wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA TUGAS (TINGKATAN 3)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pendapat abang awak ______ perkara itu amat wajar diberi perhatian.

a)

akan

b)

tentang

c)

terhadap

d)

dengan

2.

Kajian _____ punca penyakit yang berbahaya itu menunjukkan hasil yang positif

a)

terhadap

b)

tentang

c)

untuk

d)

antara

3.

_____ perubatan tradisional dengan perubatan moden memang terdapat perbezaan.

a)

Hingga

b)

Terhadap

c)

Tentang

d)

Antara

4.

Cikgu Nazri menjelaskan _____ program NILAM telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

a)

tentang

b)

untuk

c)

bahawa

d)

akan

5.

"Saya akan menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini _____ selesai," kata Mawardi.

a)

pada

b)

hingga

c)

sejak

d)

untuk

6.

Program Sekolah Dalam Taman tersebut mencapai kejayaan ______ kerjasama semua pihak yang berkenaan.

a)

dengan

b)

oleh

c)

sejak

d)

akan

7.

Dia menampal jadual waktu belajarnya _____ almari.

a)

di

b)

kepada

c)

untuk

d)

pada

8.

Makanan di dalam kotak-kotak itu akan dihantarkan _____ mangsa banjir pada pagi esok.

a)

oleh

b)

terhadap

c)

pada

d)

kepada

9.

Apa-apa teguran daripada ibu bapa adalah _____ kebaikan anak-anaknya juga

a)

daripada

b)

dengan

c)

oleh

d)

untuk

10.

_____ membiarkan tanah itu ditumbuhi lalang, adalah lebih baik kita usahakan dengan tanaman sayur-sayuran.

a)

Pada

b)

Dengan

c)

Daripada

d)

Untuk

11.

Tuan Haji Abu menerima kedatangan kami ke rumahnya _____ tangan terbuka.

a)

tentang

b)

oleh

c)

pada

d)

dengan

12.

"_____ perkara itu, Encik Teo janganlah risau," jelas Rama.

a)

Terhadap

b)

Tentang

c)

Daripada

d)

Dengan

13.

Para remaja dinasihati agar tidak terpengaruh _____ budaya yang dibawa oleh golongan pengkid.

a)

kepada

b)

pada

c)

tentang

d)

oleh

14.

Novel kepunyaan Nursia itu tidak hilang, sebaliknya ada _____ Munirah.

a)

pada

b)

kepada

c)

dengan

d)

daripada

15.

Jarak _____ Taiping ke Kemunting adalah sejauh 10 kilometer.

a)

ke

b)

di

c)

dari

d)

daripada

16.

Setelah sembuh daripada kecederaan itu, dia sudah dapat berjalan tetapi _____ bantuan tongkat.

a)

oleh

b)

bagi

c)

daripada

d)

dengan

17.

Majlis kesyukuran itu _____ untuk meraikan kejayaan abang dalam peperiksaan SPM.

a)

lagi

b)

ialah

c)

hanya

d)

adalah

18.

_____ Azrini yang tidak hadir semasa latihan bola jaring semalam.

a)

Memang

b)

Adalah

c)

Hanya

d)

Juga

19.

Nabila dan Izzati masih belum berbincang _____ cara-cara hendak membuat buku skrap Sains itu.

a)

terhadap

b)

tentang

c)

seperti

d)

akan

20.

Puan Liza menggantungkan gambar keluarganya _____ dinding

a)

dengan

b)

pada

c)

dari

d)

daripada