wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENILAIAN PENGETAHUAN AKHIR PERCUBAAN LEVEL 3

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Berapakah faktor ruang pendawaian bagi sistem pendawaian sesalur (trunking)?

a)

30%

b)

35%

c)

40%

d)

45%

2.

Apakah maksud TKN pada spesifikasi sebuah pengasing di dalam kotak agihan pendawaian tiga fasa?

a)

Pengasing tiga kutub

b)

Pengasing tiga kutub beserta neutral

c)

Pengasing tiga kutub penggunaan tanpa neutral

d)

Pengasing tiga kutub penggunaan beserta tiga neutral

3.

Apakah nama kabel pelindung yang disambung terus kepada elektrod bumi dengan menggunakan logam pengapit bumi atau secara skru?

a)

Kabel bumi

b)

Kabel hidup

c)

Kabel utama

d)

Kabel neutral

4.

Apakah jenis bangunan yang disarankan dalam penggunaan sistem pendawaian jenis tiga fasa?

a)

Gazebo taman

b)

Pondok rekreasi

c)

Bangunan kilang industri

d)

Reban atau kandang ternakan

5.

Apakah definisi aksesori yang tepat bagi pendawaian elektrik?

a)

Bahan yang dipasang semasa proses mendawai.

b)

Peralatan yang dipasang mengikut kehendak pepasangan.

c)

Peralatan yang digunakan bagi proses pendawaian dan pepasangan.

d)

Kelengkapan elektrik yang dipasang mengikut keperluan pepasangan.

6.

Nyatakan kegunaan pena uji (testpen) ketika melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik.

a)

Membuat tanda pada peranti perlindungan.

b)

Menguji kehadiran bekalan arus elektrik pada litar.

c)

Menulis maklumat yang diperlukan di dalam laporan penyelenggaran.

d)

Memotong kabel dan membuka skru yang digunakan di dalam pendawaian.

7.

Berapakah faktor ruang pendawaian bagi sistem pendawaian pembuluh (conduit)?

a)

30%

b)

35%

c)

40%

d)

45%

8.

Berapakah jumlah terminal sambungan kabel yang terdapat pada meter kilowatt jam tiga fasa yang dipasang diluar rumah dan sebelum suis utama sebuah pendawaian?

a)

4 terminal

b)

6 terminal

c)

8 terminal

d)

10 terminal

9.

Nyatakan nama sistem pendawaian elektrik yang menggunakan aksesori pada rajah di sebelah.

a)

Sistem pendawaian salur

b)

Sistem pendawaian sesalur

c)

Sistem pendawaian pembunuh

d)

Sistem pendawaian permukaan

10.

Pilih tujuan yang betul bagi penggunaan sistem pendawaian sesalur ketika membuat pendawaian elektrik tiga fasa.

a)

Menjimatkan penggunaan kabel.

b)

Dapat menghalang kebocoran arus.

c)

Mudah untuk mengantung lampu hiasan.

d)

Dapat menampung bilangan kabel yang banyak.

11.

Mengapakah kabel jenis PVC/PVC perlu digunakan ketika melakukan jenis pendawaian sistem permukaan?

a)

Supaya kelihatan lebih kemas.

b)

Mengikut kehendak pelanggan.

c)

Kabel jenis PVC/PVC murah dan mudah didapati.

d)

Ia terdedah pada keaadaan sekeliling dan kerosakan mekanikal.

12.

Apakah yang akan berlaku sekiranya kabel neutral bersentuhan dengan kabel bumi semasa menerima bekalan tiga fasa?

a)

Tiada apa-apa akan berlaku.

b)

Berlaku kerosakan litar pintas.

c)

Berlaku kerosakan arus bocor ke bumi.

d)

Berlaku kerosakan peranti perlindungan.

13.

Pilih cara-cara yang betul bagi mengelakkan terjadinya kebocoran arus ke bumi.

I.    Bertebat satu lapis

II.  Bertepat sepenuhnya

III. Membumikan semua logam yang terdedah

IV.Mengasingkan logam agar tidak bersentuh dengan bahagian yang membawa arus

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

14.

Bagaimanakah prosedur melakukan pemeriksaan rintangan penebatan pada pendawaian tiga fasa?

a)

On bekalan, tanggalkan beban, On suis beban, pastikan bacaan penebatan lebih daripada 1 mega ohm.

b)

Off bekalan, tanggalkan beban, On suis beban, pastikan bacaan penebatan lebih daripada 1 mega ohm.

c)

On bekalan, tanggalkan beban, On suis beban, pastikan bacaan penebatan kurang daripada 1 mega ohm.

d)

Off bekalan, tanggalkan beban, On suis beban, pastikan bacaan penebatan kurang daripada 1 mega ohm.

15.

Apakah nama bahagian yang bertanda A pada rajah di tepi?

a)

Getah

b)

Pengalir

c)

Penebat

d)

Pelindung

16.

Apakah maksud arus kepekaan 10mA yang terdapat pada sebuah peranti arus baki (PAB) yang diletakkan di dalam papan agihan sebuah pendawaian?

a)

Nilai arus maksima yang boleh melalui PAB tersebut.

b)

Nilai arus maksima yang dibenarkan melalui PAB tersebut.

c)

Nilai arus kebocoran bumi lebih 10mA akan membuat PAB itu terpelantik.

d)

Nilai arus kebocoran bumi kurang 10mA akan membuat PAB itu terpelantik.

17.

Pilih prosedur yang betul untuk menguji nilai voltan bekalan tiga fasa dalam sebuah litar pendawaian tiga fasa.

a)

On bekalan arus, set meter pengujian kepada VAC 500 volt, periksa bekalan R-N, Y-N dan B-N.

b)

On bekalan arus, set meter pengujian kepada VDC 500 volt, periksa bekalan R-N, Y-N dan B-N.

c)

On bekalan arus, set meter pengujian kepada nilai 1 ribu ohm, periksa bekalan R-N, Y-N dan B-N.

d)

On bekalan arus, set meter pengujian kepada nilai 1 mega ohm, periksa bekalan R-N, Y-N dan B-N.

18.

Apakah yang akan berlaku sekiranya kabel fasa biru bersentuhan dengan kabel fasa merah semasa menerima bekalan jenis tiga fasa?

a)

Tiada apa-apa akan berlaku.

b)

Berlaku kerosakan litar pintas.

c)

Berlaku kerosakan arus bocor ke bumi.

d)

Berlaku kerosakan arus peranti perlindungan.

19.

Pilih diantara jawapan di bawah yang BUKAN berfungsi sebagai peranti perlindungan lebihan arus mengikut prosedur pemasangan kotak agihan dalam pendawaian jenis tiga fasa.

a)

Fius

b)

Bank kapasitor

c)

Peranti arus baki

d)

Pemutus litar kenit

20.

Pilih diantara jawapan di bawah BUKAN cara yang betul untuk mengurangkan nilai rintangan elektrod bumi sekiranya rintangan elektrod bumi melebihi 10 ohm.

a)

Menanam elektrod secara selari.

b)

Menabur serbuk besi di sekeliling rod.

c)

Menabur serbuk garam di sekeliling rod.

d)

Menggunakan rod yang disalut dengan getah.

21.

Nyatakan jenis kabel yang sering digunakan ketika melakukan kerja-kerja pendawaian di kawasan persekitaran yang basah atau berair?

a)

Kabel jenis Steel Wire Armor

b)

Kabel jenis Polyethylene chloride

c)

Kabel jenis Crosslinked Polyethylene

d)

Kabel jenis Mineral Insulated Copper Cable

22.

Berdasarkan prosedur pendawaian elektrik tiga fasa, pilih jawapan yang BUKAN jenis sistem pendawaian yang digunakan di kawasan rumah atau bangunan.

a)

Sistem pendawaian konduit

b)

Sistem pendawaian permukaan

c)

Sistem pendawaian tersembunyi

d)

Sistem pendawaian talian atas voltan rendah

23.

Apakah kod warna bagi pendawaian elektrik samada menggunakan sistem pendawaian jenis conduit atau trunking berdasarkan prosedur standard kod warna ketika berada di tapak pembinaan?

a)

Warna oren

b)

Warna biru

c)

Warna hijau

d)

Warna merah

24.

Mengapakah kerja-kerja pendawaian tersembunyi di kawasan industri perlu ditambahkan dengan lebih perlindungan seperti conduit GI?

a)

Supaya kelihatan lebih kemas.

b)

Mengikut kehendak pengusaha industri

c)

Supaya kerja menjadi lebih cepat dan mudah.

d)

Ia terdedah kepada suhu sekeliling dan kerosakan mekanikal.

25.

Berdasarkan prosedur pemeriksaan pendawaian tiga fasa, apakah yang akan berlaku sekiranya pendawai membiarkan turutan fasa yang salah dalam sebuah pendawaian tiga fasa?

a)

Beban yang dipasang akan rosak atau meletup.

b)

Kepekaan peranti perlindungan akan terganggu.

c)

Kesemua beban yang dipasang akan mengalami gangguan bekalan semada dihidupkan.

d)

Arah pusingan rotor pada pemasangan motor akan berputar terbalik iaitu pada arah lawan pusingan jam.

26.

Ketika ingin membuat laporan berkenaan sistem pendawaian tiga fasa, anda dikehendaki untuk menguji pendawaian menggunakan Sequence Tester. Apakah kegunaan peralatan pengujian Sequence tester tersebut?

a)

Memastikan tidak berlaku kerosakan litar pintas.

b)

Memastikan tidak berlaku kerosakan litar terbuka.

c)

Memastikan pemasangan turutan fasa adalah betul.

d)

Memastikan kepekaan peranti perlindungan memutuskan bekalan.

27.

"Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan pendawaian elektrik dengan jisim bumi bagi mengadakan laluan mudah dengan galangan atau rintangan yang rendah ke bumi."

Apakah tujuan sebenar sistem pepasangan elektrik dibumikan ?

a)

Permintaan pengguna

b)

Menghadkan voltan berlebihan

c)

Dapat memberi keuntungan kepada pendawai

d)

Menampakkan pendawaian lebih kemas dan cantik

28.

Mengapakah litar lampu di rumah kediaman di sambung secara selari?

a)

Pendawaian mudah dilakukan.

b)

Boleh menjimatkan tenaga elektrik.

c)

Boleh menjimatkan kos pendawaian.

d)

Litar lampu boleh dikawal secara individu.

29.

Apakah jenis suis yang digunakan di kawasan yang luas atau berasingan berdasarkan prosedur pemasangan aksesori pendawaian elektrik?

a)

Suis satu hala dan suis dua hala

b)

Suis dua hala dan suis perantaraan

c)

Suis satu hala dan suis perantaraan

d)

Suis dua kutub dab suis perantaraan

30.

Bagaimanakah prosedur melakukan pemeriksaan rintangan penebatan pada kabel perlindungan dalam pendawaian tiga fasa?

a)

Pastikan litar dihidupkan, periksa kabel neutral dengan R,Y,B dan E, Pastikan bacaan lebih dari 10 ohm.

b)

Pastikan litar dihidupkan, periksa kabel neutral dengan R,Y,B dan E, Pastikan bacaan kurang dari 10 ohm.

c)

Pastikan litar dimatikan, periksa kabel neutral dengan R,Y,B dan E, Pastikan bacaan lebih daripada 1 mega ohm

d)

Pastikan litar dimatikan, periksa kabel neutral dengan R,Y,B dan E, Pastikan bacaan kurang daripada 1 mega ohm.

31.

Nyatakan pemasangan jenis lampu yang sesuai digunakan di luar rumah kediaman berdasarkan buku garis panduan pendawaian elektrik pepasangan domestik.

a)

Lampu kalis air.

b)

Lampu kalis angin.

c)

Lampu kalis angin.

d)

Lampu kalis bunyi.

32.

Apakah sistem pendawaian elektrik yang memerlukan peralatan khas seperti stock and dies agar pendawaian itu dapat dijalankan?

a)

Sistem pendawaian sesalur

b)

Sistem pendawaian pembuluh

c)

Sistem pendawaian permukaan

d)

Sistem pendawaian tersembunyi

33.

Jenis-jenis sistem pembumian mempunyai kaitan dengan punca bekalan pengguna yang dibekalkan oleh pihak berkuasa bekalan. Pilih jenis sistem pembumian yang telah diluluskan oleh IEE.

I.    Sistem TT

II.  Sistem IT

III. Sistem TN

IV. Sistem TN-C

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

34.

Nyatakan alat perlindungan elektrik yang dipasang di dalam papan agihan selepas meter kilowatt jam.

a)

Suis utama

b)

Peranti arus baki

c)

Pemutus litar kenit

d)

Peranti perlindungan lonjakan

35.

Apakah pakaian keselamatan elektrik yang sesuai digunakan ketika ingin melakukan ujian melibatkan penglihatan di tapak pembinaan

a)

Sarung tangan

b)

Kasut keselamatan

c)

Abah-abah keselamatan

d)

Cermin mata keselamatan

36.

Pilih nilai bekalan voltan tiga fasa dan frekuensi yang betul bagi pendawaian elektrik tiga fasa di Malaysia.

a)

400V dan 50Hz

b)

410V dan 50Hz

c)

415V dan 70Hz

d)

450V dan 70Hz

37.

Berikan persediaan yang paling sesuai sebelum melakukan pengujian pendawaian elektrik tiga fasa.

a)

Membuat salinan SOP yang perlu dipatuhi di dalam bengkel.

b)

Menyediakan kelengkapan set spanar dan set lukisan mekanikal.

c)

Menyediakan lampiran laporan kehadiran dan kemalangan semasa bekerja.

d)

Menyediakan alat uji pendawaian elektrik yang bersesuaian dengan keadaan yang ingin diuji.

38.

Apakah dua (2) nama sistem agihan yang digunakan dalam pendawaian tiga fasa bagi sebuah kediaman?

a)

Sistem agihan pembekal dan sistem agihan pengguna.

b)

Sistem agihan berselerak dan sistem agihan setempat.

c)

Sistem agihan pemutus dan sistem agihan sambungan.

d)

Sistem agihan litar kuasa dan sistem agihan litar pencahayaan.

39.

Apakah yang dimaksudkan dengan alat perlindungan MCCB?

a)

Most Case Circuit Break.

b)

Moulded Case Current Break

c)

Moulded Case Circuit Breaker

d)

Miniature Current Circuit Breaker

40.

Apakah kaedah yang boleh digunakan pada pendawaian trunking supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan berikutan rentangan kabel yang banyak?

a)

Menggunakan marker pen white board sebagai tanda jangkamasa lama.

b)

Menggulung dan memintal setiap kumpulan kabel di sepanjang rentangan.

c)

Menggunakan warna kabel yang unik selain daripada warna asas yang diguanakan.

d)

Mengasing, mengikat dan melabel setiap kumpulan kabel pada rentangan didalam trunking.

41.

Apakah kepentingan dalam menanda kabel semasa melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik?

a)

Memudahkan proses mengenal pasti kabel dan jimatkan masa.

b)

Membantu mengurangkan penggunaan kabel yang akan direntang.

c)

Prestasi kerja pendawaian akan meningkat dan menjimatkan kos kewangan.

d)

Tamatan kabel akan menjadi kukuh dan sukar berlaku sebarang kerosakan pada pendawaian.

42.

Di antara berikut, yang manakah BUKAN peranti perlindungan leihan arus yang terdapat didalam sebuah papan agihan elektrik?

a)

Suis utama

b)

Fius pemotong

c)

Peranti arus baki

d)

Pemutus litar kenit

43.

Berapakah saiz kabel dan nilai kadaran MCB yang dibenarkan oleh suruhanjaya tenaga bagi pepasangan dua soket alir keluar 13 amp jenis jejari ?

a)

1.5mm2 dan 6A

b)

2.5mm2 dan 20A

c)

4.0mm2 dan 20A

d)

4.0mm2 dan 32A

44.

Apakah jenis sistem pendawaian yang TIDAK sesuai digunakan bagi pendawaian elektrik bekalan tiga fasa?

a)

Pendawaian sesalur

b)

Pendawaian pembuluh

c)

Pendawaian permukaan

d)

Pendawaian tersembunyi

45.

Apakah kelebihan pemasangan sistem pendawaian sesalur (trunking) ?

I.      Kerja pemasangan yang lambat

II.    Perlindungan mekanikal yang baik

III.   Dapat menampung kabel yang banyak

IV.  Tidak mudah dirosakkan oleh perubahan suhu dan cuaca

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

46.

Cadangkan alat yang sesuai digunakan untuk membuat bengkokan sesalur logam mengikut prosedur pendawaian elektrik tiga fasa.

a)

Hair dryer

b)

Spring bender

c)

Stock and dies

d)

Conduit bender

47.

Apakah yang dimaksudkan dengan RCD yang terletak di dalam papan agihan elektrik?

a)

Residual Circuit Device

b)

Residual Current Device

c)

Resistance Circuit Device

d)

Resistance Cureent Device

48.

Apakah nama sistem pendawaian yang ditunjukkan dalam gambarajah di tepi?

a)

Sistem pendawaian trunking

b)

Sistem pendawaian conduit

c)

Sistem pendawaian cable tray

d)

Sistem pendawaian permukaan

49.

Sarankan cara pemasangan yang paling sesuai bagi sistem pendawaian kabel bawah tanah ?

I.    Pemasangan dari papan agihan rumah kediaman ke lampu

II.  Pemasangan litar akhir dari papan agihan rumah kediaman

III. Pemasangan dari papan suis utama ke papan suis sub utama

IV.Pemasangan dari pencawang ke tiang penghantaran talian atas

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

50.

Kirakan jumlah arus maksimum bagi 12 unit lampu pendaflour 36W didalam pendawaian tiga fasa.

a)

0.48A

b)

0.88A

c)

1.32A

d)

2.25A