WorksheetsPendahuluan Karangan B
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Pilih jenis pendahuluan yang tepat dengan ayat di bawah.
Gejala sosial bermaksud perbuatan buruk atau negatif yang dilakukan oleh segelitir anggota masyarakat. Hal ini jika tidak dibendung mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat. Kini, gejala ini membabitkan golongan muda yang akan menjadi pewaris pucuk pimpinan negara ini, malah gejala ini melibatkan pelajar sekolah. Oleh itu, langkah kerajaan mengadakan Program Latihan Khidmat Negara merupakan satu langkah wajar untuk membendung gejaa sosial dalam kalangan remaja. Selain itu, langkah-langkah lain, perlu dijalankan untuk membendung gejala sosial yang membabitkan golongan remaja.
Pendahuluan Jenis Gabungan
Pendahuluan Jenis Suasana
Pendahuluan Jenis Suasana
Pendahuluan Jenis Definisi
Pilih jenis pendahuluan yang tepat berdasarkan ayat di bawah.
Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang perlu dikekalkan kewujudannya di dunia ini. Setiap kaum mempunyai permainan tradisinya yang tersendiri dan unik. Peribahasa Melayu mengatakan, jika tak kenal maka tak cinta. Rakyat Malaysia wajar memainkan peranar untuk mengembalikan zaman kegemilangan permainan tradisional semula seperti suatu ketika dulu, bal peribahasa Melayu, 'tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Permainan tradisional ini penting untuk membentuk jati diri generasi muda dan perlu disemaikan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil seperti peribahasa, 'hendak melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Permainan tradisional harusla disemarakkan agar tidak pupus di tengah-tengah kehebatan permainan maya dan generasi muda perl merindui kewujudan permainan tradisional ini kerana 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tida berguna dalam kalangan mereka. Pihak kerajaan seharusnya mengembalikan keunikan kesenian permaina
tradisional supaya rakyat mewarisinya dari zaman ke zaman.
Pendahuluan Jenis Puisi
Pendahuluan Jenis Peribahasa
Pendahuluan Jenis Pendapat Tokoh
Pendahuluan Jenis Gabungan
Pilih perenggan ayat yang tepat bagi jenis pendahuluan pendapat tokoh.
Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Tindakan yang perlu dilakukan adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masayang sama meneruskan pembangunan.
Sesudah seharian membeli-belah di pasar raya, perut pula berkeroncong, sudah tentu tergerak untuk ke restoran. Ketika itu, yang terlintas di fikiran ialah makanan segera seperti KFC ataupun MacDonald. Sebab itulah makanan segera terus dikunjungi oleh orang ramai. Kini, boleh dikatakan, di setiap bandar dan pecan, pasti terdapat restoran makanan segera. Tidak dinafkan, banyak faktor mendorong wujudnya restoran sebegini terutamanya di kawasan bandar.
Olahraga merupakan acara sukan asli pertama yang diadakan dalam Sukan Olimpik pada 776 SM. Pada ketika itu, olahraga hanya meliputi acara ‘lumba trek stadium’. Pada pertengahan abad ke-19, satu organisasi formal pertandingan olahraga ditubuhkan. Sejak itu, beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah ditubuhkan dengan giat di Amerika Syarikat khususnya. Oleh sebab sejarah olahraga di Sukan Olimpik begitu lama, sudah sewajarnya Malaysia memikirkan agenda yang tepat untuk menaikkan mutu sukan negara. Oleh itu, pelbagai usaha boleh dilakukan oleh banyak pihak bagi merealisasikan matlamat tersebut.
Dalam arus pemodenan ini, industri pelancongan menyumbang sumber pendapatan yang besar kepada negara. Mengapakah pelancongan penting kepada negara? Kerajaan mula menitikberatkan pembangunan pelancongan memandangkan keuntungan daripadanyaadalah lumayan. Namun begitu, adakah pembangunan pelancongan membawa kebaikan sahaja? Sebenarnya, pelancongan juga merupakan jalan masuk bagi sindiket-sindiket haram. Peningkatan kadar jenayah ini akan menjejaskan pembangunan negara dalam banyak aspek.
Pilih jenis pendahuluan yang tepat berdasarkan ayat di bawah.
Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.
Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu untuk dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah pula dengan pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi makanan yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal pantun empat kerat di atas. Secara tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan kita agar sentiasa berjimat-cermat dalam kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya. Tambahan pula, agama Islam sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran pemboros ialah sahabat syaitan.
Pendahuluan Jenis Definisi
Pendahuluan Jenis Gabungan
Pendahuluan Jenis Puisi
Pendahuluan Jenis Cogan Kata
Nyatakan jenis pendahuluan di bawah.
Tahukah anda bahawa hampir setiap hari ada sahaja kemalangan di jalan raya yang dilaporkan di media massa? Siapakah yang patut disalahkan, penggunaan jalan raya atau pihak kerajaan? Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku?
Nyatakan jenis pendahuluan di bawah.
Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya terdengar jeritan manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanak-kanak jelas kedengaran dari sebuah bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut. Pada ketika itu, pasukan penyelamat masih belum tiba lagi. Saya menjadi panik kerana buntu untuk melakukan sesuatu tindakan bagi menyelamatkan mangsa. Tambahan pula, tiada alat yang boleh saya gunakan untuk membantu saya menyelamatkan mereka. Namun begitu, saya menggagahkan semangat dan mencuba untuk melakukan sesuatu supaya mangsa yang berada di bawah runtuhan batu itu dapat diselamatkan.
Apakah jenis pendahuluan berdasarkan ayat di bawah?
Kini, kesesakan lalu lintas merupakan satu masalah yang masih cuba diatasi oleh pihak berkuasa. Kesesakan lalu lintas telah menjadi satu fenomena yang bukan sahaja menyusahkan para pengguna jalan raya, tetapi boleh menimbulkan masalah sosial, pencemaran alam sekitar, dan psikologi kepada penghuni bandar-bandar besar. Kesesakan lalu lintas menjadi cabaran kepada pihak berkuasa tempatan sehingga segala tumpuan dan tenaga telah dicurahkan untuk menangani masalah ini. Keadaan ini bertambah buruk apabila bilangan penduduk serta kenderaan seperti kereta, bas, dan lori bertambah seperti kedatangan kelkatu selepas hujan di kawasan tersebut. Menurut satu rencana yang disiarkan dalam majalah Dewan Siswa menunjukkan Kuala Lumpur telah dilanda sindrom kesesakan lalu lintas yang amat parah. Banyak kenderaan tersadai di jalan raya dan menimbulkan kekucar-kaciran dalam sistem perhubungan dan pengangkutan. Apakah langkah-langkah yang wajar dan drastik perlu diambil untuk membanteras masalah ini? Kempen kongsi kereta yang dilancarkan oleh kerajaan tidak membawa sebarang kesan. Oleh itu, setiap pihak haruslah mengambil inisiatif dan memberi komitmen supaya kesesakan lalu lintas yang semakin menjadi-jadi dapat dikurangkan atau dibendung.
Pendahuluan Jenis Pendapat Tokoh
Pendahuluan Jenis Gabungan
Pendahuluan Jenis Persoalan
Pendahuluan Jenis Definisi
Nyatakan jenis pendahuluan berdasarkan ayat di bawah.
Pepatah Melayu ada menyebut, “adat bersaudara, saudara dipertahankan, adat berkampung, kampung dipertahankan, adat bersuku, suku dipertahankan, dan adat bernegeri, negeri dipertahankan. Peribahasa ini menggambarkan semangat hidup kekitaan dalam kalangan masyarakat terdahulu. Walau bagaimanapun, atas nama pembangunan, semangat kekitaan atau kejiranan semakin luput dalam diri masyarakat. Tidak dinafkan, banyak faktor telah menyebabkan terhakisnya semangat tersebut dalam diri individu.
Pilih jawapan yang betul bagi ayat perkembangan isu negatif.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa . isu ini semakin hari semakin mendapat perhatian masyarakat.
Oleh itu, semua pihak mestilah berganding bahu untuk mempergiatkan lagi isu ini bak kata pepatah bagai aur dengan tebing.
Impaknya, jika isu ini tidak ditangani segera maka banyak perkara yang akan berlaku.
Impaknya, jika isu ini dipandang enteng maka sukarlah dimajukan.
Pilih jawapan yang tepat bagi ayat tema dalam pendahuluan karangan.
Pada era globalisasi ini, isu berkaitan kecemerlangan anak-anak dalam bidang pendidikan sering menjadi topik perbualan ibu bapa.
Persoalannya, apakah tindakan-tindakan pencegahan denggi bagi murid di sekolah?
Impaknya, jika isu ini tidak ditangani segera maka banyak perkara yang akan berlaku.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa industri arkeopelancongan semakin hari semakin serius.
