wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 5 PENGELUARAN

Total questions: 25

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.
1 Manakah antara berikut definisi pengeluaran
a)
A Proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber-sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.
b)
B Aktiviti pengurusan yang terdiri daripada perancangan, pengendalian, pengawalan dan dan penyenggaraan sesuatu operasi, bagi tujuan menghasilkan barang dan perkhidmatan yang memerlukan penglibatan semua pihak di dalam organisasi.
c)
C Proses asas untuk mengubah bahan mentah (input) kepada produk siap, bahagian-bahagian atau komponen (output)
d)
D Menentukan dan mengambil tindakan yang paling sesuai bagi mencapai matlamat organisasi.
2.
2 Manakah antara berikut BUKAN Kepentingan Pengurusan Pengeluaran
a)
A Memastikan sumber perniagaan diurus secara optima
b)
B Menjamin kelancaran perancangan
c)
C Mengurangkan kesan yang tidak baik
d)
D Menjadikan proses pengeluaran lebih anjal
3.
3 Jabatan X bertanggungjawab untuk merekabentuk dan mengeluarakan produk yang memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Jabatan Y pula bertanggungjawab mewujudkan permintaan terhadap produk dan mendapatkan maklumbalas mengenai keperluan dan kehendak pengguna dalam pasaran
a)
A X : Jabatan Pengeluaran Y: Jabatan Sumber Manusia
b)
B X : Jabatan Pengeluaran Y: Jabatan Kewangan
c)
C X : Jabatan Pemasaran Y: Jabatan Kewangan
d)
D X : Jabatan Pengeluaran Y: Jabatan Pemasaran
4.
4 Sekiranya permintaan terhadap produk menggalakkan, kapasiti pengeluaran akan ditingkatkan supaya lebih banyak produk dapat dihasilkan. Kenyataan ini merujuk kepada hubungan jabatan pengeluaran dengan
a)
A Jabatan Kewangan
b)
B Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
c)
C Jabatan Perakaunan
d)
D Jabatan Pemasaran
5.
5 Apakah yang dimaksudkan dengan transformasi?
a)
A Proses tambah nilai terhadap input dari segi bentuk, warna, saiz dan rupa.
b)
B Sumber-sumber yang digunakan dalam proses pengeluaran
c)
C Sistem yang mengabungkan 4 elemen dalam penghasilan produk.
d)
D Hasil yang diperoleh dari proses pengeluaran yang terdiri dari barang siap atau separuh siap.
6.
6 "Menekan pengurangan usaha dalam bilangan, pemasangan atau pilihan agar dapat memudahkan dan mempercepatkan penghasilan produk". Pernyataan di atas merujuk kepada...
a)
A Simplification
b)
B Modular
c)
C Massa
d)
D Selanjar
7.
7 Antara berikut, manakah contoh paling tepat bagi Jenis Pengeluaran Kelompok?
a)
A Sos Cili
b)
B Perkhidmatan Katering
c)
C Loji penapisan minyak
d)
D Loji penapisan kapal
8.
8 "Mengumpulkan aktiviti pengeluaran seperti sumber manusia, bahan mentah dan peralatan di lokasi di mana pengeluaran hendak dibuat." Pernyataan di atas merujuk kepada Jenis Susun Atur...
a)
A Susun atur proses
b)
B Susun atur selular
c)
C Susun atur produk
d)
D Susun atur tetap
9.
9 Syarikat Unicorn Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pengeluar powerbank pertama di Malaysia yang menggunakan tenaga solar. Nyatakan jenis pengeluaran yang sesuai digunakan oleh syarikat ini.
a)
A Simplification
b)
B Modular
c)
C Massa
d)
D Selanjar
10.
10 Syarikat Al Imran membeli 12500 bungkusan rempah setahun. Syarikat perlu membayar kos pesanan sebanyak RM24 untuk setiap kali pesanan dbuat dan kos penyimpanan bagi setiap bungkus adalah RM8. Hitung Kuantiti Pesanan Ekonomik bagi rempah ratus berkenaan...
a)
A 91.29 bungkus
b)
B 92 bungkus
c)
C 270.86 bungkus
d)
D 274 bungkus
11.
11 Madusa sdn. bhd. merupakan pengeluar madu lebah tualang. Syarikat ini merancang untuk mengeluarkan 1000 unit madu lebah pada bulan hadapan. Kos belian bahan mentah (madu asli) ialah RM100 sekilogram dan kos setiap pesanan ialah RM50. Kos penyimpanan dan penyelengaraan setiap kilogram ialah 10% daripada harga belian. Sekiranya EOQ ialah 347 kg, hitung kos penyimpanan dan penyelengaraan.
a)
A RM 144.10
b)
B RM 17350
c)
C RM 1735
d)
D RM 14410
12.
12 Apakah yang dimaksudkan dengan Just In Time (JIT)
a)
A Kaedah pengeluaran yang mengkehendaki semua bahan dan bahagian yang diperlukan pada setiap tahap pengeluaran tepat pada masa yang diperlukan.
b)
B Kaedah kawalan kualiti yang berorentasikan pelanggan, penambahbaikan secara berterusan, penglibatan semua orang, setiap bahagian dan proses dalam organisasi serta penyelesaian masalah secara berpasukan.
c)
C Kaedah pengeluaran yang menentukan kuantiti pesanan optimum yang meminimumkan jumlah kos inventor
d)
D Kaedah pengeluaran yang mengumpulkan kesemua bahan dan bahagian yang diperlukan pada setiap tahap pengeluaran tepat pada masa yang diperlukan.
13.
13 Berikut merupakan kepentingan kawalan inventori KECUALI
a)
A Menstabilkan harga produk di pasaran
b)
B Memenuhi keperluan pasaran apabila diperlukan
c)
C Mengurangkan kesan yang tidak baik kepada persekitaran
d)
D Memastikan inventori berada pada tahap optimum
14.
14 Yang manakah BUKAN jenis-jenis inventori?
a)
A Bahan mentah
b)
B Produk sedia ada
c)
C Kerja dalam proses
d)
D Produk siap
15.
15 Inventori tahunan: 20,000 unitHari bekerja setahun: 300 hari Masa lopor: 10 hari Kirakan titik pesanan semula (ROP)
a)
A 700.67 UNIT
b)
B 666.67 UNIT
c)
C 776.67 UNIT
d)
D 676.67 UNIT
16.

Kilang roti jenama Gardenia dan High5 memilih kawasan perindustrian di Shah Alam kerana mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti bekalan air, elektrik, sistem komunikasi dan sistem perhubungan.                                                                                                                                               

Faktor pemilihan lokasi pengeluran oleh kilang-kilang roti ini adala

a)

A. Bekalan tenaga buruh

b)

B. Kemudahan infrastruktur

c)

C. Politik dan undang-undang

d)

D. Kemudahan khidmat sokongan

17.

Syarikat Timur Barat Berhad sedang menjalankan projek pengubahsuaian landskap di Putrajaya. Rajah 1 di atas menunjukkan urutan aktiviti dan tempoh masa bagi setiap aktiviti.                                                           

Kirakan masa (bulan) untuk menyiapkan projek tersebut.

a)

A. 5 bulan

b)

B. 9 bulan

c)

C. 10 bulan

d)

D. 14 bulan

18.

Carta Gantt digunakan untuk mengawal kemajuan sesuatu projek. Berikut adalah kegunaan Carta Gantt KECUALI

a)

A. Merancang kemajuan projek.

b)

B. Sebagai alat kawalan perjalanan.

c)

C. Mengenal pasti kegiatan penting.

d)

D. Menunjukkan perkaitan bidang dan perancangan tugas dengan masa.

19.

Sebuah kilang perabot mempunyai inventori iaitu potongan kayu getah dan potongan kayu jati serta perabot yang telah siap seperti set meja makan dan set bilik tidur.                                                                                                                                                                                      

Kenal pasti jenis-jenis inventori yang dinyatakan bagi kilang tersbut

a)

A. Bahan mentah dan produk siap.

b)

B. Kerja dalam proses dan produk siap.

c)

C. Bahan mentah dan kerja dalam proses.

d)

D. Kerja dalam proses, bahan mentah dan produk siap

20.

Kedai Fotostat Copy Dollar memerlukan 500 rim kertas A4 setahun. Kos bagi setiap rim kertas A4 adalah RM6. Kos pesanan pula RM1.50 manakala kos pegangan 15% daripada kos seunit rim kertas A4.                                                                                                                                                                                         

Kirakan kuantiti pesanan ekonomik (EOQ).

a)

A. 15.81 unit

b)

B. 24.49 unit

c)

C. 31.62 unit

d)

D. 40.82 unit

21.

Kilang t-shirt memerlukan 500 gulung kain ela pada setiap minggu. Kos untuk memesan kain ela adalah RM50 dan kos untuk menyimpan adalah RM15 bagi setiap gulung kain ela tersebut.                                                                                                                                                                                

Jika setahun mempunyai 52 minggu, hitung jumlah kos inventori tahunan kilang tersebut.

a)

A. RM3,122.48

b)

B. RM6,244.99

c)

C. RM9,367.47

d)

D. RM12,489.98

22.

Just-In-Time (JIT) adalah sistem yang mengkehendaki pembekal menghantar kuantiti pesanan tepat pada masa yang diperlukan.                                                                                                                                            

Semua yang berikut BUKAN tujuan sistem JIT, KECUALI

a)

A. Membentuk imej perniagaan yang baik.

b)

B. Meningkatkan keyakinan dan kepuasan pengguna.

c)

C. Mengelakkan pembaziran yang dikaitkan dengan lebihan pengeluaran.

d)

D. Menentukan kuantiti pesanan optimum yang meminimumkan jumlah kos inventori berubah.

23.

Proses kawalan kualiti di mana Pengurus Pengeluaran kereta menyemak rekod pengeluaran kereta yang disediakan oleh Penyelia di kenali sebagai

a)

A. Buat

b)

B. Semak

c)

C. Rancang

d)

D. Tindakan

24.

Berikut merupakan prinsip-prinsip Kualiti Pengurusan Secara Menyeluruh (TQM) KECUALI

a)

A. Satu proses yang berterusan.

b)

B. Pendekatan secara berpasukan.

c)

C. Penglibatan seluruh organisasi.

d)

D. Membentuk satu standard antarabangsa.

25.

Dalam proses pengeluaran sebuah kilang, produk siap yang dihasilkan adalah pen, pensil, pensil warna dan pemadam.       

Proses pengeluaran ini di kenali sebagai

a)

A. Input

b)

B. Output

c)

C. Sumber organisasi

d)

D. Proses transformasi