wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KAMRNI

Total questions: 50

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah tugas-tugas lain bagi malaikat KECUALI ;

a)

menanggung arasy

b)

bertasbih kepada Allah SWT

c)

menghamparkan sayap kepada orang yang tidur

d)

membisikkan kebaikan ke hati manusia

2.

Kitab Zabur diturunkan kepada nabi.............................alaihissalam.

a)

Adam

b)

Musa

c)

Daud

d)

Isa

3.

-Memotong kuku dan misai. -Mandi sunat. -Membaca surah al-Kahfi. Pernyataan di atas merujuk kepada:

a)

rukun khutbah

b)

adab mendengar khutbah jumaat

c)

sunat khutbah jumaat

d)

amalan sunat hari jumaat

4.

"Afiq bermusafir dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru pada pukul 8.00 pagi hari jumaat". Berdasarkan pernyataan di atas, apakah hukum menunaikan solat Jumaat bagi Afiq?

a)

wajib

b)

harus

c)

 sunat

d)

makruh

5.

Berikut adalah perkara makruh ketika berpuasa kecuali

a)

Berbekam

b)

Tidur berlebihan di siang Ramadan

c)

Melewatkan berbuka

d)

Mandi wajib sebelum fajar bagi yang berjunub

6.

Air berada di tempat yang terlalu jauh Pernyataan di atas merujuk kepada ___________ .

a)

rukum tayamum

b)

sebab diwajibkan tayamum

c)

syarat tayamum

d)

sebab diharuskan tayamum

7.

Isteri terawal Rasulullah S.A.W yang memeluk agama islam adalah?

a)

Saidatina Aishah R.A

b)

Saidatina Khadijah R.A

c)

Saidatina Ummu Salamah R.A

d)

Saidatina Habsah R.A

8.

Siapakah yang bersama Rasulullah SAW semasa berhijrah?

a)

Saidina Ali

b)

 Saidina Abu Bakar

c)

Saidina Uthman

d)

Asmak binti Abu Bakar

9.

Pemerintahan kerajaan Islam yang pertama di dunia bermula di _______

a)

Mekah

b)

Madinah

c)

Mesir

d)

Turki

10.

Gelaran bagi Sayyidatina Khadijah ialah

a)

At-Tahirah

b)

Az-Zahra'

c)

Al-Humaira'

d)

As-Sayyidah

11.

إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ، فَاصْنَعْ مَا شِءْتَ Hadis itu menunjukkan bahawa

a)

Sifat malu mencerminkan kecantikkan diri

b)

Sifat malu mencerminkan maruah diri

c)

Sifat malu mencerminkan kekayaan diri

d)

Sifat malu mencerminkan kebaikan diri

12.

Setiap permasalahan yang timbul dalam keluarga seharusnya

a)

dibawa bincang

b)

dihebahkan kepada semu

c)

dibuat kajian terperinci

d)

dibiarkan hilang begitu Sahaja

13.

- Menggunakan suara yang lembut bagi menyenangkan hati - Jika tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan, diam sahaja

Pernyataan diatas merujuk kepada cara beradab kepada ibu bapa dari aspek

a)

hati

b)

percakapan

c)

tingkah laku

d)

perbuatan

14.

Apakah cara beradab kepada ibu bapa dan keluarga dari aspek hati?

a)

Selalu menziarahi ibu bapa

b)

Membenci mereka

c)

Sentiasa menjaga hati dan perasaan mereka

d)

Besopan santun

15.

Antara berikut, yang manakah perbuatan yang kita mesti jauhi dalam hidup berjiran?

a)

Menggunakan air paip jiran untuk mencuci kereta kita

b)

Melayan jiran dengan baik

c)

Memberi salam

d)

Memberi hadiah dan makanan kepada jiran

16.

Berikut adalah adab-adab di masjid, kecuali

a)

Melangkah masuk dengan kaki kanan

b)

Berdoa untuk datang lagi ke masjid

c)

Memberi salam kepada orang yang di dalam masjid

d)

Membaca doa memasuki masjid

17.

Siapakah yang bertanggugjawab mengeluarkan logo ini?

a)

JAKIM

b)

JABATAN AGAMA BAHAGIAN MAKANAN

c)

JAIS

d)

JABATAN PEMAKANAN

18.

Apakah maksud air musta'mal?

a)

Air yang suci dan boleh digunakan untuk bersuci

b)

Air yang suci tetapi tidak boleh digunakan untuk bersuci

c)

Air di dalam bekas logam yang terdedah kepada matahari

d)

Air yang dimasuki atau terkena najis

19.

Kunniyyah Nabi ialah?

a)

Abu Turob

b)

Abu Bakar

c)

Abu Qasim

d)

Abu Abdullah

20.

Tokoh ilmuwan dalam bidang falsafah

a)

Ibnu Sina

b)

Al Khawarizmi

c)

Al Farabi

d)

Jabir bin Hayyan

21.

Pengurusan harta cara yang betul

a)

mencuri

b)

riba

c)

rasuah

d)

jujur

22.

Mungkar dari segi bahasa bermaksud

a)

Perkataan atau perbuatan yang buruk oleh akal yang sihat

b)

Perkataan atau perbuatan yang ditegah oleh syarak

c)

Perkataan atau perbuatan yang dianggap tidak bermoral

d)

Perkataan atau perbuatan yang mesti dicegah oleh setiap individu

23.

- Thuwaibah al-Aslamiyah - Halimatus Sa`adiah Kedua-dua nama di atas ialah..............

a)

Isteri Nabi

b)

Pengasuh Nabi

c)

Ibu Saudara

d)

Ibu susuan

24.

Cara menjaga maruah diri dari aspek tingkah laku

a)

Menjaga kebersihan alam sekitar

b)

Kemas dan bersih

c)

Tidak memungkiri janji

d)

Tidak mencolok mata

25.

"Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah (saw) sama ada berbentuk percakapan, perbuatan, pengakuan atau persetujuan dan sifat" Berikut merupakan...............

a)

Peranan hadis

b)

Maksud hadis dari segi istilah

c)

Maksud hadis dari segi bahasa

d)

Pengajaran hadis

26.

"Ibadat yang ditentukan oleh syarak islam dari segi cara rukun dan syaratnya serta tidak boleh diubah" Ini adalah ibadat jenis?

a)

ibadat wajib

b)

ibadat solat

c)

ibadat umum

d)

ibadat khusus

27.

Cara mengukuhkan persaudaraan dari aspek hati

a)

bertegur sapa

b)

bersangka baik

c)

ucapan salam

d)

solat berjemaah

28.

-Penentu kebahagiaan dunia dan akhirat -Menjadi sebab tujuan menusia diciptakan -Tunjang kekuatan umat Islam Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Ciri-ciri akidah Islam

b)

Kepentingan akidah Islam

c)

Sumber akidah Islam

d)

Kesan akidah Islam

29.

Nyatakan hukum tajwid bagi ayat yang bergaris

a)

Idgham Mislain

b)

Izhar Syafawi

c)

Ikhfa' Syafawi

d)

Ikhfa' Hakiki

30.

Apakah maksud akidah dari segi bahasa?

a)

Ikatan atau simpulan

b)

Keyakinan dan keimanan yang mantap terhadap rukun iman dan perkara-perkara ghaib

c)

Naluri fitrah

d)

Tali yang lurus

31.

Makhraj huruf terbahagi kepada

a)

Dua

b)

Tiga

c)

Empat

d)

Lima

32.

Apakah hukum membaca Al-Quran dengan bertajwid ?

a)

Fardhu Kifayah

b)

Fardhu Ain

c)

Sunat

d)

Harus

33.

Dada baginda dibedah oleh malaikat jibril, berapa umur nabi Muhammad ketika berlaku peristiwa di atas?

a)

2-4 tahun

b)

4-6 tahun

c)

6-8 tahun

d)

8-10 tahun

34.

Majusi ialah kepercayaan yang dianuti oleh golongan penyembah

a)

Api

b)

Pokok

c)

Bulan

d)

Matahari

35.

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا

a)

Wahai tuhan kami kami! Janganlah engkau memesongkan hati kami

b)

dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisimu

c)

sesudah engkau berikan petunjuk (hidayah) kepada kami

d)

sesungguhnya engkau jualah tuhan yang maha pemberi kurnia

36.

Apakah maksud "ibadah"?

a)

Semua perkataan dan perbuatan.

b)

Solat, puasa, bersedekah dan menunaikan haji.

c)

Semua perkataan dan perbuatan zahir atau batin yang disukai Allah.

d)

Semua perbuatan zahir atau batin yang disukai Allah.

37.

Agama yang bersumberkan wahyu Allah iaitu al-Quran dan hadis merujuk kepada maksud

a)

Waq'iyyah

b)

Alamiyyah

c)

Rabbaniyyah

d)

Syumuliyyah

38.

Berikut adalah ciri hati yang rosak, kecuali

a)

kufur dan ingkar perintah Allah SWT

b)

sentiasa tertarik dengan nafsu keduniaan

c)

berkeluh kesah

d)

sentiasa berusaha untuk memahami kebenaran

39.

Pilih pernyataan yang tepat mengenai maksud Al-Qadir dari segi bahasa.

a)

Yang menentukan

b)

Allah yang Maha Kaya

c)

Allah yang Maha Esa

d)

Yang kuat, yang gagah

40.

Apakah maksud akhlak dari segi istilah?

a)

Budi pekerti, watak, kelakuan dan tabiat

b)

Sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong lahirnya sesuatu perbuatan dengan mudah tanpa pertimbangan dan pemikiran yang mendalam

c)

Sifat dan tingkah laku terpuji yang terdapat pada diri seseorang yang bertetapan dengan nilai dan perakuan syarak

d)

Sifat dan tingkah laku keji yang terdapat pada diri seseorang yang berlawanan dengan nilai dan perakuan syarak

41.
  • - Belajar bersungguh-sungguh

  • - Niat ikhlas belajar untuk beramal dan berbakti kepada umat Islam

Pernyataan di atas merujuk kepada jihad dari aspek ___________

a)

Ekonomi

b)

Kemasyarakatan

c)

Ilmu

d)

Amar Makruf Nahi Mungkar

42.

Ashmirul tidak berani menegur Izharuddin yang sedang membuli Hazief. Ashmirul berdoa di dalam hati agar Izharuddin berubah menjadi seorang yang baik. Perbuatan di atas adalah mencegah kemungkaran dengan menggunakan _____________

a)

lidah

b)

hati

c)

mata

d)

tangan

43.

Apakah maksud makanan yang halal ?

a)

Makanan yang disembelih dengan nama Allah

b)

Makanan yang menyelerakan

c)

Makanan yang disedekahkan

d)

Makanan yang dibenarkan oleh syarak

44.

Berikut adalah peranan hadis sebagai sumber hukum kecuali

a)

Menguatkan hukum yang terdapat dalam al Quran

b)

Menjelaskan hukum yang ada dalam al Quran

c)

Memperincikan isi kandungan al Quran

d)

Menerangkan hukum yang tiada dalam al Quran

45.

Maksud syubhah ialah

a)

Sesuatu yang perlu disebarkan

b)

Sesuatu yang menarik

c)

Sesuatu yang digalakkan oleh Islam

d)

Sesuatu yang tidak diyakini halal atau haram

46.

Hukum terbahagi kepada 5 jenis iaitu

a)

Sah, Tidak Sah, Boleh, Tidak Boleh & Bebas

b)

Wajib, Sunat, Harus, Haram & Makruh

c)

Wajib, Haram, Harus, Sah & Tidak Sah

d)

Haram, Makruh, Mubah, Harus & Sunat Muakkad

47.

Berikut adalah ciri-ciri Islam kecuali

a)

Rabbaniyyah

b)

Ukhuwwah

c)

Syumuliah

d)

Waq'iyyah

48.

Orang yang ikhlas ialah

a)

Menceritakan keburukan yang dilakukannya.

b)

Menyembunyikan keburukan yang dilakukannya

c)

Menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya

d)

Menceritakan kebaikan yang dilakukannya

49.

Berikut merupakan bukti Allah bersifat Al-Qadir : القادر Kecuali :

I. Allah berkuasa mengazab sesiapa yang melakukan dosa

II. Allah berkuasa menukarkan malam kepada siang.

III. Allah berkuasa mencipta langit dan bumi

IV. Allah berkuasa memberi rezeki kepada sesiapa sahaja

a)

A. I, II dan II

b)

B. II, III dan IV

c)

C. I dan IV

d)

D. Semua di atas

50.

Berikut ialah tujuan memelihara Akhlak kecuali

a)

Mendapat kasih sayang dan kerahmatan Allah

b)

Membentuk hubungan baik antara hamba dan Allah

c)

Mewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni

d)

Mewujudkan keadaan yang tidak stabil dalam politik negara