek

6.

Apakah syarat Peranjian Versailles 1919 yang diingkari oleh Jerman?

a)

A

Memperkuatkan angkatan tentera

b)

B

Menjalin kerjasama dengan Rusia

c)

C

Menamatkan hubungan diplomatik

d)

D

Mengeksport senjata ke luar negara

7.

Pakatan kuasa berikut ditubuhkan di Eropah pada awal abad ke-20.

• Pakatan Bertiga

• Kuasa Tengah

Apakah faktor pencetus peperangan antara pakatan kuasa tersebut?

I Perjuangan untuk mengekalkan kemerdekaan

II Perlumbaan untuk memperluaskan kawasan pengaruh

III Persaingan untuk menguasai sumber bahan mentah

IV Percubaan untuk mewujudkan pertubuhan antarabangsa

a)

A

I dan II

b)

B

I dan IV

c)

C

II dan III

d)

D

III dan IV

8.

Berikut adalah kesan Perang Dunia Pertama ke atas Jerman.

• Kehilangan tanah jajahan

• Bayaran pampasan yang tinggi

Apakah tindakan Jerman untuk mengatasi kesan tersebut?

a)

A

Mendapatkan sokongan rakyat

b)

B

Memperbesarkan angkatan tentera

c)

C

Mengukuhkan kedudukan ekonomi

d)

D

Menggabungkan wilayah-wilayah kecil

9.

Mengapakah Jepun menyerang Pearl Harbour pada tahun 1941?

a)

A

Memperjuangkan hak penduduk asal

b)

B

Menghalang kemaraan kuasa Barat

c)

C

Mengekalkan kemerdekaan tanah air

d)

D

Menyekat kebangkitan anti-penjajah

10.

Antara yang berikut, manakah kezaliman yang dilakukan oleh Jepun terhadap penduduk negara kita?

I Membina landasan Keretapi Api Maut

II Merosakkan bangunan sekolah

III Memusnahkan kawasan hutan

IV Melaksanakan catuan makanan

a)

A

I dan II

b)

B

I dan IV

c)

C

II dan III

d)

D

III dan IV

11.

Persidangan Raja-raja Melayu pada bulan April 1946 telah membantah Malayan Union melalui Mahkamah Tinggi di England.

Apakah kandungan Malayan Union sehingga Raja-raja Melayu bertindak demikian?

a)

A

Menghalang pemerintahan tentera

b)

B

Mempertahankan sistem kesatuan

c)

C

Mempertahankan pemerintahan penjajah

d)

D

Menghalang perkongsian kuasa

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan pemimpin Rukun 13 di Sarawak.

• Morshidi Sidek

• Bujang Suntong

• Awang Rambli

Apakah matlamat kumpulan tersebut?

a)

A

Menghapuskan pegawai tinggi British

b)

B

Menolak Perlembagaan Rakyat

c)

C

Memelihara hak peribumi

d)

D

Menuntut kemerdekaan

13.

Mengapakah British mengambil alih Sabah daripada Syarikat Borneo Utara British?

I Mendapatkan bahan mentah

II Memenuhi tuntutan rakyat

III Melaksankan dasar dekolonisasi

IV Menggantikan tanah jajahan

a)

A

I dan II

b)

B

I dan IV

c)

C

II dan III

d)

D

III dan IV

14.

Bandar Sandakan musnah teruk selepas dibom tentera Jepun pada tahun 1945.

Apakah yang berlaku ke atas Sabah ekoran peristiwa tersebut?

a)

A

Pentadbiran SBUB kekal

b)

B

Sabah menuntut kemerdekaan mutlak

c)

C

SBUB menguasai sumber ekonomi Sabah

d)

D

Sabah diserahkan kepada British

15.

Berikut adalah petikan daripada Piagam Atlantik.

"…menghormati hak setiap manusia untuk memilih bentuk kerajaan sendiri dan mahukan hak kedaulatan dan kerajaan sendiri dipulihkan kepada mereka…"

Apakah yang dimaksudkan oleh petikan tersebut?

a)

A

Melaksanakan sistem pengagihan kuasa

b)

B

Melonggarkan syarat memohon kerakyatan

c)

C

Mengurangkan bidang kuasa Majlis Raja-raja

d)

D

Memerdekakan negara yang dijajah

16.

Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran British di Tanah Melayu

Apakah X?

a)

A

Residen

b)

B

Gabenor

c)

C

Ketua Menteri

d)

D

Penasihat British

17.

Maklumat berikut adalah ciri-ciri pentadbiran yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu.

• Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai kerajaan persekutuan

• Sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang-undang dalam Dewan Perundangan Negeri

Apakah pentadbiran tersebut?

a)

A

Gagasan Malayan Union

b)

B

Persekutuan Tanah Melayu 1948

c)

C

Persekutuan Tanah Melayu 1957

d)

D

Pembentukan Malaysia 1963

18.

Maklumat berikut adalah usaha-usaha untuk menyatukan kaum di Tanah Melayu.

• Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)

• Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu

Mengapakah usaha tersebut penting?

a)

A

Merangka Perlembagaan Persekutuan

b)

B

Mempercepatkan kemerdekaan negara

c)

C

Menetapkan syarat kerakyatan

d)

D

Memantapkan Sistem Ahli

19.

British memperkenalkan Sistem Ahli pada tahun 1951.

Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan?

a)

A

Memantapkan sistem pertahanan

b)

B

Mengurangkan tekanan kuasa Barat

c)

C

Mematuhi titah Raja-raja Melayu

d)

D

Melaksanakan dasar dekolonisasi

20.

Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada tahun 1955.

Apakah peranan kabinet tersebut?

I Menjamin keselamatan dalam negeri

II Mengadakan perkhidmatan awam bercorak tempatan

III Memansuhkan penguasaan British sepenuhnya

IV Mewujudkan sistem politik dwiparti

a)

A

I dan II

b)

B

I dan IV

c)

C

II dan III

d)

D

III dan IV

21.

Suruhanjaya Reid telah dibentuk untuk merangka Perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka.

Apakah perkara asas yang dipertimbangkan dalam perlembagaan tersebut?

a)

A

Kedudukan British

b)

B

Jawatan tradisonal

c)

C

Bantahan negara jiran

d)

D

Kuasa autonomi negeri

22.

Mengapakah isu kewarganegaraan Jus soli menjadi perhatian utama semua pihak semasa penggubalan perlembagaan?

a)

A

Menjamin kedudukan ekonomi

b)

B

Mengelakkan pertumpahan darah

c)

C

Mempengaruhi kerakyatan penduduk

d)

D

Mempertahankan pentadbiran British

23.

Apakah prinsip kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka?

I Sistem monarki

II Pengagihan kuasa

III Perlembagaan negara

IV Lambang kebangsaan

a)

A

I dan II

b)

B

I dan IV

c)

C

II dan III

d)

D

III dan IV

24.

Apakah kepentingan kedaulatan kepada sebuah negara yang merdeka?

a)

A

Bebas mendapat kemasukan modal luar

b)

B

Boleh membuat keputusan pentadbiran

c)

C

Bantuan kerajaan jiran mudah diperolehi

d)

D

Berupaya memperkukuh pemerintahan negara

25.

Mengapakah negara memerlukan perlembagaan?

a)

A

Mengekalkan kuasa penuh kerajaan negeri

b)

B

Memberi kebebasan penuh kepada rakyat

c)

C

Mengekalkan kuasa mutlak raja-raja

d)

D

Menetapkan hala tuju pemerintahan negara

26.

Mengapakah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dipinda pada tahun 1963?

a)

A

Pelaksanaan Pilihan raya

b)

B

Pembentukan Malaysia

c)

C

Pembubaran Parlimen

d)

D

Pemansuhan Darurat

27.

Siapakah yang berkuasa terhadap kedudukan agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak beraja mengikut Perlembagaan Persekutuan?

a)

A

Yang di-Pertuan Agong

b)

B

Yang di-Pertua Negeri

c)

C

Perdana Menteri

d)

D

Ketua Menteri

28.

Pernyataan yang manakah benar berkaitan kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong?

a)

A

Meminda Perlembagaan

b)

B

Melantik Perdana Menteri

c)

C

Menentukan tarikh pilihan raya

d)

D

Meluluskan undang-undang negeri

29.

Apakah bidang kuasa Badan Kehakiman dalam Perlembagaan Persekutuan?

I Melantik Jemaah Menteri

II Menentukan kesahihan undang-undang

III Membatalkan akta yang bercanggah dengan Perlembagaan

IV Menentukan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong

a)

A

I dan II

b)

B

I dan IV

c)

C

II dan III

d)

D

III dan IV

30.

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bekerjasama dalam memelihara khazanah negara.

Pasangan pernyataan yang manakah betul?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

31.

Malaysia Agreement (MA63) ditandatangani pada Julai 1963 di London.

Wilayah manakah yang telah menandatangani perjanjian tersebut?

I Brunei

II Filipina

III Sarawak

IV Singapura

a)

A

I dan II

b)

B

I dan IV

c)

C

II dan III

d)

D

III dan IV

32.

Maklumat berikut merupakan peristiwa yang berlaku di Indonesia.

Apakah kesan daripada peristiwa tersebut terhadap pembentukan Malaysia?

a)

A

Sistem beraja pulih

b)

B

Perang Dingin bermula

c)

C

Pakatan tentera dibentuk

d)

D

Dasar Konfrontasi berakhir

33.

Lee Kuan Yew menggunakan alasan berikut untuk membawa masuk Singapura dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

• Mempercepatkan proses kemerdekaan

• Melemahkan ancaman komunis

Mengapakah Singapura dipisahkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965?

a)

A

Menghormati hak kaum bumiputera

b)

B

Enggan mematuhi dasar kerajaan

c)

C

Memohon naungan pihak British

d)

D

Tidak mengiktiraf parti berhaluan kiri

34.

Dasar Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan melalui Penyata Razak 1956 yang dimaktubkan dalam ordinan Pelajaran Kebangsaan 1957.

Apakah matlamat Dasar Pelajaran Kebangsaan?

I Melahirkan tenaga mahir

II Memperkukuhkan identiti kaum

III Mempelbagaikan bahasa pengantar

IV Memupuk semangat perpaduan

a)

A

I dan II

b)

B

I dan IV

c)

C

II dan III

d)

D

III dan IV

35.

Maklumat berikut berkaitan dengan usaha kerajaan selepas negara mencapai kemerdekaan.

[Memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu]

Bagaimanakah penggunaan bahasa mampu memupuk integrasi nasional?

I Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

II Menggunakan Bahasa Melayu dalam majlis keramaian

III Menggunakan Bahasa Melayu dalam perjanjian kerajaan

IV Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

a)

A

I dan II

b)

B

I dan IV

c)

C

II dan III

d)

D

III dan IV

36.

Dasar Kebudayaan memperkenalkan Program Citrawarna pada tahun 1999.

Apakah tujuan program Citrawarna Malaysia diperkenalkan?

a)

A

Mencungkil bakat baharu

b)

B

Menarik kehadiran pelancong

c)

C

Menggalakkan gaya hidup sihat

d)

D

Menyuburkan kebudayaan asing

37.

Berikut adalah senarai bantuan yang disediakan oleh agensi kerajaan.

• Biji benih

• Peralatan pertanian

• Pinjaman kewangan

Apakah agensi yang dikaitkan dengan maklumat tersebut?

I Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN)

II Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

III Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

IV Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

a)

A

I dan II

b)

B

I dan IV

c)

C

II dan III

d)

D

III dan IV

38.

Berikut adalah tokoh-tokoh yang terlibat dalam membina kemakmuran negara.

Dr. Rais Saniman = Malaysia

Dr. Just Faaland = Norway

Dr. Jack R. Parkinson = Britain

Apakah sumbangan tokoh tersebut?

a)

A

Mewujudkan Dasar Perindustrian Berat

b)

B

Mengemaskinikan sistem pentadbiran

c)

C

Memantapkan sistem pendidikan

d)

D

Merangka Dasar Ekonomi Baru

39.

Perjanjian berkaitan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) ditandatangani pada sidang Kemuncak ASEAN 1992 di Singapura.

Apakah kepentingan perjanjian tersebut terhadap Malaysia?

a)

A

Mempertingkatkan ekonomi negara

b)

B

Memajukan kualiti perkhidmatan

c)

C

Menggalakkan perindustrian kecil

d)

D

Meluaskan kawasan perindustrian

40.

Semasa Deklarasi Langkawi pada tahun 1991, Malaysia telah memperkenalkan Anugerah Langkawi.

Apakah tujuan anugerah tersebut diperkenalkan?

a)

A

Menghargai sumbangan dalam bidang keamanan

b)

B

Menghargai sumbangan dalam bidang alam sekitar

c)

C

Menggalakkan penglibatan dalam bidang teknologi

d)

D

Mengiktiraf penglibatan dalam bidang kemanusiaan