wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJ TING 5

Total questions: 29

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah

takrif kedaulatan mengikut Bahasa Inggeris?

a)

Negara yang bebas dan merdeka

b)

Kerajaan berkuasa dalam pemerintahan

c)

Negara berkuasa penuh terhadap pemerintahan

d)

Kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara

2.

Tokoh-tokoh berikut telah memberi tafsiran berkaitan istilah dalam konteks sejarah.

- Ibnu Khaldun

- Aristotle

- Jean Bodin

- Tunku Abdul Rahman


Apakah istilah tersebut?

a)

Tamadun

b)

Kedaulatan

c)

Nasionalisme

d)

Perlembagaan

3.

Mengapakah kedaulatan penting bagi setiap negara?

a)

Melindungi budaya bangsa

b)

Mengeksploitasi

c)

Menjamin kesejahteraan rakyat

d)

Mengukuhkan hubungan keluarga

4.

Berdasarkan senarai jenis kedaulatan berikut, apakah faktor yang mempengaruh amalan jenis kedaulatan tersebut?


- Kedaulatan tradisional

- Kedaulatan moden

- Kedaulatan undang-undang

- Kedaulatan rakyat

a)

Mengikut bentuk pemerintahan

b)

Ditentukan oleh Majlis Raja-Raja

c)

Merujuk peruntukan perlembagaan

d)

Dicadangkan oleh Jemaah Menteri

5.

Apakah pertubuhan yang mengiktiraf bentuk kedaulatan antarabangsa?

a)

OIC

b)

PBB

c)

ASEAN

d)

Komanwel

6.

Apakah kuasa yang melaksanakan dasar pentadbiran negara?

a)

Jemaah Menteri

b)

Perbadanan Awam

c)

Badan Perundangan

d)

Yang di-Pertuan Agong

7.

Bagaimanakah rakyat pelbagai kaum di Malaysia disatukan?

a)

Adat resam

b)

Sistem politik

c)

Rukun Negara

d)

Bahasa Kebangsaan

8.

Apakah ciri-ciri unsur patriotisme?

a)

Kekuatan

b)

Kecekalan

c)

Kebebasan

d)

Kemerdekaan

9.

Mengapakah rakyat Malaysia perlu menghargai tokoh nasionalis negara?

a)

Memelihara maruah bangsa

b)

Menyusun semula masyarakat

c)

Mendapat pengiktirafan negara

d)

Memupuk semangat patriotisme

10.

Penyataan berikut merujuk kepda usaha kerajaan terhadap pertahanan negara.


- Memodenkan aset ketenteraan

- Mengadakan latihan ketenteraan

- Mengadakan perjanjian pertahanan


Apakah kesan daripada usaha tersebut?

a)

Memudahkan urusan pentadbiran

b)

Mengekalkan kedaulatan negara

c)

Mengukuhkan perpaduan kaum

d)

Mendapat pengiktirafan dunia

11.

FELDA

FELCRA

Apakah fungsi agensi berikut?

a)

Membuka bandar

b)

Memberi pinjaman

c)

Memajukan pertanian

d)

Membangunkan penempatan

12.

Tawaran Pengampunan

Kerajaan telah melaksanakan kaedah berikut untuk mengatasi ancaman komunis melalui Perang Saraf. Apakah kebaikan kaedah tersebut?

a)

Komunis bangkit menyerang

b)

Komunis menyerah diri

c)

Komunis diserang penduduk tempatan

d)

Komunis hilang secara tiba-tiba

13.

Siapakah yang bertanggungjawab melantik Yang Di-Pertua Negeri di Sabah dan Sarawak?

a)

Perdana Menteri

b)

Ketua Hakim Negara

c)

Ketua Setiausaha Negara

d)

Yang Di-Pertuan Agong

14.

Referendum Singapura telah diadakan pada September 1962? Apakah tujuan referendum tersebut diadakan?

a)

Mengetahui reaksi penduduk

b)

Membuat kempen kesedaran

c)

Menyatakan bentuk pilihan menyertai Malaysia

d)

Mengadakan pilihanraya Singapure

15.

Apakah undang-undang dan adat yang menjadi teras perlembagaan negara kita sebelum kedatangan British?

a)

Sistem pemerintahan diraja

b)

Sistem pemerintahan monarki

c)

Sistem pemerintahan YDP Agung

d)

Sistem pemerintahan demokrasi

16.

• 1951 dilantik sebagai presiden UMNO

• dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan

Maklumat di atas merujuk kepada....

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Tun Abdul Razak Hussein

c)

Dato' Onn Ja'afar

d)

Dato' Dr Ismail Abdul Rahman

17.

Pada tahun 1951, mengapakah Dato' Onn Ja'afar dikecam hebat?

a)

rundingan dengan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

b)

cadangan membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu

c)

setuju memberikan kerakyatan jus soli kepada bukan Melayu

d)

pakatan dengan kaum bukan Melayu

18.

Apakah kesan utama Sistem Tanaman Paksa yang diperkenalkan oleh Belanda terhadap penduduk di Indonesia?

a)

Mewujudkan jurang sosial

b)

Meningkatkan peluang pekerjaan

c)

Menjejaskan pentadbiran tempatan

d)

Menghapuskan tanaman tradisional

19.

Di negeri-negeri Melayu Bersekutu British telah melantik X untuk mencampuri urusan pentadbiran negeri. (BT ms 39)

Apakah X?

a)

Menteri Besar

b)

Bendahara

c)

Pegawai

d)

Residen

20.

Apakah corak pemerintahan negara Malaysia secara umumnya?

a)

Diktator

b)

Demokrasi

c)

Republik

d)

Raja Berpelembagaan

21.

Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dinamai sebagai

a)

Akta

b)

Ordinan

c)

Enakmen

d)

Perlembagaan

22.

Mengapakah seseorang hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik?

a)

Memberikan tumpuan kepada kes mahkamah

b)

Menjamin kesaksamaan undang-undang

c)

Menyebabkan rakyat tidak berpuas hati

d)

Tidak mempunyai kelayakan yang sesuai

23.

Apakah syarat untuk menjadi calon pilihan raya?

a)

Tidak muflis

b)

Bermastautin di Malaysia

c)

Berumur lebih daripada 25 tahun

d)

Menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam

24.

Apakah yang dilambangkan oleh dua ekor harimau yang menyokong perisai pada Jata Negara?

a)

Kesucian

b)

Keadilan

c)

Keberanian

d)

Kedaulatan

25.

Apakah faktor yang mewujudkan cabaran memajukan sistem perhubungan dan pengangkutan di Sarawak dan Sabah?

a)

Saiz negeri yang besar

b)

Kawasan hutan yang tebal

c)

Jumlah penduduk yang terlalu ramai

d)

Kekurangan dana untuk pembangunan

26.

Tugas Suruhanjaya Reid ialah

a)

Mencadangkan tarikh pilihan raya

b)

Merangka perlembagaan

c)

Memilih calon pilihan raya

d)

Menggubal undang-undang

27.

Apakah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menguruskan projek industri berat negara kita?

a)

PETRONAS

b)

HICOM

c)

MARA

d)

SIME DARBY

28.

Gambar berkenaan dengan teknologi yang ada dalam Tamadun Indus. Apakah teknologi tersebut ?

a)

Pembinaan kota mengikut grid yang betul

b)

Penciptaan kertas

c)

Wujud sistem perparitan dan pembetungan

d)

365 hari dalam kalendar tahunan

29.

Apakah kepentingan tulisan pada papirus dalam masyarakat Mesir Purba ?

a)

Menulis teks agama penting

b)

Memudahkan urusan jual beli

c)

Untuk rujukan generasi akan datang

d)

Mencatat dokumen penting