Font size
WorksheetsSEJARAH B9T5 WAY TO SPM A+
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Apakah bukti yang menunjukkan wujudnya hubungan antara kerajaan awal Alam Melayu dengan negara China?
Menghantar utusan
Menghadiahkan bunga emas
Memberikan bantuan ketenteraan
Memeterai memorandum persefahaman
Apakah DUA kepentingan hubungan luar Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15?
Membantu Melaka muncul sebagai pusat penyebaran Islam
Memperoleh perakuan tentang kedaulatan Melaka
Membolehkan Melaka menggubal sendiri dasar luar
Memudahkan Melaka menguasai seluruh Alam Melayu
Apakah DUA bentuk hubungan luar negara semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj?
Probarat
Terbuka
Berkecuali
Antikomunis
Apakah faktor yang mempengaruhi hubungan luar Malaysia dengan Turki, Yaman, Mesir dan Arab Saudi?
Ikatan budaya
Ikatan sejarah
Ikatan nasional
Ikatan keagamaan
Apakah sebab berlakunya Perang Dingin?
Konflik politik antara dua blok dunia
Perebutan tanah jajahan akibat imperialisme
Perbezaan teknologi pensejataan dan pertahanan
Kepentingan ekonomi dan geopolitik
Apakah tanggungjawab United Nations High Commissioner of Refigees (UNHCR)?
Membantu mangsa peperangan
Menjadi pemerhati di negara bergolak
Mengawal keselamatan antarabangsa
Menjaga golongan yang tidak bernegara
Apakah DUA tugas pasukan pengaman anjuran PBB di negara yang berkonflik?
Melindungi mangsa pelarian
Memberi bantuan kewangan
Mengawasi gencatan senjata
Memastikan keselamatan penduduk
Siapakah yang mengetuai UN-Habitat pada tahun 2017 hingga 2020?
Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood
Tan Sri Razali Ismail
Datuk Maimunah Mohd Shariff
Dr. Jomo Kwame Sundaram
Apakah isu yang pernah dibangkitkan oleh Malaysia dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel?
Dasar Aparteid
Sekatan ekonomi
Pemerdagangan manusia
Penyalahgunaan dadah
Mengapakah Rancangan Colombo penting kepada negara anggota Komanwel?
Memajukan sektor pertanian
Menyediakan kemudahan perubatan
Menggalakkan aktiviti pelancongan
Menangani masalah kemiskinan
Kadar cukai yang dikenakan adalah rendah antara rakan dagang dalam Komanwel. Apakah DUA cukai tersebut?
Cukai produk digital
Cukai eksport barangan siap
Cukai sektor pelancongan
Cukai terhadap pertroleum dan gas asli
Mengapakah Malaysia menentang dasar Aparteid yang diamalkan oleh Afrika Selatan?
Menyalahgunakan hak asasi manusia
Menghalang program senjata kimia
Memiliknegarakan pelaburan asing
Menghapuskan sekatan perdagangan
Apakah tujuan Malaysia menganjurkan temasya Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur?
Memupuk semangat kesukanan
Melambangkan kekuatan negara peserta
Mengukuhkan hubungan antara negara anggota
Menunjukkan kecekapan mengendalikan sukan antarabangsa
Kesan daripada pengamalan dasar berkecuali membolehkan Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara
India
China
Jepun
Afrika Selatan
Mengapakah Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara ASEAN dianjurkan di Bali, Indonesia pada tahun 1976?
Membincangkan pergolakan di Indochina
Mengatasi ancaman komunis di Thailand
Menamatkan dasar konfrontasi Indonesia
Menangani bencana tsunami di Aceh
Apakah kesan Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) terhadap Malaysia?
Menyelaraskan sempadan perairan
Memperkukuh keselamatan negara
Menggalakkan kemasukan pelabur asing
Mengekalkan hubungan diplomatik
Pada tahun 1965, bagi menangani isu keselamatan Malaysia telah menandatangani perjanjian sempadan dengan negara
Thailand
Myanmar
Singapura
Indonesia
Pada 8 Disember 1976, Perjanjian Berkongsi Pengeluaran Carigali dan Kemajuan Perusahaan Minyak dilakukan antara PETRONAS dengan
SHELL
ESSO
MOBIL
CALTEX
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) yang ditubuhkan pada tahun 1961 merupakan gabungan pertama antara Malaysia dengan DUA negara iaitu
Brunei
Filipina
Thailand
Singapura
Apakah matlamat penubuhan MAPHILINDO?
Meningkatkan persefahaman
Menghapuskan ancaman komunis
Memajukan kegiatan perdagangan
Membentuk pakatan tentera serantau
Apakah keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada tahun 1971?
Penubuhan Pusat Kajian Bahasa Inggeris (RELC)
Pembentukan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
Pengisytiharan Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
Pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM)
DUA bentuk kerjasama dalam bidang kebudayaan antara negara anggota ASEAN.
Menganjurkan Tahun Melawat ASEAN
Mengadakan festival kebudayaan dan kesenian
Menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN
Menganjurkan Sukan SEA
Mengapakah Malaysia mengamalkan dasar neutral dan menolak sebarang pakatan negara tanpa pihak?
Memelihara keharmonian
Meningkatkan kemakmuran
Mengelakkan konflik antarabangsa
Mengukuhkan perpaduan
Antara berikut merupakan DUA isu yang dibawa oleh Malaysia dalam Sidang Kemuncak NAM kali ke-13 pada tahun 2003 iaitu
sikap NAM terhadap isu Palestin
pengisytiharan kebebasan Bangsamoro dari Filipina
pelarian etnik Rohingya ke negara serantau
serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq
Apakah kesan daripada tindakan Malaysia membangkitkan isu Bosnia dan Herzegovina dalam Sidang Kemuncak NAM di Jakarta, Indonesia?
Menyekat bantuan ketenteraan
Menggulingkan pemimpin Serbia
Menghentikan kerjasama ekonomi
Menggantung keahlian Yugoslavia
Pihak manakah yang memberikan tekanan terhadap Bosnia dan Herzegovina?
Rusia
Austria
Serbia
Yugoslavia
Pada tahun 1970, dalam isu kawalan senjata nuklear, Malaysia sebagai anggota NAM telah menandatangani
Deklarasi Zon Senjata Nuklear
Deklarasi Zone of Peace, Freedom and Neutrality
Triti Pengharaman Senjata Nuklear
Perisytiharan Lusaka
Di manakah Persidangan Dunia Islam pertama berlangsung pada 25 September 1969?
Rabat, Maghribi
Kaherah, Mesir
Abu Dhabi, UAE
Gaza, Palestin
Apakah peristiwa yang membawa kepada penubuhan OIC?
Krisis Perang Teluk
Konflik antara Iran dan Iraq
Serangan pengganas di masjid Christchurch
Serangan ganas Zionis terhadap Masjid al-Aqsa
Siapakah yang telah mencetuskan idea penubuhan OIC?
Raja Al-Malek Faisal
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Recep Tayyip Erdogan
Apakah matlamat penubuhan OIC?
Mengekalkan keamanan dunia
Meningkatkan hubungan perdagangan
Menjaga kepentingan masyarakat Islam
Memperjuangkan hak asasi manusia
Bagaimanakah pendekatan Malaysia untuk menangani tohmahan 3K iaitu keganasan, kemiskinan dan kemunduran?
Menganjurkan beberapa persidangan
Melaksanakan rundingan damai
Memberi bantuan kemanusiaan
Mengetengahkan nilai kesederhanaan
Apakah DUA kerjasama Malaysia terhadap OIC dari segi pembangunan pendidikan?
Membuka pusat penyelidikan dan pembangunan
Menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Memberikan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC
Mengadakan pertukaran pelajar antara negara anggota
Apakah faedah yang diperoleh Malaysia daripada penyertaan dalam Bank Pembangunan Islam (IsDB)?
Melaksanakan projek pembangunan negara
Mengukuhkan kestabilan ekonomi negara
Mengguna pakai mata wang dinar emas
Memperoleh bantuan khidmat nasihat
Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama ekonomi ASEAN.
Skim Keutamaan Perniagaan (SKP)
Apakah kelebihan SKP?
Pembayaran tarif rendah
Pemotongan cukai barangan
Pengunaan mata wang ASEAN
Pertukaran teknologi pemasaran
Berikut merupakan deklarasi yang dikemukakan Malaysia dalam ASEAN.
Deklarasi Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) diumumkan di Kuala Lumpur pada tahun 1971.
Apakah bukti yang menunjukkan Malaysia akur pada deklarasi tersebut?
Menjalin hubungan dengan China
Menentang Dasar Aparteid Afrika Selatan
Menghalang pengeksploitasian benua Antartika
Menandatangani perjanjian pertahanan dengan Britain
Deklarasi berikut telah diisytiharkan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) pada tahun 1969
** Deklarasi Langkawi
Apakah persetujuan yang dicapai dalam deklarasi tersebut?
Memelihara alam sekitar
Menyelaras bantuan teknikal
Menyediakan dana pendidikan
Memperkenalkan zon bebas cukai
Prinsip berikut berkaitan pendirian Malaysia dalam soal antarabangsa.
“Hidup bersama secara aman”
Apakah bukti yang menunjukkan Malaysia berpendirian tersebut?
Mendukung Piagam PBB
Meneroka benua Antartika
Menyertai komuniti ASEAN
Menuntut Kepulauan Spratly
Dasar luar merupakan tindakan kerajaan dalam menjalinkan hubungan dengan negara lain.
Mengapakah dasar luar digubal?
Memenuhi desakan negara luar
Mendapat pengiktirafan tinggi
Meningkatkan pengaruh pemimpin
Mempertahankan kedaulatan negara
Misi pengaman dihantar ke Congo pada tahun 1960 hingga 1964.
Mengapakah misi ini disertai oleh Malaysia.
Membantu pentadbiran
Mendaulatkan undang-undang
Memberi latihan teknikal
Menjadi jurubahasa
