NEW
Font size
WorksheetsPENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (TOPIK 6)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
British telah membentuk Perlembagaan Malayan Union setelah mengisytiharkan Malayan Union pada _____________.
1 April 1948
31 Ogos 1957
13 Mei 1963
Malayan Union diperintah oleh ________ bagi memastikan penyelarasan dasar dan pentadbiran antara Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak.
Sultan
Gabenor
British
Perlembagaan Malayan Union juga memberikan hak kerakyatan kepada golongan bukan Melayu menerusi prinsip ________.
Prinsip Jus Soli
Prinsip Rukun Negara
Prinsip Kerakyatan
Prinsip jus soli memberi maksud _________.
Jika seseorang menetap di Tanah Melayu selama 10 tahun, berhak untuk dapat kerakyatan.
Jika seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas Malayan Union, seseorang itu berhak menerima kerakyatan dengan mudah.
Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada ________ di bawah Perintah Majlis Persekutuan Tanah Melayu 1948 meliputi sembilan negeri Melayu dan dua daripada tiga Negeri-negeri selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka.
1 Februari 1948
1 Mac 1957
13 Mei 1963
Pada 1 Januari 1956, satu rombongan telah berangkat ke London bagi membincangkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan pihak British. Wakil Raja Melayu terdiri daripada __________.
Dato' Panglima Bukit Gantang, Abdul Aziz Othman, Dato' Mohd Seth dan Dato' Nik Ahmed Kamil.
Tun Dr. Ismail, Tun H.s. Lee dan Tun Abdul Razak Hussein.
Abdul Aziz Othman, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Dr. Ismail.
Perkara 3 dalam perlembagaan menyentuh secara khusus mengenai _________.
agama Islam
Bahasa Melayu
Hak kerakyatan
Bahasa kebangsaan disentuh dalam perlembagaan melalui _________, iaitu memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
Perkara 150
Perkara 152
Perkara 3
Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160 (2) sebagai seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap dalam bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan _____________.
Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada Hari Merdeka itu ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura atau ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
Lahir di Tanah Melayu pada Hari Merdeka.
Lahir semasa bulan Kemerdekaan.
Malaysia dibentuk pada tahun _______.
16 September 1963
31 Ogos 1957
16 September 1953
