NEW
Font size
WorksheetsPERNIAGAAN SPM (ROAD TO A) 4
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Perniagaan secara langsung memainkan peranan meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Bagaimankah perniagaan memainkan peranan ini?
Menyediakan peluang pekerjaan
Membantu perkembangan ekonomi negara
Menjalankan tanggungjawab sosial korporat
Menyediakan pelbagai barang dan perkhidmatan
Apakah kelebihan syarikat sendirian berhad berbanding syarikat awam berhad?
Beban cukai yang rendah
Syer boleh dipindah milik secara bebas
Laporan kewangan tidak perlu diumumkan kepada orang ramai
Liabiliti pemegang saham terhad kepada modal yang dilaburkan
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri suatu bentuk pemilikan perniagaan.
Peniaga boleh menggunakan jenama atau cap dagangan pemegang hak Peniaga tidak boleh melakukan sebarang inovasi tanpa kebenaran pemegang hak
Apakah bentuk pemilikan tersebut?
Francais
Usaha sama
Kedai sejaras
Syarikat sendirian berhad
Apakah tanggungjawab francaisi dalam perniagaan francais?
Membayar fi tertentu kepada francaisor
Melaksanakan penyelidikan produk
Menyediakan skim latihan pekerja
Melakukan promosi
Aktiviti manakah yang terlibat dalam sektor primer?
Sharmimi menjual ketam
Haikal menternak udang dalam kolam
Athirah memproses ikan dijadikan keropok
Luqman menghantar sayur – sayuran ke pasar
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis gaya pengurusan.
Pekerja diberikan kebebasan untuk membuat keputusan. Pengurus kurang mengawal tingkah laku pekerja.
Apakah gaya pengurusan tersebut?
Gaya pengurusan laissez-faire
Gaya pengurusan autokratik
Gaya pengurusan demokratik
Gaya pengurusan sokongan
Apakah maksud berdaya saing perniagaan?
Jenama produk mendapat sambutan di pasaran
Kemampuan untuk terus bertahan dalam industri
Perniagaan menikmati kedudukan kewangan yang baik
Kemampuan untuk melakukan promosi yang berterusan
Maklumat berikut berkaitan dengan satu bahagian fungsian.
Menjalankan urusan dalaman organisasi. Menguruskan rekod. Mengendalikan mesyuarat.
Apakah bahagian fungsian yang bertanggungjawab terhadap perkara – perkara tersebut?
Kewangan
Pentadbiran
Sumber Manusia
Khidmat Pelanggan
Gambar berkaitan dengan aliran kerja satu bahagian fungsian dalam aktiviti perniagaan.
Apakah bahagian fungsian tersebut?
Jualan
Pemasaran
Pengurusan Sumber Manusia
Penyelidikan dan pembangunan
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan bahagian fungsian dalam aktiviti perniagaan.
Memastikan tempahan bahan mentah
Menyediakan kontrak untuk pihak berkaitan.
Memastikan syarikat membayar tepat pada masanya.
Apakah bahagian fungsian yang terlibat?
Pengeluaran
Pemasaran
Pembelian
Pengagihan
Encik Rahim seorang pemilik restoran menerima bahan mentah perniagaannya daripada pemborong Hidayah setiap 3 hari. Beliau membuat bayaran dengan menggunakan cek.
Encik Rahim terlibat dalam interaksi dengan.....
Bank
Pembekal
Pelanggan
Agensi Kerajaan
Encik Daniel seorang pengusaha kebun durian telah mereka cipta satu peralatan mudah untuk membuka buah durian dengan cepat dan mudah.
Apakah ciri keperibadian usahawan yang ada pada Encik Daniel?
Kreatif
Inovatif
Berpandangan Jauh
Berani Mengambil Risiko
Gambar menunjukkan satu agensi kerajaan yang menyumbangkan kepada kejayaan usahawan.
Bagaimanakah agensi berkenaan menyumbangkan kepada kejayaan usahawan?
Menyediakan khidmat nasihat memulakan perniagaan
Memberikan latihan kemahiran pengurusan perniagaan
Menyediakan modal untuk memulakan perniagaan
Membantu dalam pemilihan lokasi perniagaan
Apakah maksud struktur organisasi?
Struktur jawatan pihak atasan
Struktur pengagihan tugasan pekerja
Sistem pembahagian jawatan dan tugasan dalam organisasi
Susunan dan hubungan antara setiap bahagian fungsian yang terdapat dalam sesebuah organisasi perniagaan
Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang baik?
Guna tenaga semakin menurun
Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran
Cukai yang dikutip kerajaan semakin meningkat
Jualan dan keuntungan perniagaan malar
Jualan pada harga kos bermaksud…
Harga barang yang dijual adalah lebih murah daripada harga sebenar
Harga barang yang dikenakan hanya cukup untuk menanggung kos jualan barang
Kerajaan memberikan subsidi untuk membantu rakyat yang tidak berkemampuan
Barang atau perkhidmatan disediakan oleh kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan
Apakah tujuan Syarikat Digital Durian mempatenkan produk animasi “Didi & Friends”?
Menjadikan idea reka cipta tulen
Menentukan idea reka cipta dihargai
Menunjukkan idea reka cipta boleh dikongsi
Memastikan idea reka cipta adalah hak milik mereka
Pernyataan manakah yang menerangkan ciri-ciri kreatif?
Zikri mencipta satu perisian baharu
Pak Din telah mengubahsuai basikalnya bergerak menggunakan bateri
Sarah tetap tidak berputus asa walaupun pernah gagal dalam perniagaan
Mok Cun mencari pasaran baharu di Negeri China
Mengapakah senarai bahan mentah perlu disediakan dengan teliti dalam Rancangan Operasi?
Memudahkan kerja
Mempercepatkan proses
Mengelakkan berlaku pembaziran
Memastikan stok bahan mencukupi
Apakah maksud penyata pendapatan?
Penyata yang menentukan untung kasar atau rugi kasar perniagaan
Penyata yang menentukan untung bersih atau rugi bersih perniagaan
Penyata yang menentukan hasil, perbelanjaan serta untung atau rugi perniagaan
Penyata yang menentukan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan
Apakah maksud Kunci Kira-kira?
Penyata yang menunjukkan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan
Penyata yang menunjukkan sumber dan dana perniagaan
Penyata yang menunjukkan sumber dana perniagaan bagi menjelaskan hutang
Penyata yang menunjukkan sumber pembiayaan perniagaan
Pernyataan manakah yang benar tentang penyata pendapatan?
Untung kasar = Jualan - Kos jualan - Belanja operasi
Untung bersih = Untung kasar - Kos jualan - Belanja operasi
Untung kasar = Jualan - kos jualan
Untung Bersih = Untung Kasar - Belanja belian - Belanja operasi
Pernyataan manakah yang benar tentang Kunci Kira-kira?
Liabiliti = Ekuiti pemilik - Aset
Aset + Liabiliti = Ekuiti Pemilik
Liabiliti - Aset = Ekuiti Pemilik
Aset = Ekuiti pemilik + Liabiliti
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan sebab pesaing memerlukan penyata kewangan perniagaan?
Mengetahui prestasi perniagaan yang akan dijadikan sebagai asas untuk menentukan hala tuju syarikat mereka
Mengetahui daya saing perniagaan dalam pasaran bagi suatu tempoh masa tertentu
Merancang strategi perniagaan yang sesuai bagi menangani perniagaan di pasaran
Merancang strategi pemasaran yang berkesan bagi memasarkan produk dan perkhidmatan yang baharu di pasaran
Pernyataan manakah yang benar tentang titik pulang modal?
Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila hasil purata sama dengan jumlah kos
Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil sama dengan kos purata
Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila hasil purata sama dengan kos purata
Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil sama dengan jumlah kos
