WorksheetsElektromekanikal 6T, 6M, 6A
Total questions: 11
Worksheet time: 6mins
Apakah yang perlu dilakukan selepas melakarkan idea?
menilai lakaran
membuat penambahbaikan lakaran
membentang produk
membina produk
Apakah kriteria yang perlu diambil kira semasa kita menilai lakaran yang telah dihasilkan?
rupa
bentuk
saiz
ruang
ketumpatan
Apakah fungsi tali sawat?
menuai padi
memindahkan putaran yang dihasilkan oleh motor ke takal.
memindahkan tenaga daripada sumber elektrik ke gear
memindahkan barang dari satu tempat ke satu tempat
Apakah fungsi takal?
menggerakkan sesuatu objek seperti memutarkan dram mesin basuh setelah dihubungkan dengan motor menggunakan tali sawat.
memindahkan putaran yang dihasilkan oleh motor ke takal
mengawal keseluruhan sistem elektromekanikal.
seseorang yang sangat nakal
Apakah fungsi motor?
Menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik untuk menghasilkan pergerakan.
Menggerakkan takal
Menjana elektrik
menyambung kepada tenaga elektrik
Apakah fungsi plag 3 pin?
menyambungkan perkakasan elektrik kepada bekalan kuasa elektrik
menyambungkan takal ke gegancu
menjana elektrik
tiada fungsi setakat ini
Kereta kawalan jauh adik semakin perlahan setelah bermain selama 3 jam tanpa henti. Elemen apakah yang terlibat yang menyebabkan kereta kawalan jauh adik semakin perlahan?
elemen elektrik
elemen elektronik
elemen mekatronik
elemen mekanikal
Adik mendapati kereta kawalan jauhnya tidak membelok ke kanan semasa dia menekan butang belok ke kanan pada alat kawalan jauh. Komponen dalam eleman manakah yang mungkin bermasalah dalam hal ini?
Elemen elektronik
Elemen mekanikal
Elemen elektrik
elemen air
Ibu mendapati mesin basuh berbunyi terlalu kuat sehingga menyebabkan mesin basuh bergegar dan bergerak ketika mod pengering diaktifkan. Apakah komponen yang mungkin terlibat dalam masalah ini?
Sensor keseimbangan dram
tali sawat
plag 3 pin
motor
Apakah fungsi sensor keseimbangan dram yang terdapat dalam mesin basuh di rumah kita?
menghentikan putaran dram sekiranya putaran dram tidak seimbang
memusingkan takal yang dihubungkan dengan tali sawat
menyambungkan perkakasan elektrik kepada bekalan kuasa elektrik
Membekalkan sabun
Apakah produk berasaskan elemen elektromekanikal yang paling sesuai dihasilkan?
kereta kawalan jauh
basikal
skateboard
kapal terbang kertas
