Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PP F5 M2 TEORI 2

Total questions: 7

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kaedah yang digunakan untuk menentukan untung atau rugi bagi perniagaan yang tidak menyimpan rekod dengan lengkap?

I - Kaedah garis lurus

II - Kaedah analisis

III - Kaedah perbandingan

IV - Kaedah ansuran tetap

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah perbandingan?

a)

Menganalisis setiap item bagi menentukan untung/rugi bersih bagi perniagaan

b)

Membandingkan modal awal dan modal akhir

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah analisis dalam penentuan untung rugi?

a)

Proses menganalisis Penyata Kewangan bagi menentukan Untung Rugi

b)

Proses menganalisis urus niaga untuk tujuan menyediakan Penyata Kewangan

4.

Kejadian banjir besar di Bandar Kota Bahru, Kelantan telah menyebabkan sebahagian rekod perakaunan Perniagaan Batik Qaseh musnah.

Apakah kaedah yang digunakan dalam penentuan pendapatan bagi Perniagaan Batik Qaseh?

a)

Kaedah garis lurus

b)

Kaedah perbandingan

c)

Kaedah analisis

d)

Kaedah baki berkurangan

5.

Apakah kelemahan sistem catatan tunggal?


I - Ketepatan perekodan akaun tidak dapat diuji

II - Kesilapan catatan tidak mudah dikesan

III - Imbangan Duga tidak dapat disediakan

IV - Untung dan rugi tidak dapat ditentukan

a)

I, II dan IV

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

6.

Berikut merupakan kesan rekod tak lengkap terhadap maklumat perakaunan perniagaan kecuali ?

a)

Penyata Kedudukan Kewangan sukar disediakan

b)

Perbandingan prestasi perniagaan tidak dapat dilakukan dengan tepat

c)

Kesilapan sukar dikesan di dalam buku perniagaan. Ini menyebabkan kes penyelewengan berlaku

d)

Pemegang saham hilang kepercayaan kepada perniagaan.

7.

Apakah implikasi kepada peniaga yang tidak mengamalkan sistem catatan bergu?


I Aliran tunai keluar bertambah

II Sukar mengesan kesilapan catatan

III Imbangan duga tidak dapat disediakan

IV Untung atau rugi tidak dapat ditentukan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II,III dan IV

d)

III dan IV