Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS T4 BAB 2

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud Resusitasi Kardiopulmonari?

a)

Bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut mangsa

b)

Hembusan ke dalam mulut mangsa

c)

Teknik tekanan di bahagian dada terhadap mangsa

d)

Bantuan kecemasan

2.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan tujuan melakukan CPR?

a)

Mengembalikan degupan jantung dan pernafasan

b)

Memulihkan sistem pencernaan mangsa

c)

Membantu mangsa untuk bercakap dengan lancar

d)

Mengelakkan mangsa tercekik

3.

Siapakah individu yang sepatutnya memberikan bantuan CPR?

a)

Doktor sahaja

b)

Paramedik sahaja

c)

Guru sahaja

d)

Semua individu yang tahu akan teknik yang betul memberikan bantuan CPR

4.

Anda ternampak seorang lelaki rebah secara tiba-tiba lalu pengsan di pondok bas. Apakah langkah pertama yang perlu anda ambil apabila berhadapan dengan situasi itu?

a)

Tinggalkan mangsa untuk diselamatkan oleh orang lain

b)

Terus berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut

c)

Kejutkan mangsa dengan menepuk bahunya dan memanggilnya

d)

Telefon talian kecemasan 999

5.

CPR perlu dilakukan untuk mencegah kerosakan otak mangsa sementara menunggu bantuan perubatan tiba. Apakah faktor yang boleh menyebabkan kerosakan pada otak?

a)

Oksigen tidak sampai ke otak bagi suatu tempoh tertentu

b)

Luka pada bahagian kulit kepala

c)

Kepala diketuk oleh rakan

d)

Tiada pengudaraan di otak

6.

Susun langkah bantuan kecemasan CPR dengan betul.

P: Hembuskan udara ke dalam mulut mangsa selama 1 saat setiap hembusan.
Q: Kejutkan mangsa dengan menepuk bahunya dan memanggilnya.
R: Periksa sama ada mangsa bernafas atau tidak dengan mendengar bunyi hembusan nafas daripada mulut dan hidung mangsa serta melihat pergerakan dada mangsa.
S: Jika tiada tindak balas, minta bantuan orang lain di sekeliling untuk menelefon talian kecemasan 999.
T: Jika tiada pernafasan, lakukan teknik tekanan dada.
U: Ulangi langkah tekanan dada dan bantuan pernafasan sehingga bantuan tiba atau mangsa sedar.

a)

Q ➝ P ➝ R ➝ S ➝ T ➝ U

b)

P ➝ Q ➝ R ➝ S ➝ T ➝ U

c)

S ➝ P ➝ Q ➝ R ➝ T ➝ U

d)

Q ➝ S ➝ R ➝ T ➝ P ➝ U

7.

Apakah dua teknik yang penting semasa melakukan CPR?

a)

Menekan dada dan memberikan bantuan pernafasan

b)

Memberikan bantuan pernafasan dan mengepam darah

c)

Membuang objek tersumbat dan menekan dada

d)

Menekan dada dan mengepam darah

8.

Apakah maksud Heimlich Manoeuvre?

a)

Teknik tekanan di bahagian dada kepada seseorang mangsa

b)

Bantuan kecemasan

c)

Bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut seseorang mangsa

d)

Bantuan kecemasan yang dilakukan untuk menyelamatkan mangsa yang tercekik

9.

Antara situasi berikut, yang manakah memerlukan bantuan Heimlich Manoeuvre?

a)

Bibir mangsa kelihatan kebiruan dan kehitaman.

b)

Mangsa yang pengsan akibat dipanah petir.

c)

Mangsa yang mengalami pendarahan tidak terhenti.

d)

Seorang warga tua yang terkena serangan jantung.

10.

Bahagian yang manakah akan tersumbat apabila seseorang itu tercekik?

a)

Saluran pencernaan

b)

Saluran urinari

c)

Saluran pernafasan

d)

Saluran pembiakan

11.

Apakah yang akan terjadi apabila seseorang mangsa yang tercekik tidak diberi bantuan kecemasan dengan segera?

a)

Masalah asma

b)

Sakit kepala

c)

Sakit perut yang serius

d)

Kerosakan otak

12.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan sebahagian langkah yang betul dalam kaedah Heimlich Manoeuvre?

a)

Berdiri di hadapan mangsa

b)

Menegakkan badan mangsa

c)

Membongkokkan badan mangsa sedikit ke hadapan

d)

Berdiri di sisi mangsa dan memegang bahunya