WorksheetsKuiz Sejarah Tahun 5 (Unit 1 Bahagian 1)
Total questions: 14
Worksheet time: 7mins
Apakah yang dimaksudkan dengan raja atau sultan?
Raja atau sultan merupakan pemerintah yang kedua tertinggi bagi sesuatu kerajaan
Raja dan sultan merupakan pemerintah tertinggi bagi sesebuah kerajaan berdaulat
Raja dan sultan merupakan pemerintah yang memerintah sesebuah negara dengan kuasa mutlak
Raja dan sultan merupakan sebuah institusi yang hanya menjaga imej sesebuah negara
Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan?
Kerajaan ialah negeri dan negara yang ditadbir secara sukarela
Kerajaan ialah negeri dan negara yang diperintah oleh orang luar dan asing
Kerajaan ialah negeri dan negara yang diperintah secara rampasan kuasa
Kerajaan ialah negeri dan negara yang ditadbir secara sah
Siapakah yang berada di tangga teratas di dalam hierarki ini?
Perdana Menteri
Guru Besar
Raja / Sultan
Menteri Besar
Apakah peranan raja/sultan?
sebagai ketua adat istiadat
sebagai lambang semata-mata
sebagai ketua negeri
sebagai penasihat untuk Menteri Besar
Berapakah negeri yang masih mengamalkan institusi raja?
3
8
5
9
Apakah gelaran yang digunakan bagi ketua negeri ini?
Yang Dipertua Negeri
Sultan
Raja
Yang Dipertuan Besar
Apakah gelaran yang digunakan oleh ketua negeri di negeri ini?
Sultan
Yang Dipertuan Besar
Yang Dipertua Negeri
Raja
Apakah yang dimaksudkan dengan waadat?
Waadat adalah sebuah sejarah
Waadat ialah sebuah syair
Waadat ialah sebuah cerita
Waadat ialah sebuah perjanjian
Apakah waadat yang telah termeterai antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun?
Rakyat tidak taat setia kepada raja dan raja berjanji memerintah dengan adil dan saksama
Taat setia rakyat kepada raja dan raja berjanji memerintah dengan pilih kasih
Taat setia rakyat kepada raja dan raja berjanji memerintah dengan adil dan saksama
Taat setia rakyat kepada raja dan raja berjanji memerintah dengan berat sebelah
Prinsip Rukun Negara manakah yang diambil oleh konsep waadat ini?
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
Apakah yang dimaksudkan dengan Daulat ?
Daulat ialah lambang kemegahan pemimpin
Daulat ialah lambang kemegahan dan kekayaan bagi pemimpin tertinggi
Daulat ialah lambang pengaruh raja atau sultan terhadap kepemimpinan kerajaannya
Daulat ialah lambang kekuasaan tertinggi raja atau sultan terhadap kerajaannya
Apakah yang dimaksudkan dengan derhaka ?
Kesetiaan rakyat terhadap titah dan perintah raja atau sultan
Keingkaran terhadap titah dan perintah raja atau sultan
Kepatuhan terhadap titah dan perintah raja atau sultan
Rakyat berasa ragu-ragu terhadap titah dan perintah raja atau sultan
Daripada manakah perkataan daulat ini diambil?
Perkataan daulat diambil daripada perkataan Arab, iaitu daulah yang bermaksud negeri atau kerajaan
Perkataan daulat diambil daripada perkataan Parsi, iaitu daula yang bermaksud negeri atau kerajaan.
Perkataan daulat diambil daripada perkataan Arab, iaitu dolah yang bermaksud negeri atau kerajaan.
Perkataan daulat diambil daripada perkataan Perancis, iaitu daulaar yang bermaksud negeri atau kerajaan.
Apakah akibat yang akan dikenakan kepada seorang rakyat yang terhaka terhadap raja atau sultan?
Akan diberikan nasihat
Akan diangkap menjadi pembesar
Akan diberikan hukuman yang setimpal dan ditimpa tulah
Akan dijatuhkan hukuman mati
