wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B6T4 WAY TO SPM A+

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, manakah DUA negara yang giat menyebarkan fahaman komunis di negara kita sejak tahun 1920-an?

a)

China

b)

Indonesia

c)

Malaysia

d)

Filipina

2.

Antara berikut, yang manakah DUA pengasas ideologi Komunisme?

a)

Karl Marx

b)

Friedrich Engles

c)

Benito Mussolini

d)

Adolf Hitler

3.

Senarai berikut merupakan pemimpin komunis dari Indonesia.

# Alimin

# Tan Malaka

# Sutan Perpateh

Apakah persamaan antara pemimpin-pemimpin tersebut?

a)

Mengasaskan persatuan radikal

b)

Menyusup dalam kesatuan sekerja

c)

Membawa masuk fahaman komunis

d)

Mendapatkan sokongan orang Melayu

4.

Antara berikut, manakah DUA cara PKM menyebarkan fahaman ideologi komunisme di Tanah Melayu?

a)

Kesatuan sekerja

b)

Penerbitan akhbar

c)

Gerakan bawah tanah

d)

Menawarkan bantuan perubatan

5.

Apakah DUA sebab komunis menyasarkan pasukan keselamatan dan menyerang balai polis?

a)

Mencetuskan suasana huru-hara

b)

Mengukuhkan kedudukan PKM

c)

Mendedahkan kelemahan pasukan keselamatan

d)

Menunjukkan ketidakupayaan kerajaan

6.

Antara berikut, yang manakah merupakan DUA langkah penguatkuasaan Undang-Undang Darurat?

a)

Mengetatkan undang-undang senjata api

b)

Menggeledah rumah kediaman

c)

Memberikan bantuan perubatan

d)

Menangkap penjajah British

7.

Antara berikut, manakah DUA parti yang telah diharamkan semasa penguatkuasaan Undang-Undang Darurat?

a)

Ikatan Pembela Tanah Air (PETA)

b)

Pemuda Radikal Melayu (PERAM)

c)

Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)

d)

Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU)

8.

#Ditubuhkan pada tahun 1948

# Dilatih dan dihantar mengawal ladang dan kawasan lombong

# Menjadi baris hadapan dalam menghadapi ancaman komunis

Maklumat ini merujuk kepada

a)

Polis Cawangan Khas

b)

Special Constables

c)

Senoi Praaq (Urang Perang)

d)

Auxiliary Police

9.

# Ditubuhkan pada tahun 1956

# Ditugaskan mengesan tempat persembunyian komunis di dalam hutan

# Anggotanya dikenali sebagai "The Silent Killer"

Apakah pasukan tersebut?

a)

Polis Hutan

b)

Special Constables

c)

Senoi Praaq (Urang Perang)

d)

Auxiliary Police

10.

# Ditubuhkan pada tahun 1948

# Mempertahankan bandar dan kampung daripada serangan komunis

# Anggotanya dijadikan Police Volunteer Reserve

Maklumat ini merujuk kepada

a)

Polis Hutan

b)

Special Constables

c)

Senoi Praaq (Urang Perang)

d)

Auxiliary Police

11.

X

# Ditubuhkan pada tahun 1933

# Membanteras gerila komunis di dalam hutan

# Diperbesar kepada tujuh rejimen

Apakah X?

a)

Pasukan Askar Melayu

b)

Pasukan Askar Komanwel

c)

Home Guard

d)

Sarawak Rangers

12.

# Terdiri daripada orang Iban

# Menjejak persembunyian komunis di dalam hutan

# Mahir dalam selok-belok hutan

Maklumat tersebut merujuk kepada

a)

Pasukan Askar Melayu

b)

Pasukan Askar Komanwel

c)

Home Guard

d)

Sarawak Rangers

13.

# Pasukan Pengawal Kampung

# Membantu menyekat pergerakan bekalan makanan dan ubatan

# Diberi latihan ketenteraan

Apakah pasukan keselamatan tersebut?

a)

Pasukan Askar Melayu

b)

Pasukan Askar Komanwel

c)

Home Guard

d)

Sarawak Rangers

14.

Apakah peranan utama Polis Cawangan Khas?

a)

Mengawal Kampung Baru

b)

Mengawal ladang dan kawasan lombong

c)

Mengesan tempat persembunyian komunis

d)

Mendapatkan maklumat PKM melalui perisikan

15.

Mengapakah kerajaan British memperkenalkan pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan?

a)

Mengawal tingkah laku penduduk

b)

Memulakan bancian penduduk

c)

Mewujudkan masyarakat bertatasusila

d)

Mengenal pasti komunis dan orang awam

16.

Apakah DUA cara Sir Henry Gurney mengiklankan tawaran pengampunan kepada komunis?

a)

Radio

b)

Wayang gambar

c)

Buku

d)

Akhbar

17.

Bagaimanakah Perang Saraf dijalankan?

a)

Melakukan serangan secara senyap

b)

Memenangi hati dan fikiran rakyat

c)

Membanteras ancaman komunis

d)

Meracuni pemikiran rakyat

18.

Pada 6 September 1949, Sir Henry Gurney mengisytiharkan pengampunan kepada komunis supaya menyerah diri. Mengapakah beliau berbuat sedemikian?

a)

Melemahkan perjuangan komunis

b)

Mewujudkan masyarakat bersatu padu

c)

Menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat

d)

Membawa kemajuan kepada Persekutuan Tanah Melayu

19.

Apakah tujuan British melonggarkan syarat kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu?

a)

Menambah bilangan penduduk

b)

Mewujudkan bangsa yang bersatu

c)

Membuat persediaan ke arah berkerajaan sendiri

d)

Membentuk masyarakat yang progresif

20.

Apakah DUA tujuan pelaksanaan Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat?

a)

Menggalakkan interaksi

b)

Membentuk pemuafakatan

c)

Mengukuhkan pertahanan

d)

Mengeratkan hubungan kaum

21.

British berusaha memenangi kepercayaan Orang Asli dengan membina 14 kubu yang menyediakan barang keperluan harian, perubatan, pendidikan dan perlindungan.

Mengapakah British berbuat demikian?

a)

Memberikan perlindungan

b)

Meningkatkan taraf hidup

c)

Melaksanakan tanggungjawab sosial

d)

Mendapatkan sokongan

22.

Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum diwujudkan?

a)

Membanteras pengganas komunis

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Membantu kewangan kerajaan

d)

Meningkatkan kesedaran politik

23.

Apakah DUA kesan Zaman Darurat dari aspek sosioekonomi?

a)

Penderitaan dan kesengsaraan rakyat

b)

Pembangunan infrastruktur asas

c)

Perpaduan rakyat semakin utuh

d)

Peningkatkan kos perbelanjaan

24.

Apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa darurat?

a)

Mempertahankan negara daripada musuh

b)

Merancakkan pembangunan ekonomi

c)

Menjaga kedudukan institusi raja

d)

Menghargai jasa pemimpin negara

25.

Mengapakah Parti Komunis Indonesia (PKI) berusaha menyebarkan pengaruh mereka di Tanah Melayu?

a)

Kegagalan menguasai Pulau Jawa

b)

Penubuhan Parti Komunis Nanyang

c)

Keinginan menguasai bahan mentah

d)

Peluasan pengaruh Parti Komunis China

26.

Maklumat berikut berkaitan dengan usaha British menangani ancaman komunis di Tanah Melayu.

17 Jun 1948 => Undang-Undang Darurat diisytiharkan

Apakah peristiwa yang menyebabkan undang-undang tersebut diisytiharkan?

a)

Pembukaan cawangan Parti Kuomintang

b)

Pembunuhan pengurus ladang Eropah

c)

Perubahan dasar pentadbiran British

d)

Penentangan Kesatuan Sekerja

27.

Pada zaman darurat, pengeluaran tanaman padi dan makanan lain semakin berkurangan di Tanah Melayu.

Apakah kesan situasi tersebut?

a)

Pertambahan buruh asing

b)

Peningkatan harga barang

c)

Pengawalan barangan import

d)

Pengeluaran tanaman dagangan

28.
  1. Perang saraf ialah rancangan yang dilakukan untuk menghapuskan komunis.

  2. Antara berikut yang manakah DUA perkara berkaitan dengan perang saraf?

a)
  1. Menawarkan hadiah wang tunai

b)
  1. Mengadakan perintah berkurung

c)
  1. Mengukuhkan pasukan tentera

d)
  1. Melonggarkan syarat kerakyatan

29.

Gambar menunjukkan kereta api yang disabotaj oleh komunis.

Mengapakah komunis berbuat sedemikan?

a)

Membunuh rakyat Tanah Melayu

b)

Mengancam keselamatan rakyat

c)

Melumpuhkan ekonomi British

d)

Memutuskan rangkaian perhubungan

30.

Tokoh berikut telah melancarkan kempen “Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat”

Sir Gerald Templer

Apakah kejayaan kempen tersebut?

a)

Memujuk rakyat menentang komunis

b)

Meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar

c)

Mewujudkan sistem pendidikan yang seragam

d)

Memupuk kerjasama rakyat melalui parti politik

31.

Gambar berikut merujuk kepada pasukan keselamatan yang ditubuhkan oleh British.

Apakah tugas pasukan tersebut?

a)

Menjejak persembunyian pengganas

b)

Mempertahan bandar dan kampung

c)

Menyekat bekalan makanan

d)

Membuat rondaan di pinggir hutan

32.

Undang-undang berikut diluluskan oleh British di Tanah Melayu.

** Trade Union Ordinance No. 9 of 1948

Mengapakah undang-undang tersebut dilaksanakan?

a)

Menghalang pengaruh parti radikal

b)

Mengekang pengaruh komunis

c)

Menyekat kebebasan bersuara

d)

Mengawal penerbitan risalah

33.

Gambar berikut menunjukkan perarakan penduduk tempatan sempena kempen 'Bulan Rakyat Melawan Penjahat' pada tahun 1949 di Tanah Melayu.

Apakah kesan kempen tersebut?

a)

Pengukuhan kerjasama pelbagai kaum

b)

Pertambahan bilangan imigran

c)

Peningkatan kesedaran berpolitik

d)

Pemerkasaan perkhidmatan awam

34.

Apakah peranan Pasukan Senoi Praaq (Urang Perang) dalam usaha menangani ancaman Komunis?

a)

Memusnahkan kubu komunis

b)

Mengawal kampung dan pekan

c)

Melindungi kawasan perlombongan

d)

Mengesan tempat persembunyian komunis

35.

Gambar berikut berkenaan dengan pasukan Sarawak Rangers (Iban Tracker).

Apakah kejayaan pasukan tersebut?

a)

Menghapuskan kumpulan Min Yuen

b)

Membantu polis menentang komunis

c)

Membantu mengamankan kampung

d)

Memusnahkan kem dan markas komunis

36.

Maklumat berikut berkaitan Undang-Undang Darurat.

Mengapakah British berbuat demikian?

a)

Menjaga keamanan

b)

Mengeratkan hubungan kaum

c)

Mengisytiharkan pengampunan

d)

Mengawal pergerakan penduduk

37.

Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa di Tanah Melayu.

12 Jun 1948-->Pembunuhan 3 orang pengurus ladang di Sungai Siput, Perak.

Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?

a)

Undang-Undang Darurat diisytiharkan

b)

Parti Komunis Malaya ditubuhkan

c)

Rancangan Briggs dimansuhkan

d)

Operasi Hammer dilancarkan

38.

Gambar menunjukkan pasukan keselamatan Tanah Melayu iaitu Auxiliary Police.

Apakah tugas mereka dalam usaha memerangi ancaman komunis?

a)

Memusnahkan kubu pertahanan

b)

Mempertahankan bandar dan kampung

c)

Mengesan tempat persembunyian musuh

d)

Membuat penyusupan dalam organisasi pengganas

39.

Tokoh berikut telah melancarkan perang saraf bagi menangani ancaman komunis.

Bagaimanakah beliau mendapatkan sokongan penduduk dalam usaha tersebut?

a)

Mewujudkan Kampung Baru

b)

Memperkenalkan kad pengenalan

c)

Membawa masuk tentera Komanwel

d)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

40.

Persidangan berikut dianjurkan oleh Gerakan Komunis Antarabangsa di Calcutta, India pada tahun 1948.

- Persidangan Kongres Belia Asia

- Persidangan Parti Komunis India

Apakah gesaan dalam persidangan tersebut?

a)

Bekerjasama dengan British

b)

Menentang kuasa imperialis

c)

Menubuhkan kerajaan baharu

d)

Berbaik-baik dengan Jepun