WorksheetsKata Nama & kata kerja
Total questions: 40
Worksheet time: 21mins
Name
Class
Date
1.
Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor _____________ yang pintar.
a)
orang
b)
haiwan
c)
makhluk
d)
ternakan
2.
Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ___________.
a)
kelapa sawit
b)
bunga
c)
getah
d)
padi
3.
Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.
a)
hati
b)
ubat
c)
gula
d)
garam
4.
__________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.
a)
Batik
b)
Dodol
c)
Gamelan
d)
Tarian Inang
5.
__________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.
a)
Nyanyian
b)
Masakan
c)
Pakaian
d)
Tarian
6.
__________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
a)
Gadis
b)
Wanita
c)
Pemudi
d)
Pemuda
7.
Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.
a)
doktor
b)
perwira
c)
mekanik
d)
pemandu
8.
Mereka selalunya bermesyuarat di __________.
a)
bilik gerakan
b)
bilik bacaan
c)
bilik stor
d)
bilik air
9.
Sebahagian __________ tingkap rumah Nenek Mah telah reput.
a)
sumpah-sumpah
b)
angkut-angkut
c)
kisi-kisi
d)
api-api
10.
Mak Leha sedang menuang air ke dalam __________ itu.
a)
labu-labu
b)
kisi-kisi
c)
dekak-dekak
d)
kuda-kuda
11.
__________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.
a)
Budak-budak
b)
Kanak-kanak
c)
Lelaki-lelaki
d)
Pelajar-pelajar
12.
__________ di lembah itu sangat sesuai untuk tanaman padi.
a)
Batu-batan
b)
Tanah-tanih
c)
Bukit-bukau
d)
Kayu-Kayan
13.
Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di __________ ruang tamu.
a)
dalam
b)
bawah
c)
tengah
d)
atas
14.
__________ yang telah busuk itu dibuang ke dalam tong sampah.
a)
Buah-buah
b)
Buku-buku
c)
Bekas-bekas
d)
Barang-barang
15.
Setiap petang, adik Lela bermain buaian dengan kawan-kawannya di _________pokok rambutan.
a)
tepi
b)
atas
c)
bawah
d)
belakang
16.
Cikgu Rozita merupakan bekas __________ di Maktab Perguruan Perempuan Melayu,Melaka.
a)
murid
b)
pelatih
c)
pelajar
d)
mahasiswa
17.
__________ kelapa yang sudah berkaparan di tepi pantai itu.
a)
Daun
b)
Batang
c)
Pelepah
d)
Mayang
18.
Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim.
a)
poskad
b)
majalah
c)
surat khabar
d)
surat berdaftar
19.
Pak Meon menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya.
a)
arnab
b)
kucing
c)
kambing
d)
kura-kura
20.
Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Ptoton buatan __________.
a)
Malaysia
b)
Korea
c)
Jepun
d)
China
21.
Emak menegur sikap Mimi yang suka __________ percakapan orang tua.
a)
mengekang
b)
menyindir
c)
menahan
d)
menyampuk
22.
Perempuan itu menjinjing begnya sambil __________ anaknya menuju ke perhentian bas.
a)
mendukung
b)
mengelek
c)
membawa
d)
mengepit
23.
Perempuan tua itu __________ bakul berisi beberapa biji betik di atas kepalanya.
a)
menjinjing
b)
menjunjung
c)
mengelek
d)
memikul
24.
Bancian menunjukkan bahawa rancangan drama Hindi yang __________ oleh Televisyen Swasta mendapat sambutan hangat daripada penonton.
a)
disiarkan
b)
dipaparkan
c)
dipamerkan
d)
ditunjukkan
25.
Kami ............. bola sepak di padang.
a)
bermain
b)
dimain
c)
memain
26.
Penagih-penagih dadah yang lari dari pusat pemulihan itu masih __________ di sekitar Kampung Sentosa.
a)
berselerak
b)
berkeliaran
c)
bertaburan
d)
bertempiaran
27.
Ranting-ranting kayu itu _________ dengan seutas tali oleh ahli pengakap.
a)
dijerat
b)
dijerut
c)
diikat
d)
ditambat
28.
Rumah yang rosak akibat dilanda ribut itu ____________ secara gotong-royong.
a)
diruntuhkan
b)
dibaiki
c)
dipulihkan
d)
dikemaskan
29.
Barang-barang perhiasan tembaga itu ___________ oleh Puan Suraya sehingga berkilat
a)
dilap
b)
disapu
c)
dicalit
d)
digilap
30.
Adik _____lilin yang terletak di atas kek hari jadinya.
a)
mematikan
b)
menyalakan
c)
memasangkan
d)
menghembuskan
31.
Buah epal yang sudah ______ itu disimpan ke dalam peti sejuk
a)
dikupas
b)
dikopek
c)
ditarah
d)
disiang
32.
Amin ____ di hadapan pintu rumah sementara menunggu ibunya membukakan pintu.
a)
terjatuh
b)
tercegat
c)
terhenti
d)
terduduk
33.
Shahrul _______ kesejukan kerana kehujanan dalam perjalanan pulang dari sekolah.
a)
menggigil
b)
mengecut
c)
menggoyang
d)
meracau
34.
Dari beranda rumah nenek, Eda dapat melihat ombak _______ di pantai.
a)
menguning
b)
memutih
c)
membiru
d)
menghitam
35.
Puan Idah _______ tepung itu bulat-bulat sebelum memasukkannya ke dalam air yang mendidih.
a)
mencanai
b)
menggentel
c)
menguli
d)
mengisar
36.
Puan Hidayah.... rendang ayam dan ketupat untuk hidangan makan malam.
a)
menggoreng
b)
memasak
c)
menjerang
37.
Encik Ramu__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk menyambut Deepavali
a)
mengecat
b)
menconteng
c)
menghias
d)
mengemas
38.
Encik Khusairi_________ sanak saudaranya datang ke majilis perkahwinan anak sulungnya.
a)
menjemput
b)
meminta
c)
menghantar
d)
menerima
39.
Dollah sedang ..... lubang untuk menanam bangkai haiwan yang telah mati.
a)
menimbus
b)
menanam
c)
menggali
d)
mencakar
40.
Adik ...... tayangan Didi dan rakan-rakan di ruang tamu sambal menghisap susu.
a)
melihat
b)
memasang
c)
memandang
d)
menonton
100 %
