Font size
Worksheets10.5 Memulakan dan Menjalankan Perniagaan
Total questions: 70
Worksheet time: 41mins
Kaedah memulakan perniagaan ialah
memulakan sendiri
mengambil alih perniagaan sedia ada
francais
pakatan strategik
usaha sama
Bentuk-bentuk pakatan strategik ialah
pelesenan
kontrak pengeluaran
usaha sama
subsidiari
"usahawan membina perniagaan baharu dengan berusaha untuk mendaftarkan perniagaan, mencari lokasi dan membuka perniagaan bermula dari peringkat awal lagi"
Ia merujuk kepada kaedah memulakan perniagaan bagi:
memulakan sendiri
mengambil alih perniagaan sedia ada
francais
pakatan strategik
"usahawan membeli perniagaan orang lain, mengganti atau mewarisi perniagaan keluarga yang telah sedia wujud atau menjadi rakan kongsi perniagaan"
Ia merujuk kepada kaedah memulakan perniagaan bagi:
memulakan sendiri
mengambil alih perniagaan sedia ada
francais
pakatan strategik
"suatu kontrak sebuah syarikat induk (francaisor) memberi hak kepada syarikat lain atau individu (francaisi) untuk mengendalikan perniagaan memasarkan keluaran francaisor mengikut suatu kaedah tertentu selama suatu tempoh tertentu di lokasi yang ditetapkan"
Ia merujuk kepada kaedah memulakan perniagaan bagi:
memulakan sendiri
mengambil alih perniagaan sedia ada
francais
pakatan strategik
"merupakan kerjasama sesebuah syarikat pemegang lesen (licensor) memberi hak tertentu kepada sesebuah syarikat penerima lesen (licensee) tempatan atau di negara lain untuk menghasilkan produk atau menjual produk syarikat pemegang lesen di pasaran negara ini atau pasaran negara syarikat penerima lesen tersebut"
Ia merujuk kepada kaedah memulakan perniagaan bagi:
memulakan sendiri
mengambil alih perniagaan sedia ada
francais
pakatan strategik
Jenis-jenis francais antaranya ialah:
francais berformat
francais pengilangan produk
francais jenama
francais pengedaran
francais penganjur
Jenis-jenis pakatan strategik antaranya ialah:
pelesenan
kontrak pengeluaran
usaha sama
subsidiari
operasi serah kunci
Sebab-sebab pakatan strategik dibentuk antaranya ialah:
menyebarkan risiko kerugian
mengurangkan persaingan
berkongsi kemahiran dan teknologi
mencapai tahap ekonomi bidangan
mencapai pasaran baharu
Empat daripada "5C" yang perlu dipatuhi oleh francais berformat antaranya ialah:
keseragaman (consistency)
kebersihan (cleanliness)
kelebihan persaingan (competitiveness)
kesopanan (courtesy)
kerjasama (cooperation)
antara alasan usahawan memilih untuk memulakan perniagaan sendiri ialah:
kebebasan
kemudahan fizikal
imej perniagaan
lokasi perniagaan
faktor kos
antara faktor yang perlu diambil kira sebelummengambil alih sesebuah perniagaan ialah:
persaingan
keadaan pasaran
pembangunan masyarakat pada masa hadapan
komitmen undang-undang
sosiobudaya
antara faktor yang perlu diambil kira sebelummengambil alih sesebuah perniagaan ialah:
persaingan
keadaan pasaran
pembangunan masyarakat pada masa hadapan
komitmen undang-undang
sosiobudaya
Empat kelebihan memulakan perniagaan sendiri ialah:
kebebasan membuat keputusan sendiri
bebas memilih kemudahan fizikal
dapat melakukan inovasi dan memperkenalkan produk sendiri
berpeluang membangunkan imej perniagaan sendiri
tiada rekod lama
Empat kelemahan memulakan perniagaan sendiri ialah:
tiada rekod lama untuk dijadikan panduan
taida pelanggan sedia ada, perlu mencari pelanggan baharu
usaha memakan masa yang panjang untuk berkembang, stabil dan dikenali
sukar menembusi pasaran kerena persaingan sengit
sukar melakukan inovasi untuk produk sendiri
Empat kelebihan mengambil alih perniagaan sedia ada antaranya ialah:
pelanggan sedia sedia ada atau potensi pasaran sedia ada
hubungan dengan pihak luar sedia terjalin
mempunyai rekod perniagaan yang telah terbukti
terdapat pekerja yang terlatih
boleh melakukan inovasi untuk produk sendiri
Empat kelemahan mengambil alih perniagaan sedia ada antaranya ialah:
mewarisi masalah daripada perniagaan lalu
kemudahan fizikal mungking rosak atau usang
terpaksa menanggung beban hutang terdahulu
imej atau reputasi perniagaan sebelum ini yang tercemar
masalah persekitaran perniagaan
Empat kebaikan francais kepada francaisi antaranya ialah:
sistem francais berisiko rendah kerana kebanyakan produk yang tersenarai dalam francais telah lama bertapak
kaedah pengurusan telah terbukti berkesan dan berjaya
mudah memperoleh bantuan kewangan daripada pihak bank
menikmati faedah ekonomi bidangan daripada pembelian produk dan bahan mentah secara pukal daripada francaisor
francaisor tidak perlu mengeluarkan modal sendiri
Tiga kebaikan francais kepada francaisor antaranya ialah:
dapat mengembangkan lagi francaisnya dan sekaligus meluaskan pasarannya
Francaisi diberi latihan pengurusan oleh francaisor meliputi banyak aspek
memperoleh pendapatan yang lebih tinggi daripada yuran dan pembayaran royalti yang diterima
kualiti barangan atau produk dan perkhidmatan yang seragam
francaisor tidak perlu mengeluarkan modal sendiri kerana ini akan diusahakan oleh francaisi itu sendiri
"persetujuan sesebuah syarikat pemegang lesen (licensor) memberi hak tertentu kepada sesebuah syarikat penerima lesen (licensee) tempatan atau di negara lain untuk menghasilkan produk atau menjual produk syarikat pemegang lesen di pasaran negara ini atau di negara syarikat penerima lesen tersebut"
Ia merujuk kepada kaedah memulakan perniagaan bagi pakatan strategik jenis:
pelesenan
kontrak pengeluaran
usaha sama
"sesebuah syarikat pengeluar (pemberi kontrak) membuat perjanjian dengan sebuah syarikat pengeluar tempatan atau negara lain (penerima kontrak) mengeluarkan produk dengan menggunakan jenama, cap dagang dan cara-cara pengeluaran syarikat pemberi kontrak tersebut"
Ia merujuk kepada kaedah memulakan perniagaan bagi pakatan strategik jenis:
pelesenan
kontrak pengeluaran
usaha sama
"usaha perkongsian atau gabungan antara dua atau lebih syarikat bertujuan mendapatkan keupayaan pengeluaran dan kepakaran baharu bagi mengeksport produk mereka ke pasaran global"
Ia merujuk kepada kaedah memulakan perniagaan bagi pakatan strategik jenis:
pelesenan
kontrak pengeluaran
usaha sama
Bentuk modal terbahagi kepada dua iaitu:
modal kewangan
modal bukan kewangan
modal wang
Modal kewangan terdiri daripada:
modal teroka
modal hutang
modal ekuiti
modal pusing
"dana yang disediakan oleh syarikat, badan profesional atau individu kaya bertujuan melabur bersama-sama pemilik dalam projek/perniagaan baharu atau yang sedang berkembang pesat yang berpotensi menghasilkan pulangan tinggi"
Ia merujuk kepada bentuk modal jenis:
modal teroka
modal ekuiti
modal hutang
"pemodal jenis ini tidak memberi pinjaman tetapi mereka membeli ekuiti dalam perniagaan yang akan memberikan hak pemilikan"
Ia merujuk kepada bentuk modal jenis:
modal teroka
modal ekuiti
modal hutang
"modal ini juga boleh diperoleh daripada rakan kongsi atau pemegang saham untuk tujuan meneroka peluang perniagaan baharu"
Ia merujuk kepada bentuk modal jenis:
modal teroka
modal ekuiti
modal hutang
"modal ini diperoleh daripada pemilik perniagaan atau pelaburan yang dibuat oleh orang ramai dalam bentuk simpanan sendiri, saham dan perolehan tertahan"
Ia merujuk kepada bentuk modal jenis:
modal teroka
modal ekuiti
modal hutang
"pemilik perniagaan boleh menjual ekuiti syarikat dalam bentuk saham kepada para pelabur melalui tawaran saham kepada umum atau penaja jamin seperti pihak bank"
Ia merujuk kepada bentuk modal jenis:
modal teroka
modal ekuiti
modal hutang
"pelabur akan menanggung segala risiko jika usaha teroka yang diusahakan gagal tetapi jika perniagaan mereka berjaya maka keuntungan akan dinikmati pelabur"
Ia merujuk kepada bentuk modal jenis:
modal teroka
modal ekuiti
modal hutang
"modal ini tidak perlu dibayar balik. Pelabur memperoleh hak untuk mendapat peratusan pendapatan tertentu daripada operasi perniagaan pada masa depan"
Ia merujuk kepada bentuk modal jenis:
modal teroka
modal ekuiti
modal hutang
"bagi perniagaan milikan tunggal dan perkongsian, modal ini diperoleh daripada simpanan sendiri, saudara mara atau rakan-rakan, pelabur-pelabur peribadi atau rakan kongsi"
Ia merujuk kepada bentuk modal jenis:
modal teroka
modal ekuiti
modal hutang
"bagi perniagaan syarikat awam berhad, modal ini diperoleh daripada tawaran saham biasa kepada orang awam. Modal daripada terbitan saham tidak perlu dibayar balik manakala pemberian dividen bergantung kepada keuntungan syarikat"
Ia merujuk kepada bentuk modal jenis:
modal teroka
modal ekuiti
modal hutang
"modal ini diperoleh daripada pihak luar organisasi seperti bank, institusi kewangan, agensi kerajaan atau individu tertentu dalam bentuk pinjaman bank, overdraf bank dan kredit perdagangan"
Ia merujuk kepada bentuk modal jenis:
modal teroka
modal ekuiti
modal hutang
"modal ini diperoleh melalui pembiayaan berbentuk pinjaman yang melibatkan instrumen berasaskan faedah"
Ia merujuk kepada bentuk modal jenis:
modal teroka
modal ekuiti
modal hutang
"modal ini perlu dibayar balik berserta faedah atas pinjaman yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak tidak kira sama ada perniagaan memberikan keuntungan atau kerugian"
Ia merujuk kepada bentuk modal jenis:
modal teroka
modal ekuiti
modal hutang
"modal ini memerlukan cagaran atau sandaran kerana risikonya tinggi dan perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu sebelum pinjaman diluluskan"
Ia merujuk kepada bentuk modal jenis:
modal teroka
modal ekuiti
modal hutang
"merujuk kepada modal pelaburan berisiko yang digunakan untuk memulakan sesebuah perniagaan baharu"
Ia merujuk kepada bentuk modal jenis:
modal kewangan
modal bukan kewangan
modal wang
"merupakan kekayaan dalam bentuk wang yang digunakan untuk menghasilkan lebih banyak kekayaan kewangan dalam perniagaan"
Ia merujuk kepada bentuk modal jenis:
modal kewangan
modal bukan kewangan
modal wang
"terdiri daripada aset dan modal insan yang digunakan dalam operasi perniagaan. Modal dalam bentuk aset terdiri daripada aset tetap dan aset semasa manakala modal insan meliputi latihan dan pendidikan, idea, pengalaman dan pengetahuan"
Ia merujuk kepada bentuk modal jenis:
modal kewangan
modal bukan kewangan
modal wang
"terdiri daripada modal kewangan dan modal bukan kewangan"
Ia merujuk kepada:
bentuk modal
sumber modal
kemudahan dan bantuan
"terdiri daripada sumber modal formal dan sumber modal tidak formal"
Ia merujuk kepada:
bentuk modal
sumber modal
kemudahan dan bantuan
"terdiri daripada pinjaman bank (pembiayaan bank), bantuan kerajaan dan pelabur"
Ia merujuk kepada:
sumber modal formal
sumber modal tidak formal
"terdiri daripada simpanan sendiri dan pinjaman daripada saudara mara atau rakan"
Ia merujuk kepada:
sumber modal formal
sumber modal tidak formal
"pinjaman yang diberikan oleh pihak bank kepada usahawan (peminjam) bagi suatu tempoh masa yang tertentu dengan syarat peminjam membayar balik faedah dan prinsipal dalam masa yang ditetapkan"
Ia merujuk kepada sumber modal formal bagi:
pinjaman bank
bantuan kerajaan
pelabur
"pinjaman yang ditawarkan ialah pinjaman jangka pendek, pinjaman jangka panjang, pinjaman bercagaran, pinjaman bertempoh dan pinjaman berjangka"
Ia merujuk kepada sumber modal formal bagi:
pinjaman bank
bantuan kerajaan
pelabur
"menyediakan pinjaman dana melalui pelbagai agensi kerajaan kepada usahawan seperti MARA, TEKUN, SME Bank dan Agrobank"
Ia merujuk kepada sumber modal formal bagi:
pinjaman bank
bantuan kerajaan
pelabur
"kerajaan menyediakan pelbagai bentuk geran dan skim bantuan kepada usahawan"
Ia merujuk kepada sumber modal formal bagi:
pinjaman bank
bantuan kerajaan
pelabur
"individu atau organisasi lain yang melaburkan sejumlah wangnya ke dalam perniagaan usahawan dengan jangkaan mendapatkan pulangan kewangan. Tumpuan utama adalah untuk meminimumkan risiko"
Ia merujuk kepada sumber modal formal bagi:
pinjaman bank
bantuan kerajaan
pelabur
"diperoleh daripada simpanan atau tabungan sendiri atau menjual aset peribadinya"
Ia merujuk kepada sumber modal tidak formal bagi:
simpanan sendiri
pinjaman daripada saudara mara atau rakan
"usahawan tidak perlu membuat permohonan untuk mendapatkan dana, membuat kertas kerja atau membuat sebarang bayaran faedah"
Ia merujuk kepada sumber modal tidak formal bagi:
simpanan sendiri
pinjaman daripada saudara mara atau rakan
kemudahan dan bantuan yang boleh diperoleh oleh seseorang usahawan untuk memulakan perniagaan antaranya ialah:
bantuan kewangan
tapak kilang, infrastruktur, prasarana atau ruang niaga
khidmat nasihat dan perundingan
pembangunan usahawah
aspek pemasaran atau bantuan pemasaran
Dana Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
Dana Program Malaysia Social Innovation (MySI)
Dana Kolaborasi Antarabangsa (ICF)
Berikut merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh MOSTI mewakili pihak:
kerajaan
agensi kerajaan/badan berkanun
swasta
"AgroBank, MARA, PUNB, PNS, Tekun Nasional, TERAJU, SME Bank"
Berikut merupakan bantuan kewangan yang disediakan mewakili pihak:
kerajaan
agensi kerajaan/badan berkanun
pihak swasta
"bank-bank perdagangan dan syarikat kredit"
Berikut merupakan bantuan kewangan yang disediakan mewakili pihak:
kerajaan
agensi kerajaan/badan berkanun
swasta
Malaysian Industrial Estates Berhad (MIEL)
Zon Perdagangan Bebas (FITZs)
Kawasan Keutamaan Kastam (PCAs)
Licenced Manufacturing Warehouse (LMWs)
Berikut merupakan yang disediakan oleh pihak swasta bagi jenis kemudahan dan bantuan:
tapak kilang, infrastruktur, prasarana atau ruang niaga
pembangunan usahawan
aspek pemasaran atau bantuan pemasaran
khidmat nasihat dan perundingan
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Uda Holdings Berhad
Berikut merupakan organisasi yang boleh memberi kemudahan dan bantuan tapak kilang, infrastruktur, prasarana atau ruang niaga daripada pihak:
kerajaan
agensi kerajaan/badan berkanun
swasta
Perkhidmatan Pengurusan Perundingan
Program Meningkatkan Kualiti Barangan dan Produktiviti
Khidmat nasihat Membangun dan Mereka Bentuk Produk
Berikut merupakan bentuk-bentuk program yang disediakan bagi jenis kemudahan dan bantuan:
khidmat nasihat dan perundingan
pembangunan usahawan
aspek pemasaran atau bantuan pemasaran
Berikut adalah empat pihak yang boleh memberi kemudahan dan bantuan bagi khidmat nasihat dan perundingan antaranya ialah:
UDA Holdings Berhad (UHB)
SIRIM
MATRADE
Tekun Nasional
MARA
Berikut adalah tiga pihak agensi kerajaan/badan berkanun yang boleh memberi kemudahan dan bantuan bagi aspek pemasaran atau bantuan pemasaran antaranya ialah:
FAMA
MATRADE
UDA Holdings Berhad
MARA
Berikut adalah tiga pihak agensi kerajaan/badan berkanun yang boleh memberi kemudahan dan bantuan bagi tapak kilang, infrastruktur, prasarana atau ruang niaga antaranya ialah:
PKEN
MATRADE
UDA Holdings Berhad
MARA
"Program Mentor, Program Inkubator, Konsep Payung, Subkontrak, Intrapreneur"
Berikut merupakan program yang ditawarkan bagi kemudahan dan bantuan dalam aspek:
pembangunan usahawan
aspek pemasaran atau bantuan pemasaran
bantuan kewangan
khidmat nasihat dan perundingan
tapak kilang, infrastruktur, prasarana atau ruang niaga
"memastikan produk-produk yang dihasilkan oleh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dapat dipasarkan secara meluas sama ada di dalam negara atau kdi peringkat antarabangsa"
Ia merujuk kepada kemudahan dan bantuan dalam aspek:
pembangunan usahawan
aspek pemasaran atau bantuan pemasaran
bantuan kewangan
khidmat nasihat dan perundingan
tapak kilang, infrastruktur, prasarana atau ruang niaga
"menyediakan program dalam melahirkan usahawan tekno dan menawarkan kursus untuk mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera Malaysia"
Ia merujuk kepada kemudahan dan bantuan dalam aspek:
pembangunan usahawan
aspek pemasaran atau bantuan pemasaran
bantuan kewangan
khidmat nasihat dan perundingan
tapak kilang, infrastruktur, prasarana atau ruang niaga
"disediakan bagi memastikan usahawan memperlengkapkan diri mereka dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam aspek pengurusan oleh profesional dan agensi kerajaan"
Ia merujuk kepada kemudahan dan bantuan dalam aspek:
pembangunan usahawan
aspek pemasaran atau bantuan pemasaran
bantuan kewangan
khidmat nasihat dan perundingan
tapak kilang, infrastruktur, prasarana atau ruang niaga
"ditawarkan untuk membantu usahawan mendapat kemudahan ruang niaga, pejabat, tapak kilang dan tapak perindustrian"
Ia merujuk kepada kemudahan dan bantuan dalam aspek:
pembangunan usahawan
aspek pemasaran atau bantuan pemasaran
bantuan kewangan
khidmat nasihat dan perundingan
tapak kilang, infrastruktur, prasarana atau ruang niaga
Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan agensi kerajaan/badan berkanun yang boleh menawarkan kemudahan dan bantuan dalam aspek antaranya:
pembangunan usahawan
aspek pemasaran atau bantuan pemasaran
bantuan kewangan
khidmat nasihat dan perundingan
tapak kilang, infrastruktur, prasarana atau ruang niaga
"skim bantuan kewangan dan pinjaman kepada Bumiputera yang diberikan dalam bentuk wang, geran, subsidi, jaminan pinjaman atau pinjaman bertujuan menyelesaikan masalah kewangan perniagaan usahawan"
Ia merujuk kepada kemudahan dan bantuan dalam aspek:
pembangunan usahawan
aspek pemasaran atau bantuan pemasaran
bantuan kewangan
khidmat nasihat dan perundingan
tapak kilang, infrastruktur, prasarana atau ruang niaga
Program Pembangunan Vendor
Program Pembangunan Francais
Program Mentor
Ia merujuk kepada kemudahan dan bantuan dalam aspek:
pembangunan usahawan
aspek pemasaran atau bantuan pemasaran
bantuan kewangan
khidmat nasihat dan perundingan
tapak kilang, infrastruktur, prasarana atau ruang niaga
Berikut antara empat pihak yang boleh menawarkan bantuan kewangan mewakili bantuan kerajaan iaitu:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA)
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
