WorksheetsEKONOMI SPM BAB 3 T4
Total questions: 25
Worksheet time: 50mins
1. Wang boleh digunakan dalam pembelian barang secara ansuran.
Fungsi wang adalah sebagai alat...
A. ukuran nilai
B. simpanan nilai
C. bayaran tertunda
D. perantaraan pertukaran
2. Situasi yang manakah menerangkan fungsi wang sebagai alat penyimpan nilai?
A. Puan Fauziah membuat perbandingan harga komputer riba
B. Encik Baha mencarum ke akaun KWSP pada setiap bulan
C. Puan Meena membeli rantai emas di kedai Hasleena
D. Encik Faiz membayar RM10 000 sebagai deposit rumah barunya
3. Gambar di bawah berkaitan dengan suatu kemudahan deposit bank perdagangan.
Pilih ciri lain yang tepat menggambarkan kemudahan deposit tersebut.
A. Menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi
B. Pemegang akaun boleh memohon kemudahan overdraf
C. Pendeposit tidak boleh memohon kad juruwang elektronik (ATM)
D. Hanya boleh mengeluarkan simpanan apabila capai tempoh matang
4. Apakah kelebihan menggunakan akaun tabungan?
A. Menikmati kemudahan perbankan internet
B. Mendapat kadar faedah yang tinggi
C. Mempunyai kemudahan menggunakan cek
D. Mampu mengeluarkan wang melebihi baki
5. Pernyataan manakah yang menerangkan prinsip Takjiri dalam Perbankan Islam?
A. Puan Alisya membeli rumah dengan pembayaran tertangguh
B. Encik Ali boleh mengambil alih harta disewa
C. Pihak bank sebagai pemegang amanah sijil saham milik Puan Puteri
D. Cik Noni menyimpan wang sebanyak RM2 000 untuk tempoh setahun
6. Syarikat manakah yang terlibat dalam sektor kedua?
A.
Syarikat Kinda Holding = Merupakan pengeluar pelbagai barang elektrik jenama Kinda
B.
Syarikat Petrol Berhad = Mencari gali petroleum
C.
Syarikat Sinar Berhad = Menyediakan kemudahan pengangkutan darat dan laut
D.
Syarikat Mega Berhad = Menyediakan perkhidmatan perhotelan
7. Kegiatan ekonomi di sektor kedua ialah....
A. Mengeluar hasil bumi mengikut bentuk asal
B. Menawar kegiatan sokongan kepada sektor lain
C. Menyiap bangunan rumah kediaman
D. Membekal barangan untuk kebajikan masyarakat
8. Apakah faedah sampingan dalam pemilihan pekerjaan?
A. Kemudahan pinjaman beli kenderaan
B. Masa perjalanan yang singkat ke pejabat
C. Waktu bekerja yang fleksibel
D. Tempat kerja berhawa dingin
10. Encik Azman seorang jurutera di Syarikat Minyak dan Gas di Miri, Sarawak.
Beliau memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM28 000.
Antara berikut, apakah faktor beliau memperolehi pendapatan sebanyak itu?
I Risiko pekerjaan
II Kelayakan akademik
III Saiz firma
IV Jaminan kerja
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
11. Mengapakah pekerjaan dalam sektor utama kurang diminati?
I Upah tidak tetap
II Memerlukan kelayakan akademik
III Memerlukan Kemahiran tinggi
IV Faedah sampingan yang terhad
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
11. Maklumat di bawah berkaitan dengan satu perkhidmatan bank perdagangan.
Apakah perkhidmatan bank tersebut?
A. Pindahan kredit
B. Perintah sedia ada
C. Draf bank
D. Overdraf bank
12. Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pendapatan individu.
X merupakan sejenis pendapatan individu yang tidak produktif
Situasi yang manakah menerangkan X?
A. Emir menerima e-dompet sebanyak RM150
B. Alya mendapat RM1200 setahun dari simpanan ASB
C. Hafiz memperolehi RM450 sebulan daripada perniagaan kerepeknya
D. Diana menerima RM700 sebulan daripada penyewaan rumah sewanya
13. Maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan seorang individu.
Apakah jenis pendapatan produktif yang diterima oleh beliau?
I Pencen
II Nafkah
III Untung
IV Dividen
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
14. Maklumat berikut berkaitan dengan perbelanjaan dan potongan wajib
Puan Azlina bagi tempoh satu bulan.
Berapakah jumlah potongan wajib Puan Azlina?
A. RM405
B. RM410
C. RM455
D. RM465
15. Maklumat berikut adalah mengenai Encik Jaki.
Pendapatan tahunan Encik Jaki ialah RM65 000. Daripada jumlah ini, sebanyak RM6480 dicarumkan dalam KWSP, RM650 potongan cukai pendapatan dan RM700 untuk bayaran zakat.
Berapakah perbelanjaan penggunaan Encik Jaki jika tabungan adalah RM10 000.
A. RM47 170
B. RM47 870
C. RM57 870
D. RM57 170
16. Rajah berikut berkaitan dengan penggunaan pendapatan individu.
Pernyataan yang manakah betul tentang X?
A. Menerima hasil sewa rumah
B. Menjelaskan pinjaman PTPTN
C. Membayar cukai pendapatan individu
D. Menambahkan wang di Lembaga Tabung Haji (LTH)
17. Maklumat berikut berkaitan dengan satu potongan wajib.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa kadar caruman berkanun syer pekerja akan dikurangkan daripada 11 peratus kepada 9 peratus dagi tahun 2021.
Apakah kesan terhadap pendapatan masa hadapan pekerja?
A. Perbelanjaan bertambah
B. Kadar dividen menurun
C. Simpanan berkurang
D. Kuasa beli meningkat
18. Jadual di bawah menunjukkan pendapatan dan pembayaran Encik Abu dalam setahun.
Berapakah pendapatan boleh guna Encik Abu pada tahun tersebut?
A. RM31 570
B. RM31 210
C. RM30 370
D. A RM30 010
19. Antara berikut, yang manakah akan meningkatkan perbelanjaan penggunaan?
I Kerajaan membeku kenaikan gaji kakitangan awam
II Kadar cukai pendapatan perseorangan akan bertambah
III Pasar raya menjalankan promosi besar-besaran di gudangnya
IV Golongan berpendapatan rendah menerima bantuan daripada kerajaan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
20. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan ciri barang keperluan?
I Tidak dipengaruhi oleh saiz pendapatan
II Mempunyai pilihan barang yang pelbagai jenis
III Dimiliki untuk mengamalkan gaya hidup masa kini
IV Wujud campur tangan kerajaan dalam penentuan harga barang
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
21. Apakah kelebihan apabila membuat pembayaran secara tunai?
A. Menikmati kemudahan perkhidmatan selepas jualan
B. Menggalakkan perancangan kewangan bulanan
C. Mewujudkan perbelanjaan secara berhemat
D. Mengurangkan risiko kehilangan wang
22. Antara berikut, yang manakah merupakan kelebihan kaedah pembelian barangan secara bayaran kredit?
A. Pengguna akan membayar harga yang lebih rendah
B. Berlaku peningkatan dalam taraf hidup pengguna
C. Menggalakkan pengguna berbelanja melebihi pendapatan
D. Pengguna boleh menikmati diskaun harga yang lebih banyak
23. Apakah langkah yang wajar dalam penyediaan belanjawan peribadi?
I Mencatat semua perbelanjaan
II Mengenalpasti punca pendapatan
III Menyusun perbelanjaan mengikut kehendak
IV Imbangkan agar perbelanjaan melebihi pendapatan boleh guna
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
24. Maklumat berikut berkaitan dengan langkah penyediaan belanjawan peribadi.
Langkah 1 – Menjumlahkan pendapatan boleh guna
Langkah 2 – X
Langkah 3 – Menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan
Langkah 4 – Mengimbangkan pendapatan boleh guna dengan perbelanjaan
Apakah X?
A. Mengira jumlah potongan wajib
B. Mengira jumlah tabungan yang ada
C. Mencatat semua perbelanjaan yang hendak dilakukan
D. Menyusun semua potongan wajib mengikut keutamaan
25. Apakah kepentingan belanjawan peribadi?
A. Menyelaras pendapatan mengikut perbelanjaan
B. Merancang pembelian barang secara kredit
C. Menambah jumlah pendapatan individu
D. Membantu individu membuat Tabungan
