wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahan Pergigian Tahun 2

Total questions: 12

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Botol cecair eugenol hendaklah sentiasa ditutup selepas digunakan untuk mengelakkan kehilangan air kepada cecair tersebut kerana ia dapat

a)

merendahkan nilai pH bahan.

b)

mempercepatkan pengesetan bahan.

c)

melarutkan bahan dalam bendalir liur.

d)

menyebabkan bancuhan bertukar warna

2.

Apakah peranan bahan tampalan komposit dalam proses pembuatan jambatan terikat resin?

a)

Membaiki bentuk gigi pontik dalam pembuatan jambatan

b)

Memberi kekuatan yang baik kepada teras gigi pontik jambatan

c)

Memberi pelekatan secara kimia antara metal wing jambatan dan gigi pontik

d)

Memberi pelekatan secara mekanikal yang baik antara metal wing jambatan dan gigi pontik

3.

Apakah kegunaan lilin pembentuk (modeling wax) semasa proses pembuatan dentur?

a)

Pola lilin inlai dan korona

b)

Untuk membuat blok gigitan

c)

Bahan pelekat semasa tuangan model

d)

Bahan impresi sekunder bagi kes dentur penuh

4.

Pegawai pergigian S  ingin mengambil impresi primer bagi rawatan kes dentur penuh namun didapati tiada bahan alginat di klinik tersebut. Apakah bahan lain yang sesuai digunakan?

a)

Lilin

b)

Elastomer

c)

Kapur Paris

d)

Bahan komposisi

5.

Bancuhan amalgam didapati terlalu lembut. Perkara ini berlaku disebabkan oleh

a)

kandungan merkuri yang tinggi.

b)

masa pentrituratan yang panjang.

c)

serbuk aloi tidak digoncang terlebih dahulu.

d)

saiz partikel aloi yang digunakan adalah kecil.

6.

Pesakit A mempunyai alahan terhadap minyak cengkih. Apakah bahan yang sesuai diletakkan sebagai bahan lapisan bagi tampalan amalgam kaviti ideal?

a)

b)

c)

7.

Apakah bahan yang paling sesuai digunakan untuk mendapatkan impresi inlai dengan tepat?

a)

b)

c)

d)

8.

Pengendalian bahan impresi K tidak boleh memakai sarung tangan berasaskan getah. Apakah bahan impresi K?

a)

b)

c)

d)

9.

Pes impresi zink oksida eugenol  akan lebih cepat mengeset apabila

a)

suhu ditingkatkan.

b)

kuantiti air liur pesakit kurang.

c)

dicampur witing semasa membancuh

d)

dicampur sedikit gliserin semasa membancuh

10.

Plat landas dentur pesakit perlu dibaiki secara langsung di bilik rawatan. Apakah bahan pergigian yang perlu anda sediakan?

a)

b)

c)

d)

11.

Tujuan campuran bahagian pertama serbuk zink oksida dengan cecair eugenol secara gerakan membulat adalah untuk

a)

membebaskan haba yang terhasil.

b)

memastikan serbuk tidak berterbangan.

c)

memaksimakan penggunaan permukaan slab kaca.

d)

mempercepatkan proses campuran sebuk kepada cecair.

12.

Seorang pegawai pergigian hendak menggunakan agen pengikat namun didapati konsistensi bahan tersebut telah mengeras. Apakah kesalahan yang telah berlaku semasa penyediaan bahan tersebut?

a)

Mengasingkan agen pengikat dengan asid punaran.

b)

Menyediakan agen pengikat dalam kuantiti yang banyak

c)

Meletakkan agen pengikat di dalam mixing well yang kering.

d)

Mendedahkan agen pengikat tersebut kepada cahaya bilik dalam tempoh yang lama.