Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B9T4 WAY TO SPM A+

Total questions: 40

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Apakah asas yang membolehkan penduduk Persekutuan Tanah Melayu membentuk perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri?

a)

Pembentukan Suruhanjaya Reid

b)

Peristiwa Perang Dunia Kedua

c)

Pilihan Raya Umum 1955

d)

Perkembangan politik di Asia

2.

Mengapakah misi rundingan di London penting dalam usaha mencapai kemerdekaan?

a)

Membincangkan soal perlembagaan

b)

Mengenal pasti pemimpin negara

c)

Melindungi institusi Raja-raja Melayu

d)

Mewujudkan jawatan penting dalam kerajaan

3.

Tunku Abdul Rahman mencadangkan supaya peserta rombongan menaiki kapal laut ke Kerachi sebelum terbang ke London dari Kerachi. Mengapakah Tunku berbuat demikian?

a)

Menjimatkan kos dan masa perjalanan

b)

Memberi peluang merangka perlembagaan

c)

Membuat perancangan dengan teliti

d)

Mengadakan perbincangan dengan wakil Raja-raja Melayu

4.

Apakah DUA perkara yang dituntut oleh perwakilan Tanah Melayu dalam rundingan kemerdekaan di London?

a)

Jawatankuasa Setiausaha Kewangan dihapuskan

b)

Menteri Pertahanan daripada rakyat tempatan

c)

Bantuan pertahanan daripada British dan Komanwel

d)

Pemberian kewarganegaraan secara jus soli

5.

Apakah hasil yang dipersetujui dalam rundingan kemerdekaan?

a)

Kemerdekaan dengan serta merta

b)

Perjanjian Kemerdekaan ditandatangani

c)

Kerajaan British bersedia menyerahkan kuasa

d)

Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk

6.

# Ghafar Baba mengetuai perhimpunan di Padang Banda Hilir, Melaka

# Leong Yew Koh memberi ucapan di Padang Banda Hilir, Melaka

Apakah peristiwa yang dimaksudkan di atas?

a)

Perhimpunan menentang komunis

b)

Penamatan zaman darurat

c)

Kepulangan rombongan kemerdekaan

d)

Kerjasama kaum dalam politik

7.

Apakah peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Lord Reid?

a)

Membentuk Kabinet

b)

Merangka Perlembagaan

c)

Merundingkan kemerdekaan

d)

Mengemukakan memorandum

8.

Antara berikut, manakah DUA Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Memastikan pelaksanaan demokrasi

b)

Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat

c)

Melindungi kedudukan Raja-Raja Melayu

d)

Mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan

9.

Menurut Suruhanjaya Perlembagaan, Raja-raja Melayu di negeri masing-masing hendaklah mendapat perlindungan sebagai

a)

Raja berdaulat

b)

Raja berkuasa mutlak

c)

Raja beragama Islam

d)

Raja Berperlembagaan

10.

Meminta cadangan => Meneliti cadangan => Mengadakan persidangan

Mengapakah langkah-langkah tersebut diambil dalam gerak kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Menjamin keadilan sosial

b)

Mengelakkan penyelewengan kuasa

c)

Mewujudkan kesepakatan ahli

d)

Mermastikan perlembagaan diterima

11.

Apakah yang dapat dikaitkan dengan Sheikh Abdullah Fahim dalam perkara berkaitan kemerdekaan Tanah Melayu?

a)

Menyertai rundingan

b)

Merangka perlembagaan

c)

Menganggotai suruhanjaya

d)

Mencadangkan tarikh

12.

Antara berikut, yang manakah DUA tokoh yang terlibat sebagai anggota Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Lord Reid

b)

Hakim B. Malik

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Tun V.T. Sambanthan

13.

Di manakah pengumuman tarikh kemerdekaan dibuat oleh Tunku Abdul Rahman?

a)

Padang Banda Hilir, Melaka

b)

Padang Kelab Selangor

c)

Stadium Merdeka

d)

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

14.

Bagaimanakah kemerdekaan Tanah Melayu berjaya dicapai?

a)

Revolusi

b)

Perjanjian

c)

Rundingan

d)

Pertumpahan darah

15.

Antara berikut, yang manakah DUA orang tokoh yang mewakili Raja-Raja Melayu dalam rundingan kemerdekaan?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Dr. Ismail Abdul Rahman

c)

Dato' Mohamad Seth Mohammad Said

d)

Dato' Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood

16.

Apakah isu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menimbulkan perbezaan pendirian dalam kalangan Parti Perikatan?

a)

Kewarganegaraan jus soli

b)

Agihan kekayaan negara

c)

Sistem pendidikan kebangsaan

d)

Peruntukan jawatan dalam kabinet

17.

Apakah alasan PAS mengkritik soal kewarganegaraan jus soli?

a)

Mengancam kedudukan Islam

b)

Tidak menjaga kepentingan orang Melayu

c)

Bilangan warganegara bangsa Melayu berkurangan

d)

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terjejas

18.

Apakah perkara yang ditolak oleh Dato' Onn Jaafar dari Parti Negara?

a)

Ketiadaan elemen perpaduan

b)

Kelonggaran syarat kewarganegaraan

c)

Tiada perwakilan Parti Negara dalam kabinet

d)

Pengabaian terhadap bahasa kebangsaan

19.

Apakah tuntutan MIC dalam draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Sekolah vernakular diteruskan

b)

Penggunaan bahasa Tamil diberikan perhatian

c)

Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi

d)

Pemberian kewarganegaraan

20.

Siapakah yang memperkenankan pindaan Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Majlis Raja-Raja

c)

Majlis Mesyuarat

d)

Parlimen British

21.

Pada 10 Julai 1957 hingga 11 Julai 1957, draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dibahaskan dalam

a)

Parlimen British

b)

Kongres Kebangsaan

c)

Majlis Raja-Raja

d)

Majlis Perundangan Persekutuan

22.

Berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, bagaimanakah pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat?

a)

Dipilih oleh rakyat jelata

b)

Dicalonkan oleh Perdana Menteri

c)

Dilantik dalam kalangan Raja-Raja Melayu

d)

Dilaksanakan secara pewarisan takhta

23.

Antara berikut, manakah DUA perkara yang berkaitan dengan pengamalan agama masyarakat Persekutuan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan?

a)

Agama Islam sebagai agama tunggal

b)

Agama selain Islam boleh diamalkan

c)

Agama Islam sebagai agama Persekutuan

d)

Agama selain Islam tidak boleh diamalkan

24.

Apakah DUA perkara yang terkandung dalam memorandum daripada parti politik dan pihak awam dari segi kewarganegaraan?

a)

Raja-raja Melayu melindungi kepentingan sah kaum lain

b)

Masyarakat Cina menuntut kewarganegaraan diteliti

c)

Masyarakat Serani mahu hak mereka dipertahankan

d)

Dewan Perniagaan Melayu memohon mengetatkan kewarganegaraan

25.

Apakah DUA perkara yang terkandung dalam draf perlembagaan?

a)

Membentuk Dewan Undangan Negeri

b)

Meneruskan sistem kerajaan Persekutuan

c)

Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan

d)

Kewarganegaraan bersyarat kepada semua yang lahir di Tanah Melayu

26.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan British pada 5 Ogos 1957. Berikut merupakan perkara yang terkandung dalam perjanjian tersebut kecuali

a)

kedudukan agama Islam

b)

sistem pendidikan kebangsaan

c)

sistem Demokrasi Berparlimen

d)

pengamalan Raja Berperlembagaan

27.

Antara berikut, manakah DUA cara pemberian kewarganegaraan yang ditetapkan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Permohonan

b)

Kuat kuasa undang-undang

c)

Perkenan Raja-raja Melayu

d)

Kelulusan Dewan Undangan Negeri

28.

Mengapakah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 penting kepada penduduk Tanah Melayu?

a)

Memajukan penduduk tempatan

b)

Membentuk perlembagaan negara

c)

Memperoleh kerakyatan yang sama

d)

Memberikan hak untuk memerintah sendiri

29.

Apakah yang dicadangkan dalam memorandum oleh Raja-Raja Melayu?

a)

Ketua negara dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong

b)

Mengetatkan soal kewarganegaraan

c)

Agama Islam mestilah diakui sebagai agama rasmi

d)

Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi

30.

Apakah yang dicadangkan dalam memorandum MCA?

a)

Mahukan hak mereka dipertahankan

b)

Menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan

c)

Suruhanjaya membuat peruntukan bagi kewarganegaraan menerusi kelahiran

d)

Semua sekolah yang ada daripada aliran bahasa Inggeris atau vernakular perlu diteruskan

31.

Apakah peranan Tunku Abdul Rahman dalam usaha mencapai kemerdekaan Tanah Melayu?

a)

Mengetuai perhimpunan di Melaka

b)

Mencadangkan perlembagaan negara

c)

Mengadakan rundingan di London

d)

Menyertai Suruhanjaya Perlembagaan

32.

Apakah kesan penting Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu terhadap sistem politik negara?

a)

Mengukuhkan kedudukan British

b)

Mewujudkan sistem demokrasi berparlimen

c)

Menjatuhkan kuasa Raja-Raja Melayu

d)

Menghapuskan peranan Suruhanjaya Perlembagaan

33.

Siapakah yang memperkenankan pindaan Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Majlis Raja-Raja

c)

Majlis Mesyuarat

d)

Parlimen British

34.

Apakah hasil yang dipersetujui dalam rundingan kemerdekaan?

a)

Kemerdekaan dengan serta merta

b)

Perjanjian Kemerdekaan ditandatangani

c)

Kerajaan British bersedia menyerahkan kuasa

d)

Pembentukan Kabinet Pertama

35.

Rajah berikut berkaitan dengan proses penggubalan Pelembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Apakah X?

a)

Rombongan ke London

b)

Draf diluluskan oleh Majlis Perundangan

c)

Majlis Raja-raja memberi perkenan

d)

Perbahasan draf di Parlimen

36.

Maklumat berikut berkaitan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Apakah DUA peranan suruhanjaya tersebut?

a)

Memperuntukkan hak sama rata untuk semua kaum

b)

Mengadakan referendum dalam kalangan penduduk

c)

Memastikan sistem persekutuan yang kuat

d)

Menerima memorandum daripada pelbagai pihak

37.

3 (1) Agama di Negeri Persekutuan ialah agama Islam, akan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dalam mana-mana jua negeri dalam Persekutuan.

Apakah rumusan anda tentang peruntukan tersebut?

a)

Tolak ansur

b)

Sedia berkorban

c)

Kerjasama

d)

Prihatin

38.

Manakah DUA perkara yang menjadi pilihan masyarakat dan pemimpin Tanah Melayu dalam Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan 1956?

a)

Kedudukan Raja-raja Melayu dipelihara

b)

Kewarganegaraan kepada sesiapa sahaja

c)

Kepatuhan rakyat kepada demokrasi berparlimen

d)

Keistimewaan orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain

39.

Garis masa berikut berkaitan kronologi penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Apakah X ?

a)

Dilulus oleh Majlis Perundangan Persekutuan

b)

Mendapat persetujuan untuk diperkenankan

c)

Dibentang kepada Raja-raja negeri Melayu

d)

Membahas rang undang-undang khas

40.

Gambar berikut berkaitan dengan Rundingan London yang berlangsung pada tahun 1956.

Apakah dua kepentingan rundingan tersebut?

a)

Pelaksanaan pilihan raya umum

b)

Pengenalan kerakyatan jus soli

c)

Pemberian kemerdekaan tanah air

d)

Penubuhan Suruhanjaya Perlembagaan