wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SKOR A SEJARAH BAB1TING4

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Kerajaan Champa, Srivijaya, Majapahit dan Gangga Negara.

Apakah warisan kerajaan tersebut terhadap Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Ciri-ciri negara bangsa

b)

Asas pembentukan negara

c)

Kedaulatan undang-undang

d)

Lambang kebesaran kerajaan

2.

Undang-Undang Kutara Manawa telah diguna pakai di Kerajaan Alam Melayu. Apakah kerajaan tersebut?

a)

Kerajaan Funan

b)

Kerajaan Srivijaya

c)

Kerajaan Majapahit

d)

Kerajaan Kedah Tua

3.

Ciri-ciri Negara Bangsa Alam Melayu ialah Undang-Undang, Raja, Rakyat dan __________________________.

a)

Kerajaan

b)

Kedaulatan

c)

Lambang Kebesaran

d)

Wilayah Pengaruh

4.

Raja Champa dianggap sebagai pemerintah yang suci. Apakah gelaran untuk hubungkait dengan pemerintah tersebut?

a)

Dewa Siva

b)

Dewa Raja

c)

Dewa Vishnu

d)

Dewa Krishna

5.

Raja di Kerajaan Alam Melayu mendapat penghormatan yang tinggi daripada rakyat. Mengapa?

a)

Merupakan tonggak utama kerajaan

b)

Menjadi perantara dengan pembesar

c)

Mengelakkan pencerobohan kuasa luar

d)

Memelihara kebajikan di kawasan pegangan

6.

Sebuah kerajaan Tanah Melayu telah mewarisi asas negara bangsa dari Kerajaan Srivijaya. Apakah kerajaan Tanah Melayu tersebut?

a)

Perlis

b)

Melaka

c)

Selangor

d)

Terengganu

7.

Kesultanan Melayu Melaka telah mempunyai ciri negara bangsa iaitu KERAJAAN. Apakah bukti menyokong pernyataan tersebut?

a)

Kewujudan raja

b)

Ketaatan rakyat

c)

Kewujudan pembesar

d)

Kemajuan perdagangan

8.

ORANG LAUT dan ORANG MELAKA merupakan rakyat di sebuah kerajaan Alam Melayu. Apakah kerajaan Alam Melayu tersebut?

a)

Kesultanan Pahang

b)

Kesultanan Kelantan

c)

Kesultanan Johor-Riau

d)

Kesultanan Melayu Melaka

9.

Kesultanan Melayu Melaka telah berjaya meluaskan pengaruh ke PAHANG, INDERAGIRI dan KUALA LINGGI. Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka memperoleh kerajaan tersebut?

a)

Pertuanan

b)

Peperangan

c)

Perkahwinan

d)

Persahabatan

10.

Inskripsi Telaga Batu telah dibina oleh Raja Srivijaya. Mengapakah ia dibina?

a)

Lokasi pembesar mengutip cukai

b)

Tempat upacara taat setia rakyat

c)

Tempat penyebaran agama Hindu

d)

Lokasi pengesahan daripada Tuhan

11.

Kesultanan Johor-Riau telah berjaya mengukuhkan ciri-ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu. Bagaimanakah tindakan kesultanan tersebut?

a)

Mengeratkan hubungan luar

b)

Menjalankan perluasan kuasa

c)

Menekankan kepentingan Islam

d)

Mengelakkan campur tangan Barat

12.

Apakah gelaran pemerintah Kesultanan Melayu Melaka selepas kedatangan Islam?

a)

Datu

b)

Sultan

c)

Yamtuan

d)

Yang Dipertuan

13.

KEDAULATAN merupakan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka. Apakah kepentingan ciri negara bangsa tersebut?

a)

Pembesar dilantik oleh sultan

b)

Sultan dapat mengawal rakyat

c)

Rakyat mematuhi undang-undang

d)

Pentadbiran pusat berjalan lancar

14.

Kerajaan Majapahit menghadiahkan Siantan kepada Sultan Mansur Shah. Mengapakah kerajaan Majapahit bertindak demikian?

a)

Merapatkan hubungan persahabatan

b)

Mengelakkan penaklukan Melaka

c)

Mengahwini Puteri Majapahit

d)

Menyebarkan agama Islam

15.

KEDAH, PATANI, LINGGA merupakan wilayah naungan kepada Kesultanan Melayu Melaka. Apakah tindakan wilayah tersebut terhadap Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Membina istana

b)

Menerima ketuanan

c)

Menyerah bunga emas

d)

Memberi kerahan tenaga

16.

Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka memperoleh wilayah naungan?

a)

Perkahwinan dan persahabatan

b)

Peperangan

c)

Perdagangan

d)

Serangan fizikal

17.

Apakah persamaan UNDANG-UNDANG PAHANG dan UNDANG-UNDANG 99 PERAK?

a)

Mengamalkan upacara kesetiaan kepada raja

b)

Menerima pengiktirafan daripada Dinasti Ming

c)

Mewarisi perundangan Kesultanan Melayu Melaka

d)

Meluaskan pengaruh melalui hubungan persahabatan

18.

Apakah fungsi cop mohor Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Menjadi identiti Sultan

b)

Mengakui kedaulatan Sultan

c)

Mengukuhkan kekuasaan Sultan

d)

Mengesahkan arahan Sultan

19.

Kesultanan Melayu Melaka telah mempunyai pentadbiran yang tersusun. Apakah sistem pentadbiran tersebut?

a)

Pembesar pusat

b)

Pembesar Berempat

c)

Pembesar Empat Lipatan

d)

Pembesar Jemaah Menteri

20.

Berikut adalah kuasa pentadbiran yang diterima oleh Pembesar Berempat daripada Sultan Melaka kecuali

a)

wilayah

b)

sungai

c)

pulau

d)

kampung

21.

Pembesar Berempat di Kesultanan Melayu Melaka telah memperoleh kawasan pegangan. Bagaimanakah kawasan pegangan tersebut diperoleh?

a)

Perluasan kuasa

b)

Pengurniaan Sultan

c)

Hubungan diplomatik

d)

Hubungan keagamaan

22.

Siapakah pembesar yang membantu pentadbiran di Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Syahbandar, Bentara dan Penghulu

b)

ketua Adat, Lembaga dan Golongan Bangsawan

c)

Temenggung, Lembaga dan Penghulu

d)

Bendahari, Ketua Adat dan Hulubalang

23.

Kesultanan Melayu Melaka terkenal kerana kejayaan mewujudkan keamanan di darat dan di laut. Bagaimanakah kejayaan tersebut tercapai?

a)

Jaminan keselamatan oleh Siam

b)

Ancaman lanun berjaya dibanteras

c)

kerjasama dari masyarakat tempatan

d)

pelaksanaan pentadbiran peringkat pusat

24.

Apakah jawatan yang bertanggungjawab sebagai penasihat sultan, Pemangku Sultan dan juga ketua Turus angkatan tentera?

a)

Bendahara

b)

Laksamana

c)

Syahbandar

d)

Temenggung

25.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem kewangan yang teratur. Apakah punca kewangan kerajaan tersebut?

a)

Urusan perdagangan dan bayaran ufti

b)

Rampasan perang

c)

Hasil pertanian

d)

hasil laut

26.

Apakah tugas pembesar peringkat jajahan di Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Mengutip cukai

b)

menasihati sultan

c)

Mengetuai permuafakatan

d)

mengawal perbendaharaan

27.

Apakah tugas Temenggung?

a)

Menjaga keselamatan kota Melaka

b)

menjadi panglima angkatan tentera

c)

mengutip cukai di pelabuhan

d)

menguruskan perbendaharaan secara teratur

28.

Apakah tugas Syahbandar?

a)

Panglima angkatan tentera laut Melaka

b)

Menjaga keselamatan di daratan

c)

mengutip cukai di pelabuhan

d)

Pemangku sultan

29.

Pembesar peringkat jajahan Kesultanan Melaka berperanan menguruskan pentadbiran di daerah dan kampung. Siapakah pihak yang melantik pembesar tersebut?

a)

Sultan dan Kerabat diraja

b)

Orang Kaya dan golongan bangsawan

c)

Bentara dan Pembesar Berempat

d)

Sultan dan Pembesar berempat

30.

Apakah hukuman yang dikenakan kepada rakyat Melaka yang ingkar arahan dan memalsukan titah Sultan?

a)

Bayar denda

b)

Kerahan tenaga

c)

Buang negeri

d)

Hukuman bunuh

31.

Hukum Kanun Melaka telah menetapkan hukuman setimpal terhadap perbuatan jenayah. Apakah jenis perbuatan jenayah tersebut?

a)

Berjudi, minum arak dan merompak

b)

Membunuh, menikam dan mencuri

c)

Menipu, berzina dan mencuri

d)

Bergaduh, berjudi dan minum arak

32.

Hukum Kanun Melaka terdiri daripada 44 fasal. Apakah kandungan fasal 1 undang-undang tersebut?

a)

Jenayah

b)

Ekonomi

c)

peranan sultan

d)

Isu kekeluargaan

33.

Mengikut isu kekeluargaan, terdapat larangan yang dikenakan kepada hamba abdi dan wanita di Melaka. Apakah larangan tersebut?

a)

Membayar cukai

b)

Menjalankan urus niaga

c)

Menjadi saksi nikah

d)

Menguruskan pelayaran

34.

Berikut adalah ciri-ciri urusniaga yang perlu dipatuhi oleh peniaga dalam Fasal 30 Hukum Kanun Melaka KECUALI

a)

Amalan riba diharamkan

b)

Melafazkan niat jual beli

c)

Akil baligh

d)

membenarkan hutang

35.

Apakah ciri-ciri perdagangan Islam yang ditetapkan dalam Hukum Kanun Melaka?

a)

Pengamalan berjimat cermat

b)

Penubuhan baitulmal

c)

Pembayaran zakat

d)

Pengharaman riba

36.

Apakah persamaan sumbangan NAKHODA JENAL, NAKHODA DIRI dan NAKHODA SAHAK?

a)

Menguasai ilmu pelayaran laut dalam

b)

Mengelakkan campur tangan kuasa asing

c)

mengemaskinikan urusan pengutipan cukai

d)

mengusahakan Undang-Undang Laut Melaka

37.

Merujuk Fasal 13.1 dalam Undang-Undang Laut Melaka, Nakhoda perlu diberi keutamaan untuk berniaga mengikut tempoh yang dibenarkan. Apakah tempoh yang dibenarkan?

a)

2 hari

b)

4 hari

c)

3 hari

d)

5 hari

38.

Undang-Undang Laut Melaka mengenakan hukuman terhadap perbuatan jenayah di atas kapal. Apakah perbuatan jenayah tersebut?

a)

Bergaduh, mengamalkan riba dan menipu

b)

Mencuri, membunuh, memberontak

c)

Menipu, berzina dan berjudi

d)

Berjudi, berzina dan minum arak

39.

Berikut adalah ilmu pelayaran yang menjadi rujukan malim KECUALI

a)

keadaan ombak

b)

Kedudukan bulan dan bintang

c)

keadaan arus

d)

ketahanan kapal

40.

Menurut Fasal 9, malim akan dijatuhkan hukuman sekiranya lalai dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan pelanggaran dan kerosakan. Apakah hukuman tersebut?

a)

Dijatuhi hukuman bunuh

b)

Dibuang negeri

c)

Dilicutkan jawatan

d)

Diturunkan pangkat

41.

Mengapakah pemerintah dan rakyat zaman Kesultanan Melayu Melaka perlu mengamalkan konsep WAADAT?

a)

Menjaga kebajikan rakyat

b)

mengawal tingkah laku sultan

c)

Mengekalkan kedudukan raja

d)

Menjamin kesejahteraan kerajaan

42.

Peranan pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka ialah mengutip hasil daripada rakyat. Bagaimanakah kutipan hasil tersebut dilakukan?

a)

Sistem paksa

b)

Sistem serah

c)

Sistem kerah

d)

Sistem titah

43.

Golongan pemerintah terdiri daripada Sultan, Pembesar, Kerabat raja dan _____________________.

a)

Sasterawan

b)

Pedagang

c)

Petani

d)

Ulama

44.

Hamba dalam kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada hamba raja, hamba berhutang dan _________________________.

a)

Hamba tawanan

b)

Hamba biasa

c)

Hamba perang

d)

Hamba perniagaan

45.

Apakah peranan rakyat Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Mengutip hasil

b)

Menjaga keselamatan

c)

Membekalkan makanan

d)

Membina istana

46.

Berdasarkan Undang-Undang Laut Melaka terdapat pelbagai jenis cukai yang dikenakan dalam urusan pelayaran dan perdagangan. Apakah cukai yang dimaksudkan?

a)

Cukai kuala

b)

Cukai diraja

c)

Cukai kepala

d)

Cukai perjalanan

47.

Pembesar memainkan peranan penting dalam memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan. Apakah peranan tersebut?

a)

Mengadakan hubungan diplomatik

b)

Memperkenalkan undang-undang

c)

Menjatuhkan hukuman kepada pesalah

d)

Menjadi pengantara sultan dan rakyat

48.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang mantap dan tersusun. Apakah sistem pentadbiran yang dimaksudkan?

a)

Pentadbiran wilayah

b)

Raja Berperlembagaan

c)

Pemerintahan tempatan

d)

Pembesar Empat Lipatan

49.

Apakah maksud WAADAT?

a)

Perjanjian

b)

Aktiviti perdagangan

c)

Sistem percukaian

d)

Sistem timbang dan sukat

50.

Rakyat dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada pelbagai golongan iaitu peniaga, petani, tukang dan ______________________________.

a)

nelayan

b)

buruh

c)

artisan

d)

ahli muzik