wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BIOT4 BAB 4: PENGANGKUTAN DALAM TUMBUHAN

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah BUKAN keperluan pengangkutan dalam tumbuhan?

a)

Mengangkut air bagi menjalankan fotosintesis

b)

Mengangkut gas karbon dioksida untuk fotosintesis

c)

Mengangkut nutrien organik hasil fotosintesis

d)

Mengangkut mineral untuk dibekalkan kepada sel tumbuhan

2.

Rajah menunjukkan keratan rentas akar tumbuhan. Apakah yang berlaku jika tisu Y mengalami kecederaan?

a)

Air tidak dapat diangkut

b)

Mineral tidak dapat dibekalkan kepada sel-sel

c)

Sel-sel akar tidak dapat menjalankan respirasi sel

d)

Oksigen tidak dapat meresap ke sel akar

3.

Apakah yang akan berlaku pada bahagian atas gelang selepas beberapa minggu?

a)

Mati

b)

Tiada perubahan

c)

Mengecut

d)

Membengkak

4.

Proses pengangkutan hasil fotosintesis daripada daun ke seluruh bahagian tumbuhan dikenali sebagai ...

a)

pindah silang

b)

translokasi

c)

gutasi

d)

pengangkutan aktif

5.

Apakah maksud transpirasi?

a)

Proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia.

b)

Proses pengeluaran air oleh tumbuhan di permukaan daun melalui hidatod.

c)

Proses kehilangan air dalam bentuk wap air dari permukaan tumbuhan ke udara secara penyejatan.

d)

Proses menggunakan air oleh akar tumbuhan

6.

Berikut ialah ciri-ciri X:

  • Membenarkan pertukaran gas ke dalam dan luar daun semasa fotosintesis dan respirasi.
  • Membebaskan wap air ke persekitaran semasa transpirasi.

Apakah stuktur X?

a)

Xilem

b)

Floem

c)

Stoma

d)

Sel pengawal

7.

Apakah fungsi struktur A ?

a)

Membenarkan pertukaran gas ke dalam dan ke luar daun.

b)

Mengangkut air dari akar ke pucuk.

c)

Mengawal pembukaan saiz liang stoma.

d)

Mengangkut makanan dan nutrien dari daun kepada seluruh bahagian dalam tumbuhan.

8.

Antara gambar yang berikut, yang manakah menunjukkan tumbuhan sedang mengalami gutasi?

a)
b)
c)
9.

Tisu vaskular tumbuhan terdiri daripada _______________________

a)

xilem sahaja

b)

floem sahaja

c)

xilem dan floem

d)

kambium, xilem dan floem

10.

Antara berikut yang manakah akan menurunkan kadar transpirasi?

a)

stoma terbuka

b)

kelembapan udara yang tinggi

c)

keamatan cahaya tinggi

d)

kelajuan angin tinggi

11.

Fungi xilem adalah...

a)

menyerap air

b)

mendapatkan cahaya

c)

mengangkut air dan garam mineral dari akar ke batang dan daun

d)

mengangkut bahan makanan ke bahagian tumbuhan yang lain

12.

Fungsi Floem adalah ...

a)

Mengangkut bahan makanan ke bahagian tumbuhan yang lain

b)

Mendapatkan sumber air

c)

Menyebabkan kehilangan air

d)

mengangkut air dan garam mineral yang disintesis ke bahagian tumbuhan yang lain

13.

Bahagian tumbuhan yang manakah akan kehilangan banyak air semasa proses transpirasi?

a)

Ranting

b)

Batang

c)

Akar

d)

Daun

14.

Apakah faktor yang mempengaruhi transpirasi?

a)

Suhu

b)

Keamatan cahaya

c)

Kelembapan udara

d)

Pergerakan udara

e)

Bilangan stoma

15.

Kelayuan tumbuhan berlaku apabila

a)

Air tidak mencukupi

b)

Nutrien tidak mencukupi

c)

Garam mineral tidak mencukupi

16.

Kelayuan berlaku apabila tumbuhan menyerap lebih banyak air daripada kehilangan air.

a)

BENAR

b)

PALSU

17.

Transpirasi bermaksud proses tumbuhan kehilangan air melalui (a)   .

18.

Air menyejat daripada daun melalui ___________.

a)

Stoma

b)

Sel Pengawal

c)

Vakuol

d)

Kloroplas

19.

Terdapat lebih banyak stoma pada bahagian bawah daun daripada bahagian atas.

a)

BENAR

b)

PALSU

20.

Pilih kepentingan transpirasi yang betul.

a)

Sebagai sokongan

b)

Menyejukkan tumbuhan

c)

Menyingkirkan oksigen berlebihan

d)

Pengangkutan air dan mineral terlarut